NuffNang

Nuffnang

Translate


Friday, August 27, 2010

Puisi Jodoh?

"Tak perlu mencari teman secantik BALQIS, Jika diri tak seindah SULAIMAN, Mengapa mengharap teman setampan YUSUF, Jika kasih tak setulus ZULAIKHA, Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM, Jika tak sekuat SARAH, Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH, Jika diri tak se-sempurna RASULULLAH S.A.W."

Saya tidak tahu apakah ini satu puisi, doa atau seloka....tetapi saya banyak mendengar dan membaca mengenai puisi ini sama ada di dalam kad jemputan kahwin dan mana-mana majlis ilmu yg meilibatkan jodoh. Tetapi bagi saya, semua orang ingin mencari yg terbaik, menjadi yang terbaik dan memberikan yang terbaik. Sebenarnya itulah Islam dan begitulah kita yang sepatutnya. Islam sepatutnya sempurna dan Islam sepatutnya yg terbaik. Tetapi mengapa kita masih di momokkan dengan penulisan seperti ini? Saya akan menghuraikan apa maksud penulisan ini berdasarkan kaca mata saya.

Tuesday, August 17, 2010

Artikel pilihan: Perihal Tujuan Manusia Diciptakan.

Perihal Tujuan Manusia Diciptakan






Allah Maha Kuasa Makhluk Tiada Kuasa



Setiap hari manusia keluar berkerja,bermain,tidur,makan,minum dan berespirasi.Ada manusia keluar ke sekolah,universiti atau ke pasaraya.Ada yang keluar untuk beribadat;ke masjid,gereja,tokong atau sebagainya.Setiap hari mereka membuat pelbagai kegiatan.Namun seringkali mereka lupa apakah tujuan mereka diciptakan.

Sunday, August 15, 2010

Artikel pilihan: Salah faham pemakaian tudung.

Posted by salafus-sholih at 9:54 AM
 
Pada hari ini, dapat kita perhatikan ramai muslimah mulai sedar akan kewajipan mengenakan tudung. Kita dapat lihat bagaimana seorang muslimah sebelumnya tidak bertudung, kemudian mula mengenakan tudung. Alhamdulillah, Rahimahunnallah. Walau bagaimanapun, sayangnya kebanyakan dari mereka masih belum mengenakan tudung yang benar-benar sesuai dengan kehendak syariat. Kebanyakan dari mereka memakai tudung mengikut trend atau hanya ingin dilihat lebih islamik. Mereka lebih mementingkan keanggunan, kecantikan tanpa mempedulikan apakah benar tudung mereka betul atau tidak.

Provokasi ke atas Islam.

Assalamualaikum.

Jika kita baca semua akhbar dan juga artikel di majalah mengenai Islam, majoritinya adalah amat indah dan aman. Maksud saya, tidak ada satu pun akhbar yang menerangkan mengenai keadaan sebenar Islam di dunia pada masa sekarang. Tidak ada yang menerangkan yang Islam ditindas dan dipijak di serata dunia. Tidak ada juga yang menerangkan mengenai Islam di perbodohkan di negara sendiri. Seperti yang kita lihat pada masa sekarang ini, Islam secara terang-terangan telah di perbodohkan oleh golongan yang sepatutnya menjadi guru atau penyampai ajaran Allah. Ada yang mempermainkan hukum hudud Allah dan ada yang menggunakan hukum Allah untuk menghalalkan benda yang haram. Apa sudah jadi? Kepada siapa lagi yang harus kita percaya lagi jika tidak kepada golongan yang berilmu ini?

Sebelum itu, untuk pengetahuan anda semua, maksud Alim ialah Orang yang berilmu kerana Alim adalah dari perkataan arab yang bermaksud ilmu (sila rujuk Al-Quran masing-masing) dan Ulama membawa maksud Orang-orang yang berilmu. Ini kerana orang kita sangat suka menggunakan perkataan dari bangsa lain tanpa mengkaji maksud perkataan itu dan ada juga yang terus mengubah maksud ayat tersebut. Kononnya perkataan itu maksudnya berlainan di tempat lain.

Saya dan beberapa orang sahabat telah membuat beberapa siri kajian di beberapa buah forum yang terpilih. Beberapa siri povokasi yang telah kami jalankan dan hasilnya amatlah mengejutkan. Sebelum itu hendak saya terangkan terlebih dahulu, tujuan provokasi ini adalah untuk menguji sejauh mana kesedaran umat Islam terhadap agama Islam ini sendiri. Sejauh mana sayangnya mereka kepada agama Allah ini atau mereka lebih sayangkan 'Alim' 'Ulama' itu sendiri?

Setakat ini Alhamdulillah kerana masih ramai lagi yang mempunyai kesedaran terhadap agama Islam ini. Apabila kami memprovok mereka di dalam forum dan di facebook, topik itu tidak semena-mena menjadi 'hot' dan tidak dapat di kawal lagi. Ini masih lagi bagus pada kiraan kami tetapi sayangnya semuanya hanyalah sekadar hangat-hangat tahi ayam.

Kami juga telah menggunakan nama tokoh Islam di Malaysia seperti Tuan Guru Nik Aziz di dalam kajian kami. Hasilnya amat memberangsangkan dan amat mengejutkan kerana apabila sesuatu topik itu ada menyebut nama tok guru tersebut, dengan tidak di sangka-sangka pengunjung lama web tersebut menjadi seperti 'gila isim.' Pada kami ianya adalah sesuatu yang amat menyedihkan dan amatlah tidak dibanggakan. Ini kerana mereka semua lebih mengikut tokoh tersebut dari apa yang hendak di sampaikan oleh tokoh itu, Mereka menjadi begitu fanatik seolah-oleh memuja tokoh tersebut tanpa memikirkan impak yang bakal menjelma. Seperti firman Allah yang membawa maksud :

Dan apabila dikatakan kepada mereka: "ikutilah apa yang telah diturunkan Allah," mereka menjawab : "(Tidak), tetapi kami hanya mengikuti apa yang telah kami dapati dari (perbuatan) nenek moyang kami". "(Apakah mereka akan mengikuti juga), walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui sesutu apapun dan tidak mendapat petunjuk?" (2:170)

Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah). (6:116)

Sungguh pun tidak semua yang sebegitu, tetapi begitu ramai yang telah pun menjadi begitu.Apa yang terjadi pada masa sekarang telah pun terjadi pada masa dahulu. Dimana setelah kewafatan Baginda Rasululah SAW, telah timbul golongan murtad yang terlalu ramai yang terpaksa diperangi oleh Khalifah selepas Baginda SAW iaitu Khalifah Saidina Abu Bakar. Ini kerana ramai yang tidak percaya dan tidak boleh menerima pemergian Baginda sehingga menyebabkan mereka menjadi murtad. Inilah akibatnya kepada mereka yang terlalu taksub kepada pemimpin atau golongan yang tertentu.

Sepatutnya apa yang harus kita ikut adalah Al-Quran, kerana itu sahajalah mukjizat Allah yang masih ada pada kita. Golongan bijak pandai ini pula adalah sebagai guru yang akan menyampaikan apa yang ada di dalam Al-Quran. Ini kerana mereka lebih tahu dari kita dan kerana itulah mereka ini di gelar orang bijak pandai. Tetapi ada golongan ini yang menggunakan kebijaksaan mereka untuk mengeluarkan fatwa yang mengelirukan orang ramai. Sehebat mana pun mereka, jika mereka benar, mereka sepatutnya melakukan dakwah dengan berkesan dan tanpa putus asa untuk mengembalikan orang Islam ke jalan yang sepatutnya.

Islam sudah mula berpecah belah dan lemah apabila wujudnya Mahzab. Sebenarnya Islam itu satu kerana Allah itu satu, Agama Allah itu satu dan Umat Allah ini sepatutnya satu juga.

Dia telah mensyari'atkan bagi kamu tentang agama apa yang telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa yaitu: Tegakkanlah agama dan janganlah kamu berpecah belah tentangnya. Amat berat bagi orang-orang musyrik agama yang kamu seru mereka kepadanya. Allah menarik kepada agama itu orang yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepada (agama)-Nya orang yang kembali (kepada-Nya). (42:13)

Jadi janganlah berpecah-belah kerana ianya amatlah dituntut oleh Allah. Tetapi jika diikutkan dengan keadaan pada masa sekarang ini, masih ada yang berpecah belah. Yang sebelah sini mengatakan sana sesat dan yang sebelah sana mengatakan sini pula sesat. Tetapi yang sebenarnya siapakah yang sesat. Tepuk dada, tanyalah selera.

Thursday, August 12, 2010

Ramadhan 2010.

Assalamualaikum,

Pada hari ini bermulalah 1 Ramadhan yang dinanti-nantikan oleh semua umat Islam di dunia ini amnya dan di negara kita Malaysia khususnya. Semalam merupakan malam pertama solat sunat tarawih yang dikerjakan bersama-sama oleh umat Islam di negara kita. Hari ini pula merupakan hari pertama kita berbuka puasa bersama-sama mereka yang tersayang. Ada yang berbuka bersama-sama keluarga, ada yang berbuka bersama rakan-rakan dan ada yang berbuka puasa seorang diri. Ada yang berbuka puasa di tempat yang mewah, ada yang bebuka puasa di rumah sahaja dan ada yang berbuka puasa di mana-mana sahaja yang berkesempatan. Pendek kata, di mana sahaja kita akan melihat ibadah puasa ini dijalankan di negara kita. Selepas dari itu, ibadah sunat solat sunat Tarawih pula di lakukan secara berjemaah.

Apa sahaja ibadah yang kita lakukan, janganlah kita lupa kepada mereka yang telah 'tiada' yang telah pergi meninggalkan kita. Pada bulan Ramadhan inilah kita wajib memperingati mereka dengan berselawat dan tahlil. Pada hari ini, sudah 3 hari Tok kami telah meninggalkan kami sekeluarga. Tuan Haji Abdul Aziz bin Alwi telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan di Tapah, Perak pada jam 11 pagi. Beliau telah meninggalkan kami pada hari Isnin jam 4 petang di Hospital Tapah, Perak.

Semasa hidup beliau, beliau merupakan seorang guru agama di Pekan Tapah Road di Tapah. Beliau telah menyampaikan Al-Quran di rumah beliau bersama-sama dengan Isteri beliau iaitu opah kami Kamariah Binti Abd Karim. Beliau amatlah disayangi oleh anak-anak murid beliau sehinggakan selepas pemergian beliau, ada anak-anak murid beliau yang tahu mengenai berita ini pulang untuk menziarahi beliau di kubur dan isteri beliau. Semasa beliau berpindah dari Pekan Tapah Road ke Bandar Tapah, beliau sering-kali menjadi imam di surau yang berhampiran dengan rumah beliau. Rumah beliau selalu menjadi kunjungan pertama apabila malam 1 syawal tiba. Pemergian beliau amat sukar untuk diterima oleh ramai pihak, tetapi takdir dan ketentuanNya telah mengatasi segalanya. Beliau telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Tapah, Perak.

Setiap yang hidup sudah pasti akan mati juga akhirnya. Tidak ada yang kekal di dunia ini melainkan Allah. Segala yang kita ada didunia ini hanyalah perhiasan sementara sahaja. Keluarga dan Sahabat suka-duka hanyalah didunia sahaja. Apabila mati, kita akan berseorangan di dalam liang lahat yang kecil dan gelap itu. Apakah kita semua merasakan yang kita akan mati dalam keadaan mewah? Adakah kita rasa yang kita akan mati beramai-ramai atau berteman? Tidak, di sana hanyalah kita seorang diri sahaja. Apabila orang terakhir telah meninggalkan tanah perkuburan itu, datanglah 2 Malaikat yang akan menjalankan tugas mereka.

Jadi, sebagai umat Islam kita wajib memperingati mati kerana mati itu pasti. Tidak akan ada yang mampu menangguhkan kematian itu. Di saat kita sedang meraikan sesuatu, di satu sudut itu sudah pasti ada yang sedang bersedih akan sesuatu.

Wednesday, August 11, 2010

Walau Ditawar Harta & Diancam Bakaran Oleh Zaharuddin Abd Rahman .


doakan.jpg
 
 
Membaca kisah athar seorang sahabat Nabi sallahu ‘alayhi wassalam, walau nama ini kurang dikenali ini, namun kisah ketabahannya mampu mengalirkan air mata. Beliau adalah Abdullah bin Huzafah Al-Sahmi, direkodkan oleh Imam Az-Zahabi di dalam kitabnya Siyar Al-a'lam Al-Nubala, beliau bersama tentera Islam yang lain ditawan oleh pemerintah Roman. Islam di waktu itu di bawah pemerintahan khalifah Umar al-Khattab r.a.
Kisahnya juga dicatat di dalam sumber-sumber sejarah Islam yang lain seperti Al-Isabah oleh Ibn Hajar, Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimash, Ibn ‘Athir dalam Asad Al-Ghabah dan lain-lain.[1]