NuffNang

Nuffnang

Translate


Saturday, July 9, 2011

Demokrasi? Bersih? Nak bersihkan apa lagi?

Membersihkan Pilihanraya Dalam Sistem Yang Rosak PDF Print E-mail
Selasa, 12 Julai 2011 11:52
33
altaltPerhimpunan haram: 1,401 termasuk 13 kanak-kanak ditahan

KUALA LUMPUR 9 Julai – Polis menahan seramai 1,401 orang, 10 daripadanya pemimpin parti politik kerana menyertai perhimpunan haram di ibu negara sehingga pukul 5 petang ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, seramai 1,273 daripada mereka adalah lelaki, 115 wanita, 12 kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan. Sementara itu, seramai lapan daripada mereka termasuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga dibebaskan dengan jaminan polis pukul 6.30 petang ini. – Utusan

Sumber: Utusan Online, 09/07/2011
 
Membersihkan Pilihanraya Dalam Sistem Yang Rosak

Perhimpunan Bersih 2.0 akhirnya berjalan jua.  Meskipun amaran serta ugutan telah dikeluarkan oleh pihak polis, di samping provokasi yang dilakukan oleh para pemimpin telah dihebahkan melalui segala jenis media massa arus perdana sebelum ini, namun ia ternyata gagal dalam membatalkan hasrat rakyat untuk terus berhimpun.