NuffNang

Nuffnang

Translate


Saturday, December 31, 2011

Marilah menuju kejayaan.

Kali ni aku nak cerita pasal kejayaan. Kejayaan apa? Mesti lah kejayaan sebagai umat Islam. Tadi aku terbaca satu artikel pasal seorang pemain bola sepak terkenal dunia telah memeluk Islam. Aku tak pasti berita itu sahih atau salah satu dari berita fasiq juga. Tapi kalau betul tu bagus la, kalau tak betul tu....ada masalah la tu maknanya. Dia juga di khabarkan telah membawa sahabat dia, isteri dan rakan-rakan bola dia untuk turut memeluk Islam. Bagus tu, tapi ntah la...sahih ke tidak berita ni.

Jika kita hendak bercerita tentang kejayaan dalam Islam, kita tanya diri kita sekarang ni, apa yang berjayanya? Negara aman (aman ke?) tapi umat Islam tetap berpecah belah. Abang nak bunuh adik, adik nak bunuh abang kerana fahaman politik, isteri dicerai kerana politik, mak tidak mengaku anak kerana politik....banyak lagi la kalau aku nak sebut 'kejayaan' kita pada kali ni. Yang lain sibuk nak berpolitik tapi lupa nak membantu anak-anak muda yang terjebak dalam aktiviti jenayah. Semua nak salahkan satu sama lain. Ada yang sibuk duduk kat masjid dan surau, waktu kerja pun duduk surau dan mengaji sampai lupa pada dunia. Aku tak kata perkara ni salah, bagus la macam tu. Tapi ini ke yang Allah mahukan? Jika ini yang Allah mahukan, apa guna laungan azan yang mengajak kita menuju kejayaan? Allah menyuruh kita menunaikan zakat, tapi macam mana nak tunaikan zakat jika kita tidak bertebaran mencari rezeki? Kalau kita makan gaji, tapi kita asyik duduk di masjid dan surau dan lupa pada kerja kita, apa hukumnya gaji yang kita terima tu nanti? Persoalan ini aku biarkan pada korang yang menjawab atau ada ustaz-ustaz yang layak saja untuk menjawab.

Thursday, December 22, 2011

Ke manakah hala tuju orang Melayu Islam?

Bila aku sebut pasal hak orang Melayu, pasti ramai yang akan kata aku ni rasis atau bersifat perkauman. Pada hal perkara yang aku sebut ni memang ada dalam Perlembagaan Persekutuan. Tetapi perkara ini juga seringkali di bidas dengan kata-kata hak sama rata antara kaum. Pada aku, hak tetap hak dan sama rata tu tetap sama rata. Apa lagi yang tidak adil?

Orang Melayu Islam adalah kaum yang paling baik di dunia. Kenapa aku cakap macam tu dan kenapa aku panggil kita ni sebagai orang 'Melayu Islam'? Sebab sekarang ni dah tak ramai orang melayu yang beragama Islam. Ada yang nama saja Islam tapi tidak mengamalkan hidup secara Islam. Di tambah lagi dengan isu murtad yang semakin teruk di negara kita ni. Jadi aku akan gunakan nama Melayu Islam sebagai ganti kepada Melayu. Soal mengapa aku kata kita ni kaum yang paling baik di dunia? Kerana negara manakah yang kaumnya sanggup menerima pendatang sebagai sebahagian dari diri mereka? Negara manakah yang sanggup memberi pendatang lain duduk, hidup dan berkongsi hasil bumi Allah kepada mereka? Aku rasa takder jawapan lain dah, jawapannya ialah kaum Melayu Islam.

Kaum Melayu Islam adalah satu kaum yang paling mudah memaaf dan melupakan. Kita lupa pada sejarah lalu kita dan lupa siapa diri kita di bumi kita ini. Semua yang kita ada kita kongsi dengan kaum lain. Sedikit demi sedikit semuanya telah kita beri dan akhirnya tiada apa lagi yang tinggal.

Sebenarnya kita sendiri yang memberi peluang kepada kaum lain mengambil kesempatan ke atas kita. Sebab pada pendapat aku, mereka ni dah takde tanah. Nak balik kat negara asal pun takkan sama dengan negara kita. Jadi mereka mengambil keputusan untuk mengambil tanah kita menjadi milik mereka. Ada diantara mereka yang masih tidak merasa selamat selagi mereka tidak menjadikan negara kita ini sebagai milik mereka. Apa yang aku cakap ni bukan semua yer, tapi kebanyakkannya la. Mereka ini sering berhubung rapat diantara persatuan mereka. Hubungan mereka kuat dan sentiasa bantu membantu diantara mereka. Tapi kita?

Bila aku seru kepada penyatuan Melayu Islam, ada pula yang akan melaungkan Islam mesti bersatu. Aku tak kata salah, betul la tu. Tapi kalau nak dikirakan zaman sekarang ni, Kita boleh ke tahu kesetian orang itu terhadap Islam? Pendek kata, Islam ke mereka tu? Sekarang ni dah la senang nak masuk Islam. Mengucap dua kalimah syahadah je dah jadi Islam. Katakan la seorang kaum cina atau india memeluk Islam, kemudian terjadinya pergaduhan diantara kaum di suatu tempat.....siapakah mereka akan tolong? Adakah dia akan menolong kaum dia atau kaum Melayu Islam? Dapatkah kita tahu kesetiaan mereka kepada Islam?

Pada saya, perasaan ragu-ragu itu akan tetap ada. Saya juga akan bertanya, layakkah mereka menerima dan menyimpan rahsia besar Islam itu? Pada masa zaman para rasul dahulu, keimanan mereka di uji sehingga ada yang menghembuskan nafas yang terakhir. Tetapi pada masa sekarang ini, bagaimanakah kesetiaan mereka itu hendak diuji? Bukan saya hendak meragui semua kesetiaan mereka ini, tapi secara jujur saya katakan yang saya sedikit perasaan sedemikian.

Sebab itu saya bependapat, kaum Melayu Islam adalah kaum yang perlu diperkuatkan terlebih dahulu. Penyatuan umat Melayu Islam perlu di dahulukan dan kemudian barulah kaum lain akan taat setia kepada kita. Bukan takut kepada kita tetapi kagum kepada kita kerana kekuatan iman kita. Untuk mendapat penghormatan orang lain bukan dengan cara menakutkan mereka, tetapi dengan cara berusaha untuk mendapatkan penghormatan mereka dengan cara menjadi hebat.

Tetapi jika dilihat dengan keadaan sekarang....apa yang korang lihat? Bagi saya....hancur. Bila kita sudah berpecah dan menjadi kaum minoriti (jika dipecah mengikut parti politik), sudah tentulah kaum lain akan menjadi kuat. Maka tidak heranlah jika ada pemimpin melayu begitu memerlukan undi kaum lain untuk berkuasa. Tidak heran juga jikalau ada hak-hak kita turut terhakis dan menjadi milik mereka. Ini semua disebabkan kerana kesalahan dari diri kita sendiri. Tak payah la nak tunding jadi kat memana pihak, tunding la jari kat diri sendiri dulu. Biar kena dengan batang hidung sendiri tu dulu.

Bila aku kata hak orang Melayu Islam terhakis, mula orang kata semua ni salah UMNO dari sejak merdeka lagi. Bagi aku itu cakap-cakap nakal orang yang baru celik dunia. Tengok dunia dari dalam tempurung, tidak belajar dari sejarah pengalaman  lalu. Belajar melihat melalui lubang dinding dah pandai menegur orang yang sudah lama berjalan dan berkata-kata. Kalau kita tidak mahu belajar dari sejarah, terus terang aku katakan yang orang tu dah langgar ayat Allah. Allah menyuruh kita belajar dari ambil pengajaran dari kaum-kaum terdahulu yang telah pupus. Kalau taknak juga, secara automatik kita dah langgar ayat Allah tersebut. Bila aku cakap macam ni kang orang mempersoalkan aku ni siapa plak kang. Aku ni ustaz ke? Ulama ke? Jawab aku, aku ni adalah manusia yang belajar dan berhijrah dari yang bathil kepada yang hak. Manusia berubah setelah mendapat atau mengetahui kebenaran. Korang faham tak maksud aku? Kalau tak faham, korang faham-fahamkan la. Kalau tak faham jugak, memang korang ni lembap.

So, persoalannya sekarang.....jika kita tetap berpecah, kemana hala tuju orang Melayu Islam ni nanti? Kemana korang nak bawak diri korang tu nanti? Kalau nak kemajuan dan kemakmuran, macam ni yang patut korang buat? Kalau nak sebut pasal Islam, sebut la sampai lebam pun. Tapi kalau negara kita ni dah kena ambil, kat mana korang nak amalkan Islam tu nanti. Tengok la singapura, tenngok la Pulau Pinang dan tengoklah kat Perak. Kalau semua tanah dah kena ambil, kat mana korang nak hidup? Anak-anak korang nanti macam mana? Nak jadi kuli? Masuk kampung balik? Jangan la plak korang sentap plak bila aku sebut pasal kampung dan kuli tu. Tapi korang baca dan fahamkan la dulu penulisan aku ni dulu. Korang fikir la bebaik dulu. Kalau nak tuduh orang lain, lepas tu nak buat benda yang sama, tu bodoh namanya. Kalau orang tu makan taik, takkan korang nak makan taik jugak kan? Patutnya ubah la....buat la benda lain yang lebih baik. Apasal la bengap sangat ni? Takkan itu pun nak kena ajar?

Kalau nak politik pun, pegi la politik benda lain, berbincang la elok-elok. Tapi jangan la gaduh dan simpan dendam. Jangan la berpecah sampai solat pun nak dua imam. Apa-apa hal pun berbincang la, ikut cara Islam. Lepas tu fikir la mana yang lebih baik. Kalau ada ragu-ragu, rujuk la Al-Quran. Ok tak cadangan aku? Jadi fikir la untuk kebaikan dan bukan keburukan. Kalau ada benda tak betul, tegur la elok-elok. Bukan jaja cerita sana dan sini sampai orang pun jadi emosi. So, korang fikir la elok-elok. Gunakan otak pinjam korang tu bebaik. Kalau tak sia-sia je korang jadi manusia.

P/S: Aku suka jadi kanak-kanak sebab tak payah nak risau dan ambil tahu pasal semua ni.

Wednesday, December 21, 2011

HIMPUN.

Aku nak cakap sikit pasal HIMPUN ni. Kenapa la jumud sangat pemikiran umat akhir zaman ni. Bila sebut pasal HIMPUN ni mesti ada yang kaitkan dengan motif politik la, ada yang menyalahkan HIMPUN ni la. Nak ajer aku ketuk kepala sorang-sorang ni. Mula la aku nak guna bahasa pasar je ni. Habis jahanam tatabahasa dalam blog aku. Maaf yer dewaan bahasa, jangan saman saya yer.

Sebenarnya dalam cara untuk memelihara Islam atau menegakkan Islam atau untuk mempertahankan Islam ada banyak cara. Cubalah cara macam mana pun, asalkan tetap dengan suruhan Allah berpandukan Al-Quran semuanya boleh. Saya cukup tak suka bila ada orang kata cara nak tegakkan Islam adalah dengan masuk parti politik (taknak la sebut parti politik mana, nanti ramai orang sentap). Sebenarnya bila dah ada program tu, sokong la, bukan caci, merendahkan atau mengutuk program tu. Inilah mentaliti orang jumud ni. Agaknya dah jadi robot, dah tak boleh menerima pembaharuan, jadilah jumud tegar. Belajar tinggi-tinggi pun ada juga kecacatan akalnya....kesian.

Bukan hak kita untuk menentukan perkara ni tak baik atau tidak. Tapi kalau dah kata pun nama untuk Islam, menyelamatkan akidah, apa lagi? Sokong la, tapi beria-ia sangat berjuang untuk Islam. Bila ada program, bole plak bagi macam-macam alasan. Tolong la jangan jumud sangat (aku tak tahu berapa kali aku guna perkataan jumud ni). Aku heran la kenapa la jumud sangat korang ni. Dah rasa diri tu hebat ke bila cakap pasal politik? Masa depan pun belum tentu lagi cerah untuk korang. Belajar pun belum habis, kerja pun belum tetap lagi. Pada yg dah kerja tu bagus la, tapi ubah la otak korang yang jumud tu dan sokong la program HIMPUN yang khas di wujudkan untuk Islam oleh orang Islam.

Kat bawah ni ada video pasal program HIMPUN yang terbaru di Negeri Perak. HIMPUN! HIMPUN! SELAMATKAN AKIDAH!


Tuesday, December 20, 2011

Sekadar selingan.

Ni video ni aku saja letak dalam blog aku sebab nak kasi orang tengok dan menilai Iqra' sendiri senario manusia zaman sekarang. Jangan emosi, cuba bincangkan secara baik. Kalau ada yang emosi, aku delete je komen-komen tu.

Pilihanraya paling kotor abad ini di Malaysia.

Lama pula rasanya tak menulis. Tapi memang lama pun sebab aku sibuk dengan FB dan Twitter je. Lupa plak yang sebenarnya aku boleh meluahkan perasaan aku kat sini.

Ok, sekarang aku nak komen pasal pilihanraya yang bakal berlaku dalam jangka masa terdekat di negara kita ni. Mesti orang akan persoalkan siapa aku nak kasi komen dan macam-macam lagi benda yang aku akan dipersoalkan. Tapi aku sebagai rakyat dan pemerhati ingin memberikan pendapat dan menggunakan hak aku selagi ianya tidak melanggar hukum Allah dan undang-undang negara.