NuffNang

Nuffnang

Translate


Monday, May 26, 2014

Apa ada pada Agama dan Bangsa? Agama dan Bangsa adalah milik Allah SWT!!

Ada orang kata, apa ada pada Agama dan Bangsa. Bila kita cuba nak pertahankan Agama kita, kita pula yang dikatakan rasis. Pada aku, kedua-duanya penting dan kedua-duanya perlu dipertahankan. Agama adalah no.1 dan kita perlu pertahankan walau mati sekalipun! Bangsa pula kita perlu pertahankan kerana ianya adalah melambangkan identiti dan hak kita sebagai tuan tanah di negara ini. Ada orang kata, tanah ini milik Allah. Ya! Tidak dinafikan lagi, tetapi tanah ini diamanahkan kepada kita untuk menjaga dan menyuburkan lagi mengikut kehendak Allah. Lagipun bangsa adalah kejadian dari Allah SWT kerana Allah SWT yang menjadikan kita berbangsa-bangsa dan bersuku-suku. Siapa berani menyangkal firman dari Allah SWT?

Kedua-dua ini penting bukan untuk kita sahaja, tetapi penting untuk anak cucu kita nanti. Kalau aku nak pentingkan diri, peduli apa aku dengan semua ni. Nanti aku mati nanti, korang nak berperang pun berperanglah. Baik aku tumpukan pada tiket aku untuk akhirat tu nanti. Kalau aku buat macam tu, tidakkan ini sudah melanggar firman Allah SWT? Allah suruh kita berjuang mempertahankan Islam, Allah suruh kita berlaku adil, Allah suruh kita menjaga maruah diri kita. Tapi apa yang kita buat? Memang ada yang kata mereka juga berjuang mempertahankan Islam, walaupun dengan acuan dan cara mereka sendiri. Tetapi apabila ianya bertentangan dengan ideologi politik masing-masing, semuanya berpecah.

Ada orang kata, politik dan Islam tidak boleh dipisahkan kerana ianya melibatkan sebahagian dari hidup kita. Tapi korang tahu ke politik yang macam mana? Ramai pejuang-pejuang Islam yang merasakan diri mereka berada di landasan benar apabila berpolitik cara Islam. Politik Islam yang dilaungkan sebenarnya tidak ada dalam cara perlaksanaan pergerakan parti mereka. Kedua-dua parti ini mengaku memperjuangkan Islam, tetapi mari kita lihat apa yang kedua-dua parti ini buat. Menyuburkan program agama, berceramah, mendekati rakyat melalui program agama, menderma, membantu yang memerlukan dan lain-lain lagi. Banyakkan? Cuma parti yang sebelah sini je tak mampu nak bina masjid dan mengharapkan parti yang sebelah sana untuk membina masjid dan digunakan oleh parti yang sebelah sini, yang lain semuanya sama saja. Tapi kenapa tidak boleh bersatu? Sedangkan Islam adalah agama Allah dan Bangsa adalah ciptaan Allah. Apa yang bezanya kedua-dua parti ni? Adakah kerana kuasa? Nak sangat berkuasa? Berkuasa untuk Islam atau berkuasa dengan mempergunakan Islam? Kalau gunakan dengan baik, tidak mengapa. Tapi kalau benda yang halal jadi haram dan yang haram jadi halal itu macam mana plak tu?

Jadi, aku sarankan kedua-dua parti ni untuk mengkaji semula politik Islam yang macam mana korang bawakan ni. Mungkin post aku ni tidaklah seberapa dan tidak mungkin menjadi viral. Biasalah, blogger sendirian berhad ni mana la orang nak pandang. Lain la kalau blog aku ni hit sehari dekat 10ribu, agak-agak korang la, aku dah kat mana sekarang ni? Mungkin dalam jel atau mungkin aku jadi popular. Aku berani nak katakan yang kedua-dua parti ni adalah parti yang tidak berlandaskan kehendak Allah. Rasulullah SAW tidak memerintah menggunakan kedua-dua cara parti ini. Bagi aku, satu parti adalah bontot kuali dan satu lagi adalah bontot periuk. Sana kata sini bodoh, sini kata sana bodoh, hakikatnya kedua-duanya adalah bodoh.

Bukaklah mata bukaklah hati, tanya diri sendiri, inikah yang diperintahkan oleh Allah SWT dan yang dibawa oleh Rasulullah SAW? Tengok betul-betul....perhatikan betul-betul. Tak semua apa yang ulama bawa itu adalah benar dan tidak semua ulama itu benar! Yang benar hanyalah Al-Quran! Yang salah tetap salah, yang haram tetap haram dan tidak ada jalan belakang yang menghalalkan semua itu. Yes, belajar agama perlukan guru. Cari guru yang tidak mempunyai kepentingan politik. Cari guru yang mengajar terus menggunakan Al-Quran dan Hadis dan bukannya jenis memaki hamun dan sibuk menyumpah orang. Kalau dia menyumpah, jangan salahkan orang lain kalau orang lain pun turut menyumpah.

Sebenarnya kalau aku ini ustaz, dah lama aku ni dihentam kerana tidak menyokong salah satu dari kedua-dua parti tersebut. Ada sorang ustaz tu pun dah kena hentan kerana dia dari parti lain tetapi menyokong parti lain. Tapi saya suka dia kerana prinsip dia jelas. Iaitu yang salah tetap salah dan yang benar tetap benar. Kepada calon pilihanraya dan orang yang kata Agama dan Bangsa itu tidak penting, aku maafkan kepada yang bukan Islam, tetapi yang Islam, anda silap dan anda kena audit balik apa yang anda belajar. Bukan nak kata saya hebat? TIDAK! Cuma aku dah nampak dan aku dah sedar apa yang terjadi dan aku tidak mahu menjadi orang bodoh lagi. ANDA MAHU JADI BODOH??

*p/s: Kedua-dua parti, calon pilihanraya dan juga negara yang dimaksudkan bukanlah di negara Malaysia. Tetapi di negara luar iaitu Afrika Selatan. Tidak ada kena mengena dengan negara Malaysia. Harap Maklum.