NuffNang

Nuffnang

Translate


Monday, April 25, 2011

DAP terus biadap.

Pada 7 Mac lepas, selepas Baginda Yang di-Pertuan Agong bertitah pada perasmian mesyuarat pertama penggal kedua parlimen ke-12, Ahli parlimen DAP dari Bukit Mertajam telah sekali lagi bertindak biadap apabila mengingkari titah Yang di-Pertuan Agong yang berdukacita terhadap sesetengah pihak yang suka mempolitikkan isu perkauman di negara ini. Yang di-Pertuan Agong bertitah "Beta dukacita walaupun negara kita telah 51 tahun merdeka, namun isu-isu perkauman yang sempit masih dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu dan menjadi perdebatan umum." Ahli perlimen yang yang biadap tersebut ialah Chong Eng dari DAP, mengeluarkan kata-kata tersebut di lobi perlimen dalam satu sidang media yang mengatakan orang Melayu bukan berasal dari Tanah Melayu dan orang asli adalah kaum asal yang di Tanah Melayu ini.

Tindakan ini jelas menampakkan kurangnya pendidikan sejarah di kalangan pemimpin-pemimpin DAP dan bahayanya mereka jika diberi kuasa untuk memerintah negara kita. Pada permerhatian saya, sejak dari dulu lagi pemimpin DAP ini membawa slogan 'Malaysia Malaysian.' Mereka dari dulu lagi hendak menghapuskan hak-hak keistimewaan orang melayu. Jika diperhatikan dari sudut sejarah, DAP adalah saki-baki dari PAP. DAP merupakan sebuah parti chauvinis Cina yang sejak daripada awal penubuhannya hanya mementingkan kelabaan kepada perjuangan membela kaum Cina yang berkepentingan. Asas perjuangan mereka adalah untuk meneruskan kelangsungan perjuangan yang ditinggalkan oleh PAP yang diterajui oleh Lee Kuan Yew. Asas perjuangan PAP dan LKY pula adalah bertunjangkan perjuangan membuka ‘negara China kecil di luar negara China’ seperti yang telah diwasiatkan oleh Chiang Khai Shek dan Sun Yat Sen. Berpusat kepada wasiat ini, maka LKY berusaha dan akhirnya telah berjaya mendapatkan Singapura. Kejayaan mendapatkan Singapura lebih besar ertinya berbanding dengan kewujudan Taiwan kerana Taiwan merupakan sebahagian daripada negara China itu sendiri manakala Singapura merupakan sebuah negara yang dikuasai oleh pemerintahan Raja- Raja Melayu. 

Pada tahun 1980-an, mereka mengorak langkah baru dan mencuba ’remedy’ baru iaitu bekerjasama dengan parti-parti pembangkang Melayu khususnya PAS dan parti serpihan UMNO seperti Angkatan 46.Mereka melihat perpecahan dalam UMNO pada tahun 1988 itu membuka ruang dan peluang terbaik bagi mereka. Perpecahan UMNO bermaksud orang Melayu terbelah tiga dan kuasa penentu undian mereka menjadi lemah. Pada PRU ke 8 (1990), DAP telah berjaya memperlihatkan penguasaan mereka terhadap Pulau Pinang (daripada 35 kerusi DUN, DAP:14, UMNO: 12, Gerakan: 9 MCA:0).DAP/Lim Kit Siang dapat mempertahan jawatan Ketua Pembangkang di Parlimen. 

Mereka juga telah mempermainkan isu-isu perkauman tanpa mengira rasa hormat kepada sesiapa sahaja di negara kita. Tetapi mereka bijak memperbodohkan orang lain dengan mengatakan UMNO yang bersifat perkauman dan tidak menghormati kaum lain. Strategi alih dan salahkan pihak lain ini merupakan taktik untuk memperdayakan mereka yang mempunyai pemikiran politik yang sempit dan berfikir menggunakan perasaan. Pulau Pinang yang di bawah kepimpinan DAP lebih mementingkan agenda DAP berbanding agenda bersama rakan pakatan mereka iaitu PKR dan PAS khususnya. PAS di kesampingkan langsung dalam kepimpinan negeri. Dasar dan perjuangan mereka tidak seperti yang mereka war-warkan. Peristiwa Kg Buah Pala, menutup pintu rezeki penjaja-penjaja Melayu di kawasan KOMTAR masa bulan Ramadhan, mengarahkan gerai perniagaan orang Melayu ditutup dan dirobohkan tetapi tidak dilakukan perkara yang sama kepada penjaja Cina. Kesimpulannya, jadilah mereka ini kuda tunggangan DAP.

Merujuk kepada isu Raja yang ditimbulkan, DAP sejak dahulu lagi tak pernah menerima sistem Beraja negara. Mereka lebih gemar kepada Presiden seperti di Singapura dan negara China. Bagi mereka, sistem Beraja terlalu feudal dan ketinggalan zaman dan hanya meletak dan mengangkat kedaulatan bangsa Melayu. Banyak contoh dan peristiwa yang boleh kita ketengahkan, namun yang tidak dapat kita lupakan ada kejadian di Perak. DAP menjadi parti yang menang terbanyak dalam DUN Perak dalam PRU 12 lalu. Mereka sudah terbayang akan mengetuai barisan kepimpinan negeri Perak dan ter\lah menamakan Ngeh Koo Ham sebagai Menteri Besar. Namun bila Undang-Undang Tubuh Negeri Perak tidak membenarkan perlantikan Menteri Besar selain daripada orang Melayu dan Islam, DAP buat perangai. Mereka telah membuat tingkah dan langsung tidak menghormati DYMM Sultan Perak semasa majlis angkat sumpah sebagai ADUN. Sebagai usaha memprotes, mereka dengan biadapnya, tidak mahu memakai songkok. 

Peristiwa kedua di Perak adalah apabila DYMM Sultan Perak mengisytiharkan BN menjadi parti yang menguasai kepimpinan negeri apabila seorang YB DAP dan dua orang YB PKR keluar parti menjadi ADUN bebas dan menyokong BN. Bantahan dan demonstrasi jalanan memprotes titah DYMM Sultan Perak. Yang hairannya, dalam demonstrasi jalanan bantahan terhadap DYMM Sultan Perak, PAS dan penyokong tegarnya yang terbaring-baring di jalanraya. Mana penyokong Pakatan Rakyat yang lain? Mengapa penyokong PAS sahaja yang sanggup melakukan perbuatan seperti orang yang tidak bermaruah itu? Mengapa penyokong PAS sahaja yang dengan rela hati menerima gelaran PENDERHAKA? Inilah dia yang dinamakan kuda tunggangan DAP.

Merujuk pula kepada isu agama pula, kepimpinan DAP telah banyak kali mempermainkan dan memperhangatkan isu ini. Di Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah membatalkan perarakan Maulidur Rasul, Di Selangor, Teresa Kok telah meminta agar azan di perlahankan, kononnya menggangu ketenteraman kaum lain. Sungguh biadap mereka ini, masihkah PAS sanggup bersekongkol dengan komunis ini? Masihkah mereka sanggup menjadi kuda tunggangan DAP untuk memusnahkan Islam?

DAP berulang-kali menafikan mereka ada hubungan dengan PAP, tetapi pendedahan daripada Wikileaks telah membuktikan yang sebaliknya. Sejurus selepas keputusan PRU 12 lalu, mereka dahpun mengadap LKY di Singapura untuk memaklumkan kemenangan dan memohon restu serta tunjuk-ajar untuk meneruskan penguasaan mereka. Tak cukup dengan itu, LKY buat lawatan balas pulak. Mengenai pendedahan Wikileaks ni, DAP lebih dekat dengan LKY dan Singapura. Malahan peguam-peguam dalam kes liwat DSAI terdiri daripada pemimpin dan penyokong DAP khususnya Karpal Singh. Maklumat sebenar ada pada mereka. Sebab tu kita lihat DSAI kena tunduk kepada desakan dan kehendak DAP. Beliau kena tawarkan jawatan TPM kepada Lim Kit Siang. Wan Azizah kena pastikan bahawa Ketuanan Melayu perlu ditentang sebab kalau Lim Kit Siang atau Karpal Singh yang bersuara, maka mereka takut reaksi orang Melayu kelak. Jadi kalau pemimpin Melayu yang suarakan, tak nampaklah macam DAP yang suruh atau lebih tepat lagi arahan dan tunjuk-ajar daripada LKY dan Singapura. 

Apa yang dapat saya simpulkan disini ialah, walaupun ada berita yang boleh kita percaya dan ada yang tidak dapat kita percaya, itu terpulang kepada individu. Tetapi sebagai orang Melayu yang beragama Islam. Kita sepatutnya bersatu dan bukannya berpecah-belah. Tidak ada kebaikkan pun jika kita berpecah-belah. Sejarah Islam telah membuktikan yang perpecahan semasa kewafatan Baginda Rasullulah SAW iaitu semasa pemilihan Khalifah selepas baginda adalah satu perkara buruk. Islam mula lemah selepas itu dan ditambah pula dengan kejatuhan Empayar Tukri Uthmaniyah dan kejatuhan Khilafah. Di dalam Al-Quran juga Allah berulang-kali mengingatkan kita supaya jangan berpecah-belah. Jika niatnya adalah untuk menegakkan hukum Islam, langkah pertama sepatutnya menyatu-padukan seluruh umat Islam di negara kita. Cara yang radikal atau ekstrim bukanlah cara yang terbaik untuk menegakkan Islam. Ikutlah cara Nabi Muhammad SAW yang bijaksana dan teratur, bagaimana baginda mendapatkan perhatian dan seterusnya mempunyai pengikut yang ramai.

Memang benar Islam di negara kita ini terlalu rapuh dan suka mengikut perasaan sendiri. Fatwa di keluarkan sesuka hati dan ada Fatwa yang benar tidak diendahkan. Masakan umat Islam di negara ini hendak mengikut fatwa yang dikeluarkan sedangkan Al-Quran pun tidak diikuti. Inilah fenomena yang berlaku di negara kita sekarang. Usahlah menunding jadi kepada orang lain, lihatlah diri sendiri terlebih dahulu. Fikirkanlah, adakah betul apa yang sedang kita hendak lakukan ini? Jika betul, inilah hasilnya dan jadilah kuda tunggangan DAP sampai bila-bila. Hilanglah rasa hormat kepada Institusi Sultan dan hilanglah melayu. Kata-kata 'Takkan hilang melayu di dunia' bolehlah di padamkan dari liputan sejarah. Jadilah kita sebagai bangsa yang dijajah.

Monday, April 18, 2011

Artikel Pilihan - Pandangan Hizbut Tahrir tentang Pilhanraya.

SN164 - PANDANGAN HIZBUT TAHRIR TENTANG PILIHAN RAYA PDF Print E-mail
SN Keluaran 7 Februari 2008

                            Logo SNLogo SN

[SN164]
Esok 8 Mac 2008 adalah hari penentu untuk mengetahui parti manakah yang akan dipilih oleh rakyat Malaysia bagi memerintah untuk jangka masa 5 tahun yang akan datang. Sepanjang tempoh berkempen yang telah berlangsung sejak pembubaran Parlimen, pelbagai peristiwa dan kejadian yang telah berlaku. Caci-mencaci, tuduh-menuduh, hina-menghina, fitnah-memfitnah dan tidak kurang juga insiden pukul-memukul dapat disaksikan. Penipuan semakin merajalela, kebencian semakin membara dan hubungan dengan Allah semakin dilupa. Janji ditabur dan wang ringgit dihambur manakala kasih sayang dan persaudaraan sesama Muslim dikubur. Inilah sedikit dari fenomena pilihan raya yang setiap kali dijalankan, pasti menimbulkan lebih banyak perpecahan dan pergaduhan sesama umat Islam. Dalam kesibukan pilihan raya ini juga, timbul persoalan dan perdebatan di kalangan kaum Muslimin berhubung pandangan Islam mengenai urusan ini. Fatwa dan pandangan terdengar di sana-sini mengenai pilihan raya dan hukum melibatkan diri dengannya. Ada yang mewajibkannya, dengan menggunakan pelbagai dalil bagi menggalakkan rakyat untuk keluar mengundi dan ada yang mengharamkannya kerana mengikut dakwaan mereka perkara ini tidak pernah ada pada zaman Rasulullah. Ada pula yang berpandangan bahawa pilihan raya dibolehkan kerana Islam tidak pernah merincikan perkara (pemerintahan) ini, jadi terpulanglah kepada manusia untuk menentukan cara mereka sendiri dalam memilih pemerintah.

Sebagai sebuah parti politik yang berdakwah untuk mengembalikan semula kehidupan Islam dengan jalan mendirikan semula Daulah Khilafah, Hizbut Tahrir sering di salah fahami, dilabel dan difitnah sebagai sebuah gerakan Islam yang anti pilihan raya atau tepatnya yang mengharamkan pilihan raya. Bagi mereka yang ikhlas dan ingin tahu, ramai yang telah datang berbincang dan berdialog dengan Hizbut Tahrir sendiri berkenaan perkara ini. Selain itu, persoalan yang sama sering diajukan kepada kami di seminar-seminar dan forum-forum terbuka yang kami anjurkan. Segala puji bagi Allah, setelah mendapat penjelasan langsung dari kami, setakat ini ramai yang semakin jelas tentang pendirian Hizbut Tahrir dalam masalah ini. Inilah yang kami harapkan dari umat Islam yang ikhlas, agar mereka datang dan berjumpa sendiri dengan kami, daripada mendengar fitnah dan tohmahan dari luar. Atas permintaan ramai, Sautun Nahdhah hari ini akan menyatakan pendirian Hizbut Tahrir mengenai hukum pilihan raya, agar lebih ramai umat Islam yang ikhlas akan memahami dan membetulkan sikap masing-masing. Kami sedar bahawa nasyrah kecil ini tidak akan dapat memuat semua perkara yang ingin kami sampaikan, namun diharap ia memadai untuk menjernihkan pandangan mereka yang kabur dan keliru selama ini.

Pilihan Raya Dalam Islam

Persoalan pertama yang perlu dijelaskan di sini adalah, adakah terdapat pilihan raya di dalam Islam? Jawapannya ya, memang terdapat pilihan raya di dalam Islam, walaupun konteks atau cara(uslub)nya agak berbeza dengan yang ada sekarang. Pemilihan suara ramai memang ada dalam Islam. Secara rincinya pemilihan suara ramai (yang sekarang disebut pilihan raya) ini boleh berlaku dalam dua keadaan utama. Pertama, dalam urusan memilih Khalifah sebagai pemimpin tertinggi umat Islam. Kedua, dalam urusan memilih Majlis Syura (Majlis Umat). Namun, perlu difahami di sini bahawa pemilihan Khalifah tidak semestinya dilakukan melalui pemilihan suara ramai, tetapi pemilihan Majlis Umat mesti melalui suara ramai.

Hal ini diambil dari peristiwa pengangkatan para Khulafa’ Rasyidin yang menjadi Ijmak Sahabat yang wajib kita ikuti. Semasa pelantikan Abu Bakar, sebahagian besar kaum Muslimin berkumpul di Saqifah Bani Saidah dan terjadi perbincangan di antara mereka. Hasilnya Abu Bakar telah dibai’ah (bai’at in’iqad) menjadi Khalifah. Kemudian pada hari kedua, kaum Muslimin di undang ke Masjid Nabawi, lalu mereka membai’at Abu Bakar di sana (bai’at ta’at). Ketika Abu Bakar merasa sakitnya akan membawa kepada kematian, beliau telah memanggil kaum Muslimin untuk meminta pendapat mereka mengenai siapa yang akan menjadi Khalifah setelah beliau. Proses pengumpulan pendapat itu berlangsung selama tiga bulan dan akhirnya Abu Bakar mengetahui pendapat majoriti dari kaum Muslimin, lalu beliau menunjuk (mencalonkan) Umar sebagai Khalifah penggantinya. Perlu difahami di sini bahawa penunjukan (pencalonan) Umar bukanlah merupakan akad pengangkatan Umar sebagai Khalifah, kerana ternyata setelah Abu Bakar meninggal, kaum Muslimin datang ke Masjid dan membai’at Umar sebagai Khalifah yang baru. Ertinya, dengan bai’at inilah Umar sah menjadi Khalifah, bukannya dengan pengumpulan pendapat majoriti mahupun dengan pencalonan oleh Abu Bakar. Seandainya pencalonan oleh Abu Bakar merupakan akad kekhilafahan kepada Umar, nescaya tidak lagi diperlukan bai’at dari kaum Muslimin. Tambahan lagi, terdapat nas yang begitu banyak dan jelas dari Rasulullah bahawa sahnya kepimpinan tertinggi umat Islam itu adalah dengan bai’at.

Ketika Umar sakit, beliau telah menunjukkan enam orang sebagai calon Khalifah. Setelah Umar meninggal dan kemudian para calon berkumpul, Abdul Rahman bin Auf mengundurkan diri dan beliau diberi mandat (oleh yang lain) untuk menguruskan pelantikan Khalifah. Lalu beliau mulai meminta pendapat mereka satu persatu. Beliau menanyai mereka seandainya perkara itu diserahkan kepada masing-masing, siapakah di antara mereka yang lebih berhak. Akhirnya jawapannya terbatas pada dua orang iaitu Ali dan Utsman. Abdul Rahman lalu mulai bergerak bertanya pendapat kaum Muslimin keseluruhannya siapakah di antara dua calon tersebut yang mereka kehendaki. Beliau bertanya baik lelaki mahupun perempuan dalam rangka menggali pendapat masyarakat. Abdul Rahman diriwayatkan tidak tidur kerana keluar mengambil pendapat kaum Muslimin. Imam Bukhari meriwayatkan dari jalan al-Miswar bin Mukhrimah yang berkata, “Abdul Rahman mengetuk pintu hingga aku terbangun. Dia berkata, ‘Aku melihat engkau tidur. Demi Allah, janganlah engkau menghabiskan tiga hari ini (yakni tiga malam) dengan banyak tidur”. Ketika kaum Muslimin melaksanakan solat subuh pada hari yang ketiga tersebut, pembai’atan Utsman selesai dilakukan. Setelah Utsman terbunuh, majoriti kaum Muslimin di Madinah dan Kufah membai’at Ali bin Abi Thalib. Jadi, dengan bai’at ini, Ali sah menjadi Khalifah bagi kaum Muslimin.

Seperkara yang perlu diperhatikan di sini adalah, hanya jawatan Khalifah sahaja yang boleh dibuat melalui pungutan suara ramai. Sedangkan bagi jawatan lain seperti Mu’awin, Wali, Amil, Masalih ad-Daulah, Amirul Jihad, Qadhi dan lain-lain, mereka ini bukan dipilih melalui pilihan raya atau suara ramai, tetapi dilantik oleh Khalifah secara langsung. Hal ini berdasarkan nas yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah dan Khulafa’ Rasyidin dalam pelantikan jawatan-jawatan tersebut di dalam pemerintahan mereka. Seperkara lagi yang mesti diperhatikan betul-betul adalah perbezaan di antara bai’at dan pemilihan suara ramai. Pemilihan suara ramai (atau pilihan raya) bukanlah bai’at atau proses bai’at itu sendiri. Pilihan raya hanyalah proses memilih wakil (akad wakalah, bukan akad bai’at) sedangkan bai’at adalah satu akad yang wajib dilakukan oleh kaum Muslimin terhadap Khalifah yang telah terpilih. Nas-nas tentang bai’ah juga berbeza dengan nas-nas tentang bolehnya pilihan raya, di mana terdapat dua jenis akad bai’ah di dalam Islam dan seseorang Khalifah itu dibai’ah untuk ‘menerapkan’ hukum Allah, bukan untuk ‘menggubal’ hukum (undang-undang). Dan sebagaimana yang telah disebutkan, bai’ah itu hanya diberikan kepada (seorang) Khalifah sahaja, bukan kepada yang lain, tidak sama langsung hakikatnya dengan pilihan raya.

Satu lagi bentuk pilihan raya yang dibenarkan Islam adalah untuk memilih Majlis Syura (Majlis Umat). Majlis Umat adalah majlis yang dianggotai oleh para individu yang mewakili kaum Muslimin dalam memberikan pendapat sebagai tempat merujuk bagi Khalifah untuk meminta nasihat/input mereka dalam pelbagai urusan. Majlis ini juga mewakili umat dalam melakukan muhasabah terhadap Khalifah dan semua pegawai negara. Anggota majlis ini dipilih oleh umat melalui pilihan raya dan bukan melalui pelantikan (oleh pemerintah). Hal ini kerana mereka merupakan ‘wakil umat’ dalam mengemukakan pendapat (bukan membuat undang-undang) atau memuhasabah pemimpin. Untuk mengetahui wakil dalam wilayah yang begitu luas manakala mereka tidak dikenal, maka hal ini tidak akan terlaksana kecuali bagi orang-orang yang dipilih untuk menjadi wakil mereka. Tujuan yang menjadi alasan keberadaan Majlis Syura itu adalah mewakili masyarakat secara representatif. Kerana itu, asas kepada pemilihan anggota majlis ini adalah mesti mewakili masyarakat secara representatif (tamtsil li an-nas), sebagaimana keadaan yang menjadi dasar bagi Rasulullah dalam memilih nuqaba’ (orang yang bertanggungjawab). Dasar kedua adalah mewakili kelompok secara representatif seperti halnya perbuatan Rasulullah dalam memilih wakil dari kaum Muhajirin dan Ansar. Agar orang-orang yang tidak dikenal dapat mewakili individu-individu, kelompok-kelompok dan masyarakat secara representatif, maka hal ini tentunya hanya boleh dilakukan melalui pilihan raya. Semasa peristiwa Bai’ah Aqabah II, kerana kaum Muslimin yang berbai’at itu belum dikenal oleh Rasulullah, lalu urusan pemilihan itu baginda serahkan kepada mereka sepenuhnya, dengan sabda baginda,

“Keluarkan (pilihlah) kepadaku 12 orang naqib dari kalangan kalian yang bertanggungjawab atas kaum mereka” [Sirah Ibn Hisyam].

Yang perlu difahami dan diperhatikan betul-betul di sini adalah fungsi Majlis Umat iaitu (i) sebagai majlis syura dan (ii) sebagai majlis muhasabah. Adapun yang dimaksudkan dengan syura (musyawarah) adalah berbincang (sebelum keputusan diambil) untuk meminta dan memberi pendapat (termasuklah dalam urusan melantik Khalifah), dan ia hanya terbatas kepada perkara-perkara yang bersifat mubah dan tidak bertentangan dengan syara’ sahaja. Muhasabah pula adalah melakukan peneguran (menegur kesalahan/kelalaian) Khalifah dan kakitangan negara yang lain, setelah keputusan diambil atau setelah sesuatu polisi diterapkan. Satu lagi perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah Majlis Syura ini bukannya majlis tasyri’ (majlis untuk menggubal undang-undang), fungsinya hanya terbatas kepada dua perkara yang disebutkan di atas sahaja. Majlis Syura berbeza sama sekali dengan realiti Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam sistem demokrasi yang mana fungsi utama Parlimen atau DUN adalah untuk membuat undang-undang.

Pilihan raya Dalam Sistem Demokrasi

Bertolak dari sini, kita mestilah memahami dan membezakan realiti intikhab (pemilihan) di masa Rasulullah dengan realiti intikhab dalam sistem demokrasi yang ada sekarang. Untuk mengetahui hukum syara’ mengenai kedudukan pilihan raya sekarang, kita perlulah mengkaji terlebih dahulu realitinya (tahqiq al-manath). Yang pertama sekali, kita mestilah menjernihkan dahulu perbezaan di antara ‘pilihan raya’ dan ‘demokrasi’ itu sendiri. Pilihan raya tidak sama dengan demokrasi dan demokrasi tidak sama dengan pilihan raya. Pilihan raya hanyalah salah satu aspek/uslub dalam sistem demokrasi untuk memilih wakil (bukan memilih pemimpin). Manakala demokrasi itu adalah sebuah sistem pemerintahan di mana hak membuat undang-undang berada di tangan manusia. Hukum pilihan raya adalah berbeza dengan hukum demokrasi. Hukum demokrasi jelas haram dalam Islam berdasarkan nas-nas yang qath’i.

Seperkara lagi yang perlu difahami dan dibezakan adalah ‘suara majoriti’. Suara majoriti tidak sama dengan demokrasi dan tidak sama dengan pilihan raya. Suara majoriti tidak salah untuk diambil dalam membuat sesuatu keputusan yang bersifat mubah (harus), contohnya majoriti bersetuju melantik A (berbanding B) sebagai pemimpin atau majoriti bersetuju untuk pergi ke suatu tempat dengan menaiki bas (berbanding kereta). Namun suara majoriti akan menjadi haram apabila yang disepakati adalah bertentangan dengan hukum syarak. Contohnya majoriti bersetuju untuk menghukum penzina dengan 6 kali sebatan, atau majoriti bersetuju seorang pencuri dihukum penjara, atau majoriti bersetuju untuk menghalalkan sistem perbankan riba. Dalam aspek menggubal undang-undang, suara majoriti juga menjadi haram walaupun yang dipersetujui (secara majoriti) adalah suatu yang bertepatan dengan hukum syarak. Contohnya majoriti bersetuju untuk menggubal undang-undang bahawa solat itu wajib atau puasa itu wajib atau riba itu haram atau hukum mencuri adalah potong tangan. Ini kerana kewajipan solat dan puasa dan keharaman riba serta potong tangan bagi pencuri adalah datangnya dari Allah sebagai Zat Pembuat undang-undang. Jadi, tidak kira sama ada majoriti bersetuju atau tidak, solat tetap wajib dan riba tetap haram dan pencuri wajib dipotong tangan. Hukum Allah bukan untuk disetujui, diundi atau diluluskan oleh manusia. Hukum Allah merupakan hukum syara’ yang wajib dilaksanakan oleh manusia, tidak kira manusia bersetuju atau tidak. Manusia tidak ada sebesar zarah pun hak untuk mencadangkan, apatah lagi menggubal dan mengundi hukum Allah untuk diluluskan secara majoriti.

Menurut Perkara 66 Perlembagaan Persekutuan, Parlimen berfungsi sebagai badan perundangan (menggubal, meminda dan menghapuskan undang-undang). Manakala pilihan raya yang dijalankan dalam sistem demokrasi hakikatnya adalah merupakan pemilihan wakil untuk ke Parlimen/DUN bagi merealisasikan fungsi ini. Dengan kata lain ia adalah pemilihan ahli-ahli majlis tasyri’ yakni majlis yang akan membuat, meminda dan menghapuskan undang-undang. Jadi, majlis perwakilan (wakil Parlimen atau wakil DUN), fungsi utama mereka (apabila menang) adalah berada dalam majlis tasyri’ ini untuk menggubal undang-undang, meminda dan menghapuskannya dan kesemua ini boleh dan ‘wajib’ dilakukan dengan suara majoriti. Inilah hakikat Parlimen sama ada dari segi undang-undang mahupun amalan. Oleh yang demikian, setelah jelas akan tahqiq al-manathnya, maka barulah hukum syara’ bagi pilihan raya dalam sistem demokrasi ini dapat digali dan diselesaikan. Pilihan raya sekarang hakikatnya merupakan suatu bentuk perwakilan (wakalah) di mana masyarakat memilih wakil mereka untuk ke Parlimen/DUN. Untuk sesuatu akad wakalah sah di sisi syara’, ia mestilah ada (i) ijab dan kabul (ii) pihak yang diwakili (muwakkil) (iii) pihak yang menjadi wakil (wakil) (iv) urusan yang diwakilkan dan (v) bentuk (sighah) perwakilan tersebut.

Adapun mengenai penggubalan undang-undang, ia merupakan aktiviti yang tidak dibolehkan (haram) bagi seorang Muslim untuk melakukannya, tidak kira sama ada dia terlibat secara langsung dalam penggubalan ataupun terlibat dalam pengundian, meskipun undang-undang yang digubal itu ‘selari’ dengan hukum Islam yang mulia (sebagaimana dijelaskan di atas). Ini adalah kerana, ketika hukum Islam diambil untuk diterapkan, ia wajib diambil dari Al-Quran dan Sunah berdasarkan ‘aqidah Islam’, bukan diambil, dibahas dan diterapkan berdasarkan ‘undi majoriti’. Seseorang Muslim tidak dibolehkan membuat undang-undang, sebaliknya kewajiban mereka hanyalah untuk menerima dan menerapkan syariat Allah sahaja dan itu sahaja, tidak kira sama ada ia dipersetujui secara majoriti atau tidak oleh manusia. Oleh itu, hak untuk membuat undang-undang (hukum) hanyalah terletak pada Allah semata-mata. Tidak ada sesiapapun yang berhak meletakkan dirinya setara dengan Allah ‘Azza wa Jalla dalam membuat undang-undang. Allah berfirman,

“…hanya Allah jualah yang (berhak) menetapkan hukum…..” [TMQ al-An’am (6):57].

Oleh kerana hak membuat hukum (undang-undang) itu tidak ada pada manusia, maka manusia mana pun sama sekali tidak boleh (haram) ‘mewakilkan’ perkara ini kepada mana-mana orang, dalam apa-apa keadaan sekalipun. Manusia hanya diizinkan Allah untuk mewakilkan ‘perkara’ yang ia mempunyai hak ke atasnya sahaja. Dan membuat undang-undang bukanlah hak manusia. Ia hanyalah hak mutlak Allah swt semata-mata.

Oleh itu, dengan mengetahui bahawa calon yang dipilih itu akan pergi (diwakilkan) ke Parlimen/DUN untuk membuat undang-undang yang diharamkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala, maka berdasarkan kaedah syara’, al-wasilatu ila haram, haram (apa-apa jalan yang menuju kepada haram hukumnya juga haram), ini bermaksud mengundi/mewakilkan calon tersebut adalah haram. Adapun dalam memberikan kepercayaan kepada pemerintahan sekular yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan Allah, memilih pemimpin negara serta mengesahkan pelbagai undang-undang, perjanjian dan juga cukai, seorang Muslim tidak dibolehkan terlibat dengannya. Seorang Muslim tidak boleh mewakilkan atau meletakkan kepercayaan kepada pemerintah yang memerintah dengan selain dari hukum Allah. Menerapkan hukum selain dari apa yang diturunkan Allah merupakan satu bentuk kekufuran, kezaliman dan kefasikan [TMQ al-Ma’idah (5):44, 45, 47]. Allah swt berfirman,

“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan”
[TMQ Hud (11):113]

Menyertai Pilihan Raya Dalam Demokrasi

Berdasarkan apa yang telah kami jelaskan, kami berpandangan bahawa sebahagian besar dari fungsi ahli-ahli majlis perwakilan melibatkan perkara-perkara yang diharamkan ke atas mereka untuk melakukannya. Ini termasuklah fungsi menggubal undang-undang yang bertolak belakang dari Al-Quran dan Sunnah, fungsi melantik ketua negara yang tidak berhukum dengan hukum Allah, memberikan kepercayaan kepada pemerintah yang memerintah dengan hukum yang bukan diturunkan oleh Allah dan mengesahkan pelbagai perjanjian dan persetujuan yang dibina atas dasar kufur. Mana-mana orang yang memilih dan terpilih sebagai ahli Parlimen atau DUN untuk menjalankan fungsi-fungsi ini sesungguhnya telah berdosa dan kaum Muslimin tidak dibolehkan untuk menjadikan mereka sebagai wakil, membantu mereka mahupun mengucapkan tahniah kepada mereka sekiranya mereka berjaya.

Bagaimanapun, terdapat satu fungsi dari fungsi-fungsi ahli majlis perwakilan yang dibenar dan diperintahkan oleh syara’. Dan bagi menjalankan fungsi ini, dibolehkan seorang Muslim untuk terlibat di dalam pilihan raya. Ia adalah fungsi mengawas (control) negara dan memuhasabah para pemerintah di mana ini merupakan suatu kewajiban syarak ke atas kaum Muslimin. Ia merupakan hak dan kewajiban majlis perwakilan untuk menjalankannya. Namun demikian, untuk hak dan tanggungjawab ini dijalankan oleh seseorang ahli majlis perwakilan, terdapat syarat-syarat syar’i yang perlu dipenuhi sekiranya seseorang itu ingin mencalonkan dirinya untuk pilihan raya (majlis perwakilan) pada hari ini. Pencalonan hendaklah berpandukan kepada syarat-syarat ini, namun ia (syarat-syarat ini) tidak boleh dijadikan sebagai kebenaran (untuk pencalonan) secara mutlak. Syarat-syarat tersebut adalah:-

(1) Dia mestilah mengisytiharkan bahawa dia akan menggunakan Parlimen sebagai platform untuk berdakwah kepada Islam. (2) Dia mestilah mengisytiharkan dengan jelas dan lantang (tidak cukup dengan niat dan tidak dibolehkan berpura-pura) bahawa ia menolak sistem sekular dan kesemua sistem kufur yang ada. (3) Dia mestilah mengisytiharkan bahawa fungsinya di Parlimen/DUN (jika menang) adalah untuk mengubah sistem kufur dan menggantikannya dengan sistem Islam. (4) Dia akan berkempen hanya dengan apa yang diambil dari Al-Quran dan Sunnah Rasul. (5) Dia tidak akan masuk dalam pencalonan parti sekular atau parti bukan Islam, mahupun bekerjasama dengan mereka, kerana mereka ini adalah penyokong kepada sistem kufur. (6) Dia tidak dibolehkan merapatkan diri dengan badan Eksekutif dan Judikatif (yang kedua-duanya menerap dan melaksanakan hukum kufur) dan memasukkan namanya sebagai calon untuk tujuan bermanis muka dengan badan-badan ini yang jelas-jelas terdiri dari mereka yang zalim. (7) Bahawa kempennya di sepanjang waktu pencalonannya ini bertujuan agar umat manusia memahami objektif-objektif yang telah disebutkan di atas.

Tambahan dari itu, perlu diperhatikan bahawa proses pilihan raya itu sendiri mestilah mematuhi hukum syara’ dari segi tidak ada unsur-unsur perjudian ataupun pengakuan (untuk diikrar/ditandatangani) agar ia taat kepada taghut atau unsur-unsur haram yang lain sebelum membolehkannya menjadi calon. Setelah semua aspek keharaman dapat dihindari, maka bolehlah dia bertanding dan sekiranya dia menang, dia wajib menjadikan Parlimen sebagai platform dalam usaha untuk menghancurkan sistem, perlembagaan dan undang-undang yang dibina di atas asas kekufuran. Parlimen juga mesti dijadikan sebagai platform untuk mengingatkan manusia bahawa kewujudan undang-undang dan negara yang diasaskan atas dasar kufur ini merupakan suatu kemungkaran, bahkan ia merupakan ibu kepada segala kemungkaran yang ada dan oleh itu ia wajib dihapuskan dan dibina di atasnya Daulah Islam yang akan berhukum dengan hukum Allah secara kaffah. Daulah yang dimaksudkan ini adalah Daulah Khilafah Rasyidah yang didirikan atas jalan kenabian. Jika dia gagal sekalipun (dalam pilihan raya tersebut) seseorang yang ingin menjalankan fungsi yang mulia ini tidaklah perlu merasa sedih atau terkilan kerana sesungguhnya, platform untuk menjalankan fungsi ini (dakwah kepada Islam) terdapat di mana-mana dan tidak hanya terbatas di Parlimen/DUN sahaja. Bahkan dengan menjadi ahli Parlimen/DUN, seorang Muslim itu mungkin akan berubah sikap akibat godaan syaithan dengan pelbagai ruang dan peluang serta kekayaan dan habuan dunia yang menanti, yang justeru akan menjerumuskannya kepada azab Allah.

Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Sesungguhnya Islam mewajibkan ke atas kita untuk muhasabah para pemerintah dan mengubah mereka melalui jalan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah Sallallahu ’alaihi wa Sallam, yakni dengan peperangan pemikiran (sira’ul fikr) dan perjuangan politik (kifah siyasi). Sekiranya ini tidak kalian lakukan, maka pastilah situasi kalian akan menjadi semakin buruk dan Allah akan menghukum kalian di dunia dan akhirat. Sesungguhnya mengubah keadaan kaum Muslimin sekarang bukanlah suatu yang mustahil, seperti mana yang kerap digembar-gemburkan oleh mereka yang jahil, pengecut dan dalam kesesatan. Mengubah suasana ini merupakan suatu yang mampu dilakukan oleh umat Islam sekiranya umat ini bertawakal kepada Allah dan menjalankan apa yang telah diwajibkanNya ke atas kaum Muslimin. Janganlah rasa putus asa menyelubungi diri kalian sehingga kalian berdiam diri dengan sistem kufur yang mendominasi saat ini. Umat ini, Insya Allah akan disatukan di bawah seorang pemimpin dan satu hari nanti bendera La ilaha illallah Muhammad Rasulullah yang menunjukkan kesatuan akidah dan syariat kaum Muslimin akan berkibar megah di negeri-negeri mereka. Negeri mereka yang bertaburan saat ini Insya Allah akan disatukan dan umat Islam akan dibebaskan dari ketidakadilan sistem kufur yang rosak kepada keadilan Islam. Maka akan wujudlah negara yang satu, Khilafah Rasyidah ala minhaj nubuwwah yang menerapkan Islam dan menegakkan jihad sehinggalah Islam mendominasi dan mengatasi segala deen (cara hidup) yang lain.

Sunday, April 17, 2011

Artikel Pilihan - Jalan Perubahan Tanpa Pilihan Raya (HTM)

SN Keluaran 14 April 2011


  alt

JALAN PERUBAHAN TANPA PILIHAN RAYA
 
[SN256] Pesta demokrasi yang sedang berlangsung secara besar-besaran di negeri Sarawak sekarang akan mencapai kemuncaknya pada 16 April nanti apabila hari mengundi untuk Pilihan Raya Negeri ke-10 tiba. Pilihan raya kali ini menjadi medan penting bagi kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang kerana kejayaan yang diperolehi bakal mencorakkan bukan sahaja kerajaan negeri itu sendiri malah kerajaan Persekutuan juga. Kemenangan di peringkat negeri tentunya akan menjadi penanda aras untuk kedua-dua pihak yang bertanding, dalam merebut kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum ke-13 nanti dan seterusnya akan menentukan siapakah yang bakal memerintah Malaysia.

Justeru, tidak hairanlah sekiranya kita melihat kedua-dua pihak bekerja keras siang dan malam di dalam pesta yang dicipta oleh Barat ini demi memastikan kemenangan berpihak kepada mereka. Itu dari satu sisi. Dari sisi yang lain, untuk ke sekian kalinya kita menyaksikan pelbagai pesta maksiat lainnya yang merupakan satu pakej yang tidak terpisah dengan proses demokrasi ini seperti fitnah-memfitnah, keji-mengeji, penipuan, ugutan, rasuah, penyelewengan, kemunafikan dan lain-lain yang berlaku hampir setiap saat dan dapat disaksikan oleh setiap orang yang mempunyai penglihatan. Bagi mereka yang ikhlas dan bertakwa, mual dan muak rasanya apabila membaca atau menonton berita-berita tentang perkembangan pilihan raya yang laporannya sangat menjengkelkan. Kita menyaksikan perpecahan sesama umat Islam secara terang-terangan di mana sifat ukhuwah (persaudaraan), sayang-menyayang, lemah-lembut dan hormat-menghormati sudah tidak wujud sama sekali dan diganti dengan sifat permusuhan dan benci-membenci. Masing-masing berusaha menjatuhkan satu sama lain demi merebut kekuasaan. Semuanya berlaku kerana sebuah proses yang diagung-agungkan yang dipanggil demokrasi dan pilihan raya!!! Sungguh, pesta demokrasi ini bukannya semakin mendekatkan kemenangan Islam, malah semakin menjauhkan pejuang demokrasi dan juga umat Islam dari Islam.

Bagi para penganut sekularisme, demokrasi sememangnya menjadi jalan utuh untuk mereka terus kekal berkuasa dan meraih segala habuan dunia dengannya. Namun sungguh aneh bagi para pejuang Islam yang mengambil jalan demokrasi ini, di mana, walaupun mereka tahu bahawa pilihan raya di dalam demokrasi ini penuh dengan penipuan dan maksiat dan yang paling penting, tidak pernah membawa kemenangan Islam, namun mereka tetap mencintai dan bergelumang dengannya. Mereka sungguh sayang dan tidak mahu melepaskan dakapan mereka terhadap demokrasi seolah-olah Allah SWT sudah tidak menyediakan jalan lain (yang syar’ie) untuk menegakkan Islam kecuali dengan demokrasi! Padahal dari segi fakta sekalipun, revolusi Tunisia dan Mesir baru-baru ini yang berjaya menumbangkan diktator Ben Ali dan Mubarak sesungguhnya menjadi bukti nyata bahawa perubahan pemerintahan boleh berlaku di luar demokrasi dan di luar parlimen! Selama ini, para pejuang dan pendukung demokrasi dari kalangan umat Islam kerap menyatakan bahawa perubahan tidak mungkin dapat dilakukan kecuali dengan terlibat di dalam sistem demokrasi, mengikuti pilihan raya dan duduk di Parlimen. Tidak sedikit dari kalangan pejuang demokrasi ini yang menuding jari kepada parti Islam yang berjuang “di luar demokrasi” sebagai gerakan yang ‘menyusahkan’ mereka, gerakan yang sia-sia, tidak praktikal, tidak berpijak di bumi nyata dan tidak akan berjaya. Namun, dengan tumbangnya rejim Zein al-Abidin Ben Ali (Tunisia) dan Husni Mubarak (Mesir) di hadapan mata mereka sendiri, apakah para pejuang demokrasi ini masih ingin mengatakan bahawa demokrasi dan pilihanraya adalah satu-satunya jalan yang terbaik, praktikal dan benar? Sesungguhnya perubahan rejim selain melalui demokrasi dan pilihanraya ini bukanlah suatu yang baru di mana hal yang sama pernah berlaku di Iran semasa tumbangnya Syah Reza Pahlevi, di Filipina dengan kejatuhan Marcos dan di Indonesia dengan tersungkurnya diktator Soeharto. Apakah umat Islam pejuang demokrasi ini tidak mahu menyedari akan ini semua?

Sedikit Pengajaran Dari Kebangkitan Negara Arab

Setelah revolusi di Tunisia dan Mesir berjaya menumbangkan diktator di negara tersebut, umat Islam di negara-negara Arab lain pun turut bangkit untuk menjatuhkan pemerintah masing-masing yang terkenal kejam dan pembunuh. Di Libya, peperangan masih berlangsung di antara tentera Qaddafi dan umat Islam yang diparahkan lagi dengan kemasukan tentera Amerika Syarikat, Britain dan Perancis. NATO juga telah turut mengirim tentera atas nama menyelamatkan warga sivil, namun ternyata apa yang dilakukan oleh NATO ialah sebaliknya, yakni mereka turut melakukan serangan ke atas umat Islam yang memberontak terhadap Qaddafi. Kejatuhan diktator seperti Ben Ali dan Mubarak telah memberikan semangat yang besar kepada para peserta demonstrasi di negara lain sehingga mereka telah sanggup mengorbankan harta dan nyawa mereka untuk perubahan. Kita kini masih menyaksikan kebangkitan umat Islam di Yemen, Syria, Bahrain dan Algeria dengan menyuarakan aspirasi yang sama iaitu untuk menggantikan rejim opresif yang telah berpuluh tahun menyebabkan mereka menderita. Kesemua kebangkitan dan perubahan ini ternyata berlaku tanpa melalui pilihan raya!

Benar, pilihan raya boleh merubah sesebuah kerajaan, namun terbukti setakat ini bahawa hal ini amat sukar, di samping melibatkan banyak pelanggaran hukum syarak di dalamnya. Kerajaan yang sedang berkuasa tidak akan sanggup ‘menyerahkan’ kekuasaan mereka dengan begitu mudah melalui sebuah pilihan raya yang telus dan adil. Mereka akan melakukan apa sahaja tindakan keji demi memastikan mereka terus kekal berkuasa, bermula dari penipuan, rasuah, ugutan termasuklah sampai ke tahap pembunuhan, jika perlu. Inilah hakikat pilihan raya di seluruh dunia, apatah lagi di dunia Islam. Negara seperti Mesir, Tunisia, Algeria, Uzbekistan, Afghanistan, Pakistan dan banyak lagi, kesemuanya mengamalkan cara ‘pilihan raya demokratik’ untuk membentuk kerajaan. Namun lihat sahajalah apa yang berlaku di negara-negara ini setiap kali menjelang pilihan raya. Parti-parti kerajaan selalunya menang besar dan pembangkang boleh dikatakan langsung tidak mempunyai peluang untuk menang dan memerintah.

Sebagai contoh, kita telah menyaksikan pada awal tahun 90-an di Algeria bagaimana umat Islam cuba bangkit untuk menolak pemerintah melalui pilihan raya. Parti Front Islamic du Salut (FIS) telah pun berjaya memenangi pilihan raya peringkat pertama dan mereka menang dengan majoriti yang lebih besar pada kali yang kedua. Namun sayangnya kemenangan mereka telah ‘dijawab’ dengan darah dan peluru terhadap anggota-anggota FIS. Dengan dukungan dari Perancis, kerajaan yang sedia ada telah menggunakan tentera yang mereka miliki dan mengisytiharkan bahawa kemenangan FIS adalah tidak sah. Malah lebih buruk, pihak tentera telah melakukan pemburuan, penangkapan dan pembunuhan ke atas anggota-anggota FIS sehingga parti berasaskan Islam yang baru menang itu terus ‘hancur’ dalam sekelip mata sahaja.

Begitu jugalah apa yang berlaku ke atas Hamas di Palestin. Setelah Amerika dan Israel berjaya ‘menjinakkan’ Hamas agar masuk ke dalam pilihan raya, lalu Hamas terus terjerumus ke dalam perangkap kuffar itu dan terjun ke dalam jurang demokrasi. Namun, seluruh dunia mengetahui bahawa setelah Hamas diisytiharkan menang di dalam pilihan raya, kemenangan mereka tidak diiktiraf oleh AS dan Israel dan mereka terus diperangi. Hamas kemudian ‘disibukkan’ dengan perjuangan untuk mendapatkan pengiktirafan bahawa kemenangan mereka melalui proses pilihan raya yang demokratik itu adalah sah.

Senario yang hampir sama boleh dilihat di seluruh dunia umat Islam hatta di Malaysia sekalipun. Kemenangan Pakatan Rakyat di Perak sebagai contoh, melalui pilihan raya yang demokratik telah berakhir dengan amat tragis melalui sebuah proses ‘rampasan kuasa yang sah’ di bawah sistem demokrasi! Malangnya, para pencinta dan pendukung demokrasi dari kalangan gerakan Islam masih tetap setia dengan demokrasi dan pilihan raya dan sanggup di patuk ular dari lubang yang sama walau berpuluh-puluh kali sekalipun!!!

Keberkesanan Dan Kejayaan Perjuangan Di Luar Pilihan Raya Dan Di Luar Parlimen

Sesungguhnya kebangkitan umat Islam yang berlaku di negara Arab adalah sebuah kebangkitan yang baik. Mereka telah digerakkan oleh keinginan untuk berubah setelah sekian lama hidup di dalam penindasan di bawah rejim diktator. Ternyata, mereka sudah tidak percaya atau menunggu proses pilihan raya untuk menumbangkan kerajaan kerana mereka sedar bahawa pilihan raya bukan lagi jalan terbaik untuk mereka dan tidak pernah menjadi jalan terbaik pun! Pendapat umum (ra’yul am / public opinion) yang dibangun secara efektif ternyata mampu menggerakkan masyarakat menuju suatu perubahan. Cumanya, hal itu tidaklah boleh berdiri sendiri kecuali disertai oleh sokongan dari pihak tentera selaku ahlu al-quwwah (pemilik kekuatan). Di sinilah, di dalam perjuangannya, Hizbut Tahrir selalu menyatakan dan menekankan bahawa proses thalabun nusrah (mencari pertolongan) dari ahlu al-quwwah, selain menjadi thariqah (jalan) yang efektif, ia merupakan satu-satunya cara yang syar’ie di dalam meraih kekuasaan, setelah dalam masa yang sama masyarakat dibentuk dengan kesedaran umum (wa’yul am) tentang Islam dan Khilafah sebagai sistem pemerintahan yang sebenar. Dan semua ini dilakukan tanpa kekerasan dan tanpa mengangkat senjata, sesuai dengan thariqah yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.

Peranan tentera sangat signifikan untuk merealisasikan sebuah perubahan. Keberhasilan perubahan di Tunisia dan Mesir tidak boleh dipisahkan dari keputusan pihak tentera yang berbalik arah dan tidak lagi mendukung rejim yang sedang berkuasa. Hal yang hampir sama sebenarnya terjadi di Indonesia pada detik-detik terakhir kejatuhan Soeharto pada tahun 1998. Tentu lain kesudahannya jika pihak tentera tetap mempertahankan rejim sedia ada, bahkan lebih buruk sekiranya tentera berada dalam keadaan memusuhi rakyat. Demikianlah yang terjadi di Algeria ketika kemenangan FIS. Kini, kita menyaksikan hal yang sama apabila tentera yang setia kepada diktator Libya (Qaddafi) tidak bersama rakyat. Sesungguhnya kunci kemenangan kepada revolusi damai di Tunisia dan Mesir adalah munculnya ra’yul am yang menggerakkan masyarakat dan disertai oleh dukungan dari ahlul quwwah (tentera). Ternyata, segala perubahan damai ini boleh berlaku dan telah berlaku, tanpa sebuah pilihan raya!

Namun sayangnya perubahan di Tunisa dan Mesir telah ‘dicemari’ dengan tangan-tangan kotor Barat dan hanya berlaku sebatas penggantian rejim, bukannya sistem. Padahal, yang menjadi persoalan di kedua-dua negara itu bukanlah sekadar masalah ‘siapa’ yang memerintah, tetapi ‘sistem’ apa yang digunakan untuk memerintah. Sistem kufur-sekular di Tunisia dan Mesirlah yang menjadi pangkal kepada segala kerosakan dan sistem ini masih lagi dipertahankan sekarang kerana yang berlaku hanyalah sebatas penggantian rejim, bukannya penggantian sistem. Sistem kufur-sekular inilah yang memberikan jalan kekuasaan bagi rejim diktator yang menjadi penjilat Barat atas nama demokrasi. Atas nama demokrasi jugalah, Barat masuk ke negara umat Islam dan meletakkan bonekanya untuk menjadi rejim berkuasa mengikut kehendak Barat. Atas nama demokrasi jugalah, Barat dan para penguasa umat Islam berusaha membendung gerakan-gerakan yang menyuarakan penegakan syariah Islam dan Khilafah.

Dari aspek lain, perubahan di Tunisia dan Mesir tidak terjadi sebagaimana yang diinginkan kerana tidak wujud kesatuan misi politik di kalangan umat Islam yang bangkit. Gerakan-gerakan mahupun orang-perorangan yang turut serta di dalam protes, walaupun mereka menginginkan perubahan, namun masing-masing mempunyai visi yang tersendiri. Seperti diketahui, revolusi rakyat (people power) di Mesir diusung oleh pelbagai elemen, ada aktivis Islam seperti Ikhwanul Muslimin, aktivis Hak Asasi Manusia, aktivis parti sekular, kaum buruh, pelajar dan sebagainya. Mungkin mereka sepakat dalam satu hal, yakni untuk menumbangkan Husni Mubarak, namun apa yang jelas adalah mereka tidak mempunyai visi bersama mengenai sistem pemerintahan ideal yang sepatutnya diterapkan.

Dari fenomena ini, ia seharusnya menjadi pengajaran kepada umat Islam bahawa sekarang dan selepas ini, suatu gerakan massa seharusnya dilaksanakan oleh umat Islam melalui satu visi yang sama, yang dikendalikan oleh satu kelompok yang benar dan ikhlas untuk membawa perubahan melalui thariqah (jalan) sebagaimana yang telah dilalui oleh Rasulullah SAW dan para sahabat. Dengan cara ini sahajalah, jika terjadi perubahan, maka perubahan itu akan terjadi tidak hanya sebatas kepada pertukaran rejim (individu penguasanya), namun juga perubahan di dalam sistem pemerintahannya yakni dari sistem pemerintahan kufur-sekular kepada sistem pemerintahan Islam di bawah naungan Khilafah.

Untuk itu, apa yang menjadi seruan Hizbut Tahrir di Tunisia dan Mesir kepada para peserta demonstrasi khususnya dan umat Islam amnya merupakan suatu hal yang amat penting untuk difahami. Seruan Hizbut Tahrir adalah agar perubahan dilakukan bukannya dengan hanya mengganti seorang ejen kepada ejen yang lain, bukan pula dengan mengganti sebuah perlembagaan sekular dengan perlembagaan sekular lainnya, tetapi ia hendaklah perubahan dari satu sistem (sistem kufur) kepada sistem yang lain (sistem Islam). Di Mesir, Hizbut Tahrir menyerukan bahawa perubahan yang sejati hanya akan terjadi ketika Mesir kembali menjadi ibukota umat Islam dengan tegaknya Daulah al-Khilafah ar-Rasyidah, sebagai sebuah negara Islam yang merupakan satu-satunya negara untuk seluruh kaum Muslimin. Perubahan hakiki, dengan tegaknya pemerintahan Islam yang diwajibkan oleh Allah Azza Wa Jalla ini sahajalah yang akan menjamin keamanan dan kesejahteraan buat umat Islam dan yang akan membuatkan darah para pejuang yang gugur itu, tidak gugur dengan sia-sia!

Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Sekiranya kalian benar-benar mahukan perubahan di dalam suasana pemerintahan ini, tanyalah diri kita sendiri dan tanyalah kepada saudara-saudara kalian yang lainnya, apakah ‘bentuk’ perubahan yang kita ingini? Adakah kita inginkan perubahan dengan hanya pertukaran seorang pemimpin lama kepada pemimpin yang baru? Atau adakah kita inginkan perubahan dengan pertukaran seorang pemimpin dari parti A kepada pemimpin dari parti B? Apakah kalian tidak melihat selama ini bahawa sudah berlaku dan berlalu berapa puluh kali perubahan kepimpinan melalui setiap pilihan raya yang diadakan, namun hakikatnya tidak pernah berlaku perubahan di dalam ‘sistem’! Sistem kufur-sekular masih tetap membelit umat Islam walaupun parti yang menang adalah dari parti Islam dan sistem Islam masih tetap tidak dapat diterapkan sehingga sekarang. Dengan sejarah dan perkembangan yang berlaku, baik di negara ini mahupun di seluruh dunia yang telah dan sedang kita saksikan, masihkah kalian menaruh harapan dan ingin mengatakan bahawa satu-satunya jalan perubahan yang terbaik adalah melalui pilihan raya di bawah sistem demokrasi? Sedarlah wahai mereka yang masih terlena dan terleka, bahawa sesungguhnya umat Islam tidak pernah dan tidak akan pernah menang, malah Islam tidak pernah dan tidak akan pernah dapat ditegakkan selama mana umat Islam itu masih tetap terbelenggu dengan sihir demokrasi.

“Apakah hukum jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin”? [TMQ al-Mai'dah (5) : 50].

Monday, April 4, 2011

Hizbut Tahrir adalah ketenteraan dan pelampau?

Assalamualaikum.

Lama rasanya tak menulis. Rasa rindu pula kepada suasana kontroversi laman web. Hari ini saya hendak luahkan kepada anda semua mengenai persatuan Hizbut Tahrir. Apa yg anda semua tahu mengenai persatuan dunia Hizbut Tahrir ini? Rasanya tak ramai yang tahu dan ramai yang tidak mahu ambil tahu. Hizbut tahrir adalah satu persatuan dunia yang memperjuangkan sistem pemerintahan Islam iaitu sistem khilafah ( sistem pemerintahan berkhalifah ). Mereka juga berjuang untuk mengembalikan kehidupan Islam yang sebenar. Inilah syiar Islam yang mereka perjuangkan.

Pada saya ianya adalah sesuatu yang baik dan benar kerana itulah yang sepatutnya dan itulah yang harus di perjuangkan. Bukannya berjuang mengikut fahaman demokrasi barat dan fahaman ideologi lain. Tetapi ramai yang telah tersalah sangka dengan persatuan ini dan telah melebelkan persatuan ini sebagai ekstrimis agama. Apa sebenarnya ekstrimis? Macam mana kita hendak mengetahui sesuatu itu adalah ekstrimis? Adakah ekstrimis jika kita hendak memperjuangkan kebenaran Islam? Macam mana dengan memperjuangkan hak-hak sesuatu kaum? Bolehkah kita melebelkan mereka sebagai ekstrimis kaum? Macam mana dengan orang yang memperjuangkan ideologi politik? Bolehkah kita menggelarkan mereka sebagai ekstrimis politik?

Inilah yang berlaku sekarang di tempat kerja saya di mana web Hizbut Tahrir ini telah di sekat atas alasan 'Militancy and Extremist'. Sedihnya la saya setelah mendapat tahu alasan sekatan ini.Ianya seperti tidak masuk akal dan lucu juga bila difikirkan semula. Sebab sudah ternyata yang ramai orang takutkan bayang-bayang mereka sendiri. Takutkan kebangkitan Islam yang sebenar akan menyebabkan parti-parti politik ini melebel sesetengah persatuan sebagai ekstrimis. Inilah yang dikatakan 'taghut' kerana sifat-sifat taghut itu ada pada mereka. Tidak kiralah sama ada kerajaan atau pembangkang, keduanya sama-sama mempunyai sifat taghut itu.

Wahai para pembaca sekalian, anda semua sudah bijak dan pandai berfikir. Jadi anda semua boleh tahu, benarkah Islam ditegakkan dengan 2 cara iaitu pedang dan demokrasi? Inilah fahaman sempit yang dibawa oleh satu parti pembangkang tersebut. Mengapa mereka tidak di kenakan tindakan ISA atau di gelar ekstrimis agama? Kenapa web mereka tidak di sekat? Kenapa web Hizbut Tahrir yang melaungkan keamanan dan kebenaran Islam ini pula disekat? Saranan saya, masuklah website www.mykhilafah.com dan bacalah segala petikan dan berita di dalam web tersebut. Kajilah ia dan furqan la sendiri akan kebenarannya. Kepada komputer yang menggunakan server kerajaan, cuba masuk menggunakan ip lain, kepada yang tidak disekat, bacalah.....bacalah dengan hati yang tenang dan anda akan dapat mesej yang ingin di sampaikan di dalam web tersebut.

Wassalam....