NuffNang

Nuffnang

Translate


Tuesday, July 29, 2008

PEKIDA....Apa itu?

Assalamualaikum Warahmatullah.

Disini saya hendak bercerita serba sedikit mengenai PEKIDA. PEKIDA atau nama panjangnya ialah Pertubuhan Kebajikan Dan Dakwah Islamiah Malaysia. Pertubuhan ini telah didaftarkan pada 10hb. Mei 1983 dan pada tahun 1997, Pertubuhan ini telah meluluskan keahlian baru seramai 1,995 orang dan tahun 1998 seramai 958 orang sahaja. Jumlah ahli yang berdaftar setakat 31hb. Dis 1997 ialah seramai 14,295 orang dan pada 31hb. Dis 1998 ialah seramai 15,253 orang. Sehingga Hari ini PEKIDA telah mendaftarkan kira-kira 50,000 orang ahli. Ini adalah yang dipaparkan didalam website merekalah. Usaha murni mereka iaitu berdakwah dan membantu mereka yang memerlukan amatlah terpuji. Perjuangan mereka yang tanpa mengira waktu hendaklah disokong oleh kita semua. Sudah banyak usaha terpuji mereka ini dijalankan dan boleh dikatakan tidak semua yang tahu apakah usaha yang telah mereka lakukan. Tetapi itu tidak penting, yang penting ialah mereka telah banyak melakukan perjuangan untuk membantu umat Islam dinegara kita ini. Usaha yang dibuat tanpa mengharapkan balasan ini adalah sesuatu yang terpuji dan harus kita ikuti dan teladani.

Tetapi dalam setandan pisang, tidak semuanya elok dan pasti ada yang busuk. Pada masa sekarang ini terlalu ramai orang yang mengaku mereka adalah ahli PEKIDA. Susah hendak mengetahui mana yang benar dan mana yang salah. Tapi kalau mereka memperjuangkan Islam itu sudah pastilah tidak apa. Tidak kisah la mereka itu ahli palsu atau ahli yang sebenarnya. Tetapi yang menyedihkannya ialah mereka ini sudahlah tidak memperjuangkan syiar Islam, malah memburukkannya lagi. Jika mereka ini bukan ahli yang sebenar, sudah pastilah ahli yang sebenar mendapat buruknya. Sudah pastilah masyarakat akan melebel PEKIDA ini adalah satu pertubuhan samseng! Padahal yang membuat onar itu adalah ahli yang bukan ahli sebenar PEKIDA. Sungguh malang nasib persatuan ini kerana sentiasa diuji oleh mereka-mereka yang jahil ini. Sudahlah persatuan mereka ini disalah ertikan, kemudian dicerca, dimaki dan digelakkan kerana perjuangan suci mereka, kemudian di tambah lagi dengan kerosakan dan keburukan yang dibawa oleh ahli palsu ini. Selepas ini, apalagi la dugaan yang diterima oleh persatuan mereka ini. Harapan saya agar mereka sentiasa sabar dan tidak berputus asa didalam perjuangan mereka itu. Itu adalah serba sedikit pendapat saya mengenai ahli-ahli palsu PEKIDA ini.

Ini pula adalah pendapat saya mengenai ahli PEKIDA yang tulen, tetapi membuat kerosakan di muka bumi Allah ini. Dukacita saya katakan, mereka yang mengamalkan motto Amar Makruf Nahyil Mungkar yang membawa maksud mengamalkan perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya tidak mengikut motto tersebut. Malah mereka mengamalkan Amar mungkar Nahyil Makruf dan ada yang mengamalkan kedua-duanya sekali. Lebih menyedihkan lagi apabila perjuangan dan matlamat mereka yang bertujuan untuk menjaga kebajikan orang melayu ini bertukar kepada menganiaya orang melayu! Inilah yang menjadi masalah persatuan ini sekarang. Matlamat dan perjuangan asal persatuan ini telah terpesong dan lari dari yang sebenar. Ini adalah petikan daripada akhbar Harian Metro pada 26hb Julai 2008 yang mengatakan 1200 ahli PEKIDA dari Terengganu telah bertindak keluar dari persatuan ini kerana mereka kecewa dengan layanan yang di anak tirikan oleh pihak atasan PEKIDA dan juga kerana perjuangan yang telah lari matlamat sebenar. Apa maknanya ini sahabat-sahabat sekalian? Ini bermakna pihak pengurusan juga terdiri dari orang yang tidak bertanggungjawab! Ini menandakan kredibiliti PEKIDA dalam pemilihan ahli majlis tertinggi dan juga pemilihan ahli harus dipersoalkan. Bagaimana mereka memilih ahli? Berdasarkan apa mereka memilih ahli? Kalau di Kelantan sekarang ini solat 5 waktu menjadi syarat untuk memilih Ahli Majlis atau pegawai-pegawai kerajaan negeri Kelantan, bagaimana pula dengan PEKIDA?

Apa yang akan saya ceritakan ini adalah berdasarkan pengalaman sebenar dari saya dan juga dari sahabat-sahabat saya yang lain. Bukan niat saya untuk memburukan atau membuka aib sesiapa, tetapi sekadar teguran dan renungan buat semua. Mungkin agak terlalu kasar sedikit kerana saya menulis ini bercampur dengan perasaan geram di dalam hati saya. Ada juga cerita ini adalah dari mereka yang dikalangan ahli PEKIDA sendiri dan ada yang tidak. Kebanyakkan cerita dan pandangan yang saya dengar dari mereka adalah mengenai keburukan PEKIDA sahaja. Lebih buruk dari baiknya. Sebenarnya salah dan berdosa kerana jika kita asyik menceritakan tentang keburukan seseorang atau sesuatu. Tetapi ini adalah kerana niat untuk menegur dan sekadar renungan buat mereka yang masih salah faham mengenai persatuan ini. Salah satu cerita yang saya dengar ialah, ramai ahli pekida yang sudah rosak. Rosak yang dimaksudkan disini ialah terjebak dengan penzinaan, memeras ugut, maksiat, meminum arak, dadah dan pergaduhan ala samseng hong kong sesama melayu. Tidak kurang juga mereka yang menggunakan tiket PEKIDA ini sebagai perlindungan diri. Perlindungan apa? Apa guna Polis? Apa guna kawan-kawan? Kena jadi ahli ke baru nak dapat perlindungan dan bantuan dari PEKIDA? Bila mereka mengatakan untuk mendapatkan perlindungan, kebanyakan mereka mengatakan sebabnya ialah, bila bergaduh senang nak dapat back-up. Bukankah itu sudah menyerupai seperti kongsi gelap yang sememangnya haram di negara kita ini? Tidak kurang juga yang menjadi bouncer di kelab malam dan kelab dangdut menggunakan tiket PEKIDA. Apa semua ini!? Berdasarkan pengalaman saya pula, mereka ini meminum arak sesuka hati mereka seolah mereka kuat dan tidak takut pada apa pun. Lebih menyedihkan apabila mereka membawa pengikut mereka bersama melakukan dosa dengan bangga dan riaknya. Tidakkah mereka tahu andaikata mereka mati dulu, dan pengikutnya masih mengamalkan apa yang diajar oleh ketua mereka, dosa mereka ini akan mengikut ketua mereka di dalam kubur nanti?

Sebenarnya, tidak semua dari mereka ini kufur dan jahat seperti yang disangka. Kesimpulanya disini, terpulang kepada kita untuk menilainya. Sudah menjadi fitrah manusia yang suka menilai sesuatu itu berdasarkan kepada apa yang dilihatnya sahaja. Pucuk pimpinan yang memainkan peranan sebenarnya. Jika mereka membiarkan sahaja perkara buruk ini berterusan, maka mereka juga akan mendapat nama buruk di atas perlakuan ahli dibawah mereka. Kepimpinan melalui tauladan. Baik yang dibawa, maka baiklah jadinya, buruk yang dibawa, maka buruklah jadinya. Jadi kepada ahli PEKIDA yang membaca blog ini, silalah mengambil tindakan yang tegas. Semaklah kembali ahli-ahli anda, buangkan mereka yang masih degil dalam PEKIDA itu, asuh dan nasihatkanlah mereka yang masih baru itu. Masih ada lagi harapan kepada persatuan ini jika mereka selalu turun padang dan mengambil tindakan kepada ahli yang sudah jauh terpesong itu. Peliharalah kembali nama persatuan PEKIDA itu agar ianya kembali bersih dan dipandang mulia oleh masyarakat. Buatlah kerjasama dengan persatuan dan jabatan Agama Islam dalam membanteras gejala ini. Selain dari itu, selalulah bekerjasama dengan masyarakat dalam membantu mereka yang sudah jauh terpesong dari ajaran Allah. Adalah lebih elok jika mereka bekerjasama dengan jabatan Agama Islam lain untuk menegakkan hukum dan ajaran Allah seperti membuat lawatan mengejut ke kelab malam dan hotel-hotel yang menjadi sarang pelacuran dan kemaksiatan. Selamatkanlah umat akhir zaman ini yang sedang leka dan hanyut dibuai kesenangan dunia.

Sekian, Wassalam.

6 comments:

  1. aku dari kg laloh kuala krai kelantan, budak pekida sini memang samseng, boss nya usop pahi memang kaki samseng, yusni lagi teruk, brahim boyo, awi tok awang kekcok, suha ini sebahagian yang aku boleh sebut, tapi ramai lagi lah, mereka ni semua kaki pukul, tarik kereta, peras ugut orang, curi kereta, kaki mabok, buat kacau kedai kopi dan macam macam lagi lah memang teruk pendek kata keselamatan kampong memang terancam, pk la boss pekida taik.

    ReplyDelete
  2. Pekida ni memang puki mak,berani pukul orang melayu je..pulak tu pukul ramai2..lari matlamat penubuhan pekida..kalau pekida ni berani pukul la gangster india ke,gangster cina ke..

    ReplyDelete
  3. Pekida ni memang puki mak,berani pukul orang melayu je..pulak tu pukul ramai2..lari matlamat penubuhan pekida..kalau pekida ni berani pukul la gangster india ke,gangster cina ke..

    ReplyDelete
  4. Pekida ni memang puki mak,berani pukul orang melayu je..pulak tu pukul ramai2..lari matlamat penubuhan pekida..kalau pekida ni berani pukul la gangster india ke,gangster cina ke..

    ReplyDelete
  5. Pekida ni memang puki mak,berani pukul orang melayu je..pulak tu pukul ramai2..lari matlamat penubuhan pekida..kalau pekida ni berani pukul la gangster india ke,gangster cina ke..

    ReplyDelete
  6. Aku kenal siapa PEKIDA. Takda yang bagus, semuanya hampeh... Tak kira la PEKIDA mana pun..Anak anak muda jatuhkan lah diri dari kumpulan ala ala samseng ni

    ReplyDelete

Sebolehnya sila tinggalkan nama anda, sekadar nama samaran pun dah cukup agar orang lain senang menyebut nama anda. Terlalu banyak anynomous (tanpa nama) menyukarkan perbincangan. Sila jaga tatasusila anda semasa memberikan komen. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kerosakan yang berlaku terhadap penggunaan maklumat di dalam blog ini.