NuffNang

Nuffnang

Translate


Showing posts with label Akhlak. Show all posts
Showing posts with label Akhlak. Show all posts

Tuesday, July 1, 2014

UMNO NAK BUAT KASINO KE 2?

TAK BENAR! YANG BENAR IALAH PAS-PR NAK KEMBANGKAN INDUSTRI ARAK DI SELANGOR!!

GAMBAR SEBELAH KIRI MEMBAWA MESEJ FITNAH DARI PAKATAN ROSAK (PR)..

MANAKALA GAMBAR KANAN MEMBAWA MESEJ SEBENAR..



========================================================================
Blog GAP (Gerakan Anti-PKR) melaporkan bahawa Pakatan Rosak (PR) sedang sebar fitnah konon kerajaan UMNO/BN meluluskan pembinaan Kasino ke-2 kerana terdesak nak tambahkan pendapatan negara (http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2014/06/tekaapa-pembangkang-buat-menjelang-saat.html)..

GAP melaporkan Datuk Ahmad Maslan (Timbalan Menteri Kewangan) sebagai menafikan fitnah ini. Ahmad Maslan berkata Kementerian Kewangan TIDAK pernah meluluskan apa-apa juga lesen kasino baru kepada Berjaya Group/Vincent Tan .

Sunday, June 22, 2014

Jatuhkan kerajaan BN!! Pedulikan semuanya!!

Bila orang membaca topik post aku kali ni mesti orang akan ingat aku cuba menghasut orang ramai untuk menggulingkan kerajaan kan? Nanti dulu....sabar....baca dulu sampai habis. Jangan cepat sangat nak menghukum. Nanti aku panggil korang bodoh, sampai ke anak cucu korang kena sumpah jadi bodoh dengan aku pula kang. Marah pulak korang dengan aku ni nanti.

Topik ni aku pilih sebab ini adalah kata-kata dari penyokong tegar PR yang aku jumpa dan berdialog pada 2 minggu yang  lepas. Susah juga nak jumpa orang PR yang baik dengan kita dan berani nak jumpa kita untuk berdialog, lebih-lebih lagi orang dari parti PAS. Aku taknak la cakap orang yang aku jumpa ni dari parti mana, sebab dia cakap ni bagi pihak diri sendiri dan bukannya untuk parti.

Sebenarnya bukan dia seorang sahaja yang aku tanya dan perhatikan tapi ramai lagi. Yang membezakan antara mereka ni adalah, mamat ni je yang aku jumpa face-to-face, yang lain semua penakut. Dah depan mata pun masih diam membisu. Bila aku mulakan, dikatanya aku ni yang taksub. Cek balik apa maksud taksub ko tu. Dalam blog aku ni, aku tak pilih bulu kalau aku nak maki. Siapa yang salah, aku tetap akan sembur tak kiralah dia tu dari BN or PR. Tak puas hati? Mari jumpa.

Ok, cukup pasal mereka yang penakut tu. Kita teruskan dengan mamat yang berani dan ada telor ni. Dia ni sebenarnya kawan lama aku. Aku saja la ajak minum dan terangkan sebab mengapa aku ajak dia jumpa. Pada mulanya dia tak setuju sebab dia kata tok guru dia larang berjumpa dengan orang 'luar' untuk tujuan berdialog. Tapi selepas aku pujuk dan atas dasar kawan lama, dia pun setujulah nak jumpa. Masa berjumpa tu, aku tanyakan dia, kenapa tok guru dia larang untuk dia jumpa orang luar untuk tujuan berdebat. Dia kata, kononnya orang luar ni tak faham mereka. Kalau tak faham, silalah fahamkan kami, betul tak?

Persoalan yang bermain didalam benak aku sekarang ialah, mengapa bersungguh-sungguh benar PR ni nak jatuhkan BN? Sampai yang dulu halal untuk BN, sekarang dah jadi halal untuk mereka. Pemimpin PAS pun dah macam ulama buta dan pekak sebab membiarkan Institusi agama Islam di Selangor berjuang sendirian menegakkan Islam. Hal si dyana tolak hudud pun di tolak ketepi, dia tak pakai tudung pun jadi halal, nak buat hudud kat kelantan pun di tangguhkan. Kalau PKR tu jangan sebutlah, liberal sangat sampai dah tak tahu mana satu mereka ni. Apa citer ni?

Nak tahu apa jawapan dia? Mamat ni kata, tak kiralah apa saja keburukan yang ditaburkan dan ditelanjangkan pada mereka, mereka telah di ajar supaya tidak mempercayai apa saja yang telah di beritakan kepada mereka. Meskipun berita itu benar sekalipun, mereka tidak peduli asalkan BN jatuh dan dikuburkan sekaligus. Mereka akan buat apa saja asalkan dapat jatuhkan BN, walaupun benda tu berdosa dan haram. Persoalan halal dan haram itu akan diselesaikan selepas mereka memerintah nanti. Mereka ada PAS yang akan menguatkuasakan undang-undang Islam. Mereka ada PKR dan DAP untuk menjaga yang bukan Islam pada ketika itu nanti.

Mereka sudah tidak kisah walaupun pemimpin mereka seorang penjenayah, peliwat, perampas isteri orang, penzina, liberal, syiah, wahabi dan apa saja sekali pun, asalkan dapat jatuhkan BN. Nampak tak tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Begitu berazam sekali mereka untuk menjatuhkan BN. Begitu bersungguh-sungguh sekali mereka hendak menjatuhkan BN sehingga mengetepikan apa yang halal dan haram.

Bila saya tanya lagi mengapa, mamat tu kata, lihatlah kat dalam sektor awam...kakitangan kerajaanlah yang paling ramai yang jadi pembangkang. Sebab apa? Sebab mereka inilah yang tahu apa yang terjadi di dalam kerajaan. Kawan-kawan ambil rasuah, bos ambil rasuah, salah guna kuasa, duit berjuta-juta hilang tapi senyap macam tu je, pemberian tender yang tidak telus, pelaksanaan dasar yang tidak diberi penerangan secukupnya dan macam-macam lagi. Ini memang aku akuilah, sebab dulu masa aku ada ramai kawan-kawan yang buat business melibatkan kerajaan. Mereka kata, kalau tak bagi, tak dapatlah projek, tak luluslah permit, tak lepaslah tender, dan macam-macam lagi penyelewengan.

Bila mamat ni dah puas bercakap, aku dah mendengar, aku pula suruh dia dengar dan biar aku yang bercakap. Bila aku suruh dia lihat negara jiran kita dan lihat sejarah mereka, mamat ni kata tidak ada kena mengena dengan negara tersebut. Bila aku suruh lihat orang melayu kat negara jiran kita, dia kata macam tu juga. Bagi aku dia  ni taknak berpandangan jauh sikit, dia taknak belajar dari pengajaran orang yang dah lepas. Bila aku cakap macam tu, apasalahnya kalau cina jadi PM pun? Kenapa takut pada perubahan? Apa punya soalan la mamat ni. Sama jugaklah ada sorang minah ni cakap macam tu kat aku. Maybe dia dah termakan budi kut sebab kerja kat syarikat cina. Cina tidak akan jaga kau kalau kau takder kepentingan untuk dia. Cina akan menjaga seorang melayu yang akan menjadi pelindung mereka daripada beribu orang melayu lain. Mereka juga tahu yang orang melayu ni senang terhutang budi. Belanja makan, kasi wang, jaga famili, semua setel...lu jadi lembu gua. Itu adalah cara orang cina menambat hidung orang melayu.

Aku bukan takutkan perubahan, tapi kalau perubahan menjadi seperti negara jiran kita, aku tak mahu. Kalau sebab nak hancurkan BN kerana semata-mata nak harga barang semua murah, aku tak setuju. Sebab impaknya besar sangat dan terlalu berat untuk ditanggung kemudian hari nanti. Aku paling heran sebab kenapa orang yang gaji besar, tapi sentiasa tak cukup. Nasihat saya, cek balik korang punya solat dan amalan. Ada la tu yang korang buat tak betul sampai rezeki korang tu tak cukup. Mungkin korang ni munafik sebab konon perjuangkan keadilan dan ketelusan, tapi korang sebenarnya tak buat pun benda tu. Sebab tu Allah balas dengan menarik balik rezeki korang. Member aku yang kerja pembantu am pejabat dan isteri dia pun sama juga pembantu am, cukup je gaji dia sekeluarga dengan anak 3 orang. Member aku sorang lagi, kerja 7 eleven dan isteri tak bekerja menjaga anak seorang, cukup je gaji dia. Cek balik amalan korang, mesti ada salah kat mana-mana ni.

Memang aku akui, pemimpin kita ni ada yang tak berapa betul. Ada yang suka ambil duit, ada yang gunakan orang untuk fund kempen politik dia. Ada yang makan komisen juta-juta. Aku tahu.....dan aku rasa ramai pegawai kerajaan juga tahu. Kalau bos boleh buat macam tu, apatah lagi anak buah dia sendiri, kan? Tapi di sebelah PR, semuanya telus ke? Sampai ada yang dibunuh sebab semata-mata hendak menyembunyikan kes penyelewengan mereka. Itu telus ke tu? Statistik SPRM mengatakan, peratusan antara BN dan PR yang ditangkap atau disiasat kerana mengambil rasuah adalah sama!! Maknanya, baik BN mahupun PR, kedua-duanya sama je teruk.

Sekarang aku biarkan persoalan ini untuk korang fikirkan sendiri. Tahukah anda semua mengenai sejarah negara Singapura? Macam mana pemimpin melayu dijanjikan kuasa untuk satu tempoh dan kemudian di ambil-alih oleh orang cina dan mereka masih berkuasa sehingga sekarang, tahu tak? Macam mana perdana menteri melayu atau boneka melayu yang terakhir hidup dalam buangan? Sultan melayu di singapura hidup dalam buangan? Jenazah orang Islam tidak boleh ditanam kerana pembaziran tanah dan hendaklah dibakar, tahu tak? Adakah kamu semua mahukan Malaysia menjadi seperti singapura? Mahukah kamu berkongsi hak kamu sebagai tuan rumah dengan golongan pendatang ni? Tidak dinafikan tanah ini adalah milik Alllah, tapi adakah Allah berikan tanah ini untuk orang bukan Islam? Siapakah Allah mahukan sebagai Khalifah? Adakah orang Islam atau orang cina?

Tukar pemimpin, bukan tukar parti. Itulah saranan saya yang terbaik setakat ini. Buang pemimpin yang kotor, laporkan pada SPRM jika takut laporkan kepada pihak berkuasa lain segala penyelewengan mereka. Pemimpin yang harus di ubah, kerana mereka inilah yang membawa parasit jahat kedalam parti. Bantu mereka yang cintakan agama dan negara untuk naik memimpin dan bukan bantu mereka yang berikan kamu duit untuk diam. Tukarkan pemimpin dan bukan tukar parti!

Tuesday, April 15, 2014

Orang kita - Siri 2.0.

Orang kita ni tak boleh nak susah sikit. Bila susah sikit je mulalah nak cari salah seseorang. Bila dah dapat salahkan seseorang, dia serang habis-habisan. Padahal diri sendiri yang malas kerja dan berusaha. Semuanya nak harapkan subsidi dan benda free. Kalau boleh mereka nak kerajaan kasi duit poket setiap hari pada mereka atas alasan duit tu duit rakyat. Macam la duit tu tak digunakan untuk pembangunan negara kita. Negara kita membangun, ramai orang datang melabur, kita juga yang senang. Punya la cetek pemikiran orang kita ni...Hishhh...itulah orang kita.

Orang kita ni tak boleh berfikir jauh sikit. Kononnya taknak bersusah-payah memikirkan hal yang tidak penting. Mungkin juga orang kita ni taknak otak tu letih sebab berfikir atau mungkin sebab itu sahaja tahap kemampuan dia. Orang kita ni lebih suka orang lain yang fikirkan untuk mereka. Kerja orang kita ni pula, percaya bulat-bulat, walaupun benda tu salah. Sebab tu orang kita ni senang nak kena tipu. Dah banyak buat iklan amaran pun masih lagi ada yang teperdaya. Contohnya seperti sindiket gores dan menang dan juga panggilan telefon palsu. Itulah orang kita.

Orang kita ni suka ikut-ikut orang. Apa yang orang buat, kita pun nak buat. Apa yang orang lain ada, kita pun nak ada. Kadang-kala kita lupa yang kita tidak mampu, tapi sanggup menyiksa diri untuk memenuhi kehendak nafsu. Bila kita tak dapat, mulalah nak buat kerja bodoh dengan merompak dan mencuri. Kalau tak buat kerja terkutuk tu pun, mulalah nak dengki kat orang lain. Tak cukup dengan makian, ditambah lagi dengan fitnah kononnya orang tu ambil rasuah dan lain-lain. Ermm....orang kita.

Orang kita ni tak suka kalah. Bagus kalau ada sikap macam tu. Tapi yang tak bagusnya, orang kita ni tak suka kalah dalam bercakap. Asal nak berdebat atau berkata-kata, mesti nak menang. Kadang-kala apabila diberi penerangan pun dia taknak terima sebab dia rasa dia betul. Bila dah jadi macam tu, mulalah tanya soalan yang bodoh. Kemudian, dia perbodohkan pula orang lain dengan pemahaman dia tu sebab orang kita ni macam yang saya cakap kat perenggan atas tadi, orang kita ni malas nak berfikir. Dah la malas nak berfikir, ditambah lagi dengan bodoh sombong dan suka menegak benang yang basah. Itulah orang kita.

Orang kita.

Monday, April 7, 2014

Orang kita.

Orang kita....orang kita ni ada bermacam-macam ragam dan fiil. Orang kita juga mempunyai ego yang sangat tinggi (kalah menara dubai) dan suka menegakkan benang yang basah. Sebagai contoh, ada situasi ketika memandu. Sesetengah orang berpendapat bahawa apabila mereka sudah memberikan signal, itu bermakna mereka sudah boleh masuk ke laluan kita. Bila dah bergesel, kita yang duduk di laluan asal ini pula di salahkan. Siapa yang kata lepas bagi signal, dah boleh tukar laluan? Kalau tak percaya, cuba la buat. Kita tengok siapa yang kena saman. Sebenarnya kalau nak tukar laluan, wajib memastikan yang ianya selamat dan kenderaan di belakang di jarak yang selamat.

Orang kita ni kurang sabar. Lebih-lebih lagi bila masuk bab politik dan ketika memandu. Bila dalam bab politik, asalkan diprovok sedikit, dah melenting. Memuja membabi-buta, tidak kira haram dan salah, semuanya jadi halal dan benar. Bila memandu pula, tak boleh nak ikut barisan....mesti nak potong line. Kurang ajar tau namanya. Bila kita potong barisan orang lain, kita tak rasa apa yang orang lain rasa. Bila barisan kita pula yang kena potong, tahu pula nak meroyan. Itulah orang kita.

Orang kita ni suka mengadu domba. Bila ada benda yang tidak kena pada mereka, mulalah nak mengadu sana dan sini. Sebagai contoh dalam hal menuntut BR1M. Belum tentu lagi semua yang mohon itu akan mendapat kelulusan. Bila ditolak, mulalah nak meroyan. Pada hal diri sendiri tu tak layak. Malu tak? Begitulah hal dalam permohonan warganegara. Kawan saya di sebuah jabatan kerajaan ni selalu mengeluh kerana dimarahi oleh orang awam yang telah ditolak permohonan mereka. Katanya, susah nak fahamkan orang yang tak faham undang-undang negara kita ni. Lepas tu mulalah nak mengadu dekat pak-pak menteri untuk mintak sokongan. Pak-pak menteri ni pulak suka tenyeh bukan-bukan kat kertas untuk berikan kelulusan. Biasalah, nak popular dan menaikkan rating politik masing-masing. Nasiblah ada pegawai-pegawai kerajaan yang memberi nasihat yang betul kat pak-pak menteri kita. Itulah orang kita.

Orang kita ni suka percaya bulat-bulat apa yang mereka baca kat media lebih-lebih lagi media alternatif. Kalau dalam tu ada tulis kerajaan naikkan harga minyak RM10 seliter pun mereka akan percaya. Lepas tu nak meroyan tak tentu pasal. Bila dah keluar berita sebenar, tak pula nak minta maaf apatah lagi merasa malu. Lepas tu mulalah cari benda lain untuk salahkan kerajaan. Kalau media utama negara kata kerajaan nak turunkan minyak kepada RM0.20 seliter, susah plak nak percaya walaupun mungkin pada masa tu berita tu benar. Pelik kan? Busuk betul hati orang macam ni. Kadang-kadang hal serius macam insiden Lahad Datu dan MH370 pun nak di permain-mainkan. Apa punya orang la macam ni. Kan kurang ajar namanya tu. Itulah orang kita.

Orang kita ni bila dah benci kat suatu benda atau orang tu, bencinya sampai mati. Masya'allah....sampai macam tu sekali dia benci. Walaupun orang tu ada bawak kebaikkan pada kita, pun kita benci dan bersangka buruk. Pendek kata, tiada yang baik pada orang itu bila dah benci. Kata orang 9 kebaikkan dapat di hilangkan oleh 1 keburukkan. Lepas tu pergi menjaja cerita merata-rata. Semuanya jadi bahan jenaka. Perkara ini berlaku di mana-mana sahaja tanpa mengira usia. Yang tua mengajar yang muda dan yang muda menyebarkan pada rakan-rakan taulan. Akhirnya, jadilah bangsa kita ini bangsa lawak jenaka dan tidak mempunyai rasa hormat pada orang lain lagi. Itulah orang kita.

Orang kita ni cepat bersangka buruk dan bersifat menghukum. Sebagai contoh, bila ada musibah menimpa seorang penunggang motor, dengan cepat dan tanpa berlengah-lengah mereka terus melebel penunggang motor itu sebagai mat rempit yang sedang berlumba. Hebatkan orang kita? Dalam menjadi orang biasa, terus berubah menjadi hakim dalam sekelip mata. Paling best sekali ialah apabila orang tu tiba-tiba sahaja menjadi pakar dalam undang-undang walaupun belajar bidang lain. Hebat kan? Itulah orang kita.

Cubalah bersangka baik, cubalah berbuat baik, cubalah menerima kebaikkan orang, cubalah bersabar, cubalah mengikut peraturan, cubalah selidik dulu apa-apa berita yang datang, cubalah mencari penjelasan terlebih dahulu. Walaupun orang itu pada mulanya nakal sedikit, tapi cubalah bersangka baik terlebih dahulu. Walaupun berita itu tidak sahih, cubalah selidik terlebih dahulu, dapatkanlah penjelasan terlebih dahulu dari orang yang lebih layak. Setiap orang mempunyai pandangan mereka sendiri, tapi cubalah menghormati pandangan orang jika hendak orang menghormati pandangan kita. Janganlah memalukan diri sendiri dan bangsa lain, kan bagus kalau macam tu? Itulah orang kita....

Friday, September 27, 2013

Friends with benefits.

Dah lama tak menulis di dalam blog ni. Banyak juga benda yang hendak ditulis, tetapi tak tahu di mana hendak dimulakan. Pada hari ini saya memilih tajuk ini kerana terasa perlu ianya di luahkan. Perkara ini semestinya adalah perkara yang biasa terjadi pada masa sekarang. Di mana-mana saja pun ada berlaku perkara seperti ini. Lebih-lebih lagi mereka yang dahagakan kuasa dan wang. Perkara seperti ini juga paling ketara berlaku di sektor swasta dan juga di IPTA/S. Ini kerana di dalam sektor swasta, mereka yang baik dengan boss akan berpeluang untuk naik pangkat. Berlainan di sektor awam, mereka ini perlu melepasi penilaian dan peperiksaan sebelum dipertimbangkan untuk kenaikkan pangkat. Nampak tak perbezaannya?

Di dalam IPTA/S pula, mereka yang pandai dan rajin akan menjadi tumpuan rakan sekelas yang lain. Sudah pasti ramai yang ingin bersama-sama dalam satu kumpulan dengan golongan ini. Tetapi golongan rajin ini juga ada yang baik dan ada yang buruknya. Yang baiknya, kekadang mereka ini tidak meninggalkan kawan-kawan sekelasnya yang lemah. Yang tidak baiknya.....ermmm....faham-faham je la. Selagi boleh tinggalkan, tinggalkan jer.....yer la, sebab membebankan kan? Siapa yang nak bawak 'excess baggage' ni. Dah la lambat, tak pandai plak tu...akhirnya yang ditinggalkan tu akan gagal dan dibuang dari IPTA tersebut. Kesian kan? Kalau orang tu pemalas tu lain la cerita. Tetapi kita tahu ke masalah yang menimpa orang tu? Kita ada tanya ke orang tu apa masalah dia? Kan ke kejam kalau kita buat macam tu.

Aku paling tak boleh nak terima kalau kerana kepentingan politik, orang tu di pulaukan dan ditinggalkan. Itu adalah perangai yang paling bodoh dan tidak matang sekali bagi aku. Jangan la semua benda yang terjadi tu nak dikaitkan dengan politik. Tak semua benda di dunia ini ada kaitan dengan politik. Please laa....jangan cetek sangat fikiran tu. Kau tu bakal pemimpin dunia (Insya'allah laaa...) malu la kalau pemimpin bersikap macam ni. Lebih-lebih lagi pemimpin Islam, layak ke digelar pemimpin Islam kalau perangai macam ni? Malu beb....ko cerita bergegar-gegar pasal itu dan ini, tapi diri sendiri pun tak berapa nak betul....ishh...malu la.

Takpe la, walau apa pun terjadi, aku takkan jadi seperti mereka-mereka ni. Ya...mereka memang hebat, tetapi bila perkara begini terjadi, aku tak respek langsung dengan mereka. Bagi aku, aku memang tidak pernah dan tidak akan meninggalkan rakan seperjuangan yang bermasalah ini. Biarlah aku dikutuk sekali bersama-sama dengan mereka yang bermasalah ini, asalkan aku bahagia. Bukan nak jadi hero, tapi kerana kemanusiaan, aku tak sanggup nak buat macam tu kepada orang lain. Ntah la, mungkin sikap ini aku perolehi dari kedua orang tua aku. Cepat kesian dan tersentuh. Apa-apa pun aku bersyukur dengan keadaan aku sekarang. Semoga Allah jadikan aku lebih kuat dan tabah dari diri aku yang sekarang ni. Amin...

Wednesday, May 22, 2013

Sayangkan negara? Tapi kenapa buat macam ni?

Saya pernah berbincang dengan seorang penyokong pembangkang ni. Topik perbincangan tu macam biasalah, mestilah politik. Tapi perbincangan tu tergendala kerana orang tu panggil geng dia. Lebih kurang 4 nama yang dia tag dalam fb dia untuk membolehkan geng dia masuk ke dalam perbincangan aku dan penyokong pembangkang ni. Sebelum ini pun pernah terjadi juga hal yang sama. Ada la dalam 10-15 kali jadi macam ni. Apa, takut ke? Alasan yang sering diberi ialah, "saya tak pandai dalam hal ini dan saya perlukan bantuan dari rakan yang lain" atau "tak salahkan klau meramaikan korum?" atau "berbincang ramai-ramai lagi meriah". Itulah diantara alasan yang diberikan oleh mereka ini. Pada saya ianya adalah mengarut dan satu alasan bodoh. Hanya pengecut sahaja yang akan menggunakan alasan sedemikian.

Pada pandangan saya, puak pembangkang ni takde la pandai mana pun. Mereka hanya membaca bahan berita daripada sumber mereka sahaja. Tak kisah la benda tu tipu ke tak, itulah yang akan mereka baca dan percaya. Pihak PR ni sebenarnya telah di momok dan dibodohkan oleh pimpinan mereka sendiri. Bukan kerajaan yang memperbodohkan rakyat, tapi pembangkang yang memperbodohkan penyokong mereka sendiri. Sebagai contoh, kit siang membuat satu video dengan niat untuk menafikan penglibatan beliau di dalam peristiwa 13 mei 1969. Tapi sebenarnya gambar kit siang ada di tangkap oleh jurugambar, mereka yang hidup masa itu juga boleh mengesahkan dan ditambah dengan rekod di arkib negara dan juga rekod polis. Tetapi seperti biasa, PR akan hanya mempercayai kata-kata kit siang daripada fakta sebenar. Mereka telah dimomokkan oleh pemimpin mereka agar tidak menonton atau membaca segala media yang ada kaitan dengan kerajaan. Sebab itulah mereka ini menjadi jumud dan semakin jumud. Maka tidak kisahlah jika ada diantara mereka ini ketinggalan sedikit di dalam dunia maklumat ini.

Salah seorang dari penyokong pembangkang ini pernah berkata sesuatu untuk menangkis tohmahan yang negara akan hancur jika jatuh ke tangan pembangkang. Dia berkata, "saya yakin PR pun sayangkan Malaysia, takkan la mereka nak biarkan negara ni dihancurkan?". Saya suka hendak menjawab soalan ini, tetapi saya fikir buat apa saya nak buang masa menjawab sekiranya kejumudan menguasai diri mereka? Adakah kata-kata saya akan di pertimbangkan sebelum ditolak atau dipersetujui? Saya fikir, tidak sampai beberapa detik sahaja kata-kata saya akan ditolak mentah-mentah. Jadi buat apa nak buang masa kan?

Sokong PR bermakna akan menyokong usaha mengkristiankan Malaysia, sokong PR bermakna menjual Islam, sokong PR bermakna satu kemenangan kepada yahudi dan sokong PR bermakna menjual negara. Agak2 korang la, penyokong PR nak ambil kisah ke? Derang takkan ambil kisah punya. Sebab apa? Sebab saya bukan pemimpin PR. Kalau saya pemimpin PR sekali pun, saya akan dipecat serta-merta seperti Dr. Hassan Ali, dab Ustaz Nasha. Kerana mempertahankan Islam, mereka dipecat dan ditohmah dan difitnah. Segala kata-kata mereka dikatakan racun yang dibayar oleh kerajaan dan tidak boleh dipercayai. Berdosalah orang yang menganiaya orang yang mempertahankan Islam. Jawab la korang kat 'sana' nanti. Kalau korang kata aku pun masuk neraka, kita jumpa kat sana nanti ramai-ramai.

Pada para pembaca sekalian, bacalah dengan hudan yang hak seterusnya bainatlah ia dan furqanlah sendiri. Bezakan mana yang hak dan mana yang bathil. Jangan biarkan orang lain yang membuat keputusan untuk anda. Tetapi buatlah keputusan sendiri, kerana hati itu adalah hati kita sendiri.

Tuesday, May 7, 2013

PRU13 paling kotor? Perlukan penjelasan dari SPR dan BN.

Pada 5 mei 2013 negara kita baru sahaja melalui satu lagi proses demokrasi iaitu pilihanraya umum yang ke-13. Setelah penat lelah berkempen, akhirnya masa yang dinanti telah tiba dan akhirnya kemenangan diberikan kepada pihak Barisan Nasional dengan kemenangan majoriti mudah. Tetapi seperti biasa, rumah sudah siap dan pahat masih lagi berbunyi. Ada suara-suara kedengaran yang mengatakan pilihanraya kali ini adalah pilihanraya yang paling kotor sekali di dunia. Ada juga yang mengatakan pilihanraya ini telah dicemari dengan insiden undi hantu dan juga mat bangla yang mempunyai kad pengenalan warganegara Malaysia yang tidak mempunyai pengetahuan yang memadai di dalam Bahasa Melayu, tidak tahu Rukun Negara dan tidak tahu lagu Negaraku. Ada juga beberap video yang menunjukkan beberapa insiden di mana sebuah bas yang membawa pengundi bangla ini untuk mengundi dan juga insiden beg undi yang entah dari mana kemudian timbul di pusat kiraan mengundi.

Sebenarnya aku ni memang menyebelahi kerajaan, tetapi dalam hal ini, aku perlukan penjelasan dan penerangan dari pihak yang berwajib. Kalau nak diikutkan hati, aku memang setuju dengan kemenangan ini, kerana negara kita selamat dari dijajah oleh bangsa cina yang menyokong DAP dan juga dari kemasukan anasir ekstrim kristian dan yahudi. Aku juga turut merasa gembira kerana akhirnya PM kita masih orang Melayu yang beragama Islam. Seorang sahabat aku juga pernah berkata, seseorang lelaki cina pernah ditanyakan soalan ini kepada beliau, "aku borak ngan org cina.. aku tanya sapa leh jadi pm dalam pakatan, dia ckp nuar aku ckp tak leh aku ckp hadi, dia ckp tak leh pasal hadi tu bodoh dia ckp... kak kakakaka cina pon tau dia bodo." Sampai macam tu sekali orang cina pandang Haji Hadi tu. Menyirap pun ada sebab dia hina orang melayu. Tapi aku rasa klau benda sama yang berlaku pada Najib, puak pas ni takkan bela najib macam aku kut.

Sampai la ke perenggan yang hangat....masa aku tengah surf internet, aku nak tengok la sendiri apa yang dikatakan PRU paling kotor tu. Sebab kata orang, untuk menjadi seorang yang terbuka, seseorang itu mesti adil dan membaca dari setiap bahan berita sama ada dari pembangkang or kerajaan. Aku taknaklah nanti dikatakan jumud or katak bawak tempurung besi. Apa yang aku lihat amatlah menakutkan dan menggetar jiwa dan raga. Fuuhhh....kalau betul la video yang di upload tu, bermakna kerajaan sudah melakukan sesuatu jenayah.

Kalau rasa diri itu benar dan boleh menang, kenapa mesti menipu kan? Setakat ini saya difahamkan tiada satu pun laporan polis yang dibuat mengenai dakwaan mereka itu. Alasan yang mereka gunakan ialah, polis pun memihak kepada kerajaan, jadi tiada guna melaporkannya kerana sudah pasti tiada keadilan untuk mereka. Nasihat saya, buat sahaja laporan polis.

Satu benda yang saya mahu katakan ialah, jika ianya berkenaan dengan lagu Negaraku dan Rukun Negara, rakyat kita pun ada yang tak tahu jugak kan? Kalau tak percaya, cuba tanya cina-cina dan india-india yang sememangnya warganegara kita tu, mesti ramai yang kantoi. Tetapi ini adalah soal pemberian warganegara!! Jika sebelum ini JPN dan KDN melaung-laungkan yang syarat permohonan warganegara itu tidak akan dilonggarkan, mengapa mereka ini yang tidak tahu menyanyi lagu kebangsaan kita dan juga Rukun Negara kita ini boleh menjadi warganegara kita? Ini adalah sesuatu yang memalukan!! DS Hishammuddin dan KP JPN wajib menjawab persoalan ini kerana semua yang berlaku ini sudah pastinya semasa di era beliau menjadi menteri dalam negeri! Saya pun tak suka kalau BN menang jika ianya adalah dengan cara menipu! Sedangkan orang main judi poker pun kita wajibkan main dengan jujur, inikan pula dalam hal mengundi! Apakah semua ini? Sila beri penerangan....saya mahukan jawapan yang benar beserta bukti.

Saya pun tidak mahu menang dengan cara menipu sebegini, kerana kelak ianya akan memalukan diri sendiri sahaja. Saya juga tidak mahu menjual negara jika pemberian warganegara dilakukan dengan cara yang tidak teratur. Saya harap kerajaan baru ini tidak berdiam diri....sila kemukakan penjelasan terhadap setiap satu video dan gambar yang ada di laman FB Pakatan Rakyat Elections News tersebut.

Wednesday, April 3, 2013

Insya'allah PAS menang? PAS yang menang ke atau DAP dan PKR yg menang?? Keh keh keh keh...

Boleh ke PAS menang? Sebab dalam PR pun PAS tu hanya kuda tunggangan je. Bukan ada kuasa apa pun. Duit pun takder, hari-hari buat ceramah mintak derma, lepas tu duit lesap ke mana. Macam tabung memali la, sampai sekarang puak-puak ni kenyang makan duit derma tu.

Haaa, ni mukadimah atau pemula kata beremosi yang aku hendak luahkan. Tergelak hati aku bila ada penyokong PAS berkata "Insya'allah PAS menang PRU kali ni...." kalau PAS menang pun boleh buat apa? Nak jadi MB pun sampai kena jual tanah kat kelantan tu pada DAP. Aku dah kata dah yang PAS ni gila kuasa, bukan nak tegakkan Islam sangat pun. Saja je gunakan nama Islam dalam perjuangan mereka, tapi takder apa pun. Kosong macam tin kosong je PAS tu. Cuba korang perhatikan betul-betul perjuangan PAS tu. Tak konsisten langsung! Kejap hudud, kejap takder, kejap negara Islam, kejap takder. Baru-baru ni dalam manifesto PR, takder pun tulis hudud dan negara Islam dah. Apa semua ni?

Dekat selangor, kononnya bila PAS menang kat Shah Alam tu boleh la kilang arak tu di tutup, tapi apa jadi sampai sekarang? Beroperasi macam biasa, siap kilang tu tingkatkan lagi pengeluaran mereka. Cakap tak serupa bikin la lu!! Tu belum lagi aku nak sebut pasal rumah urut dan hotel murah kat Shah Alam ni. Makin banyak plak, siap jadi port untuk bebudak U lepaskan nafsu lagi tu. Mana wakil rakyat PAS Shah Alam? Duk buat apa? Pi ceramah politik kat surau-surau dan masjid? Duduk dalam surau air-cond je ke bang?

Satu lagi isu yang menarik ialah bila kes di Lahad Datu, mana orang PAS semua bila kejadian itu berlaku? Tak bersuara dan langsung takder komen ke? Ke sibuk bagi kaunseling dalam bilik hotel or dalam gerabak keretapi? Tak pun sibuk melancap depan laptop? hahahaha...kelakar la plak. Sebab tu aku berani kata yang orang-orang PAS ni hanya berani dalam alam cyber je. Tak pun berani gado dengan orang sendiri jer. Bila dengan orang luar, semua kecut telur. Telur dengan anu masuk ke dalam jadi anu perempuan yer.

Satu lagi isu ialah kes amanat haji hadi ni. Dulu derang kata darah orang UMNO ni halal bagi mereka kerana UMNO ni kafir la, bersekongkol dengan orang kafir la, murtad la, klau mati melawan UMNO tu dikira jihad la, tapi sekarang apa yang mereka sumpah seranah dulu tu dah kena pada diri mereka balik. Jadi mereka dah halalkan darah mereka sendiri. Apa lagi? Bunuh diri la beb!! Cakap banyak tak guna, act as your word la beb.

Yang aku heran puak-puak syiah PAS ni, benda baik yang dibuat kerajaan semuanya buruk. Bila jadi sesuatu yang tak kena, semua tu konspirasi. Bila kena tangkap, cakap kerajaan zalim. Tapi korang yang langgar undang-undang. Cakap tak serupa bikin, putar sana, putar sini, klau ada ular tu, dengan ular pun kena putar mati terbelit. Kucing aku kena curik!! Konspirasi siapa plak tu? Umno jugak ke? Hahahahaha....bangang.

Yang paling aku kesian ialah, pada peon-peon PAS ni. Mereka ni seolah-olah seperti pengikut ayah pin or Al-Arqam. Dah kena minum air basuh kaki la kiranya ni. Semua kena tipu dengan barisan pimpinan PAS. Semua kena kencing hidup-hidup dengan barisan pimpinan PAS. Cakap apa pun dah tak boleh nak masuk dalam telinga derang dah. Buat rugi masa dan air liur jer cakap dengan orang yang menjumudkan diri ni. Bila di ajak berjumpa untuk berbincang, PENAKUT!! Lepas tu main bakar-bakar plak stail gerila. Bila jumpa depan-depan kang, semua pakat kata takde masa la, tak kuat la, tak pandai la....semua benda alasan mak nenek semua keluar. Piiiraahh!!

Aku nak kasi tau la pada semua pembaca yang menganut agama PAS, aku tak halang korang nak buat apa pun, tapi jangan buat kacau masa PRU tu nanti. Kalau aku tau ada yang ugut-ugut pengundi untuk keluar mengundi, aku dengan sahabat-sahabat aku akan kejar korang sekor-sekor. Benda lain aku tak kisah sebab korang ni memang dah takleh nak buat apa dah. Klau buat dosa pun, boleh jumpa Pok Nik mintak dia ampunkan dosa korang. Tapi kalau korang kacau pengundi, siaplah korang.

Wednesday, August 1, 2012

Sikap pemandu yang teruk di bulan Ramadhan.

Disini saya ingin nyatakan kepada anda semua mengapa Negara Islam perlu dilaksanakan secara total di negara kita. Tetapi harus diingat, bukan Negara Islam versi PAS dan bukan Negara Islam versi UMNO. Tujuan penubuhan negara Islam secara total ini adalah kerana untuk memastikan segala apa yang ada dinegara kita ini dilaksanakan secara Islam, termasuklah sistem pendidikan negara kita. Mengapa saya berkata begini kerana, pada bulan Ramadhan ini, saya lihat sikap pemandu amatlah teruk. Kawan saya yang mengunggang motosikal pun berkata yang dia tak berani untuk menunggang kerana sikap pemandu yang sebegini teruk. Saya sendiri juga mempunyai pengalaman sendiri memandu di bulan Ramadhan ini.

Setiap pagi apabila hendak ke pejabat, masing-masing memandu seperti pelumba kereta F1 kerana ingin mengejar waktu masuk anjal WP1 iaitu masuk kerja sebelum atau pada 7.30 pagi dan balik pada 4.30 petang. Pada waktu hendak pulang ke rumah pula, masing-masing mengejar waktu untuk pulang ke rumah dengan kadar segera. Senario seperti ini seringkali kita lihat pada kebanyakkan pemandu wanita kerana mereka yang ingin memasak di rumah. Bagi pemandu lelaki pula, hanya segelintir sahaja daripada mereka yang bersikap pentingkan diri.

Mengapa jadi begini? Mengikut kata-kata Sarjan Azizah yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang, ia adalah melibatkan sikap pemandu. Sikap pemandu yang menentukan keselamatan dalam pemanduan. Itulah yang dikatakan dengan pemanduan berhemah. Jika tiada sikap bertolak ansur dan bertimbang rasa diantara pemandu, tidak mustahil kemalangan akan berlaku. Bagaimana kita hendak mendapatkan rasa bertimbang rasa dan bertolak ansur ini? Jawapannya adalah dari pendidikan.

Sebab itulah sistem pendidikan di negara kita wajib berteraskan Islam. Hanya di dalam Islam sahaja kita akan dapat mencapai sikap bertimbang rasa dan bertolak ansur ini. Sepatutnya Pendidikan Islam yang diajar di sekolah-sekolah hendaklah di lanjutkan tempoh waktu pengajarannya. Bukan setakat 1 jam sehari dan hanya bertumpukan kepada pelajaran PAFA. Sepatutnya perlu diperluaskan lagi dari segi pendidikan akidah dan akhlak. Lebih tepat lagi, pelajaran yang diajar di sekolah agama, perlu di terapkan di dalam silibus pelajaran sekolah biasa.

Wajarkah sekolah biasa dan sekolah agama dipisahkan? Ibu bapa yang mahu anak mereka mendapat pendidikan agama Islam tambahan, perlu menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama. Ini adalah negara Islam, jika benar Malaysia ini adalah agama Islam, semua ini tidak harus berlaku. Sepatutnya semua ini perlu menjadi matapelajaran wajib dan tidak boleh di jadikan pilihan. Perlu diakui tidak semua ibu bapa arif mengenai ilmu agama Islam. Islam ini bukan setakat solat dan puasa sahaja, tetapi merangkumi semua aspek termasuklah adab manusia.

Kerajaan sepatutnya lebih bertanggungjawab terhadap pendidikan di negara ini. Sikap masyarakat negara kita bergantung kepada pendidikan yang mereka terima sejak kecil lagi. Jika ianya mendapat tentangan dari golongan ultrakiasu, ini tidak menjadi masalah. Mereka boleh memilih untuk tidak menghadiri kelas-kelas agama tersebut. Isu untuk menambahkan lagi sekolah vernakular tidak sepatutnya di bangkitkan kerana ini negara yang mempunyai penduduk majoriti melayu Islam. mereka sudah ada lebih dari yang cukup. Jika mereka ikhlas untuk menjadi rakyat negara dan sayangkan negara Malaysia, isu ini tidak sepatutnya di suarakan. Melainkan mereka mempunyai agenda tertentu. Sistem pendidikan dinegara kita tidak sepatutnya di politikkan, jangan salahkan rakyat jika rakyat semakin kurang ajar dan tidak beradab.

Saturday, July 28, 2012

Tudung @ Menutup Aurat : Boleh berkompromi ke?

Tadi saya baru terbaca satu status dalam FB seorang makhluk Allah ni. Terkejut juga saya bila saya baca status individu tersebut. Ianya mengenai tudung dan prasangka orang terhadap orang yang bertudung dan tidak bertudung. Komen-komen yang diberikan dibawah juga amat mengejutkan saya. Ada yang menghina golongan bertudung dan ada juga yang melabelkan perempuan bertudung dengan bermacam-maca label. Tidak kurang juga ada yang menyamakan perempuan bertudung dengan perempuan yang tidak bertudung dan ada juga yang memuji perempuan yang tidak bertudung kerana bersikap lebih baik perangainya dari perempuan yang bertudung.

Pada pendapat saya, perempuan yang bertudung tetap baik. Walaupun ada segelintir daripada mereka yang bersikap sebaliknya. Dalam membuat satu-satu kenyataan, kita tak boleh bersikap bias atau prejudis terhadap sesuatu benda atau perkara. Jika kita bersikap demikian, kita boleh dikatakan tidak layak untuk memberi apa-apa komen. Kerana komen yang diberikan akan menyemarakkan lagi api kebencian dan perpecahan diantara satu sama lain. Komen-komen stereotaip seperti itulah yang patut kita hindari dan patut kita elak. Sepatutnya komen seperti itulah yang patut kita buang dari FB kita.

Yang paling saya takuti ialah apabila membaca komen-komen dari wanita yang tak bertudung yang mempertahankan perbuatan mereka. Ada yang mengatakan yang bertudung itu adalah hak mereka. Jauh terpesong mereka ni dari ajaran yang sebenar. Wahai para wanita sekalian, memakai tudung atau lebih tepat lagi ialah menutup aurat itu adalah wajib. Itu bukan hak kamu semua dan kamu tidak boleh berkompromi terhadap arahanNya itu. Tidak ada nas atau hadis yang mengatakan menutup aurat itu adalah hak manusia.

Komen yang paling saya takuti ialah, ada individu yang mengatakan tiada paksaan dalam Islam. Ya, memang betul tiada paksaan dalam Islam, tetapi jika kita tidak mengetahuinya. Jika kita mengetahui tentang halal dan haram sesuatu perkara, ianya wajib di paksa. Ini bukan saya yang kata tetapi Allah yang mengatakannya di dalam Al-Quran iaitu di dalam surat Al-Baqarah ayat 256. Lihat dan bacalah sendiri, kalau tak faham, carilah ustaz untuk menerangkannya. Elakkan ustaz politik jika boleh, kerana mereka ini kadang-kala suka melalut tak tentu pasal.

Bagi saya, menutup aurat ini adalah wajib dan samalah ianya dengan perkara wajib yang lain. Jika saya tanyakan satu soalan, menutup aurat itu adalah wajib dan haram jika tidak mengikutnya, tetapi jika tidak memakai tudung, bagaimana amalan puasa mereka di bulan Ramadhan ini? Pastinya akan ada yang menjawab "Allah yang akan tentukan segalanya...". Tetapi jika saya berikan contoh yang lain  seperti memakan khinzir. Ianya haram bagi umat Islam, tetapi jika kita memakannya, macam mana mana amalan kita? Pastinya tidak akan diterima Allah kan? Atau arak, jika meminumnya akan menyebabkan segala amalan kita menjadi debu. Samalah juga dengan tidak menutup aurat, segala apa yang kita lakukan akan menjadi debu. Adakah Allah yang menentukannya? Ya, Allah telah tentukannya di dalam Al-Quran dan sudah pasti dah sahih lah yang tidak menutup aurat akan menyebabkan segala amalan menjadi sia-sia.

Yang haram tetap haram dan tiada apa yang dapat mengubahnya. Hukum Allah itu adil dan tidak menganiaya sesiapa. Jika ada yang mengatakan ianya tidak adil dan menghukum dan mengatakan apa yang mereka katakan di atas tadi, lebih baik mereka bertaubat sebelum menjadi sesat. Jangan mengatakan sesuatu yang sia-sia kerana ianya boleh mengakibatkan kesesatan kepada orang lain juga. Bila hendak memperkatakan sesuatu, hendak menuju kepada Allah. Pemikiran kita juga wajib menuju ke arah Allah. Janganlah mengatakan sesuatu mengikut logik akal sendiri, kerana Islam itu adalah mudah, tetapi jangan mengambil mudah.

Tuesday, March 13, 2012

Mengapa kebanyakkan perempuan suka pada lelaki jahat?


Sekarang ni aku nak cerita pasal perempuan. Aku rasa benda ni dah ramai yang tahu dan ramai yang dah selalu bercerita. Tapi aku semua orang mesti pening dengan hal ni dan tak ramai yang tahu mengapa benda ni terjadi. Aku sendiri pun sampai sekarang tak tahu mengapa ada perempuan suka pada lelaki yang jahat. Aku cakap jahat sebab kalau dah masuk bab zina dan maksiat tu kira jahat la kan. Cuma aku kurang pasti, mengapa perempuan suka pada lelaki jahat? Ada orang boleh tolong jawabkan tak?

Pada pandangan aku la, lelaki jahat ni romantik. Pandai ambil hati perempuan, pandai memujuk, pandai bagi kejutan dan macam-macam lagilah pandainyer. Tetapi tidakkah itu lebih menjurus kepada perlakuan maksiat? Yer la, kalau dah memujuk tu mesti la ada pegang-pegang dan mesti ada guna ayat-ayat cinta yang boleh mencairkan Iman kan? Ok la, kalau ada yang tak pegang-pegang pun mesti ada yang gesel-gesel la kan? Walaupun mungkin ada yang akan menafikan perkara ni, tapi kita di dalam Islam di larang sama sekali membuat perbuatan yang menghampiri zina.

Saturday, March 10, 2012

Baju terbelah nampak dada, tapi sebut pasal dosa dan pahala. Murahnya Agama Islam pada masa sekarang.

Pada pandangan aku la, masa sekarang ni semua orang beragama Islam tahu yang mana dosa dan yang mana pahala. Hatta kaki botol dan penzina pun tahu yang arak dan zina tu haram di sisi agama. Tapi kenapa ramai juga yang buat?

Kalau kita lihat pada laman sosial yang paling popular sekarang iaitu Facebook, ramai perempuan seksi atau yang tidak menutup aurat bercakap tentang dosa. Ada juga perempuan yang kita kenal yang sikapnya yang suka mengumpat, tapi suka mengeluarkan post mengenai dosa mengumpat dan apa-apa juga post tentang agama. Hipokrit kan? Aku tak kata ianya tidak bagus, mungkin bagus bagi memuhasabah diri. Tapi sampai bila nak muhasabah diri kalau diri tu tak juga berubah?

Sunday, January 1, 2012

Mencarut dan memaki hamun jadi makanan penyokong politik.

Aku tengok ramai penyokong politik yang memaki hamun, mencaci dan mencarut. Senangnya akidah mereka tergelincir. Kalau umno tu aku faham la sbb kurang agama skit. Tapi pas? Ermm.....dah tahu pasal agama pun macam tu jugak. Patutlah Allah kata golongan paling munafik paling sesat dan paling banyak bergaduh tu adalah ahli kitab. Patutlah Nabi kata dia nampak org miskin yang paling ramai masuk syurga dan bukannya ahli kitab. Korang tengok la posting yang bagi aku amat baik ni. Cuba la baca apa yang derang komenkan tu. Kalau tak jelas, korang boleh klik kat gambar tu dan besarkan gambar tu yer. Ada banyak lagi posting yang mencarut-carut ni, tapi takkan la nak post gambar je dalam blog aku ni, nanti jadi blog photographer plak nanti.

Posting pro-pembangkang.

Posting pro-kerajaan.
Kekadang aku herang la, ada yang kata memperjuangkan Islam tapi sebenarnya tak faham apa yang derang nak perjuangkan. Apa jalan yang baik untuk memperjuangkan Islam. Bila ada orang suruh berdemonstrasi, derang pun berdemo la sunguh-sungguh sampai kena buang ipt. Bila kena buang, dah salahkan orang lain pula. Ini la perangai orang yang diketegorikan sebagai pak turut ni.

Tuesday, December 20, 2011

Sekadar selingan.

Ni video ni aku saja letak dalam blog aku sebab nak kasi orang tengok dan menilai Iqra' sendiri senario manusia zaman sekarang. Jangan emosi, cuba bincangkan secara baik. Kalau ada yang emosi, aku delete je komen-komen tu.

Monday, August 1, 2011

Siapakah PSM?

     Sebelum saya meneruskan penulisan saya ini, saya ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Pada bulan ini, saya berfikir hendak mengurangkan sedikit penulisan saya di dalam internet. Tetapi untuk perkongsian Ilmu, tiada salahnya untuk saya menulis. Hari ini saya akan menulis serba-sedikit mengenai Parti Sosialis Malaysia (PSM). PSM pada masa kini hangat diperkatakan di dalam media-media utama dan media-media alternatif. Ianya berkenaan penahanan 6 anggota PSM mengikut akta Ordinan Darurat.

    PSM dan pembangkang telah berulang-kali memperbodohkan rakyat dan mengatakan penahanan mereka tidak sah. Mereka juga merendah-rendahkan bukti tangkapan mereka iaitu t-shirt yang mempunyai gambar pemimpin komunis adalah bukti yang tidak releven. Rakyat yang bodoh juga mempercayainya bulat-bulat. Rakan-rakan saya juga tidak kurang juga telah terjerat dengan manipulasi mainan mereka.

     Biar saya jelaskan siapakah PSM ini. PSM ini merupakan parti komunis yang bernaung di bawah DAP dan PAP. Mereka ini mempunyai agenda perjuangan yang sama iaitu hendak membawa balik pengkhianat negara iaitu Chin Peng. Mereka juga ingin menghidupkan kembali fahaman komunis yang telah lama berkubur dan kalah semasa era perang dunia ke-2. Walaupun telah kalah, tetapi untuk menghapuskan sesuatu ideologi bukanlah sesuatu yang mudah. Sedangkan agama yahudi pun masih lagi hidup walaupun sudah beribu-ribu tahun telah tekubur.

     Tindakan PSM ini bukan sahaja telah melukakan hati dan perasaan balu, pejuang, anak bekas pejuang yang sama-sama telah berjuang di bukit kepong terutamanya. Paling saya sedih apabila ada anak melayu yang menyokong PSM ini. PSM ini telah menyembunyikan agenda utama perjuangan mereka dengan menggunakan hak-hak kebebasan yang lain. PSM adalah satu pertubuhan yang berulang-kali ingin mendaftarkan diri mereka sebagai parti politik. Tindakan mereka ini sedikit sebanyak telah menampakkan cara untuk menghidupkan kembali komunis dan mengambil-alih tampuk pemerintahan negara kita.

     Hanya mereka yang peka sahaja akan sedar yang perkara ini amat meberbahaya dan membimbangkan. Mereka yang terlalu taksub dengan pembangkang, pemikiran terlalu jumud dan cetek tidak akan sama sekali sedar dan akan mudah diperdayakan. Mereka yang diperdayakan inilah yang menjadi mangsa untuk menjayakan rancangan mereka. Akhirnya, mereka yang bodoh inilah akan di tangkap dan sumbat ke dalam penjara. Dalang di sebalik semua ini pula terlepas dan tidak rugi apa.apa pun.

     Saya begitu sedih melihat anak melayu yang diperbodohkan sebegini. Kerana duit dan pangkat, maruah bangsa pun sanggup di gadaikan. Sudah lupakah semua pada peristiwa 13 Mei? Lupakah semua pada peristiwa berdarah bukit kepong? Mereka memperbodohkan orang melayu dan menghina orang melayu, tapi tidak diambil tindakan apa-apa pun oleh parti pembangkang. Inilah yang terjadi pada masa sekarang. Mereka merendahkan bukti yang digunakan untuk mengkap mereka dengan mengatakan semua barang-barang tersebut ada di jual di seluruh negara. Mana dia!?? Mana ada!?? Jangan cakap ikut sedap mulut sahaja. Kalau ada yang jual pun, semua anjing-anjing PSM dan lembu-lembu pembangkang yang jual.

     Kerajaan sudah mengharamkan segala bentuk barang dan perkataan yang boleh mengaitkan dengan komunis. Di dalam website PSM pun sudah terang-terangan mereka mengaku yang mereka mengagung-agungkan pemimpin komunis dan berani mengatakan sejarah melayu perlu diubah. Jika perlu diubah, saya ingin juga masukkan yang CINA ADALAH PENDATANG!! DATANG DAN DIBAWA UNTUK KERJA SEBAGAI HAMBA ABDI DI TANAH MELAYU!! Mereka mengatakan kerajaan sibuk menjalinkan hubungan dengan negara komunis, masalahnya betul ke nagara itu masih mengamalkan fahaman komunis seperti mereka?

    Pada saya, jika keadaan seperti ini berterusan berlaku. Melayu terus diperkudakan dan teus di perbodohkan, tidak mustahil suatu hari nanti akan terjadi lagi peristiwa berdarah di negara kita. Jika perkara ini berlaku, siapakah yang akan membantu kita? Ingin saya tanya kepada PAS, jika suatu hari nanti terjadi perang antara melayu dan cina, siapakah mereka akan berpihak? Adakah mereka akan membantu melayu? atau adakah mereka akan membantu cina untuk membunuh kaum melayu? Di manakah mereka akan berdiri semasa kejadian itu. Adakah mereka akan menyerang cina seperti peristiwa 13 Mei, dimana Nik Aziz meminta kerajaan pada masa itu di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman menghalau cina-cina ini dan merampas harta mereka.....atau mereka sendiri akan menyembelih anak melayu ini?

     Satu lagi, mereka yang menyokong sosialis ini adalah murtad. Ideologi bermaksud fahaman atau agama. Sama seperti ideologi yahudi atau ideologi anarki, kapitalis dan lain-lain. Jadi, mahukah anda murtad? Saya tidak mahu murtad, sebab itu saya melawan mereka, anda pula bagaimana?

Wednesday, January 26, 2011

Perhiasan dan Senda Gurauan Duniawi.

Assalamualaikum semua,

Pada malam ini saya tergerak hati untuk menulis mengenai salah satu ujian bagi kita sebagai manusia di dunia ini. Tatkala saya sedang membaca, saya terbaca satu ayat yang bermaksud :-

Dan apa saja yang diberikan kepada kamu, maka itu adalah kenikmatan hidup duniawi dan perhiasannya; sedang apa yang di sisi Allah adalah lebih baik dan lebih kekal. Maka apakah kamu tidak memahaminya?
(28:60)

Bila saya memikirkan pertanyaan dari ayat ini, saya rasa pasti ramai yang sudah melalui ayat ini ketika membaca Al-Quran. Sudah pasti ramai juga yang mengetahui maksud ayat ini dan sudah pasti ramai juga yang tidak mengetahui maksud ayat ini. Sedang yang saya melihat gambar-gambar iklan di majalah, gambar rakan-rakan semasa melancong, saya tertanya-tanya apakah ini semua yang dimaksudkan dengan perhiasan? Bagaimana pula dengan kehebatan Islam pada suatu ketika dahulu di mana kesenian dan binaan mereka begitu hebat. Adakah itu juga perhiasan? Bagaimana pula dengan suruhan Allah yang menyeru kita mencapai kejayaan dan meningkat martabat Islam? Bukankah itu juga di panggil perhiasan harta?

Monday, November 15, 2010

Merapatkan atau memusnahkan ukhwah?

Ada orang yang mudah untuk memberikan maaf dan susah menerima maaf dan begitu juga sebaliknya. Tetapi kata orang, itu semua bergantung kepada jenis kesalahan yang terlah dilakukan. Ada orang begitu lembut hatinya sehingga mudah menerima maaf. Tetapi apa-apa pun kita sebagai manusia biasa yang berugama Islam, perkara memberi maaf dan menerima maaf ini adalah perkara biasa. Ada yang sering memberi dan menerima maaf dan ada juga yang hanya memberi dan menerima maaf hanya setahun sekali sahaja.

Pemberian dan penerimaan permohonan maaf ini dapat merapatkan ukhwah sesama manusia tanpa mengira kedudukan. Ia memainkan peranan secara langsung dan juga secara tidak langsung. Tetapi ini dapat dilakukan apabila perbalahan itu terjadi antara dua individu sahaja. Jarang perbalahan ini dapat menjadi damai apabila ianya melibatkan lebih dari 2 orang. Ada juga perbalahan yang tidak dapat di damaikan langsung. Sebab itulah sabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud :

'Tiada bersunyi2an antara seorang lelaki & wanita , melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka'

Apabila dua orang ingin berdamai dan ingin mengukuhkan ukhwah, akan ada orang yang menghasut di antara mereka. Orang ketiga itulah umpama syaitan sama seperti yang dimaksudkan dalam hadis tersebut. Orang seperti inilah yang sepatutnya kita jauhkan kerana orang seperti inilah yang akan menghancurkan Islam.

Sepatutnya apabila ada perbalahan berlaku dan melibatkan orang ketiga, hendaklah perkara ini dibawa berbincang secara tenang dan bijaksana. Ingatlah, kita ini adalah manusia bertamadun dan mempunyai peribadi yang terpuji. Kita ini bukanlah manusia yang tidak bertamadun yang sukakan keganasan. Kita ini bukanlah manusia yang terjadi dari evolusi beruk kepada manusia seperti dalam teori 'darwin'.

Apa yang lebih menyedihkan lagi ialah apabila manusia lebih suka menikam dari belakang atau memburukkan individu yang lain dari memilih untuk bersemuka secara baik. Mungkin disebabkan kerana ego yang melampau atau hati yang mudah terusik membuatkan penyelesaian yang baik tidak dapat dilakukan.

Punca kepada perpecahan ukhwah ini juga boleh berlaku jika salah seorang dari mereka mempunyai pengaruh yang kuat dan pengikut yang ramai. Ini kerana dia dapat mempengaruhi kawan-kawan yang lain sama ada secara langsung atau tidak langsung untuk sama-sama memusuhi orang tersebut. Niat untuk berbaik semula juga boleh terbantut kerana terdapat ramai 'syaitan' yang akan menghasut. Jika pengaruh yang ada itu dapat digunakan untuk membuat perkara yang baik, alangkah bagusnya. Dapat membawa kawan-kawannya yang lain untuk sama-sama berdamai adalah lebih baik dari menghasut atau tidak ambil peduli.

Kadang-kala punca terjadinya perpecahan ukhwah ini disebabkan kerana kata-kata kasar kita sendiri. Alasan seperti "aku kasar sejak azali" atau "dah jadi darah daging" dan sebagainya itu amatlah tidak boleh diterima. Ini kerana sifat kita ini bukanlah satu kejadian dari Allah dan ianya bukanlah satu cacat kekal yang membolehkan kita mendapat status OKU. Tetapi kita sendiri yang menanam sifat tersebut dan kita sendiri yang menjadi punya kepada keburukan yang ada dalam diri kita sendiri. Jadi kita sendirilah yang boleh mengubahnya. Jika kita menggunakan alasan seperti itu, maka penjenayah juga boleh menggunakan alasan sebegitu dengan mengatakan mereka mula membunuh sejak dari perut ibu lagi. Alangkah sedihnya rasa jika kita asyik membina alasan dari membina diri. Alasan ini hanyalah untuk mereka yang berhati busuk, degil, ego dan hanya hendak melepaskan diri sendiri sahaja.

Apa pun juga punca kepada perpecahan ukhwah ini, kita sebagai umat Islam harus sedar yang semakin kita berpecah-belah, semakin itulah kita akan lemah. Cukup-cukup la dengan perpecahan disebabkan fahaman politik yang berlainan. Janganlah kita menambah lagi kerosakkan terhadap agama kita sendiri. Kita mula berpecah dan Islam mula lemah sejak kewafatan baginda Nabi Muhammad saw dan semakin parah apabila terciptanya mahzab.

Jesteru, kita hendaklah mulakan dari sekarang untuk mengukuhkan ukhwah sesama kita. Janganlah disebabkan seseorang itu berlainan pendapat atau berlainan 'kepala', orang itu dipinggirkan atau di pulaukan. Siapa kita untuk membezakan dan meletakkan setiap orang itu di dalam kumpulan yang tertentu? Layakkah kita untuk menjalankan tugas Allah di bumi ini? Hanya orang yang Islam pada nama sahaja yang akan menidakkan hukum Allah ini dan membuat sesuka hati. Menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal adalah perkara biasa bagi orang jenis ini.

Kawan yang baik adalah kawan yang tidak takut untuk menegur dan menghalang kita dari melakukan perkara yang salah. Kawan yang baik adalah kawan yang sentiasa memberikan nasihat dan ilmu. Jadi tanyalah diri anda sendiri, adakah kawan anda sekarang ini kawan yang baik? Jika tidak, nasihatilah mereka dan bantulah mereka dengan bijaksana dan berhemah supaya mereka dapat berubah kepada kebaikkan. Adat manusia akan ada yang benci kepada manusia yang baik, jadi janganlah risau jika ada yang membenci anda kerana melakukan kebaikkan. Yang rugi adalah mereka, bukan anda.

Fikirkanlah....

Muhasabah diri.....

Wednesday, October 27, 2010

Artikel Pilihan - Mengapa Industri Nafsu Ingin Di Perluas. (Uzar)

Mengapa Industri Nafsu Ingin Diperluas?

Bercampur perasaan merasa tidak puas hati dan kecewa dengan laporan akhbar yang disertakan di bawah. Terfikir, betapa menyelwengnya keputusan untuk menjadikannya tanahair kita sebagai pusat hiburan antarabangsa. Bilakah agaknya ingin kita mencontohi Brunei Darus Salam.?






Mengapa Industri Nafsu Ingin Diperluas?
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman

Perasaan merasa tidak puas hati dan kecewa dengan laporan akhbar yang disertakan di bawah. Terfikir, betapa menyelwengnya keputusan untuk menjadikannya tanahair kita sebagai pusat hiburan antarabangsa. Bilakah agaknya ingin kita mencontohi Brunei Darus Salam.? 


Diwaktu kita bersyukur dengan tindakan bijak kerajaan menubuhkan TV Al-Hijrah, tiba-tiba usaha baik itu bakal dimalapkan oleh langkah sebegini.

Nabi menyebut :

حُفَّت الجنة ُبالمكاره و النارُ بالشهوات

"Lorong ke syurga itu perlu melalui duri-duri (melawan nafsu), dan lorong ke Neraka itu dengan mengikuti hawa nafsu". (Riwayat Abu Daud & Ahmad, Albani : Sohih )


Lalu mengapa dibuka luas lorong nafsu itu?

Dalam hadis lain :

أن الله تعالى يقول لآدم: إن الله يأمرك أن تبعث من ذريتك بعثا إلى النار، فيقول: يا رب من كم؟ فيقول: من كل ألف تسعمائة وتسعة وتسعون, وواحد في الجنة
Ertinya : sesungguhnya Allah swt berkata kepada Adam (a.s) : Sesungguhnya Allah akan membangkitkan zuriat kamu dengan sekumpulan akan ke neraka, maka berkata Adam : Wahai tuhanku, berapa ramai jumlah mereka. Jawab Allah : dari setiap seribu orang, sermai 999 akan ke neraka dan hanya seorang ke syurga. ( Riwayat Ahmad & At-Tabrani dengan sanad yang baik : Majma’ Az-Zawaid, no 18621)

Dari hadis di atas, jelas dinyatakan nisbah penduduk syurga dengan neraka dari 1000 orang, 999 akan dihumban ke neraka dan hanya seorang sahaja yang layak ke syurga. Justeru, mengapa industri nafsu ingin dijadikan sumber pendapatan?

Sampai bilakah ingin diinsafi bahawa gejala zina berleluasa hari ini, buang bayi, keruntuhan rumah tangga dan yang sepertinya berpunca dari lambakan pusat-pusat dosa ini.


Zaharuddin Abd Rahman

26 Oktober 2010

_____________________________________________________________________________

Andrew Ong
Okt 26, 10
3:03pm

Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP).
Ini akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan “mempakejkan” semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.

Menurut perancangan ETP yang dikeluarkan semalam, ia adalah sebahagian daripada 12 projek permulaan (EPP) yang bertujuan memperkasakan sektor pelancongan agar ketibaan pelancong dapat dipertingkatkan.

Langkah itu dijangka mendapat bantahan golongan konservatif agama yang sebelum ini telah berulang-kali berdemonstrasi membantah kehadiran penghibur antarabangsa. Sasaran terbaru mereka adalah bintang sensasi Amerika - Adam Lambert yang seorang 'gay'.

Satu daripada 12 EPP itu adalah melonggarkan syarat ketat bagi penganjuran konsert dan majlis antarabangsa, yang sekarang ini dikatakan banyak menghindarkan penghibur antarabnagsa ke negara ini.

Mulai suku terakhir 2010, acara antarabangsa yang menampilkan penghibur antarabangsa yang memenuhi tiga kriteria minimum dikecualikan daripada tertakluk kepada syarat-syarat ketat Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal).

Kriteria berkenaan adalah:
  • Penarafan kelas A berasaskan pada kedudukan 100 teratas carta Billboard sejak lima tahun yang lalu;
  • Menarik 2,500 penonton bagi setiap acara; dan
  • Telah membuat pertunjukan di tiga tempat antarabangsa.
Selain mematuhi syarat Puspal, mereka bakal tertakluk kepada “garis panduan yang lebih fleksibel”, pelepasan cukai, perlonggaran daripada imigresen untuk menjadikan Malaysia hub majlis acara antarabangsa.
Untuk meminda garis panduan Puspal, seperti yang dicadangkan, jawatankuasa Puspal akan bekerjasama dengan agensi-agensi lain yang terlibat (majlis tempatan, Jabatan Imigresen, dan Kementerian Kewangan). Kementerian Pelancongan akan memantau dan menjejak proses pelaksanaan.

Jumlah pelaburan yang diperlukan adalah RM467 juta dan akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. Kerajaan menjangkakan ia akan memberi pendapatan negara kasar sebanyak RM427 juta dan mewujudkan sebanyak 8,000 peluang pekerjaan

Lebih mengejutkan lagi EPP juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020.

Langkah itu akan menyaksikan penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014.

"Menjelang 2014, akan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam di zon hiburan. Ini akan menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudknan 5,614 pekerjaan baru menjelang 2020," petik laporan itu.

Bagi mencapai hasrat itu, liberalisasi beberapa peraturan hiburan akan dilaksanakan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan

Kawasan hiburan yang sedia ada dikatakan tidak memadai untuk mencapai pertumbuhan yang diharapkan memandangkan purata kadar penghunian hujung minggu bagi kelab malam di bandar adalah sebanyak 85 hingga 90 peratus.

Menerusi kerjasama dengan Greater KL/KV NKEA, dipersetujui bahawa lokasi berpotensi bagi kawasan hiburan baharu ialah kawasan di sekitar Central Market.
Kawasan ini akan direkabentuk untuk menarik pelancong dengan kemudahan 24 jam, keselamatan awam yang mencukupi, pengangkutan dan infrastruktur, tetapi ia akan kekal terpisah dari kawasan kediaman dan keagamaan. 
 

Monday, September 6, 2010

Artikel Pilihan - Modul PLKN Langsung Tidak Mampu Mencegah Masalah Sosial.


Jumaat, 20 Ogos 2010 15:16
PLKNPLKNModul PLKN mampu cegah masalah sosial

KUANTAN 19 Ogos - Modul Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) mampu mencegah remaja daripada terlibat dengan masalah sosial termasuk pembuangan bayi yang semakin menjadi-jadi pada masa ini.  Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, modul sedia ada berhubung anti-jenayah yang dijalankan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) berkait rapat dengan masalah berkenaan.  Selain itu katanya, penerangan berhubung kesan-kesan kelakuan tidak bermoral juga sentiasa diadakan untuk memberi kesedaran kepada pelatih.   "Saya yakin selepas melalui program (PLKN) ini, mereka sepatutnya tidak akan terlibat dengan gejala-gejala seperti buang bayi,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program JLKN bersama sekolah di Kem Hijrah dekat sini, hari ini.  Beliau berkata pada masa ini, pihaknya tidak bercadang memperkenalkan modul baru khusus bagi menangani masalah sosial, namun mengalu-alukan sebarang cadangan daripada orang ramai. – Bernama

Sumber: Utusan Malaysia 19/08/10

Modul PLKN Mampu Cegah Masalah Sosial?????

Apakah mungkin kerana sekadar untuk menyedapkan cerita maka Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil dengan bangganya mengatakan program PLKN mampu mencegah masalah sosial. Persoalannya ialah apakah kenyataan beliau itu disokong dengan fakta dan statistik yang boleh dipertanggungjawabkan? Hakikatnya, perangkaan menunjukkan 257,000 sijil kelahiran yang dikeluarkan dari tahun 2000 hingga Julai 2008 tidak mencatatkan nama bapa. Ini bermakna 2,500 anak luar nikah direkodkan setiap bulan atau purata 84 kes setiap hari. Maka bagaimana Ketua Pengarah JLKN boleh mengatakan modul PLKN boleh mengatasi masalah sosial? Bukankah kenyataan beliau itu boleh dikategorikan sebagai karut?

Wahai golongan yang masih lagi hidup aqidah Islam dalam dirinya! Yakinlah bahawa satu-satunya penyelesaian yang mampu dan berupaya untuk menyelesaikan masalah sosial yang sedang melanda saat ini adalah dengan kembali kepada Islam. Negara wajib menerapkan Islam dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara. Wahai para pemimpin, renungilah firmah Allah di bawah dan fikirkanlah mengenai kedudukan kamu dan tanggungjawab kamu dalam menerapkan Islam secara kaffah!

“Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta". [TMQ Taha (20) : 124].

 ” Sesudah itu maka patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.
[TMQ Al-Baqarah (2) :85].

”Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”
. [TMQ Ar-Ruum (30) : 41].

Saturday, September 4, 2010

Puisi Jodoh? Vol. 2

"Tak perlu mencari teman secantik BALQIS, Jika diri tak seindah SULAIMAN, 
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF, Jika kasih tak setulus ZULAIKHA, 
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM, Jika tak sekuat SARAH, 
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH, Jika diri tak se-sempurna RASULULLAH S.A.W."

Saya pasti ramai yang mengetahui mengenai puisi ini. Bagi yang tidak tahu, ini adalah puisi yang sering digunakan di belakang kad-kad jemputan kahwin untuk para tetamu. Dari mana datangnya puisi ini? Siapakah yang menulis puisi ini? Untuk apa puisi ini ditulis? Saya tidak dapat mencari siapakah pemilik yang hak keatas puisi ini. Tetapi yang saya tahu, sudah ramai yang terpengaruh dengan puisi ini. Saya akan cuba mengupas puisi ini serangkap demi serangkap pengikut pandangan saya. PERLU DIINGATKAN JUGA, INI BUKANLAH PANDANGAN YANG HENDAK MEMPERTIKAIKAN KEISTIMEWAAN TOKOH-TOKOH ISLAM INI. TETAPI HENDAK MEMBUKTIKAN BAHAWA PUISI INI TIDAK RELEVAN DAN TIDAK PATUT DIGUNAKAN.

"Tak perlu mencari teman secantik BALQIS, Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF, Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,"

Maksud rangkap yang pertama ini ialah dalam kata halusnya, muhasabahlah diri dan janganlah meminta lebih. Dalam kata kasarnya pula, sedarlah diri tu tak secantik / sehensem mana pun. Kalau dah buruk tu buruk jugak la. Inilah yang cuba di sampaikan oleh rangkap pertama dan kedua puisi ini. Adakah ini yang hendak kita sampaikan kepada kawan-kawan kita? Secara tidak langsung, ini adalah penghinaan kepada diri sendiri yang dibuat oleh diri kita sendiri. Pada pendapat saya, cantik dan tampan itu adalah hal yang subjektif. Ianya terpulang kepada individu yang menilai kecantikan atau ketampanan pasangan mereka. Rangkap ini juga cuba melemahkan diri sendiri dan juga orang lain yang membacanya.

Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM, Jika tak sekuat SARAH, 
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH, Jika diri tak se-sempurna RASULULLAH S.A.W."

Rangkap yang berikutnya juga jika diterjemahkan dengan bahasa kasar, ianya bermaksud , kau tu tidak kuat, tak payah la nak berangan nak cari pasangan yang kuat, sedarlah diri tu sikit. Ini juga merupakan rangkap yang melemahkan kita dan kepada siapa yang membacanya.

Pada saya, memanglah kita tidak akan dapat mencari pasangan yang sempurna, ini kerana diri kita juga tidak sempurna. Tetapi itulah gunanya pasangan kita itu, merekalah yang akan menyempurnakan diri kita ini. Kita ini ibarat 'puzzle' yang menunggu kepingan yang akan melengkapkan diri kita. Kecantikan ibarat Balqis atau ketampanan ibarat Sulaiman itu boleh kita cari berdasarkan kepada pandangan mata kita sendiri. Jika kita sayangkan seseorang, kecantikan atau ketampanan mereka boleh kita bayangkan seperti sesiapa sahaja yang kita mahu. Inilah kuasa cinta yang telah diberikan oleh Allah SWT kepada kita. Ini kerana Allah telah menjadikan kita sebaik-baik kejadian. Janganlah kita memandang rendah akan diri kita sendiri kerana kekuarangan yang ada, kerana setiap kekurangan yang ada pada diri kita mungkin merupakan kelebihan kepada orang lain.