Tadi saya baru terbaca satu status dalam FB seorang makhluk Allah ni. Terkejut juga saya bila saya baca status individu tersebut. Ianya mengenai tudung dan prasangka orang terhadap orang yang bertudung dan tidak bertudung. Komen-komen yang diberikan dibawah juga amat mengejutkan saya. Ada yang menghina golongan bertudung dan ada juga yang melabelkan perempuan bertudung dengan bermacam-maca label. Tidak kurang juga ada yang menyamakan perempuan bertudung dengan perempuan yang tidak bertudung dan ada juga yang memuji perempuan yang tidak bertudung kerana bersikap lebih baik perangainya dari perempuan yang bertudung.
Pada pendapat saya, perempuan yang bertudung tetap baik. Walaupun ada segelintir daripada mereka yang bersikap sebaliknya. Dalam membuat satu-satu kenyataan, kita tak boleh bersikap bias atau prejudis terhadap sesuatu benda atau perkara. Jika kita bersikap demikian, kita boleh dikatakan tidak layak untuk memberi apa-apa komen. Kerana komen yang diberikan akan menyemarakkan lagi api kebencian dan perpecahan diantara satu sama lain. Komen-komen stereotaip seperti itulah yang patut kita hindari dan patut kita elak. Sepatutnya komen seperti itulah yang patut kita buang dari FB kita.
Yang paling saya takuti ialah apabila membaca komen-komen dari wanita yang tak bertudung yang mempertahankan perbuatan mereka. Ada yang mengatakan yang bertudung itu adalah hak mereka. Jauh terpesong mereka ni dari ajaran yang sebenar. Wahai para wanita sekalian, memakai tudung atau lebih tepat lagi ialah menutup aurat itu adalah wajib. Itu bukan hak kamu semua dan kamu tidak boleh berkompromi terhadap arahanNya itu. Tidak ada nas atau hadis yang mengatakan menutup aurat itu adalah hak manusia.
Komen yang paling saya takuti ialah, ada individu yang mengatakan tiada paksaan dalam Islam. Ya, memang betul tiada paksaan dalam Islam, tetapi jika kita tidak mengetahuinya. Jika kita mengetahui tentang halal dan haram sesuatu perkara, ianya wajib di paksa. Ini bukan saya yang kata tetapi Allah yang mengatakannya di dalam Al-Quran iaitu di dalam surat Al-Baqarah ayat 256. Lihat dan bacalah sendiri, kalau tak faham, carilah ustaz untuk menerangkannya. Elakkan ustaz politik jika boleh, kerana mereka ini kadang-kala suka melalut tak tentu pasal.
Bagi saya, menutup aurat ini adalah wajib dan samalah ianya dengan perkara wajib yang lain. Jika saya tanyakan satu soalan, menutup aurat itu adalah wajib dan haram jika tidak mengikutnya, tetapi jika tidak memakai tudung, bagaimana amalan puasa mereka di bulan Ramadhan ini? Pastinya akan ada yang menjawab "Allah yang akan tentukan segalanya...". Tetapi jika saya berikan contoh yang lain seperti memakan khinzir. Ianya haram bagi umat Islam, tetapi jika kita memakannya, macam mana mana amalan kita? Pastinya tidak akan diterima Allah kan? Atau arak, jika meminumnya akan menyebabkan segala amalan kita menjadi debu. Samalah juga dengan tidak menutup aurat, segala apa yang kita lakukan akan menjadi debu. Adakah Allah yang menentukannya? Ya, Allah telah tentukannya di dalam Al-Quran dan sudah pasti dah sahih lah yang tidak menutup aurat akan menyebabkan segala amalan menjadi sia-sia.
Yang haram tetap haram dan tiada apa yang dapat mengubahnya. Hukum Allah itu adil dan tidak menganiaya sesiapa. Jika ada yang mengatakan ianya tidak adil dan menghukum dan mengatakan apa yang mereka katakan di atas tadi, lebih baik mereka bertaubat sebelum menjadi sesat. Jangan mengatakan sesuatu yang sia-sia kerana ianya boleh mengakibatkan kesesatan kepada orang lain juga. Bila hendak memperkatakan sesuatu, hendak menuju kepada Allah. Pemikiran kita juga wajib menuju ke arah Allah. Janganlah mengatakan sesuatu mengikut logik akal sendiri, kerana Islam itu adalah mudah, tetapi jangan mengambil mudah.
"Dia telah mensyari'atkan bagi kamu tentang agama apa yang telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa yaitu: Tegakkanlah agama dan janganlah kamu berpecah belah tentangnya. Amat berat bagi orang-orang musyrik agama yang kamu seru mereka kepadanya. Allah menarik kepada agama itu orang yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepada (agama)-Nya orang yang kembali (kepada-Nya)." (42:13)
NuffNang
Nuffnang
Translate
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Sebolehnya sila tinggalkan nama anda, sekadar nama samaran pun dah cukup agar orang lain senang menyebut nama anda. Terlalu banyak anynomous (tanpa nama) menyukarkan perbincangan. Sila jaga tatasusila anda semasa memberikan komen. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kerosakan yang berlaku terhadap penggunaan maklumat di dalam blog ini.