Disini saya ingin nyatakan kepada anda semua mengapa Negara Islam perlu dilaksanakan secara total di negara kita. Tetapi harus diingat, bukan Negara Islam versi PAS dan bukan Negara Islam versi UMNO. Tujuan penubuhan negara Islam secara total ini adalah kerana untuk memastikan segala apa yang ada dinegara kita ini dilaksanakan secara Islam, termasuklah sistem pendidikan negara kita. Mengapa saya berkata begini kerana, pada bulan Ramadhan ini, saya lihat sikap pemandu amatlah teruk. Kawan saya yang mengunggang motosikal pun berkata yang dia tak berani untuk menunggang kerana sikap pemandu yang sebegini teruk. Saya sendiri juga mempunyai pengalaman sendiri memandu di bulan Ramadhan ini.
Setiap pagi apabila hendak ke pejabat, masing-masing memandu seperti pelumba kereta F1 kerana ingin mengejar waktu masuk anjal WP1 iaitu masuk kerja sebelum atau pada 7.30 pagi dan balik pada 4.30 petang. Pada waktu hendak pulang ke rumah pula, masing-masing mengejar waktu untuk pulang ke rumah dengan kadar segera. Senario seperti ini seringkali kita lihat pada kebanyakkan pemandu wanita kerana mereka yang ingin memasak di rumah. Bagi pemandu lelaki pula, hanya segelintir sahaja daripada mereka yang bersikap pentingkan diri.
Mengapa jadi begini? Mengikut kata-kata Sarjan Azizah yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang, ia adalah melibatkan sikap pemandu. Sikap pemandu yang menentukan keselamatan dalam pemanduan. Itulah yang dikatakan dengan pemanduan berhemah. Jika tiada sikap bertolak ansur dan bertimbang rasa diantara pemandu, tidak mustahil kemalangan akan berlaku. Bagaimana kita hendak mendapatkan rasa bertimbang rasa dan bertolak ansur ini? Jawapannya adalah dari pendidikan.
Sebab itulah sistem pendidikan di negara kita wajib berteraskan Islam. Hanya di dalam Islam sahaja kita akan dapat mencapai sikap bertimbang rasa dan bertolak ansur ini. Sepatutnya Pendidikan Islam yang diajar di sekolah-sekolah hendaklah di lanjutkan tempoh waktu pengajarannya. Bukan setakat 1 jam sehari dan hanya bertumpukan kepada pelajaran PAFA. Sepatutnya perlu diperluaskan lagi dari segi pendidikan akidah dan akhlak. Lebih tepat lagi, pelajaran yang diajar di sekolah agama, perlu di terapkan di dalam silibus pelajaran sekolah biasa.
Wajarkah sekolah biasa dan sekolah agama dipisahkan? Ibu bapa yang mahu anak mereka mendapat pendidikan agama Islam tambahan, perlu menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama. Ini adalah negara Islam, jika benar Malaysia ini adalah agama Islam, semua ini tidak harus berlaku. Sepatutnya semua ini perlu menjadi matapelajaran wajib dan tidak boleh di jadikan pilihan. Perlu diakui tidak semua ibu bapa arif mengenai ilmu agama Islam. Islam ini bukan setakat solat dan puasa sahaja, tetapi merangkumi semua aspek termasuklah adab manusia.
Kerajaan sepatutnya lebih bertanggungjawab terhadap pendidikan di negara ini. Sikap masyarakat negara kita bergantung kepada pendidikan yang mereka terima sejak kecil lagi. Jika ianya mendapat tentangan dari golongan ultrakiasu, ini tidak menjadi masalah. Mereka boleh memilih untuk tidak menghadiri kelas-kelas agama tersebut. Isu untuk menambahkan lagi sekolah vernakular tidak sepatutnya di bangkitkan kerana ini negara yang mempunyai penduduk majoriti melayu Islam. mereka sudah ada lebih dari yang cukup. Jika mereka ikhlas untuk menjadi rakyat negara dan sayangkan negara Malaysia, isu ini tidak sepatutnya di suarakan. Melainkan mereka mempunyai agenda tertentu. Sistem pendidikan dinegara kita tidak sepatutnya di politikkan, jangan salahkan rakyat jika rakyat semakin kurang ajar dan tidak beradab.
"Dia telah mensyari'atkan bagi kamu tentang agama apa yang telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa yaitu: Tegakkanlah agama dan janganlah kamu berpecah belah tentangnya. Amat berat bagi orang-orang musyrik agama yang kamu seru mereka kepadanya. Allah menarik kepada agama itu orang yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepada (agama)-Nya orang yang kembali (kepada-Nya)." (42:13)
NuffNang
Nuffnang
Translate
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Sebolehnya sila tinggalkan nama anda, sekadar nama samaran pun dah cukup agar orang lain senang menyebut nama anda. Terlalu banyak anynomous (tanpa nama) menyukarkan perbincangan. Sila jaga tatasusila anda semasa memberikan komen. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kerosakan yang berlaku terhadap penggunaan maklumat di dalam blog ini.