Bila kita sebut tentang
penyatuan umat Islam, masing-masing mempunyai pendapat mereka tersendiri. Bagi
saya, bila kita sebut mengenai penyatuan, terlalu besar pengertian dan
pengorbanan yang harus dilakukan untuk menuju kea rah penyatuan. Di Negara kita
khususnya, umat Melayu Islam di Negara kita begitu ghairah dengan cita-cita
masing-masing sehinggakan proses penyatuan itu menjadi amat sukar. Ada yang
terlalu taksub dengan pemahaman masing-masing sehinggakan fikiran mereka
menjadi jumud dan sempit. Pandangan mereka lebih terarah mencari perbezaan
diantara satu sama lain sehingga mereka lupa yang kita semua adalah sebangsa
dan seagama.
Saya suka
membaca artikel yang ditulis oleh Dr. Ridhuan Tee Abdullah di akhbar Utusan
Malaysia. Beliau sering membangkitkan isu-isu semasa yang berkaitan dengan
Ketuanan Melayu. Persoalannya sekarang ialah, masih adakah lagi Ketuanan
Melayu? Ahli politik atau mana-mana individu yang mempunyai kepentingan pasti
akan menyebut Ketuanan Melayu di Negara kita masih ada dan masih terjaga. Tapi
itu sekadar kata-kata yang diluahkan dengan niat berkepentingan sahaja. Jika masih terjaga pun, ianya hanya termaktub
di dalam Perlembagaan Persekutuan kita sahaja. Itu hanya di luar, tetapi
hakikatnya Ketuanan Melayu kita sudah makin terhakis.
Saya berani
katakan begini kerana berdasarkan senario politik Negara kita sekarang. Jika
kita lihat sendiri di Negara kita, slogan ‘Hidup Melayu’ sudah tidak lagi
dilaungkan. Semua itu kerana kita terlalu berlembut dan bertolak ansur dengan
kaum-kaum yang lain. Melaungkan slogan ‘Hidup Melayu’ tidak bermakna hak
sesuatu kaum itu hilang. Orang melayu memang berhak melaungkan slogan tersebut
kerana ini adalah semangat kepada kami untuk terus bangun dan maju. Tetapi oleh
kerana kepentingan politik dan undi, semua ini digadaikan. Baik parti UMNO atau
parti PAS, keduanya sama sahaja.
Saya suka
menggunakan contoh kedua-dua parti ini kerana kedua-dua parti ini adalah parti
yang berasaskan Melayu dan Islam. Tetapi kedua-dua parti ini bermusuhan sejak
dari selepas Negara mencapai kemerdekaan lagi. Apabila ada peluang untuk bersatu, pasti ada saja yang menghalang dan
niat suci itu pasti akan gagal. PAS, parti yang dulunya memperjuangkan Negara
Islam dan Hukum Hudud sudah mula melonggarkan laungan Negara Islam mereka demi
kerana kuasa dan begitu juga UMNO. Pada zaman pemerintahan Pak Lah, usaha
kearah menyatukan kedua parti ini hamper-hampir menampakkan hasil. Tetapi oleh
kerana ada segilintir puak yang tidak mahu perkara ini berlaku, usaha ini
terkubur begitu sahaja.
Jika kedua-dua
parti ini bersatu, barulah istilah ‘Ketuanan Melayu’ itu kena pada tempatnya.
Tapi jika kita lihat scenario politik sekarang, bukan golongan ultrakiasu yang
tidak mahu PAS dan UMNO bersatu. Ini kerana tugas mereka sudah selesai dan
berjaya melaga-lagakan orang Melayu Islam untuk bergaduh. Golongan yang
beria-ia untuk untuk melihat usaha penyatuan ini gagal adalah pemimpin PAS
sendiri iaitu Pok Nik. Apabila pemimpin utama mereka tidak mahu bersatu,
pengikut fanatik PAS yang taksub dengan beliau juga sudah pasti akan mengikut
jejak tuan mereka. Pada saya, sikap ini amat buruk dan bukanlah dari ajaran
Islam yang sebenar.
Orang
Melayu Islam dinegara kita ini sudah semakin teruk dan tenat. Oleh kerana
terlalu kepingin memegang tampuk kekuasaan, segala yang haram telah dijadikan
halal, segala yang salah telah dibenarkan dengan mengeluarkan firman dan hadis
yang menghalalkan segala perbuatan mereka dan sekutu mereka. Apa sahaja usaha
yang dibuat oleh UMNO telah dihina dan dipandang serong oleh pengikut parti
PAS. Kesian rasanya bila melihat UMNO telah diserang dari pelbagai penjuru
disebabkan kerana mempertahankan Islam dari digunakan oleh pihak yang tidak
bertanggungjawab iaitu isu penggunaan kalimah Allah pada tahun 2010. Paling
menyedihkan apabila pihak yang tiada kena mengena juga mengambil kesempatan.
Sampai bilakah umat Melayu akan bersatu? Kenapakah dalam perkara sebegini asas
kita tidak boleh bersatu? Kalau tak boleh nak setuju 100 peratus pun,
sekurang-kurangnya 50 peratus pun sudah dikira baik. Ini tidak, semuanya
ditolak mentah-mentah oleh PAS. Seolah-olah semua benda yang dibuat oleh UMNO
itu buruk di pandangan mata mereka. Seolah-olah PAS ini satu parti yang maksum
dan suci dari segala dosa.
Saya
menumpang kesedihan dan kebimbangan yang diluahkan oleh Dr Mohd Ridhuan Tee
Abdullah dan kesempitan yang dilalui
oleh bekas pemimpin PKR iaitu Zulkifli Nordin yang kini telah menyertai
perjuangan PERKASA untuk membela bangsa Melayu Islam. Nasib yang sama juga
telah diterima oleh Datuk Dr. Hassan Ali yang dulunya adalah pemimpin PAS
tetapi telah dipinggirkan oleh kerana telah menjentik agama kristian kerana isu
memurtadkan umat Islam. Inilah yang PAS mahukan? Setiap perjuangan untuk
menegakkan martabat Islam dan menyelamatkan Islam oleh setiap individu telah di
tanam hidup-hidup jika ianya tidak melibatkan cacian dan makian terhadap UMNO.
Jika ianya melibatkan agama sekutu mereka DAP, tindakan yang sama juga akan
dibuat terhadap individu tersebut.
Persoalannya
sekarang, adakah PAS benar-benar ikhlas untuk memperjuangkan Islam? Atau adakah
ianya sekadar retorik untuk memenangi hati pengundi? Tahukah kamu semua wahai
pengikut PAS, apa yang kamu buat itu telah melanggar satu daripada 6666 ayat
Allah? Jikalau kamu mengingkari satu ayat Allah, kamu dipanggil Kafir!! Kalau
kamu benar-benar memperjuangkan Islam dan jika kamu betul-betul Ikhlas terhadap
Islam, bersatulah kamu dengan parti UMNO
dan tarbiyahlah mereka jika kamu benar-benar hebat. Janganlah melalak dan
menghina semua perkara baik yang telah dilakukan UMNO. Adakah kerana sifat
mazmumah begitu menebal dikalangan orang PAS yang kononnya Islam itu? Atau
adakah mereka ini satu parti yang mengamalkan ajaran sesat atau ekstrim yang
menggalakkan kepada keganasan?
Untuk parti
UMNO, satu teguran daripada saya. Cukup-cukuplah bertolak ansur dan mengamalkan
sikap bertahan. Sampai bilakah kamu semua hendak bersabar? Sikap ini amat baik
dan saya amat memujinya, tetapi cukup lah sampai disitu. Janganlah kerana sikap
bertolak ansur ini, bangsa melayu semakin terhakis. Janganlah terus bertolak
ansur kerana parti PAS tidak akan sedar pun akan segala kebaikkan yang ada pada
parti UMNO. Janganlah kerana sikap tolak ansur ini, ada pihak lain yang akan
mengambil kesempatan. Tiada sesiapa yang sempurna, dan sudah pasti UMNO juga tidak terlepas dari ketidaksempurnaan ini. Ubah la, buang la pemimpin-pemimpin rasuah dan janganlah bertolak ansur terhadap pegawai kerajaan yang korup. Buatlah supaya diri anda kembali releven di mata rakyat. Berikan kuasa mutlak terhadap SPRM jika benar UMNO ikhlas terhadap kempen membenteras rasuah.
Meskipun
saya ini cuma suara yang mewakili diri saya sendiri sahaja, meskipun saya ini cuma
seorang individu sahaja, tetapi saya yakin ramai yang ingin melihat parti UMNO
dan PAS bersatu. Saya yakin ramai yang telah muak dengan perbalahan kedua-dua
parti melayu ini yang seakan-akan pergaduhan adik dan abang. Si adik dengkikan
abang kerana abang lebih popular dari adik dan lebih disukai oleh rakyat dari
si adik. Cukup-cukuplah perbalahan ini, tidak ada baiknya melainkan banyak
buruknya. Kedua parti melayu bergaduh, pihak lain yang berkepentingan pula akan
mengambil kesempatan. Maka tidak hairanlah UMNO terpaksa beralah dan
mengorbankan jati diri mereka kerana ingin mengambil hati sekutu mereka.
Sebagai
seorang rakyat yang sayangkan bangsa melayu dan Negara, saya tidak sanggup melihat
keadaan bangsa dan Negara kita yang semakin kronik ini. Semakin banyak tanah
dan kepentingan melayu terpaksa dikorbankan demi mengambil hati parti kaum
lain. Sampai bilakah PAS akan terus menyombong dan berdegil? Adakah dengan
matinya Pok Nik Aziz, barulah PAS akan bersatu? Adakah dengan terpinggirnya
Hadi Awang barulah PAS akan bersatu? Saya rasa tidak, kerana ianya sudah
terlambat. Dengan kehadiran Mat Sabu, Khalid Samad dan beberapa pemimpin
endorgan yang menguasai PAS, usaha untuk melihat kepada penyatuan Melayu Islam
menjadi semakin pudar.
Jadi,
dapatlah saya simpulkan disini bersih yang dimaksudkan dan dilaungkan oleh
pemimpin PAS itu adalah membersihkan parti mereka sendiri terlebih dahulu.
Bersihkan hati Pok Nik dahulu dan kajilah semula diri sendiri, inikah yang
Islam mahukan? Perpecahan dan perbalahan? Inikah yang Allah mahukan? Inikah
yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW? Saya rasa selepas artikel ini
tersebar, semakin banyaklah caci makian yang akan diberikan kepada saya. Seorang
individu yang hanya mempunyai hak sebagai pengundi akan dicaci semahu-mahunya
seolah-olah saya ini pemimpin masyarakat. Bukan pengajaran yang mereka cari,
bukan perenggan ini yang mereka nampak, tetapi apa yg mereka akan nampak ialah
perenggan yang lain selain dari ini. Inilah sikap degil dan bodoh sombong
segelintir mereka ini. Kepada mereka yang masih boleh berfikir, bersatulah dan
atasilah perbezaan dengan mencari persamaan.
Batik Biru.
No comments:
Post a Comment
Sebolehnya sila tinggalkan nama anda, sekadar nama samaran pun dah cukup agar orang lain senang menyebut nama anda. Terlalu banyak anynomous (tanpa nama) menyukarkan perbincangan. Sila jaga tatasusila anda semasa memberikan komen. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kerosakan yang berlaku terhadap penggunaan maklumat di dalam blog ini.