Dah lama tak menulis di dalam blog ni. Banyak juga benda yang hendak ditulis, tetapi tak tahu di mana hendak dimulakan. Pada hari ini saya memilih tajuk ini kerana terasa perlu ianya di luahkan. Perkara ini semestinya adalah perkara yang biasa terjadi pada masa sekarang. Di mana-mana saja pun ada berlaku perkara seperti ini. Lebih-lebih lagi mereka yang dahagakan kuasa dan wang. Perkara seperti ini juga paling ketara berlaku di sektor swasta dan juga di IPTA/S. Ini kerana di dalam sektor swasta, mereka yang baik dengan boss akan berpeluang untuk naik pangkat. Berlainan di sektor awam, mereka ini perlu melepasi penilaian dan peperiksaan sebelum dipertimbangkan untuk kenaikkan pangkat. Nampak tak perbezaannya?
Di dalam IPTA/S pula, mereka yang pandai dan rajin akan menjadi tumpuan rakan sekelas yang lain. Sudah pasti ramai yang ingin bersama-sama dalam satu kumpulan dengan golongan ini. Tetapi golongan rajin ini juga ada yang baik dan ada yang buruknya. Yang baiknya, kekadang mereka ini tidak meninggalkan kawan-kawan sekelasnya yang lemah. Yang tidak baiknya.....ermmm....faham-faham je la. Selagi boleh tinggalkan, tinggalkan jer.....yer la, sebab membebankan kan? Siapa yang nak bawak 'excess baggage' ni. Dah la lambat, tak pandai plak tu...akhirnya yang ditinggalkan tu akan gagal dan dibuang dari IPTA tersebut. Kesian kan? Kalau orang tu pemalas tu lain la cerita. Tetapi kita tahu ke masalah yang menimpa orang tu? Kita ada tanya ke orang tu apa masalah dia? Kan ke kejam kalau kita buat macam tu.
Aku paling tak boleh nak terima kalau kerana kepentingan politik, orang tu di pulaukan dan ditinggalkan. Itu adalah perangai yang paling bodoh dan tidak matang sekali bagi aku. Jangan la semua benda yang terjadi tu nak dikaitkan dengan politik. Tak semua benda di dunia ini ada kaitan dengan politik. Please laa....jangan cetek sangat fikiran tu. Kau tu bakal pemimpin dunia (Insya'allah laaa...) malu la kalau pemimpin bersikap macam ni. Lebih-lebih lagi pemimpin Islam, layak ke digelar pemimpin Islam kalau perangai macam ni? Malu beb....ko cerita bergegar-gegar pasal itu dan ini, tapi diri sendiri pun tak berapa nak betul....ishh...malu la.
Takpe la, walau apa pun terjadi, aku takkan jadi seperti mereka-mereka ni. Ya...mereka memang hebat, tetapi bila perkara begini terjadi, aku tak respek langsung dengan mereka. Bagi aku, aku memang tidak pernah dan tidak akan meninggalkan rakan seperjuangan yang bermasalah ini. Biarlah aku dikutuk sekali bersama-sama dengan mereka yang bermasalah ini, asalkan aku bahagia. Bukan nak jadi hero, tapi kerana kemanusiaan, aku tak sanggup nak buat macam tu kepada orang lain. Ntah la, mungkin sikap ini aku perolehi dari kedua orang tua aku. Cepat kesian dan tersentuh. Apa-apa pun aku bersyukur dengan keadaan aku sekarang. Semoga Allah jadikan aku lebih kuat dan tabah dari diri aku yang sekarang ni. Amin...
"Dia telah mensyari'atkan bagi kamu tentang agama apa yang telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa yaitu: Tegakkanlah agama dan janganlah kamu berpecah belah tentangnya. Amat berat bagi orang-orang musyrik agama yang kamu seru mereka kepadanya. Allah menarik kepada agama itu orang yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepada (agama)-Nya orang yang kembali (kepada-Nya)." (42:13)
No comments:
Post a Comment
Sebolehnya sila tinggalkan nama anda, sekadar nama samaran pun dah cukup agar orang lain senang menyebut nama anda. Terlalu banyak anynomous (tanpa nama) menyukarkan perbincangan. Sila jaga tatasusila anda semasa memberikan komen. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kerosakan yang berlaku terhadap penggunaan maklumat di dalam blog ini.