NuffNang

Nuffnang

Translate


Monday, September 30, 2013

"Kami bayar cukai, kami yang bayar gaji awak (penjawat awam)!" - Siapa pula bayar gaji pekerja swasta?

Memang sesuatu yang amat melucukan apabila ada seseorang lelaki cina meluahkan ayat tersebut. Terfikir pula saya, apakah maksud di sebalik kata-katanya itu. Adakah ianya membawa maksud, "kita sudah control you, you kena ikut cakap kita", atau "kami boss sekarang, you adalah kuli!". Ada banyak makna yang boleh di tafsirkan dari ayat seorang lelaki cina tersebut. Ianya terpulang kepada individu tersebut. Tetapi jika saya ceritakan senarionya bagaimana ayat tersebut boleh keluar dari mulut lelaki cina tersebut, saya pasti ramai yang akan mentafsirkan ayat tersebut sama seperti bagaimana saya mentafsirkannya. Ianya berkenaan seorang lelaki cina yang mahu mendapatkan perkhidmatan dari kerajaan dan menunggu kelulusan dari kerajaan. Permohonan beliau telah ditolak dan lelaki cina tersebut tidak puas hati dan ingin meminta penjelasan. Tetapi maklumat yang diminta itu adalah maklumat sulit. Secara kebetulan aku ada disitu dan aku perhatikan segalanya yang berlaku.


Dimanakah rasionalnya ayat yang dikeluarkan dari mulut lelaki cina tersebut? Adakah dengan membayar cukai, anda berhak untuk mengatakan sedemikian? Jika kita mengatakan sektor swasta yang membayar gaji penjawat awam, jadi siapakah yang membayar gaji pekerja swasta? Bagi saya, lelaki cina itu sudah lupa daratan dan mempunyai fikiran yang cukup cetek. Adakah dengan membayar cukai sahaja, segala pemintaan beliau wajib di luluskan oleh kerajaan? Agak kurang ajar juga lelaki cina tersebut. Agaknya inilah produk SRJK(C) yang sangat diagungkan oleh persatuan Dong Zong itu. Bahasa Melayu pun sebut tak berapa betul, asyik nak berbahasa inggeris sahaja. Itu belum lagi disuruh menyanyikan lagu Negaraku atau menyebut 5 Rukun Negara. Silap-silap merangkak-rangkak macam kura-kura jer.

Setiap cukai yang dibayar oleh pekerja swasta akan digunakan untuk pembangunan negara, pembayaran gaji penjawat awam, kemudahan prasarana negara, pembangunan infrastruktur negara dan bermacam lagi perbelanjaan yang menggunakan duit pembayar cukai. Cukai memang ada digunakan untuk membayar gaji penjawat awam, tetapi penjawat awam juga ada membayar gaji untuk pekerja swasta. Mengapa saya berkata sedemikian? Ini adalah kerana, apabila penjawat awam mendapat gaji, kemanakah gaji itu pergi? Adakah mereka menyimpannya tanpa membelanjakannya? Sudah tentulah mereka akan membelanjakannya kan? Untuk membeli keperluan harian, perkhidmatan dari syarikat swasta dan juga makanan dan minuman. Mereka membelanjakan wang yang mereka dapat itu kembali kepada syarikat swasta. Jadi siapakah yang memberikan keuntungan kepada syarikat swasta? Dan berbalik kembali kepada topik saya tadi, siapakah yang membayar gaji pekerja swasta?

Kerajaan membuat kursus, bengkel dan mesyuarat di merata tempat di seluruh negara. Masih ingatkah suatu ketika dulu kerajaan telah melarang semua aktiviti tersebut dibuat di hotel dan wajib dibuat hanya di premis milik kerajaan sahaja atas dasar berjimat cermat? Pada masa itu, semua pihak hotel mengalami kerugian yang banyak dan ada yang terpaksa menggulung tikar kerana sedar atau tidak, hampir separuh daripada keuntungan hotel-hotel tersebut adalah bergantung kepada kursus atau bengkel yang dijalankan oleh kerajaan di premis mereka. Jadi persoalan saya sekarang, siapakah yang membayar gaji pekerja swasta?

Sebenarnya saya melihat ini sebagai satu kitaran pusingan. Pekerja swasta membayar cukai --> cukai terus ke LHDN --> kemudian ke Bank Negara ---> ke penjawat awam --> pejawat awam berbelanja di premis swasta ---> pekerja swasta mendapat untung ---> keuntungan akan dicukai dan cukai akan terus ke LHDN semula. Begitulah lebih kurang kitarannya dari mula sampailah ke akhir dan ianya akan tetap begitu kerana kita semua saling memerlukan. Jadi, berbalik kepada soalan saya tadi, siapakah yang membayar gaji pekerja swasta?

Kesimpulannya disini adalah, kita sama-sama memerlukan. Tidak ada satu pun benda didunia ini yang mampu berdiri dengan sendirinya. Semua benda mempunyai saling kaitan dan saling memerlukan antara satu dengan yang lain. Jangan mudah lupa diri dan lupa daratan, nanti bila orang ingatkan nanti, awak sendiri yang sakit hati.

No comments:

Post a Comment

Sebolehnya sila tinggalkan nama anda, sekadar nama samaran pun dah cukup agar orang lain senang menyebut nama anda. Terlalu banyak anynomous (tanpa nama) menyukarkan perbincangan. Sila jaga tatasusila anda semasa memberikan komen. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kerosakan yang berlaku terhadap penggunaan maklumat di dalam blog ini.