NuffNang

Nuffnang

Translate


Friday, October 4, 2013

Laporan Audit Negara 2012.

Baru-baru ini kita telah dikejutkan dengan Laporan Ketua Audit Negara mengenai pembaziran yang dilakukan oleh pihak kerajaan. Amatlah memalukan kerana kita mempunyai ramai akauntan dan pakar kewangan yang kononnya hebat. Sehinggakan boleh mengadakan kembali duit yang tiada, memotong claim pekerja atas alasan berjimat-cermat, menidakkan perbelanjaan kursus atas alasan peruntukan tidak cukup dan bermacam-macam lagi magik yang boleh dibuat oleh mereka-mereka ini. Rata-rata bloggers menyalahkan pak-pak menteri diatas pembaziran yang berlaku tersebut.

Persoalannya sekarang, mengapa hendak disalahkan pak-pak menteri sahaja? Mana pergi KSU, TKSU, SUB-SUB yang lain? Diam sahaja ke? Mereka juga perlu di pertanggungjawabkan. Kehilangan aset, perbelanjaan pembaziran, semua ini perlu dilihat pada bahagian kewangan masing-masing. Ini kerana tidak semua hal yang berlaku berada di dalam pengetahan pak-pak menteri tersebut. Kebanyakkan projek yang ada telah pun dirancang dan dijalankan terlebih dahulu oleh pihak kementerian. Pak-pak menteri ini pula hanya menumpang publisiti saja. Kalau tak percaya, cuba tanya lebih-lebih sikit pasal apa-apa projek tersebut, confirm derang ni tergagap-gagap. Habis kuat pun, pusing-pusing situ je ayat derang.

Sepatutnya, apabila laporan ketua audit keluar, yang perlu disiasat adalah pegawai-pegawai kerajaan yang berkenaan. Kita pegang pegawai bawahan ni dan saya yakin kita akan dapat ketua yang terlibat. Jika ada melibatkan pak-pak menteri, barulah kita hentam mereka. Bagi saya, mereka yang menyalahkan pak-pak menteri ni sahaja adalah mereka yang masih mentah dan tidak matang....maafkanlah mereka. Kalau mereka menyalahkan pihak kerajaan sepenuhnya, mereka juga perlu menyalahkan diri mereka juga. Sebab dalam kerajaan juga ada penyokong PR. Bukan sedikit, tetapi ramai! Berpangkat tinggi pun ada. Kalau mereka tidak mahu dipersalahkan, boleh la saya katakan ini melibatkan unsur sabotaj dan bukan salah kerajaan BN.

Tetapi macam biasalah, pembangkang akan tetap membangkang. Mereka hanya akan percaya dan ikut apa saja kata-kata dari berhala mereka. Walaupun berhala mereka itu adalah dari orang kafir. Pada yang berfikiran waras, siasat dan fikir guna otak sendiri. Tak faham, sila tanya....korang tu bukannya bijak sangat. Saya pun kalau saya tak faham, saya akan tanya terlebih dahulu. Setakat baca dari Malaysiakini dan harakah, apa yang korang dapat? Korang tau tak yang pemimpin korang pun baca Utusan Malaysia dan Berita Harian? Malaysiakini dan Harak tu, bagi saya itu hanyalah sumber berita syok sendiri. Sebab tu mereka tak dapat nak dapat lesen penyiaran penuh macam sinar harian. Akhbar macam tu hanyalah untuk korang-korang yang syok sendiri jer. Sebab tu la korang tak berkembang maju, jumud je tak habis-habis. Bila time belajar, boleh plak tanya pensyarah. Call pensyarah pun sanggup walaupun tengah malam atau pagi-pagi buta. Bila masuk hal politik...hancus!!

Pesan saya, tanya dan selidik dulu sebelum membuat kesimpulan. Sebagai contoh, perbelanjaan 1.6 juta pembayaran k-pop tersebut. Pada yang bodoh, mesti akan kata ini adalah perbelanjaan pembayaran PSY yang dikatakan telah di sponsor tersebut. Kalau korang selidik, itu adalah bayaran untuk k-pop semasa hari perhimpunan belia. Nampak tak? Jadi....berhentilah memperbodohkan diri yang sememangnya bodoh tu. Dalam hal lain memang krang biuak, dalam hal politik, korang out! Sekian.

No comments:

Post a Comment

Sebolehnya sila tinggalkan nama anda, sekadar nama samaran pun dah cukup agar orang lain senang menyebut nama anda. Terlalu banyak anynomous (tanpa nama) menyukarkan perbincangan. Sila jaga tatasusila anda semasa memberikan komen. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kerosakan yang berlaku terhadap penggunaan maklumat di dalam blog ini.