NuffNang

Nuffnang

Translate


Monday, September 6, 2010

Artikel Pilihan - Modul PLKN Langsung Tidak Mampu Mencegah Masalah Sosial.


Jumaat, 20 Ogos 2010 15:16
PLKNPLKNModul PLKN mampu cegah masalah sosial

KUANTAN 19 Ogos - Modul Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) mampu mencegah remaja daripada terlibat dengan masalah sosial termasuk pembuangan bayi yang semakin menjadi-jadi pada masa ini.  Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, modul sedia ada berhubung anti-jenayah yang dijalankan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) berkait rapat dengan masalah berkenaan.  Selain itu katanya, penerangan berhubung kesan-kesan kelakuan tidak bermoral juga sentiasa diadakan untuk memberi kesedaran kepada pelatih.   "Saya yakin selepas melalui program (PLKN) ini, mereka sepatutnya tidak akan terlibat dengan gejala-gejala seperti buang bayi,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program JLKN bersama sekolah di Kem Hijrah dekat sini, hari ini.  Beliau berkata pada masa ini, pihaknya tidak bercadang memperkenalkan modul baru khusus bagi menangani masalah sosial, namun mengalu-alukan sebarang cadangan daripada orang ramai. – Bernama

Sumber: Utusan Malaysia 19/08/10

Modul PLKN Mampu Cegah Masalah Sosial?????

Apakah mungkin kerana sekadar untuk menyedapkan cerita maka Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil dengan bangganya mengatakan program PLKN mampu mencegah masalah sosial. Persoalannya ialah apakah kenyataan beliau itu disokong dengan fakta dan statistik yang boleh dipertanggungjawabkan? Hakikatnya, perangkaan menunjukkan 257,000 sijil kelahiran yang dikeluarkan dari tahun 2000 hingga Julai 2008 tidak mencatatkan nama bapa. Ini bermakna 2,500 anak luar nikah direkodkan setiap bulan atau purata 84 kes setiap hari. Maka bagaimana Ketua Pengarah JLKN boleh mengatakan modul PLKN boleh mengatasi masalah sosial? Bukankah kenyataan beliau itu boleh dikategorikan sebagai karut?

Wahai golongan yang masih lagi hidup aqidah Islam dalam dirinya! Yakinlah bahawa satu-satunya penyelesaian yang mampu dan berupaya untuk menyelesaikan masalah sosial yang sedang melanda saat ini adalah dengan kembali kepada Islam. Negara wajib menerapkan Islam dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara. Wahai para pemimpin, renungilah firmah Allah di bawah dan fikirkanlah mengenai kedudukan kamu dan tanggungjawab kamu dalam menerapkan Islam secara kaffah!

“Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta". [TMQ Taha (20) : 124].

 ” Sesudah itu maka patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.
[TMQ Al-Baqarah (2) :85].

”Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”
. [TMQ Ar-Ruum (30) : 41].

No comments:

Post a Comment

Sebolehnya sila tinggalkan nama anda, sekadar nama samaran pun dah cukup agar orang lain senang menyebut nama anda. Terlalu banyak anynomous (tanpa nama) menyukarkan perbincangan. Sila jaga tatasusila anda semasa memberikan komen. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kerosakan yang berlaku terhadap penggunaan maklumat di dalam blog ini.