Posting pro-pembangkang. |
Posting pro-kerajaan. |
Apa yang korang semua nak buat ni? Apa yang korang semua belajar ni? Maki hamun? Mencarut? Kenapa perlu semua ni? Haji Hadi Awang dan Haji Nik Aziz, tolong la jaga anak buah kurang ni. Islam apa yang korang nak bawak ni sampai anak buah semua kurang ajar. Malu la sikit, awak tu parti Islam, tapi anak buah tak berapa nak Islam. Umno tu lain la, derang tu kurang sikit Islam tu. Tak berapa nak hafal Al-Quran, hadis apatah lagi. Malu la sikit bila ada orang yang kurang pengetahuan pasal Islam tapi tegur korang. Terima la teguran orang ni dan jangan la keluar fatwa mengarut-ngarut plak yang memaki tu halal.
Haji Najib, tolong la nasihatkan anak buah pak aji ni supaya jangan emosi dan jangan la sampai derang pun turut terjebak dalam kancah memaki hamun ni. Aku rasa ko pun tahu yang semua ni tak elok. So, tolong la jangan buat macam tu lagi. Sabar jer la, biar derang malu sikit bila tengok orang yang kononnya memperjuangkan Islam tu melakukan perbuatan mungkar.
Sebab tu la aku cukup marah dengan orang pas ni. Aku memang marah dengan orang umno juga, tapi takde la semarah dengan orang pas. Sebab orang pas ni ramai dari golongan ulama Islam. Apa yang derang buat kat dalam tu? Duduk rumah main dengan anak bini je ke? Ke sibuk main pok amai amai dengan isteri baru? Yer la, orang ulama Islam ni kan selalunya akan berbini lebih dari satu...Oppss...bukan semua yer....jangan sentap. Aku nak nasihatkan korang la, malu la skit yer sebab aku ni jahil sikit pasal Agama Islam, tapi aku tahu yang apa yang korang buat ni salah. Sila keluar dari rumah dan zon selesa anda dan nasihatkan anak buah anda semua supaya jangan memaki dan mencarut orang sesuka hati. Buat la artikel dan dakwah jelajah negara supaya menasihati anak buah korang untuk bersederhana dalam berkata-kata dan kuat dalam melakukan dakwah untuk menarik orang lebih kepada Islam. Bukan kasi pecah belah lagi!! Ada faham!?
Malu la dengan DS Najib yang sekarang ni menasihati anak buah dia supaya tidak memaki dan mencarut dan mengamalkan budaya hidup bersederhana. Hampir kesemua anak buah dia menerima saranan dia. Bukan anak buah dia sahaja, malah seluruh asia dan dunia mula menerima pendekatan bersederhana beliau. Apa ni pak haji dan ustaz? Orang yang korang kata kafir tu pun tahu nak berbuat baik. Korang ni orang Islam power ranger, parti yang memperjuangkan Islam macam ultraman, tapi lembik dalam hal makhruf dan kuat dalam perkara mungkar. Rugi la korang solat sehari 24jam, rugi la korang khatam Al-Quran sehari 5-6 kali (ada ke orang macam ni? hebat!) tapi tak guna juga jika mulut begitu mudah memaki dan mencarut.
Ada orang kata ulama Islam ni dipelihara oleh Allah dari tergelincir akidahnya.... hahahaha....takder tulis pun dalam Al-Quran. Aku tak jumpa pun, kalau ada sila tunjukkan pada aku, sebab mana la tahu kut-kut aku terlepas pandang ke. Maklum la, aku ni manusia biasa yang tidak maksum. Orang ulama la paling mudah nak tergelincir akidahnya kerana makin kuat pegangan seseorang itu, makin kuatlah ujian Allah. Buktinya dengan mencarut, begitu mudah ibadah yang dibina selama ini tetapi musnah kerana perbuatan mencarut dan memaki. Mencarut sekali, taubat sekali...lepas tu mencarut lagi sekali...lepas tu taubat lagi sekali.....fuhh....senang betul nak taubat. Ehh....boleh taubat banyak kali ke?
So, lu fikir sendiri la beb....aku dah mula guna bahasa pasar ni. Sebab kalau guna bahasa skema kang korang ngantuk plak. Lagi satu pesanan aku, kalau rasa diri tu hebat sangat, pegi la disko, lepas tu tarik orang kat disko tu ke pangkal jalan. Ada berani? Pergi jumpa orang umno, lepas tu tarik derang ke pangkal jalan. Buat la kalau power sangat, takyah la nak mencarut-carut.....ok!?
p/s: jangan masuk disko lepas tu hilang serban udah la.
No comments:
Post a Comment
Sebolehnya sila tinggalkan nama anda, sekadar nama samaran pun dah cukup agar orang lain senang menyebut nama anda. Terlalu banyak anynomous (tanpa nama) menyukarkan perbincangan. Sila jaga tatasusila anda semasa memberikan komen. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kerosakan yang berlaku terhadap penggunaan maklumat di dalam blog ini.