NuffNang

Nuffnang

Translate


Wednesday, January 18, 2012

Kenapa perlu berdemonstrasi?

 

 Ada beberapa sumber dari berita yang mengatakan bahawa demonstrasi haram Bersih akan diadakan semula. Tetapi kali ni di dalam versi yang ke-3. Dah macam filem la plak sebab ada banyak episod. Ambiga ohh Ambiga.....PSC belum lagi habis dah buat ugutan macam-macam. Pak Samad pula yang akan menjadi ketua untuk perhimpunan haram kali ni. Dah la masa PSC tu pegi buat tuntutan bukan-bukan. Ada ke nak turunkan had umur mengundi kepada umur 16 tahun. Kalau macam tu boleh la jenayah yang dilakukan oleh mereka yang berumur 16 tahun tu dibicarakan di bawah kanun jenayah dewasa kan? Takyah la masuk juvana dah....masuk la penjara sekali dengan penjenayah hardcore. Lepas tu habis la jahanam budak-budak jambu tu kena lauk.

Ok, itu hal lain la....yang ni hal demonstrasi. Apa halnya nak buat demo plak ni....PSC belum habis bersidang lagi dah nak ugut-ugut. Inilah akibatnya jika terlalu mendemokrasikan rakyat. Ada pendapat mengatakan bahawa demokrasi ini adalah salah satu cara yang salah untuk mentadbir negara. Ini kerana kerajaan terpaksa mengikut kehendak rakyat. Nak puaskan hati rakyat ni bukan senang....sebab rakyat ni ramai yang pemalas, semua nak senang jer. Kalau boleh pejabat pos pun nak depan pintu rumah. Jadi kalau boleh nak kerajaan kasi duit kat rakyat, walaupun rakyat tu pemalas. Inilah yang dikatakan rakyat yang tidak tahu bersyukur.

Oleh itu, Khilafah adalah salah satu sistem pemerintahan yang paling afdal. Khilafah adalah sistem pemerintahan Islam yang merangkumi semua aspek kehidupan. Bukan hudud saja! Asyik nak hudud jer, tapi bila ntah nak dilaksanakan. Peluang dah ada sejak 20 tahun yang lepas, tapi taknak buat pula. Sistem Khilafah adalah satu sistem pemerintahan demokrasi cara Islam yang paling baik. Ia di mana seluruh umat Islam itu bersatu.Imam Taqiyyuddin An Nabhani mendefinisikan Daulah Khilafah sebagai kepemimpinan umum bagi seluruh kaum muslimin di dunia untuk menegakkan hukum-hukum Syariat Islam dan mengembang risalah Islam ke seluruh penjuru dunia (Imam Taqiyyuddin An Nabhani, Nizhamul Hukmi fil Islam). Dari definisi ini, jelas bahawa Daulah Khilafah adalah hanya satu untuk seluruh dunia. Kerana nas-nas syara’ (nushush syar’iyah) memang menunjukkan kewajipan umat Islam untuk bersatu dalam satu institusi negara. Sebaliknya haram bagi mereka hidup dalam lebih dari satu negara.

Kewajipan tersebut didasarkan pada nas-nas al-Qur`an, as-Sunnah, Ijma’ Sahabat, dan Qiyas. Dalam al-Qur`an Allah SWT berfirman:

Dan berpeganglah kalian semuanya dengan tali (agama) Allah, dan janganlah kalian bercerai berai…” (TMQ. Ali-’Imran [3]: 103).

Rasulullah SAW dalam masalah persatuan umat ini bersabda: “Barangsiapa mendatangi kalian - sedang urusan (kehidupan) kalian ada di bawah kepemimpinan satu orang (Imam/Khalifah) - dan dia hendak memecah belah kesatuan kalian dan mencerai-beraikan jemaah kalian, maka bunuhlah dia!” [HR. Muslim].

Rasulullah SAW bersabda: “Jika dibai’at dua orang Khalifah, maka bunuhlah yang terakhir dari keduanya.” [HR. Muslim].

Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa membai’at seorang Imam (Khalifah), lalu memberikan genggaman tangannya dan menyerahkan buah hatinya, hendaklah ia mentaatinya semaksima mungkin. Dan jika datang orang lain hendak mencabut kekuasaannya, penggallah leher orang itu.” [HR. Muslim].

Di samping itu, Rasulullah SAW menegaskan pula dalam perjanjian antara kaum Muhajirin - Anshar dengan Yahudi: “Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Surat Perjanjian ini dari Muhammad - Nabi antara orang-orang beriman dan kaum muslimin dari kalangan Quraisy dan Yatsrib - serta yang mengikut mereka dan menyusul mereka dan berjihad bersama-sama mereka - bahawa mereka adalah umat yang satu, di luar golongan orang lain...” (Lihat Sirah Ibnu Hisyam, Jilid II, hal. 119).

Denga ini jelaslah yang Khilafah itu adalah satu sistem yang wajib di laksanakan. Bukan hudud yer.....di ulangi, bukan hudud sahaja. Dalil-dalil di atas juga menegaskan keharaman berpecah-belah, di samping menunjukkan pula jenis hukuman syar’ie bagi orang yang berupaya memecah-belah umat Islam menjadi beberapa negara, iaitu hukuman mati.

Baik PAS atau UMNO, kedua-dua mereka telah sesat dan menyimpang penuh dari ajaran Allah. Dah la pengertian Sunnah RasulNya pun salah, nak sebut pasal Sunnah plak. Andai kata kalau UMNO mesti diperangi, PAS juga mesti diperangi. Kalau PAS nak bunuh UMNO, PAS juga mesti dibunuh. Itulah penjelasan dari nas-nas tersebut.


Berbanding dengan UMNO, PAS lebih sesat kerana mereka ini terdiri daripada golongan Ulama Islam (rasanya dah banyak kali dah aku sebut pasal ayat ni). Nak dibandingkan dengan UMNO, mereka lebih sayangkan kaum melayu dan negara. Mereka memerintah dengan rasional (walaupun menggunakan demokrasi kufur barat). Tetapi PAS lebih mementingkan kuasa, nafsu dan tidak berakal. Jika PAS benar-benar Islam, bersatulah dengan UMNO dan ubahlah pemerintahan UMNO dari dalam. Jangan jumud sangat, ikutlah peredaran zaman dan situasi. Bila dah jumud, apa pun takkan jadi.

UMNO memang kekurangan golongan Ulama Islam ni, jadi adalah lebih baik jika Ulama dari PAS masuk ke dalam UMNO. Contohilah perang khandak tu...kenapa la tak berakal sangat ni. Bila dah tak ikut dan belajar dari sejarah, PAS dah langgar satu ayat Allah. Terus-terang aku cakap ni. Kalau UMNO sesat, PAS lagi sesat. Sekurang-kurangnya UMNO nak bersatu dengan PAS, tapi PAS? Korang fikir sendirilah.


Bila dah ada sistem Khilafah, agak-agak ada lagi nak buat demonstrasi? Agak-agak ada lagi orang pemalas yang nak kesenangan mudah? Agak-agak ada lagi tak orang nak ambil kesempatan? Sebab tu la aku berani mengatakan, Islam akan bangkit, tapi bukan dari PAS. Dah la berdemonstrasi, lepas tu pemimpinnya orang bukan Islam. Islamiknya la hai...Lagi satu....cara Islam ke demonstrasi ni?

No comments:

Post a Comment

Sebolehnya sila tinggalkan nama anda, sekadar nama samaran pun dah cukup agar orang lain senang menyebut nama anda. Terlalu banyak anynomous (tanpa nama) menyukarkan perbincangan. Sila jaga tatasusila anda semasa memberikan komen. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kerosakan yang berlaku terhadap penggunaan maklumat di dalam blog ini.