NuffNang

Nuffnang

Translate


Saturday, March 10, 2012

Baju terbelah nampak dada, tapi sebut pasal dosa dan pahala. Murahnya Agama Islam pada masa sekarang.

Pada pandangan aku la, masa sekarang ni semua orang beragama Islam tahu yang mana dosa dan yang mana pahala. Hatta kaki botol dan penzina pun tahu yang arak dan zina tu haram di sisi agama. Tapi kenapa ramai juga yang buat?

Kalau kita lihat pada laman sosial yang paling popular sekarang iaitu Facebook, ramai perempuan seksi atau yang tidak menutup aurat bercakap tentang dosa. Ada juga perempuan yang kita kenal yang sikapnya yang suka mengumpat, tapi suka mengeluarkan post mengenai dosa mengumpat dan apa-apa juga post tentang agama. Hipokrit kan? Aku tak kata ianya tidak bagus, mungkin bagus bagi memuhasabah diri. Tapi sampai bila nak muhasabah diri kalau diri tu tak juga berubah?

Dekat dalam FB tu ada gambar yang tidak bertudung, pakai baju terbelah nampak dada tapi membuat post kat FB mengenai pembalasan terhadap orang yang menganiaya dia. Kononnya ada orang mengumpat atau mengata dia di belakang dan mengharapkan orang tu akan mendapat balasan. Apa pandangan orang bila ada keadaan seperti itu? Bagi aku la, rasa macam menyampah pun ada.

Paling aku tak suka bila ada orang belagak baik, lazimnya orang perempuan la. Bertudung, ayu dan bersopan, boleh buat calon untuk teman sehidup semati la kiranya. Tapi bila dah kenal, rasa macam tak percaya jer. Lepas tu post pasal dosa dan pahala dalam FB. Tolong la yer, aku naik muak kalau tengok macam tu post kat FB pasal dosa dan pahala.

Benda macam ni bukan sahaja akan merendahkan pandangan orang bukan Islam terhadap Islam. Mengikut kata seorang kawan bukan Islam aku, dia sendiri pernah mengatakan yang orang Islam sendiri tak takut pada hukum Islam. Kalau ada yang bertudung pun, dia tak yakin orang tu baik seperti gambaran. Tak percaya? Test la, mesti dapat bawak masuk ke bilik tidur. Puncanya? Dia kata tengok la dalam FB atau mana-mana media masa, artis atau perempuan seksi yang bercakap pasal dosa, tapi masih berbuat dosa. Jadi orang yang tak bersalah pun akan menerima tempias.

Ini bukan satu kenyataan yang prejudis, tapi ini adalah satu kenyataan yang aku tuju kepada perempuan seksi, perempuan hipokrit dan makcik-makcik yang bermulut laser. Sudah-sudah la tu, kalau betul la diri tu baik takyah la nak post pasal dosa dan pahala kat dalam FB. Kalau niat tu untuk bertazkirah dan berkongsi ilmu Islam, NOTE this! pakai la baju yang sopan sikit. Pernah tengok ke ustazah bagi ceramah pakai baju terbelah dada? Jadi, fikir sendiri la. Nak tengok orang menyampah, silakanlah. Tapi janganlah burukkan Islam dengan keadaan korang tu. Yang makcik-makcik kat pejabat yang suka bawak 'cerita-cerita panas dan sensasi' tu, jangan la mengada-ngada nak post alim-alim kat FB korang. Nanti anak buah korang menyampah.

Korang dah membuatkan Islam ni nampak murah. Yang akan memberi tanggapan buruk pada orang bukan Islam adalah korang sendiri. Bukan orang yahudi, bukan orang Amerika dan bukan penjenayah Islam yang lain. Tapi ada diri korang sendiri. Jadi, berhentilah buat orang jadi muak dan diam sahaja yer. -Sekian -

No comments:

Post a Comment

Sebolehnya sila tinggalkan nama anda, sekadar nama samaran pun dah cukup agar orang lain senang menyebut nama anda. Terlalu banyak anynomous (tanpa nama) menyukarkan perbincangan. Sila jaga tatasusila anda semasa memberikan komen. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kerosakan yang berlaku terhadap penggunaan maklumat di dalam blog ini.