NuffNang

Nuffnang

Translate


Wednesday, May 22, 2013

Sayangkan negara? Tapi kenapa buat macam ni?

Saya pernah berbincang dengan seorang penyokong pembangkang ni. Topik perbincangan tu macam biasalah, mestilah politik. Tapi perbincangan tu tergendala kerana orang tu panggil geng dia. Lebih kurang 4 nama yang dia tag dalam fb dia untuk membolehkan geng dia masuk ke dalam perbincangan aku dan penyokong pembangkang ni. Sebelum ini pun pernah terjadi juga hal yang sama. Ada la dalam 10-15 kali jadi macam ni. Apa, takut ke? Alasan yang sering diberi ialah, "saya tak pandai dalam hal ini dan saya perlukan bantuan dari rakan yang lain" atau "tak salahkan klau meramaikan korum?" atau "berbincang ramai-ramai lagi meriah". Itulah diantara alasan yang diberikan oleh mereka ini. Pada saya ianya adalah mengarut dan satu alasan bodoh. Hanya pengecut sahaja yang akan menggunakan alasan sedemikian.

Pada pandangan saya, puak pembangkang ni takde la pandai mana pun. Mereka hanya membaca bahan berita daripada sumber mereka sahaja. Tak kisah la benda tu tipu ke tak, itulah yang akan mereka baca dan percaya. Pihak PR ni sebenarnya telah di momok dan dibodohkan oleh pimpinan mereka sendiri. Bukan kerajaan yang memperbodohkan rakyat, tapi pembangkang yang memperbodohkan penyokong mereka sendiri. Sebagai contoh, kit siang membuat satu video dengan niat untuk menafikan penglibatan beliau di dalam peristiwa 13 mei 1969. Tapi sebenarnya gambar kit siang ada di tangkap oleh jurugambar, mereka yang hidup masa itu juga boleh mengesahkan dan ditambah dengan rekod di arkib negara dan juga rekod polis. Tetapi seperti biasa, PR akan hanya mempercayai kata-kata kit siang daripada fakta sebenar. Mereka telah dimomokkan oleh pemimpin mereka agar tidak menonton atau membaca segala media yang ada kaitan dengan kerajaan. Sebab itulah mereka ini menjadi jumud dan semakin jumud. Maka tidak kisahlah jika ada diantara mereka ini ketinggalan sedikit di dalam dunia maklumat ini.

Salah seorang dari penyokong pembangkang ini pernah berkata sesuatu untuk menangkis tohmahan yang negara akan hancur jika jatuh ke tangan pembangkang. Dia berkata, "saya yakin PR pun sayangkan Malaysia, takkan la mereka nak biarkan negara ni dihancurkan?". Saya suka hendak menjawab soalan ini, tetapi saya fikir buat apa saya nak buang masa menjawab sekiranya kejumudan menguasai diri mereka? Adakah kata-kata saya akan di pertimbangkan sebelum ditolak atau dipersetujui? Saya fikir, tidak sampai beberapa detik sahaja kata-kata saya akan ditolak mentah-mentah. Jadi buat apa nak buang masa kan?

Sokong PR bermakna akan menyokong usaha mengkristiankan Malaysia, sokong PR bermakna menjual Islam, sokong PR bermakna satu kemenangan kepada yahudi dan sokong PR bermakna menjual negara. Agak2 korang la, penyokong PR nak ambil kisah ke? Derang takkan ambil kisah punya. Sebab apa? Sebab saya bukan pemimpin PR. Kalau saya pemimpin PR sekali pun, saya akan dipecat serta-merta seperti Dr. Hassan Ali, dab Ustaz Nasha. Kerana mempertahankan Islam, mereka dipecat dan ditohmah dan difitnah. Segala kata-kata mereka dikatakan racun yang dibayar oleh kerajaan dan tidak boleh dipercayai. Berdosalah orang yang menganiaya orang yang mempertahankan Islam. Jawab la korang kat 'sana' nanti. Kalau korang kata aku pun masuk neraka, kita jumpa kat sana nanti ramai-ramai.

Pada para pembaca sekalian, bacalah dengan hudan yang hak seterusnya bainatlah ia dan furqanlah sendiri. Bezakan mana yang hak dan mana yang bathil. Jangan biarkan orang lain yang membuat keputusan untuk anda. Tetapi buatlah keputusan sendiri, kerana hati itu adalah hati kita sendiri.

No comments:

Post a Comment

Sebolehnya sila tinggalkan nama anda, sekadar nama samaran pun dah cukup agar orang lain senang menyebut nama anda. Terlalu banyak anynomous (tanpa nama) menyukarkan perbincangan. Sila jaga tatasusila anda semasa memberikan komen. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kerosakan yang berlaku terhadap penggunaan maklumat di dalam blog ini.