Khairy Jamaluddin |
Kita tidak boleh salahkan kaum cina 100%. Pada pendapat saya, semua ini tidak akan terjadi jika kerajaan membataskan kuasa dan pengaruh persatuan-persatuan rasis yang mewakili kaum cina ini. Persatuan seperti Dong Zong yang amat lantang bersuara ketika ini merupakan punca kenapa kaum cina tidak boleh menjadi rakyat Malaysia sepenuhnya.
Dong Zong |
Sepatutnya persatuan dan pertubuhan politik rasis seperti ini tidak perlu diluluskan oleh ROS. Cukup-cukuplah dengan apa yang dah ada ini. ROS di bawah Dato' Abdul Rahman Bin Othman perlu lebih tegas dan lebih memahami keadaan semasa negara. Saya tahu Dato' merupakan orang yang kuat agama dan berpegang pada pendirian. Ini mengikut kata-kata staff Dato' sendiri. Tapi Dato' perlu akui yang kadang-kala pendirian kita juga ada salahnya dan perlu mengikut senario semasa untuk lebih releven. Ini saya katakan mengikut konteks pendirian kenegaraan. Jangan plak ada orang yang spin bukan-bukan.
Kementerian Pendidikan pula perlu lebih tegas dalam menangani isu yang dikemukakan oleh persatuan-persatuan rasis ini. Perlu diingat yang mereka ini boleh dikatakan sebagai proksi kepada DAP sama ada secara langsung atau tidak langsung. Apa sahaja yang mereka minta, sama sahaja dengan apa yang DAP minta. Sedikit demi sedikit mereka minta dan sedikit demi sedikit hak orang melayu terhakis.
Selain dari itu, penasihat kepada PM juga perlu dipecat kerana hanya memberikan gambaran yang baik-baik sahaja kepada PM. Sepatutnya PM perlu dibukakan senario yang sebenar, bukan dongeng! Inilah yang terjadi pada masa sekarang dan ini yang kita perlu tanggung. BTN perlu dirombak kerana tidak menjalankan tugas dengan sepatutnya. Tugas BTN adalah untuk menyatukan semua kaum di negara ini, bukan duduk diam dan beri nasihat ntah apa2 pada PM.
Pada pemerintahan Tun Mahathir dahulu, sekolah-sekolah vernakular ini hampir-hampir ditutup kerana Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik di dalam Bahasa Inggeris tersebut. Pada saya, program ini adalah satu program serampang dua mata yang dilaksanakan oleh Tun M dalam usaha untuk menaikkan taraf pendidikan di Malaysia dan juga usaha untuk menyatukan rakyat Malaysia. Ini kerana pada masa itu, di sekolah vernakular telah kekurangan pendidik yang mampu mengajar matapelajaran Sains dan Matematik di dalam Bahasa Inggeris. Jadi mereka terpaksa masuk ke sekolah kebangsaan untuk mendapatkan ilmu tersebut. Ini merupakan cara yang paling berkesan dan paling halus yang pernah saya lihat. Tetapi ada makhluk perosak yang berselindung di bawah nama pejuang bahasa dan sasterawan negara, merosakkan usaha perpaduan ini.
Mungkin mereka ini tidak pandai Bahasa Inggeris, sebab itulah mereka membantah usaha tersebut. Tak tahu lah....tapi bagi saya, mereka ini adalah pembangkang yang hendak merosakkan usaha murni kerajaan dan menjadikan rakyat Malaysia bodoh. Jadi, mereka yang bodoh ini pun menyokong dengan laungan takbir. Selepas laungan takbir tersebut, hancur musnahlah melayu dan Islam.
Kesimpulannya adalah, kerajaan mesti menggunakan segala akta dan undang-undang untuk mengekang kerakusan kuasa rasis yang ada pada persatuan rasis dan DAP ini. ISA mesti diwujudkan semula dan pelajaran sejarah mesti dirombak dan dijadikan matapelajaran wajib lulus oleh semua sekolah. Silibus seperti 13 Mei, kenegaraan, sejarah negara dan kontrak sosial perlu di tekankan agar kita semua tahu betapa susahnya kita hendak mencapai kemerdekaan dan keamanan yang ada sekarang. Betapa susahnya pejuang-pejuang terdahulu yang memperjuangkan kemerdekaan negara kita dan bertolak ansur dengan semua kaum agar kita dapat memerdekan negara kita ini. Peliharalah keamanan negara kita ini.
No comments:
Post a Comment
Sebolehnya sila tinggalkan nama anda, sekadar nama samaran pun dah cukup agar orang lain senang menyebut nama anda. Terlalu banyak anynomous (tanpa nama) menyukarkan perbincangan. Sila jaga tatasusila anda semasa memberikan komen. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kerosakan yang berlaku terhadap penggunaan maklumat di dalam blog ini.