NuffNang

Nuffnang

Translate


Wednesday, May 15, 2013

Perpaduan Nasional atau 1Malaysia atau Kontrak Sosial?




Ada orang mengatakan yang konsep atau Gagasan 1Malaysia yang dibawa oleh DS Najib adalah satu langkah yang lambat. Ini kerana Malaysia sekarang di ambang perpecahan perpaduan secara senyap yang hanya retak menanti belah. Ada yang mengatakan ianya adalah satu usaha yang bahaya kerana jika di salah tafsir, ia membawa maksud sama-rata di antara semua kaum. Ada banyak lagi kata-kata tidak sedap yang diluahkan oleh masyarakat mengenai gagasan ini. Pada saya, ianya adalah satu usaha yang baik yang telah dilaksanakan sebelum kita hendak mencapai kemerdekaan di mana kita semua telah bersepakat untuk bersatu padu dalam memperjuangkan kemerdekaan Negara.


Semua wakil kaum pada ketika itu sudah bersetuju dengan kontrak sosial yang dikemukakan. Akhirnya Negara telah berjaya mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Selepas dari itu, Negara sekali lagi telah dikejutkan dengan peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969 di mana terdapat rusuhan kaum yang amat dasyat sehingga mengorbankan banyak nyawa. Kemudian sekali lagi usaha untuk memupuk perpaduan Negara telah di jalankan oleh MAGERAN di mana Rukun Negara telah di perkenalkan. Ideologi negara ini menggariskan lima prinsip yang lahir daripada aspirasi masyarakat dan negara Malaysia, dibentuk mengikut acuan Malaysia dan dimiliki bersama oleh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama untuk dijadikan sebagai pedoman yang merupakan kunci kepada pembentukan masyarakat pelbagai kaum di Negara yang berintegriti.

Kemudian sekali lagi ditekankan oleh Mantan Perdana Menteri kita Tun Abdullah Ahmad Badawi di mana beliau menekankan betapa semangat patriotisme di kalangan rakyat perlu terus diperkukuhkan bagi membolehkan negara mengisi kemerdekaan dengan mencipta lebih banyak kemajuan dan kejayaan pada masa akan datang. Beliau berkata, tunjang ke arah pencapaian tersebut hanya boleh direalisasikan menerusi kerjasama erat pelbagai kaum di negara ini.

Oleh itu, bagi saya konsep perpaduan Negara atau gagasan 1Malaysia ini adalah satu usaha yang berterusan yang bukannya sia-sia atau langkah yang lambat. Ini kerana ada pihak-pihak yang kononnya  cintakan kedamaian dan keamanan dan boleh hidup secara bersama dengan kaum lain. Tetapi hakikatnya mereka ini penuh dengan agenda tersembunyi yang sebahagiaanya sudah kita ketahui. Mereka ini berselindung di bawah badan NGO atau parti Politik yang kononnya memperjuangkan hak-hak kaum mereka. Pada saya, hak-hak mereka memang sudah terjamin di dalam Perlembagaan Persekutuan Negara kita. Tidak ada apa lagi yang hendak diperjuangkan! Hiduplah secara aman dan terimalah kontrak sosial yang telah dibuat sejak dulu lagi.

Sebenarnya sejak dari merdeka lagi, ada juga pihak yang tidak bersetuju dengan kontrak sosial ini. Bagaikan api dalam sekam, mereka ini dari dulu sebelum merdeka sehinggalah sekarang cuba hendak menggagalkan proses perpaduan ini. Mereka inilah komunis yang suka bermain dengan api dengan mempermainkan sentimen perkauman sama ada secara senyap atau secara terang-terangan. Sepatutnya kerajaan perlu lebih tegas dalam menangani isu ini. Sebab itulah ISA itu tidak boleh dihapuskan kerana itu sahajalah peringatan kepada mereka yang cuba hendak mengusik-usik perpaduan kaum di Negara kita ini. Mereka tahu yang ganerasi muda sekarang ini amat rapuh dan mudah diusik hati dan perasaan mereka. Parti rasis seperti DAP seperti yang diketahui umum merupakan dalang kepada beberapa siri dan insiden yang berlaku di Negara kita ini.

Pada masa sekarang selepas PRU13, kita dapat melihat di mana DAP memainkan isu sensitit tersebut di beberapa pentas ceramah politik mereka. Mereka tidak takut kerana tidak ada orang yang berani mengambil tindakan terhadap mereka. Menteri Dalam Negeri sebelum ini iaitu DS Hishammuddin atau lebih dikenali sebagai Menteri amaran lebih suka member amaran dari mengambil tindakan tegas dalam menguatkuasakan undang-undang. Pendekatan beliau yang dilihat lebih kepada kempen politik beliau menyebabkan pasukan polis di Negara kita kelihatan kerdil di mata parti DAP tersebut. Lebih-lebih lagi DAP disokong oleh boneka mereka iaitu DS Anwar yang dilihat sering mencabar kewibaan pasukan polis dan askar Negara kita. Kenapa saya kata pihak polis sekarang tidak segarang dulu kerana mereka tidak menyenarai hitam nama beberapa pemimpin politik yang mempunya saman tertunggak yang amat banyak sekali.

Kesimpulannya ialah, isu kontrak sosial dan Perlembagaan Persekutuan hendaklah disebut acap kali sama ada di dalam sekolah, institusi pengajian tinggi dan juga di mana-mana sahaja supaya kita berpijak di bumi yang nyata. Perkara ini perlu agar setiap pihak dapat menerima keadaan diri mereka seadanya. Hentikan pembinaan sekolah vernakular dan universiti vernakular yang menjadi punca kepada kurangnya keberkesanan perpaduan di Negara kita. Jika hendak diwujudkan juga, ubah struktur dan skop matapelajaran mereka kepada lebih mesra Negara, kerana pada saya, tujuan penubuhan sekolah vernakular ini sudah tidak relevan jika mereka mahu menjadi rakyat Malaysia. Kami cintakan keamanan, kami tidak mahu perpecahan. Kami hanya merendah diri ketika aman, tetapi kami akan menjadi segarang harimau diketika berperang. Ajak kami bermain secara baik dan jangan ajak kami bermain kasar.


-- 
Batik Biru

No comments:

Post a Comment

Sebolehnya sila tinggalkan nama anda, sekadar nama samaran pun dah cukup agar orang lain senang menyebut nama anda. Terlalu banyak anynomous (tanpa nama) menyukarkan perbincangan. Sila jaga tatasusila anda semasa memberikan komen. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kerosakan yang berlaku terhadap penggunaan maklumat di dalam blog ini.