NuffNang

Nuffnang

Translate


Tuesday, May 14, 2013

Cermin diri.

Sebenarnya saya dah penat nak kongsi apa-apa berita dengan orang pas. bagi mereka semua itu adalah berita syaitan sehinggakan mereka menolak bulat-bulat apa saja berita dari kerajaan walaupun itu berita baik. Pada mereka, yg baik hanyalah pada pimpinan  mereka, walaupun pemimpin mereka berzina dan mengambil rasuah. Sehinggakan mereka sanggup mengatakan ulama kerajaan adalah anjing! Sebab itu kita jangan terkejut jika ada dari mereka yang tidak pernah mendengar berita terkini dah masih memegang berita yang lama sebagai dendam kesumat untuk menjatuhkan umno. Pada saya, PAS tidak islam lagi....tetapi adalah puak2 syiah dan ulama-ulama sesat. Puak2 syiah dan ulama-ulama sesat ini wajib ditentang kerana mereka menggalakkan perpecahan. Seperti kata mufti perak, mereka ini adalah tekong perpecahan. Sekarang ni kita tumpukan kepada pembinaan bangsa melayu dan bumiputera. Kuatkan persatuan atau NGO. Wujudkan seberapa banyak persatuan bangsa melayu dan bumiputera seperti mana yang dibuat oleh kaum cina. Setiap persatuan akan mendapat bantuan dari kerajaan. itulah yang cina lakukan....merompak duit kita untuk mereka. Tak payah harapkan Pas.....kita ambil hati rakyat dengan menyatukan negara....bukan memecah belahkan negara seperti Pas.

Apa yang terjadi pada PRU13 ini kita mesti mengambil pengajaran. Sampai bila kita nak sedar? Negara dah habis terjual baru nak sedar ke? Kaum cina memang tidak akan menguburkan 'Hero' mereka walaupun 'hero' mereka itu salah. Tidak bagi kita, walau siapa pun hero kita, orang melayu akan berlumba-lumba akan cuba untuk membunuh mereka. Pada pendapat saya, pemimpin Pas memang benar-benar sudah sesat. Mengapa saya katakan demikian? Kerana Nik Aziz mengatakan yang beliau sanggup hendak bekerjasama walau dengan syaitan sekali pun asalkan dapat berkuasa. Tunjukkan saya satu Nas di dalam Al-Quran dan Hadis yang membenarkan kita bekerja sama dengan syaitan!! Tunjukkan!! Saya cabar!! Jabatan Agama sepatutnya sudah boleh mengambil tindakan terhadap beliau. Taraf beliau ini sudah sama dengan taraf Abuya dan Ayah Pin. Giler kan? Taraf ulama agung yang dimiliki beliau sehinggakan beliau kebal dari kesalahan syariah. Pas mengatakan Umno menolak Islam, tetapi orang yang menolak Islam itulah yang banyak menegakkan Islam secara konsisten.

Kali ini saya tidak mengatakan Umno benar 100%, kerana apa? Kerana saya tahu ada sebilangan pemimpin umno yang korup. Bagi saya, pemimpin Umno dan Pas sama saja dosanya. Tidak semua di dalam Pas itu sesat dan tidak semua di dalam umno itu juga sesat. Tetapi saya paling benci dengan orang agama atau ulama yang menggunakan agama untuk politik. Memang agama dan politik tidak boleh dipisahkan, tetapi sepatutnya kita menggunakan agama untuk menguasai politik, bukannnya menggunakan agama untuk politik atau politik yang menguasai agama. Tetapi begitulah yang terjadi sekarang di mana politik telah menguasai agama. Anwar menggunakan kepandaian beliau dalam berkata-kata untuk memperbodohkan golongan agama di dalam Pas. Akhirnya, mereka di dalam Pas sudah menjadi liberal sehingga membenarkan kalimah Allah digunakan oleh kristian secara sebulat suara. Takbir!! Takbir!!

Nasihat saya kepada orang melayu yang beragama Islam di dalam PR, sebelum bertakbir tu, fikir dulu apa yang korang takbirkan tu. Bukannya bertakbir, akhirnya agama dan bangsa telah dijual. Sebab tu saya katakan yang orang Islam di dalam PR secara umumnya dan Pas secara khususnya telah dirasuk syaitan yang dibenarkan masuk di dalam Pas untuk bekerjasama untuk kejayaan politik mereka. Segala berita yang dikhabarkan oleh syaitan tersebut, dipercayai bulat-bulat. "What u vote u get back", hahahahah....gelak besar aku bila ada sorang manusia ni memperbodohkan diri dia di depan orang lain. Bagi aku dia ni salah seorang pelawak yang telah dirasuk syaitan. Dia dah tak tahu mana yang benar dan mana yang salah. Sebelum ni ada orang mengatakan TV1,2,3,NTV,TV-Al-hijrah, Tv9 dan apa-apa juga media utama negara ni suka menyebarkan pembohongan. Bagi aku, mereka di dalam PR ni la agen menyebar pembohongan yang sebenar.

Ok la, cukup rasa aku meluahkan apa yang aku rasa mengenai PR. Kali ni aku nak cakap lebih skit pasal Umno. Bagi aku, Umno sudah tidak releven jika masih mengekalkan cara memimpin dan mempromosikan parti seperti ini. Umno perlu lebih tegas dan sedar diri. Bukannya menjadi seperti bekas Menteri amaran tu. Asyik kasi amaran jer, tapi apa pun takder hasil. ISA mesti diwujudkan, kerana ini sahajalah yang dapat mengawal keamanan negara. Sebab kaum lain memang menunggu ISA itu dihapuskan untuk mereka bermaharajalela. Mereka sudah menjadi berani melawan kerajaan dan sebagai bukti, lihatlah demonstrasi bersiri yang mereka lakukan sekarang, ada yang ditangkap? Ada yang didakwa? Setakat buka kertas siasatan, lepas tu apa citer? Cakap tak serupa bikin la umno ni. Kalau macam ni la gayanya, kasi orang lain je la yang memerintah. Korang duduk dendiam dan belajar dari kesilapan sendiri.

Sebenarnya, orang kerajaanlah yang paling ramai menyokong pembangkang. Nak tahu kenapa? Kerana mereka ini kerja di dalam kerajaan, merekalah yang terlebih dahulu melaksanakan dasar-dasar kerajaan, merekalah yang terlebih dahulu tahu apa yang terjadi di dalam kementerian masing-masing dan merekalah yang terlebih dahulu yang tahu jika ada menteri yang menyeleweng atau menyalah gunakan kuasa untuk kepentingan politik mereka. Jika tak caya, buatlah bancian dan selidiklah mereka satu persatu, pasti akan ketemu juga buktinya. Lepas tu apa akan jadi? Penjawat awamlah yang nanti akan menyebarkan ketidak puasan hati mereka kepada orang awam. Mereka berani buat, kenapa? Sebab ISA dah tidak ada. Akta rahsia rasmi? Ya, memang ada....tapi apa outcomenya? Ada tangkapan? Ada pemantauan? Buatlah undang-undang macam mana pun tapi kalau pelaksanaannya tak seberapa, tak payah la nak buat undang-undang.....guna je apa yang ada.

Ok la, rasanya dah ramai yang suruh orang umno dan bn berubah.....kalau tak berubah....kami pun akan jadi benci. Tak mustahil kamu akan kalah pada PRU14 nanti jika tidak berubah. Biarlah negara ini hilang di tangan penipu besar tu jika umno tidak tegas dan berubah. Masa tu nanti, menangislah kita kerana negara milik bangsa melayu telah hilang......selamanya......

No comments:

Post a Comment

Sebolehnya sila tinggalkan nama anda, sekadar nama samaran pun dah cukup agar orang lain senang menyebut nama anda. Terlalu banyak anynomous (tanpa nama) menyukarkan perbincangan. Sila jaga tatasusila anda semasa memberikan komen. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kerosakan yang berlaku terhadap penggunaan maklumat di dalam blog ini.