Sejak kebelakangan ni aku tengok keadaan negara kita selepas PRU13 makin teruk. 'Malaysia Spring' la, demonstrasi jalanan la, demonstrasi jelajah negara la dan lain-lain lagi perkara yang terjadi dan bakal terjadi. Bermacam-macam bentuk provokasi, hasutan dan fitnah telah disebarkan. Aku berani katakan yang berita yang disebarkan oleh pembangkang itu fitnah kerana tiada satu pun dari berita itu apabila ditanya balik kepada pihak pembangkang, mereka tiada jawapan untuk persoalan itu. Lebih-lebih lagi apabila ada wakil dari pihak mereka sendiri yang menafikan berita itu, lagi la aku susah nak percaya pada pembangkang ni.
Tapi apa yang terjadi selepas PRU13 ni, kita dah dapat lihat sendiri satu keadaan yang sejak dari dulu lagi kita dalam keadaan tertanya-tanya. Iaitu kesetiaan kaum cina kepada negara kita. Pada pandangan saya, sejak dari dulu lagi kesetiaan pendatang yang duduk di negara kita, termasuklah pendatang-pendatang yang lain yang sudah menetap di negara kita ini. Mereka ini manusia yang menumpang, saban hari ada saja rasa tidak puas hati terhadap layanan 'tuan rumah' terhadap mereka ini. Apabila ada saja perasaan tidak puas hati, mudahlah ada pihak-pihak seperti DAP yang datang mencucuk dan membakar lagi api kebencian di dalam hati mereka terhadap negara kita. Pada masa dulu HINDRAF cuba membuat perkara yang sama dan akhirnya mereka telah sedar yang mereka sebenarnya diperalatkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Sekarang, isu perkauman ini dimainkan pula oleh DAP untuk memperdaya kaum cina dinegara kita.
Tapi, persoalannya disini adalah.....adakah mereka ini terpedaya atau mereka baru menunjukkan siapa diri mereka yang sebenar? Ini adalah persoalan yang perlu kita kupas bersama. "Orang melayu adalah kaum yang mudah memaafkan dan melupakan" - Ini adalah satu ungkapan yang tidak boleh dipakai lagi oleh kita. Kita hanya boleh memaafkan dan melupakan jika kita mahu. Jika kita tidak mahu, sampai mati pun kita akan ingat. Kita mesti ingatkan tetamu kita ini yang kita adalah tuan rumah kepada negara ini. Mereka wajib mengikut apa saja undang-undang yang ada dinegara kita ini. Mahu atau tidak mahu, mereka wajib menghormati kita sebagai tuan rumah. Kalau mereka tidak suka, mereka boleh balik ke negara asal mereka. Niat aku ini bukanlah hendak mengeruhkan lagi keadaan yang sekarang ini, tapi hanyalah untuk mempertahankan hak kita sebagai tuan rumah dan menyedarkan mereka. Jika mereka ikhlas hendak duduk dinegara kita ini, mereka bukan sahaja harus berakomodasi sahaja dengan kita, mereka wajib berasimilasi bersama kita.
Selama ini kita amalkan sikap berakomodasi terhadap mereka iaitu, bertolak ansur antara satu sama lain. Sebenarnya ia tidak cukup kerana mereka amat kuat mempertahankan kepentingan mereka. Persoalan yang kedua ialah, adakah mereka ingin mempertahankan kepentingan mereka iaitu adat, bahasa dan budaya mereka atau mereka sudah semakin tamak dan ingin menguasai negara kita sama seperti yang terjadi terhadap Singapura? Ini juga merupakan salah satu daripada beberapa persoalan yang kita kena fikirkan sendiri. Kerajaan harus mengambil langkah yang serius dan drastik jika hendak menyatu-padukan rakyat di negara kita ini. Jangan terlalu memikirkan undi sahaja. Sekolah vernakular dan mana-mana pertubuhan yang berasaskan kaum hendaklah di batalkan dan dimansuhkan sama sekali. Mereka yang cuba memporak-perandakan negara kita hendaklah di tangkap. Jangan sampai sudah terlambat, maka hilanglah negara kita dan tiadalah lagi negara Malaysia dan hilanglah tanah tumpah kaum melayu.
"Dia telah mensyari'atkan bagi kamu tentang agama apa yang telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa yaitu: Tegakkanlah agama dan janganlah kamu berpecah belah tentangnya. Amat berat bagi orang-orang musyrik agama yang kamu seru mereka kepadanya. Allah menarik kepada agama itu orang yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepada (agama)-Nya orang yang kembali (kepada-Nya)." (42:13)
No comments:
Post a Comment
Sebolehnya sila tinggalkan nama anda, sekadar nama samaran pun dah cukup agar orang lain senang menyebut nama anda. Terlalu banyak anynomous (tanpa nama) menyukarkan perbincangan. Sila jaga tatasusila anda semasa memberikan komen. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kerosakan yang berlaku terhadap penggunaan maklumat di dalam blog ini.