Membersihkan Pilihanraya Dalam Sistem Yang Rosak |
Selasa, 12 Julai 2011 11:52 |
33
KUALA LUMPUR 9 Julai – Polis menahan seramai 1,401 orang, 10 daripadanya pemimpin parti politik kerana menyertai perhimpunan haram di ibu negara sehingga pukul 5 petang ini. Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, seramai 1,273 daripada mereka adalah lelaki, 115 wanita, 12 kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan. Sementara itu, seramai lapan daripada mereka termasuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga dibebaskan dengan jaminan polis pukul 6.30 petang ini. – Utusan Sumber: Utusan Online, 09/07/2011
Membersihkan Pilihanraya Dalam Sistem Yang Rosak
Perhimpunan Bersih 2.0 akhirnya
berjalan jua. Meskipun amaran serta ugutan telah dikeluarkan oleh pihak
polis, di samping provokasi yang dilakukan oleh para pemimpin telah
dihebahkan melalui segala jenis media massa arus perdana sebelum ini,
namun ia ternyata gagal dalam membatalkan hasrat rakyat untuk terus
berhimpun. |