NuffNang

Nuffnang

Translate


Saturday, April 5, 2008

Puisi Untuk Yang Memahami.

Terima Kasih
(Untuk dia yang telah sudi menjadi pantai lautku)

Aku lautan luas,
Engkau pantai sempadan penggaris daerah ku,
Memagar aku dalam ruang lingkup hayat ku,
Setia tabah adalah milik mu,
Jadi hadiah setiap kehadiran ku,
Jadi perisai setiap ketiadaan ku,
Ingin memetik kejora tujuh warna,
Jadi hantaran ku semat ke dada mu,
Tapi aku terpenjara dalam bentuk ku,
Lalu karangan isi ku sebagai pengganti,

Maafkan aku pantai,
Kerana tengkujuh adalah sebahagian daripada aku,
Tidak bertimbang rasa,
Tidak pernah adil,
Aku keindahan yang membunuh peraih rezeki,
Menggantung harap pada ku,
Menghempas melukai persisiran perasaan mu,
Menghakis mengubah bentuk jadi mu,
Aku pecah terluka setiap kali melukakan mu,

Terima kasih pantai,
Kerana memahami laut,
Kerana setia di sisi,
Izinkan laut selalu di sisimu...

Aku Cinta Pada Mu Sayang.