NuffNang

Nuffnang

Translate


Tuesday, July 29, 2008

PEKIDA....Apa itu?

Assalamualaikum Warahmatullah.

Disini saya hendak bercerita serba sedikit mengenai PEKIDA. PEKIDA atau nama panjangnya ialah Pertubuhan Kebajikan Dan Dakwah Islamiah Malaysia. Pertubuhan ini telah didaftarkan pada 10hb. Mei 1983 dan pada tahun 1997, Pertubuhan ini telah meluluskan keahlian baru seramai 1,995 orang dan tahun 1998 seramai 958 orang sahaja. Jumlah ahli yang berdaftar setakat 31hb. Dis 1997 ialah seramai 14,295 orang dan pada 31hb. Dis 1998 ialah seramai 15,253 orang. Sehingga Hari ini PEKIDA telah mendaftarkan kira-kira 50,000 orang ahli. Ini adalah yang dipaparkan didalam website merekalah. Usaha murni mereka iaitu berdakwah dan membantu mereka yang memerlukan amatlah terpuji. Perjuangan mereka yang tanpa mengira waktu hendaklah disokong oleh kita semua. Sudah banyak usaha terpuji mereka ini dijalankan dan boleh dikatakan tidak semua yang tahu apakah usaha yang telah mereka lakukan. Tetapi itu tidak penting, yang penting ialah mereka telah banyak melakukan perjuangan untuk membantu umat Islam dinegara kita ini. Usaha yang dibuat tanpa mengharapkan balasan ini adalah sesuatu yang terpuji dan harus kita ikuti dan teladani.

Tetapi dalam setandan pisang, tidak semuanya elok dan pasti ada yang busuk. Pada masa sekarang ini terlalu ramai orang yang mengaku mereka adalah ahli PEKIDA. Susah hendak mengetahui mana yang benar dan mana yang salah. Tapi kalau mereka memperjuangkan Islam itu sudah pastilah tidak apa. Tidak kisah la mereka itu ahli palsu atau ahli yang sebenarnya. Tetapi yang menyedihkannya ialah mereka ini sudahlah tidak memperjuangkan syiar Islam, malah memburukkannya lagi. Jika mereka ini bukan ahli yang sebenar, sudah pastilah ahli yang sebenar mendapat buruknya. Sudah pastilah masyarakat akan melebel PEKIDA ini adalah satu pertubuhan samseng! Padahal yang membuat onar itu adalah ahli yang bukan ahli sebenar PEKIDA. Sungguh malang nasib persatuan ini kerana sentiasa diuji oleh mereka-mereka yang jahil ini. Sudahlah persatuan mereka ini disalah ertikan, kemudian dicerca, dimaki dan digelakkan kerana perjuangan suci mereka, kemudian di tambah lagi dengan kerosakan dan keburukan yang dibawa oleh ahli palsu ini. Selepas ini, apalagi la dugaan yang diterima oleh persatuan mereka ini. Harapan saya agar mereka sentiasa sabar dan tidak berputus asa didalam perjuangan mereka itu. Itu adalah serba sedikit pendapat saya mengenai ahli-ahli palsu PEKIDA ini.

Ini pula adalah pendapat saya mengenai ahli PEKIDA yang tulen, tetapi membuat kerosakan di muka bumi Allah ini. Dukacita saya katakan, mereka yang mengamalkan motto Amar Makruf Nahyil Mungkar yang membawa maksud mengamalkan perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya tidak mengikut motto tersebut. Malah mereka mengamalkan Amar mungkar Nahyil Makruf dan ada yang mengamalkan kedua-duanya sekali. Lebih menyedihkan lagi apabila perjuangan dan matlamat mereka yang bertujuan untuk menjaga kebajikan orang melayu ini bertukar kepada menganiaya orang melayu! Inilah yang menjadi masalah persatuan ini sekarang. Matlamat dan perjuangan asal persatuan ini telah terpesong dan lari dari yang sebenar. Ini adalah petikan daripada akhbar Harian Metro pada 26hb Julai 2008 yang mengatakan 1200 ahli PEKIDA dari Terengganu telah bertindak keluar dari persatuan ini kerana mereka kecewa dengan layanan yang di anak tirikan oleh pihak atasan PEKIDA dan juga kerana perjuangan yang telah lari matlamat sebenar. Apa maknanya ini sahabat-sahabat sekalian? Ini bermakna pihak pengurusan juga terdiri dari orang yang tidak bertanggungjawab! Ini menandakan kredibiliti PEKIDA dalam pemilihan ahli majlis tertinggi dan juga pemilihan ahli harus dipersoalkan. Bagaimana mereka memilih ahli? Berdasarkan apa mereka memilih ahli? Kalau di Kelantan sekarang ini solat 5 waktu menjadi syarat untuk memilih Ahli Majlis atau pegawai-pegawai kerajaan negeri Kelantan, bagaimana pula dengan PEKIDA?

Apa yang akan saya ceritakan ini adalah berdasarkan pengalaman sebenar dari saya dan juga dari sahabat-sahabat saya yang lain. Bukan niat saya untuk memburukan atau membuka aib sesiapa, tetapi sekadar teguran dan renungan buat semua. Mungkin agak terlalu kasar sedikit kerana saya menulis ini bercampur dengan perasaan geram di dalam hati saya. Ada juga cerita ini adalah dari mereka yang dikalangan ahli PEKIDA sendiri dan ada yang tidak. Kebanyakkan cerita dan pandangan yang saya dengar dari mereka adalah mengenai keburukan PEKIDA sahaja. Lebih buruk dari baiknya. Sebenarnya salah dan berdosa kerana jika kita asyik menceritakan tentang keburukan seseorang atau sesuatu. Tetapi ini adalah kerana niat untuk menegur dan sekadar renungan buat mereka yang masih salah faham mengenai persatuan ini. Salah satu cerita yang saya dengar ialah, ramai ahli pekida yang sudah rosak. Rosak yang dimaksudkan disini ialah terjebak dengan penzinaan, memeras ugut, maksiat, meminum arak, dadah dan pergaduhan ala samseng hong kong sesama melayu. Tidak kurang juga mereka yang menggunakan tiket PEKIDA ini sebagai perlindungan diri. Perlindungan apa? Apa guna Polis? Apa guna kawan-kawan? Kena jadi ahli ke baru nak dapat perlindungan dan bantuan dari PEKIDA? Bila mereka mengatakan untuk mendapatkan perlindungan, kebanyakan mereka mengatakan sebabnya ialah, bila bergaduh senang nak dapat back-up. Bukankah itu sudah menyerupai seperti kongsi gelap yang sememangnya haram di negara kita ini? Tidak kurang juga yang menjadi bouncer di kelab malam dan kelab dangdut menggunakan tiket PEKIDA. Apa semua ini!? Berdasarkan pengalaman saya pula, mereka ini meminum arak sesuka hati mereka seolah mereka kuat dan tidak takut pada apa pun. Lebih menyedihkan apabila mereka membawa pengikut mereka bersama melakukan dosa dengan bangga dan riaknya. Tidakkah mereka tahu andaikata mereka mati dulu, dan pengikutnya masih mengamalkan apa yang diajar oleh ketua mereka, dosa mereka ini akan mengikut ketua mereka di dalam kubur nanti?

Sebenarnya, tidak semua dari mereka ini kufur dan jahat seperti yang disangka. Kesimpulanya disini, terpulang kepada kita untuk menilainya. Sudah menjadi fitrah manusia yang suka menilai sesuatu itu berdasarkan kepada apa yang dilihatnya sahaja. Pucuk pimpinan yang memainkan peranan sebenarnya. Jika mereka membiarkan sahaja perkara buruk ini berterusan, maka mereka juga akan mendapat nama buruk di atas perlakuan ahli dibawah mereka. Kepimpinan melalui tauladan. Baik yang dibawa, maka baiklah jadinya, buruk yang dibawa, maka buruklah jadinya. Jadi kepada ahli PEKIDA yang membaca blog ini, silalah mengambil tindakan yang tegas. Semaklah kembali ahli-ahli anda, buangkan mereka yang masih degil dalam PEKIDA itu, asuh dan nasihatkanlah mereka yang masih baru itu. Masih ada lagi harapan kepada persatuan ini jika mereka selalu turun padang dan mengambil tindakan kepada ahli yang sudah jauh terpesong itu. Peliharalah kembali nama persatuan PEKIDA itu agar ianya kembali bersih dan dipandang mulia oleh masyarakat. Buatlah kerjasama dengan persatuan dan jabatan Agama Islam dalam membanteras gejala ini. Selain dari itu, selalulah bekerjasama dengan masyarakat dalam membantu mereka yang sudah jauh terpesong dari ajaran Allah. Adalah lebih elok jika mereka bekerjasama dengan jabatan Agama Islam lain untuk menegakkan hukum dan ajaran Allah seperti membuat lawatan mengejut ke kelab malam dan hotel-hotel yang menjadi sarang pelacuran dan kemaksiatan. Selamatkanlah umat akhir zaman ini yang sedang leka dan hanyut dibuai kesenangan dunia.

Sekian, Wassalam.

Monday, July 28, 2008

Hayati Peristiwa Isra' Mikraj.

Assalamualaikum Warahmatullah.

Dibawah ini saya sertakan peristiwa Isra' Mikraj untuk bacaan umum. Sumber yang didapati adalah dari Kitab Jam'ul-Fawaa`id. Bacalah anda semua dan hayatilah dengan sepenuh hati.

Sejarah Perjalanan Isra' Mikraj


Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Isra" itu.

Semasa Isra'
(Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil Aqsa)


Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;
iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

1. Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. Apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

2. Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

3. Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

4. Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

5. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri atau suami.

6. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

7. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

8. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

9. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

10. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

11. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak mempedulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

12. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

13. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Semasa Mikraj
(Naik ke Hadhratul Qudus Menemui Allah):


Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

1. Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

2. Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.

3. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.

4. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.

5. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

6. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

7. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu La Haulawala Quwatta Illa Billah.

Mengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: Subhanallah, Walhamdulillah, Wa la ila ha illallah allahuakbar dan Wa La Haulawala Quwata Illabillahil Azim.

Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

8. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

9. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak derhaka kepada ibu bapanya.

10. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S.W.T: Ya Muhammad.

Rasulullah : Labbaika.

Allah S.W.T: Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.

Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Daud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah S.W.T: Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. dibawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Selepas Mikraj

Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah).

Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)



Dari sejarah Isra' Mikraj ini, dapatlah kita tahu mukjizat yang diberikan kepada Rasulullah S.A.W oleh Allah. Semasa peristiwa Isra' Mikraj itu pula ada diceritakan tentang balasan kepada orang yang berbuat baik dan balasan kepada orang yang kufur. Tetapi berapa ramaikah diantara kita yang tahu apa itu Isra' Mikraj ini. Jika pada yang tahu pula, berapa ramaikah yang mengambil iktibar dari peristiwa ini?

Maksud 'Israk' ialah perjalanan (rehlah) yang Allah SWT perlakukan kepada Nabi s.a.w. secara terhormat, bermula dari Masjid al-Haram di Makkah hingga ke Masjid al-Aqsa, Baitul Maqdis di Palestin. Sementara maksud 'Mikraj' ialah kejadian yang berlaku ekoran dari peristiwa israk, iaitu naik dari al-Aqsa kepada beberapa lapis langit yang tinggi, sampai ke suatu peringkat yang tertinggi iaitu suatu tempat bernama 'Sidratul Muntaha' di mana ilmu dan akal manusia atau jin tidak mampu sampai kepadanya.

Mengenai Nabi s.a.w. mendirikan solat tahiyyatul masjid dalam peristiwa israk mikraj, setelah menempuh perjalanan yang jauh dari Makkah ke Baitul Maqdis di Palestin. Ada pengajaran yang boleh diambil dari peristiwa tersebut, terutama bagi orang yang musafir jauh, telah menjadi kelaziman menjadikan masjid tempat persinggahan, ada yang singgah semata-mata hendak buang air, atau mandi-manda bagi menghilangkan keletihan. Orang mukmin yang memahami fungsi masjid, selepas mereka menunaikan segala hajatnya, sudah pasti mereka tidak lupa menunaikan solat sama ada solat fardhu ataupun solat tahiyyatul masjid. Tetapi tidak kurang juga mereka yang tidak tahu menghormati masjid, mereka semata-mata menjadikan masjid ketika terdesak untuk buang air, kemudian beredar meninggalkan masjid berkenaan tanpa melakukan solat sunat tahiyyatul masjid, seolah-olah mereka hanya mengambil kesempatan ketika terdesak, tetapi tidak tahu mengucap terima kasih dengan tuan rumah itu setelah hajat mereka selesai.

Sungguh menyedihkan apabila manusia hanya mengingati hari cuti yang diberikan oleh kerajaan untuk memperingati peristiwa Isra' Mikraj, dan lagi pedih kerana hari cuti itu digunakan untuk berbuat maksiat dan bukannya untuk berbuat kebaikkan. Ada yang meraikan hari-hari yang mulia seperti Isra' dan Mikraj ini di kelab malam dan meminum arak serta berpesta hingga ke subuh hari. Di manakah kesedaran rakyat yang terpesong ini? di manakah fungsi penguatkuasa Agama Islam ketika ini? Renung-renungkanlah bersama wahai umat akhir zaman.

Wassalam....

Mafhum Firman Allah S.W.T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1).

Kenapa masih hendak menunggu bala tiba baru berubah?

Assalamualaikum.

Pada masa sekarang ini keruntuhan akhlak semakin teruk di kalangan umat Islam di negara kita. Usah dikatakan kaum yang muda sahaja, yang tua yang layak bergelar datuk dan yang belum akil baligh pun sama saja teruknya. Baik di kota atau pun di pekan kecil, aurat wanita menjadi perhiasan yang sentiasa didedahkan, kemesraan pasangan sama ada yang sama jantina atau yang berlainan jantina sudah menjadi kemesraan. Arak pula menjadi minuman yang biasa dan senang didapati dimana-mana sahaja, suami atau isteri orang ramai yang curang. Tidak cukup dengan melakukan kemungkaran, maksiat kini menjadi kebanggaan. Sebenarnya bila dilihat kembali, semua ini adalah kerana kurangnya didikan Agama pada diri mereka. Subjek Agama Islam yang diajar disekolah tidak di praktikkan diluar sekolah. Mereka ini bukannya buta pada hukum Allah, tapi kedegilan dan kesombongan dan keseronokkan duniawi mengatasi segala-galanya. Sebenarnya, semua itu tidak kekal....keseronokkan yang haram disisi agama tidak akan mendapat apa-apa pun dari Allah kecuali kemurkaan dariNya.

Pada masa sekarang ini ramai yang bersenang lenang dengan duit rebat. Mereka menggunakan duit rebat itu untuk memuaskan hawa nafsu syaitan yang beraja dihati. Mereka tidak menggunakan duit rebat itu seperti yang sepatutnya. Paling menyedihkan lagi ialah orang-orang ini menggunakan ke jalan maksiat dan zina! Mereka gunakan nikmat yang di berikan oleh Allah untuk kejalan yang tidak benar, malah tidak mensyukuri segala pemberianNya. Seperti apa yang telah diceritakan oleh Utbah bin Amir, bahawa suatu hari dia mendengar Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud;

"Apabila kamu melihat Tuhan mengurniakan kekayaan dunia kepada orang yang `ahsi (ahli maksiat), maka sesungguhnya yang demikian itu merupakan istidraj daripada Allah. Ketika mereka lupa akan ajaran dan peringatan-peringatan, maka Allah bukakan pintu-pintu segala kesenangan dunia. Tetapi di saat mereka terlalu gembira dengan kekayaan itu, tiba-tiba Allah rentap segalanya serta-merta."

Istidraj bererti suatu pemberian daripada Allah yang tidak direstuiNya, atau ibarat umpan yang diletakkan di dalam perangkap. Perangkap itu perangkap musang, tujuannya ialah untuk menangkap haiwan jahat itu. Musang yang terperdaya dengan umpan akhirnya ia terperangkap ketika sedang ghairah hendak menikmati makanan yang tidak disedari sebagai umpan itu. Sebenarnya Allah tidak melakukan aniaya terhadap hamba-hambaNya dengan cara memberi umpan dan sebagainya kerana Allah bersifat Maha pengasih dan Maha penyayang. Tetapi manusia itu sendiri yang menganiaya dan menzalimi diri sendiri. Kenapa hendak diikuti jalan yang berliku sedangkan ada jalan yang lurus? Kenapa akal yang diberi tidak dimanfaatkan sepenuhnya untuk kebaikkan? Kenapa harus bertindak seperti orang yang tidak berakal?

Sudah lupakah kita kepada bala sengsara yang telah ditimpakan oleh Allah kepada umat yang sebelumnya? Tidakkah segala bala bencana yang terjadi disekeliling cukup untuk kita sedar yang semuanya itu terjadi kerana balasan dari Allah? Sebenarnya semua orang sedar akan semua ini, semua tahu dosa dan pahal dan tahu halal dan haram. Tapi kenapa masih hendak dibuat dan langgar juga larangan Allah itu? Tidakkah tindakan itu lebih sesuai dikatakan sebagai menempah maut atau BODOH?

"Sudah nampak kerosakan di darat dan di laut kerana perbuatan tangan manusia supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka supaya mereka kembali (ke jalan benar)." - Surah Ar-Rum: Ayat 41.

Sedarlah wahai sahabatku sebelum terlamat. Kenapa hendak ditunggu bala itu datang, barulah kita nak berubah? Allah itu Maha Adil, Maha cepat dan tepat perhitungannya. Allah tidak pernah memungkiri janjiNya kepada hamba-hambaNya. Paling teruk hukuman dan dosa seseorang itu jika dia mempunyai pengikut yang sama melakukan dosa. Jika seseorang itu berpakaian seksi, membuat maksiat, berzina dan berjudi dan ada orang yang mengikut perbuatannya itu, maka suatu hari nanti jika dia mati dan pengikutnya masih meneruskan apa yang dipelajari itu, maka yang mati itu turut mendapat bahagian dosa dari pengikutnya itu. Katakanlah kalau saudara atau kakak kita sering berpakaian seksi, dan adik perempuannya itu pun mengikut jejaknya, bukankah dia secara tak langsung mempunyai pengikutnya sendiri? tidak kesiankan dia pada saudara atau adik perempuannya itu? Kalau dia dah rosak, hendakkah dia adiknya juga turut rosak? begitu juga dengan lelaki. Kalau kita sayangkan keluarga kita, dan keluarga kita itu sahajalah yang kita ada, kenapa tidak kita berubah untuk kebaikkan? kenapa masih sombong dan riak dengan dosa yang dilakukan itu?

Pada yang berpasangan, sering bertukar pasangan atau yang kononnya jujur dan setia pada satu pasangan. Pasti kita hendakkan pasangan yang baik, dan boleh membimbing kita suatu hari nanti bagi perempuannya. Kenapa hendak dicari pasangan yang dijumpai di kelab malam atau dipesta kemaksiatan? Dimanakah letaknya akal? Hendakkan pasangan yang baik mestilah kita sendiri menjadi baik. Sebab Allah dah menjanjikan pasangan yang baik hanya untuk yang baik sahaja, dan penzina hanya layak bersama dengan penzina atau pun orang kafir. Itu telah dijanjikan didalam Al-Quran dan tiada siapa pun yang dapat mengubahnya. Ada yang berkata hendak bertaubat bila sampai masanya, kenapa tidak sekarang? kenapa bila dah tua baru hendak bertaubat? sempatkah nanti? selamatkah mereka itu nanti? Hendak ke nanti zuriat itu turut menyambung legasi maksiat dari ibubapa mereka? Kaum perempuan yang selalu berzina, dimanakah letaknya maruah mereka? dikaki? kenapa harus dicalar dan dipijak lagi maruah yang telah tersedia tercalar itu? kenapa tidak di bela maruah itu dan diangkat maruah itu kembali supaya ia dihormati kembali?

Persoalan arak pun sudah basi diceritakan buruk dan dosanya. Tapi kenapa masih ada lagi yang tidak mengendahkannya? Ada yang sanggup membawa botol-botol arak yang kononnya cantik dan unik itu ke rumah untuk dijadikan perhiasan. Perbuatan apakah itu? Rumah untuk tempat beribadat, tetapi dicemarkan dengan perkara seperti ini. Kalau ada dikalangan ahli keluarga yang masih kecil dan naif yang melihat dan ingin mencuba, tidakkah itu secara tidak langsung akan memberi pengaruh buruk kepada mereka? Fikirlah wahai saudara sekalian, perkara sebeginikah yang kita hendak terjadi kepada keluarga kita?

Sebenarnya ramai yang tahu apa itu dosa dan pahala. Ada dikalangan ahli maksiat cuba menasihati orang lain, saudara atau adik-beradiknya untuk berbuat kebaikan. Disuruhnya solat dan beramal soleh. Sebenarnya benda itu bagus, sekurang-kurangnya dia masih ingat akan Allah dan takut orang yang disayanginya itu dari mengikut jejaknya. Tetapi, kepimpinan melalui tauladan. Budak-budak kecil yang masih belajar pasti tidak akan mengikuti nasihat dan kata-kata ahli maksiat itu kerana mereka berfikir, "kenapa hendak di ikut nasihat itu sedangkan diri dia sendiri pun masih membuat perkara yang dilarang itu?" dan bila ini berlaku, maka rosaklah masa depan anak-anak itu sendiri. Kata-kata dari mulut seorang penzina, ahli maksiat dan peminum arak adalah ibarat angin yang bertiup. Masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri seolah-olah tidak bermakna.

Inikah yang kita mahu terjadi kepada orang yang kita sayangi? Inikah yang kita impikan terjadi kepada keluarga kita? Adakah kita hendak ditimpakan dengan penyakit AIDS atau sudah mengandung atau terkena penyakit lain barulah kita hendak bertaubat? Sebenarnya semua didikan Agama dan kebaikan hendaklah bermula dari rumah. Ibu bapalah yang mesti memainkan peranan mentarbiyah anak-anak mereka di rumah. Jika di rumah seseorang itu kurang amal Agamanya, yang keluar nanti adalah isi yang buruk dan kurang Iman dan Agamanya. Sahabatku sekalian, katakanlah umur kita ini hanya mencapai 60 tahun iaitu sekitar umur Rasulullah S.A.W. 1/3 hidup kita telah terhakis percuma dengan tidur sahaja. 1/6 pula berlalu semasa kanak-kanak, bakinya hanya 30 tahun sahaja yang tinggal. Cukupkah dengan 30 tahun itu untuk kita mempersiapkan diri untuk hari Akhirat nanti? Bagaimana pula jika 10 tahun itu dihabiskan dengan maksiat dan zina, hanya tinggal 20 tahun sahaja lagi untuk kita mempersiapkan diri kita....cukupkah? Fikirlah sahabat-sahabatku......jangan la dibanggakan dan riak dengan kerja maksiat yang sedang dilakukan itu. Tak kemana diri itu kalau masih diikutkan kepala yang degil dan sombong dengan perkara maksiat. Terimalah teguran dan nasihat dari orang yang menyayangi diri kita walaupun orang itu bukanlah sesiapa. Janganlah di tunggu bala itu tiba kemudian barulah kita hendak berubah.

"Maka tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kami pun membukakan semua pintu-pintu kesenangan untuk mereka, sehingga apabila mereka gembira dengan apa yang diberikan kepada mereka, Kami seksa mereka dengan sekonyong-konyong, maka ketika itu mereka terdiam berputus asa." - Surah al-An'am (6: 44)

Friday, July 25, 2008

Remaja dan Solat.

Assalamualaikum.

Bila sebut pasal solat, pasti ramai yang sudah tahu apa yang hendak dibincangkan. Bukan macam politik, banyak benda yang kita sendiri tak menjangka apa yang akan terjadi. Tapi sebenarnya, dalam solat pun ada banyak benda yang kita sendiri tidak menjangka dan tidak tahu apa kelebihan dalam mengerjakan solat. Kalau nak cerita pasal keburukkan, pasti ramai yang tahu adalah berdosa jika kita meninggalkan solat. Tapi berapa ramaikah remaja yang tahu akan kelebihan solat dan juga dosa jika meninggalkan solat tetapi dia tidak pernah memberatkan solat dan selalu mengambil ringan perihal solat. Jadi, kita lihatlah video klip dari Cafe Akhil Hayy ini tentang Remaja dan Solat.

Remaja Dan Solat Part 1.


Remaja dan Solat Part 2.


Remaja dan Solat Part 3.

Thursday, July 24, 2008

Pengakuan Remaja Yang Terlajak.

Assalamualaikum.

Ini adalah video klip tentang seorang remaja yang terlajak. Sama-samalah kita mengambil iktibar dari klip video ini. Walaupun sudah banyak nasihat dan teguran serta kisah iktibar sudah di sebarkan, masih ramai remaja yang degil dan keras kepala dan dengan riaknya masih meneruskan aktiviti maksiat mereka. Sampai ada yang dah mengandung dan sampai membuang anak, mereka masih tidak sedar dan insaf. Masih juga melakukan dosa yang sama dan masih juga terjebak dengan kemaksiatan yang sama. Adakah hendak suatu hari nanti Allah turunkan hukum pada kita semua, barulah kita hendak bertaubat? Hendakkah kita perkara ini terjadi kepada keluarga kita? Hendakkah kita perkara ini terjadi pada anak-anak kita? Hendakkah kita perkara ini terjadi pada saudara mara kita yang kita sayangi? Sesungguhnya perhitungan Allah itu maha cepat dan maha tepat. Ambillah masa dalam beberapa saat, fikirkanlah sejenak.....adakah ini tujuan kita hidup didunia ini? adakah ini yang kita hendak untuk masa depan kita? Fikir-fikirkanlah.....

Tuesday, July 22, 2008

Nilai Tudung Wanita.

Assalamualaikum.

Pada masa skrg ni ramai yang masih musykil tetang perihal tudung. Ada yang mengganggap jika sudah menutup rambut, kiranya sudah menutup aurat. Ada pula mengatakan ianya tidak sah dan salah jika berfesyen-fesyen dalam bertudung. Ada juga yang berkata,"Orang pakai tudung pun lagi teruk dari yang tidak bertudung." Ada juga yang berkata, "Pakai tudung pun buat maksiat, baik takyah pakai tudung." Jadi saya ada la terbaca aktikel soal jawab agama di laman web darulnuman. Selain dari website dan aktikel di majalah yang saya baca, aktikel ini adalah yang paling sesuai dan tepat pada pandangan saya. Sebab ianya mempunyai penerangan yang lebih terperinci dan sesuai dengan keadaan pada masa sekarang ini. Bacalah dan renungkanlah bersama.

Di sini Darul Nu'man ingin menyentuh tentang pemakaian tudung kaum wanita masa kini sebagai renungan bagi wanita Islam. Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.

Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.

Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.

Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini.

Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita. Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung? Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.

Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi. Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka. Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.

Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri. Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati. Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain. Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah.

Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah. Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.

Rahsia Bulan Kelahiran

Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.

JANUARI

* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI

* Berfikiran abstrak.
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* Bijak dan pintar.
* Berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.
* Pemalu dan rendah diri.
* Jujur dan setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong.
* Suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
* Mudah mempamerkan marahnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
* Sangat berani dan suka memberontak.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka hiburan dan sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan emosi.

MAC

* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL

* Sangat aktif dan dinamik.
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
* Punya daya mental yang sangat kuat.
* Suka diberi perhatian.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
* Sangat berani dan tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
* Emosi cepat terusik.
* Cuba kawal perasaan.
* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
* Kuat daya ingatan.
* Gerak hati yang sangat kuat.
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI

* Keras hati & tegas.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain.
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros

JUN

* Berfikiran jauh & berwawasan.
* Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut.
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
* Idea yang terlalu banyak di kepala.
* Bersikap sensitif.
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
* Bersikap suka menangguh-nangguh.
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
* Cepat marah & cepat sejuk.
* Suka bercakap & berdebat.
* Suka buat lawak & bergurau.
* Otaknya cerdas berangan-angan.
* Mudah berkawan & pandai berkawan.
* orang yang sangat tertib.
* Pandai mempamerkan sikap.
* Mudah kecil hati.
* Mudah kena selsema.
* Suka berkemas.
* Cepat rasa bosan.
* Sikap terlalu memilih & cerewet.
* Kurang mempamerkan perasaan.
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
* Suka pada barang yang berjenama.
* Mudah menjadi eksekutif.
* Kedegilan yang tidak terkawal.
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

JULAI

* Sangat suka didamping.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.
* Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja

OGOS

* Suka berlawak.
* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.
* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan

SEPTEMBER

* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* orang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar.
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik

OKTOBER

* Suka berbual.
* Suka orang yang sayang padanya.
* Suka ambil jln tengah.
* Sangat menawan & sopan santun.
* Kecantikan luar & dalam.
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
* Sentiasa berkawan.
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
* Cepat marah.
* Macam pentingkan diri sendiri.
* Tidak menolong orang kecuali diminta.
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
* Tidak suka terima pandangan orang lain.
* Emosi yang mudah terusik.
* Suka berangan & pandai bercakap.
* Emosi yang kelam kabut.
* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
* Suka melancong, bidang sastera & seni.
* Pengasih, penyayang & lemah lembut.
* Romantik dalam percintaan.
* Mudah terusik hati & cemburu.
* Ambil berat tentang orang lain.
* Suka kegiatan luar.
* orang yang adil.
* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
* Mudah patah semangat

NOVEMBER

* Banyak idea dalam perkara.
* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
* Berfikiran kehadapan.
* Berfikiran unik dan bijak.
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
* Pemikiran yang tajam.
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
* Sesuai jadi seorang doktor.
* Cermat dan teliti.
* Personaliti yang dinamik.
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
* Terlalu degil dan keras hati.
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
* Tak suka marah kecuali digugat.
* Mudah ambil berat terhadap orang lain.
* Pandai muhasabah diri.
* Cara berfikir yang lain dari orang lain.
* Otak yang sangat tajam.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Tidak hargai pujian.
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
* Cuba sampai berjaya.
* Badan yang sasa.
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
* Suka duduk di rumah.
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
* Bercita-cita tinggi.
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah.

DISEMBER

* Sangat setia dan pemurah.
* Bersifat patriotik.
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
* Bercita-cita tinggi.
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
* Seronok bila didampingi.
* Suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
* Tidak pandai berpura-pura.
* Cepat marah.
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
* Benci pada kongkongan.
* Suka berlawak.
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik.

Kisah Kelahiran Nabi Yahya Dan Perjuangannya.

Assalamualaikum.

Kali ini saya hendak berkongsi dengan anda semua serba sedikit tentang kisah kelahiran Nabi Yahya dan perjuangannya kepada semua. Semoga kita mendapat iktibar dan mempelajari sesuatu dari kisah ini.

Nabi Yahya adalah anak kepada Nabi Zakaria. Sebelum kelahiran Nabi Yahya, Nabi Zakaria memang mengetahui bahawa kebanyakkan keluarga dan saudara maranya terdiri dari kalangan yang fasik dan mungkar. Walaupun berasal dari keturunan baik2 tetapi kerana keimanan dan semangat keagamaan yang lemah mendorong mereka melakukan maksiat. Nabi Zakaria sudah berumur kira2 90 tahun dan isterinya tidak boleh melahirkan anak. Tuhan belum mengurniakan anak kepadanya. Pada suatu malam yang hening, Nabi Zakaria duduk di mirhab berdoa dan bermunajat kepada Allah dengan suara yang lemah lembut meminta supaya dikurniakan seorang waris untuk mewarisi dirinya dan keluarga Nabi Yaakub. Allah telah memperkenan doa Nabi Zakaria, Allah makbulkan dianya lalu berfirman melalui malaikat Jibrail, "Wahai Zakaria! Sesungguhnya kami memberi khabar yang menggembirakan mu dengan mengurniakan seorang anak lelaki bernama Yahya, yang kami tidak pernah jadikan sebelum itu seorang pun yang senama dengannya." Oleh kerana memikirkan dirinya yang sudah tua dan isterinya yang mandul, beliau bertanya kepada Allah seperti yang tertulis di dalam Al-Quran, surah Maryam ayat 4-8 iaitu "Wahai Tuhanku, bagaimanakah caranya aku akan beroleh anak, sedangkan isteriku adalah seorang yang mandul dan aku sendiri telah sampai umur yang setuanya." Melalui Jibrail, Allah berfirman bahawa semua keraguan Nabi Zakaria itu sangat mudah bagi Tuhan, kerana Dia telah menciptakan Nabi Zakaria, padahal ketika itu beliau belum ada sama sekali.

Akhirnya isteri Nabi Zakaria mengandung dan apabila genap harinya, beliau pun melahirkan anak lelaki yang comel dan diberi nama Yahya seperti mana firman Allah. Nabi Zakaria telah mendidik dan memelihara anaknya Yahya dengan sebaik-baiknya. Setelah dewasa, Nabi Yahya menjadi seorang yang alim dan soleh. Beliau telah menghafal kitab Taurat sehingga menjadi tempat rujukan kalau ada masalah. Kealiman Nabi Yahya A.S. meliputi hingga hukum-hukum syariat Nabi Musa dan menjadi hakim untuk menghukum sesuatu perselisihan mengenai hukum-hukum agama bagi masyarakat bani Israil.

Pada zaman Nabi Yahya terdapat seorang raja bani Israil yang bernama Hirodus. Pusat pemerintahannya ialah di Palestin. Beliau mencintai anak tirinya yang bernama Hirodia. Ibu gadis itu tidak dipedulikan langsung! Dia merancang untuk berkahwin dengan anak tirinya itu. Menurut hukum syariat, perkahwinan antara bapa tiri dengan anak tiri memang dilarang sama sekali. Tetapi raja itu tetap dengan niatnya yang hendak berkahwin dengan anak tirinya itu. Berita ini sampai ke pengetahuan Nabi Zakaria dan Nabi Yahya dan raja itu pula meminta pula Nabi Zakaria dan Nabi Yahya menghalalkan pernikahannya itu. Nabi Yahya mengutuk perbuatan itu dan kemana saja dia pergi berdakwah, dia memberitahu rakyat bahawa rancangan raja itu adalah amat salah di sisi Tuhan dan tidak boleh diteruskan. Rancangan raja itu tergandala dan mengambil keputusan bahawa sesiapa yang menghalang pernikahannya akan dibunuh. Tetapi Nabi Yahya tetap bertegas tidak mahu menghalalkan perkahwinan itu. Lalu beliau ditangkap dan dipenjara. Di dalam penjara itu juga raja itu cuba memujuk Nabi Yahya supaya mengeluarkan fatwa bahawa ayah tiri boleh bernikah dengan anak tiri. Tetapi Nabi Yahya tetap dengan pendiriannya dengan mengikut perundangan Tuhan, bahawa kedua-dua mereka tidak dihalalkan bernikah. Raja tersebut tidak mengalah dan terus memujuk Nabi Yahya sehingga raja itu mengugut, kalau tidak dihalalkan pernikahannya itu, Nabi Yahya akan dipancung. Nabi Yahya berkata, beliau lebih rela mati daripada hidup dalam kemungkaran dan kemaksiatan. Kemudian raja itu memerintahkan pengawalnya menjalankan hukuman pancung itu. Dengan itu berakhirlah hidup Nabi Yahya. Selepas itu, raja tersebut mencari Nabi Zakaria pula dan mengugut akan turut membunuhnya jika permintaannya itu tidak dituruti. Nabi Zakaria tetap dengan pendiriannya iaitu tidak menghalalkan pernikahan bapa tiri dengan anak tiri.

Begitulah kisah para nabi kita yang begitu tegas menjalankan perintah Allah S.W.T. tanpa mengambil kira nyawa sendiri. Bagi mereka nyawa mereka itu tidak berharga tetapi yang lebih berharga ialah menjalankan perintah Allah S.W.T. Bagaimanakah ketegasan kita dalam menjalankan perintah Allah? Berapa ramaikah yang sanggup mencegah kemungkaran dan berapa ramaikah yang sanggup berdakwah demi mendapatkan keredhaan Allah? Ramai saudara mara kita, jiran-jiran kita, kawan-kawan semuslim kita yang sedang lemas dalam lautan dunia, tidaklah kekal kecantikan seseorang itu, tidaklah kekal permainan dunia ini, yang kekal hanyalah kehidupan akhirat. Cuba bayangkan dan fikirkanlah berapa ramaikah saudara mara semuslim kita yang sedang khayal dengan arak, khayal dengan kelab malam dan disco, yang khayal dengan kerja-kerja maksiat, yang khayal dengan berjudi dan sebagainya. Mereka seperti berbangga dan riak dengan apa yang mereka lakukan. Setiap kali setelah melakukan maksiat dan berzina, mereka menceritakannya kembali pada keesokan harinya dan berjanji akan mengulanginya lagi dan lebih teruk lagi mereka membawa kawan-kawan yang lebih ramai untuk berbuat maksiat dan zina.

Zaman sekarang ini, berpakaian seksi seolah-olah hampir tidak berpakaian sudah menjadi trend. Aurat tidak lagi dipedulikan sesama lelaki dan perempuan. Bila ditegur, mereka melenting dan marah kerana menggangu cara hidup mereka. Mereka lebih suka bergesel sesama mereka sehingga terjadinya zina. Lelaki pula yang sepatutnya menjadi pemimpin dan membimbing para wanita, menjadi perosak wanita. Maruah diri tidak lagi menjadi kepentingan seolah-olah maruah itu sesuatu yang sangat tidak berharga. Wanita pula yang sememangnya lemah, terus menjadi lalai dan leka dengan keseronokan dunia.Wanita dari asal kejadiannya memang telah diciptakan berlainan dan berbeza dengan lelaki, adanya kelainan atau perbezaan itu tentu ada maksud dan tujuannya yang tertentu. Lemahnya agama bagi golongan wanita tidak harus dijadikan alasan untuk memadamkan semangat dalam beribadah kerana pada saat seseorang perempuan itu haid atau nifas di mana mereka tidak dapat menjalankan ibadah solat dan puasa, mereka sebenarnya masih mampu menjalankan amal ibadah lain yang berpahala yang dapat mendekatkan diri pada Allah, kecuali sebaliknya iaitu jika mereka melibatkan diri dalam perbuatan yang mendatangkan dosa dan segala sesuatu yang dapat melalaikan bahkan menjauhkan diri daripada Allah. Manakala perempuan dikatakan kurang atau lemah akalnya kerana fikiran mereka mudah sekali terpengaruh, tertipu dan terpedaya kerana mereka dikurniakan dengan banyak nafsu dan lazimnya mereka tidak berfikir lebih panjang dan bersifat emosional. Oleh itu dalam hal pengadilan Islam lebih mengutamakan lelaki. Tetapi dalam hal yang lain, Islam sama sekali tidak menolak akan hakikat ketajaman pemikiran golongan wanita yang mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum lelaki. Hanya sesungguhnya yang membezakan antara makhluk Allah S.W.T, tidak lain hanyalah nilai ketaqwaan mereka. Jika dengan hukum Allah tidak sedikit pun mereka malu dan takut, apatah lagi dengan sesama manusia. Saya berani jamin, ramai diantara mereka ini tahu dosa dan pahala, tahu mana yang halal dan mana yang haram, tapi mereka tidak mengendahkan semua itu kerana menyangka mereka akan sempat bertaubat di hari tua nanti apabila mereka sudah tidak mempunyai tenaga untuk melakukan maksiat itu lagi. Apakah kita orang-orang Islam hendak disamakan dengan orang-orang kafir? Mengapa harus terjadi sebegini? cuba lihat sendiri tentang perjalanan mereka yang berdisko, adakah mereka itu tetap menjadi kaki disko setelah berkahwin, beranak pinak dan sehingga tua? sudah tentulah tidak. Tetapi manusia sekarang ini lebih suka memilih untuk memuaskan nafsu syaitan dan kemudian kembali sujud kepada Allah. Allah maha pengampun dan maha mengasihani hambaNya. Tetapi kita fikirlah balik, sempatkah kita bertaubat dihari tua nanti? Sempatkah kita sujud kepadaNya pada hari tua nanti? Apa akan terjadi jika suatu hari nanti jika kita semua tidak sempat bertaubat dan mati dalam keadaan yang kufur dan mengaibkan? Bertaubatlah sementara masih ada lima perkara dan sebelum hilangnya lima perkara ini iaitu sihat sebelum sakit, muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit dan hidup sebelum mati. Kenapa nak berhenti pelan-pelan? apa akan jadi kalau dalam kita hendak berhenti pelan-pelan tu, Allah tarik nyawa kita? kan lebih elok jika berhenti dan bertaubat terus. Inilah yang dikatakan dengan kerja bodoh. Apabila sudah tahu Islam itu cara hidup yang sempurna, dipilihnya dan dicari juga cara hidup yang lain daripada Islam. Islam ini adalah agama yang mudah bagi yang beriman. Dari Abu Musa r.a, dari nabi s.a.w katanya:”Allah Azza wa Jalla membentangkan tangan-Nya pada malam hari untuk menerima taubat orang yang bersalah siang hari, dan membentangkan tangan-Nya siang hari untuk menerima taubat orang yang bersalah malam hari sehingga matahari terbit di Barat.” Jadi segeralah kita bertaubat dan kembali kepangkal jalan selagi belum terlambat.


Wassalam.

Thursday, July 17, 2008

Jodoh.

Assalamualaikum.

Sudah seminggu saya tidak menulis di dalam blog ini. Bukan apa, mungkin mood untuk menulis tiada. Sudah masuk hari ke-4 saya bercuti....rasa macam sekejap jer.....tapi elok la, lagi cepat saya habis cuti, lagi cepat saya masuk kerja. Dalam 4 hari saya bercuti ni, saya ada berjumpa dengan beberapa orang kawan saya baik kawan yang lama dan kawan yang baru. Bermacam2 cerita yang saya dengar dan terima dari mereka, ada yang sedih dan ada yang gembira. Pada yang sedih, saya bersimpati dan nasihatkan agar berbanyak la bersabar dan pada yang gembira, saya tumpang gembira dan nasihatkan berbanyaklah bersyukur dan beringat sebelum ditimpa kesusahan. Disini saya nak menceritakan tentang cerita sedih yang saya dengar dari mulut kawan saya. Tujuan saya hendak menceritakan disini hanyalah untuk dijadikan pedoman dan pengajaran. Jauh sekali untuk mengaibkan sesiapa dan tuan empunya diri dan cerita. Kawan saya ini telah mengenali lelaki ini sudah lama, tetapi tidak disangka yang lelaki tersebut hendak meninggalkan dirinya dan beralih ke cinta yang baru. Setelah mereka berkongsi suka dan duka, dan merencana pelan masa depan untuk hidup bersama, tiba2 segalanya musnah dalam sekelip mata. Kawan saya mengsyaki yang teman lelakinya itu sudah terkena 'buatan' orang, tapi bagi saya teman lelaki kawan saya itu memang terkena buatan orang, tapi bukanlah dibomoh atau disihir. Tetapi terkena godaan dan pujuk rayu wanita yang lebih baik pada diri teman lelaki kawan saya itu. Bukan saya menafikan adanya sihir dan bomoh ini, memang ada....tapi biarlah kita berfikir positif didalam hal ini. Yang selebihnya kita serahlah pada Allah, kerana Dia yang maha mengetahui. Jadi saya menasihatkan kawan saya itu supaya perbanyakkanlah solat dan buatlah solat hajat. Sebab dalam apa jua keadaan pun, jika kita hendak meminta sesuatu atau berkehendakkan sesuatu, hendaklah kita meminta pada Allah. Andai kata teman lelaki kawan saya itu memang betul disihir, tiada apa yang dapat menandingi kuasa Allah. Apa yang cuba saya sampaikan ini ialah, janganlah kita mudah menyerahkan segalanya pada orang yang kita kasihi sehingga lupa pada batasan agama. Perbanyakkan la sabar kerana ada sebab dan hikmahnya dalam setiap kejadian itu. Berdasarkan pengalaman saya sendiri dan juga pengalaman orang lain, saya ingin menasihati para sahabat saya dan juga pembaca blog saya ini....tidak salah untuk kita berkasih sayang dan juga bercinta. Tetapi biarlah berpada dan berlandaskan lunas Agama. Terlalu lama dan semakin kerap berjumpa, akan menyumbang kepada perlakuan maksiat dan zina. Syaitan tidak akan berhenti menghasut kita tanpa mengira waktu. Jika kita terlalu rindu dan sayang pada kekasih kita, hendaklah kita meleraikan rindu itu, iaitu dengan bernikah. Jika jodoh kita tidak kesampaian, hendaklah kita sentiasa bersabar.....kerana ada hikmah disebaliknya itu. Kekadang hati kita degil dan mahukan kekasih kita itu juga, seperti yang berlaku pada kawan saya ini. Jadi nasihat saya pada dia, cubalah segala cara yang ada, asalkan tidak menyumbang pada syirik. Mentera dibolehkan asalkan tidak bercampur syirik. Ini saya dapati didalam sebuah hadith - Dari ‘Auf bin Malik al-Asyja’i r.a katanya:”Kami biasa melakukan mantera pada masa jahiliyah. Lalu kami bertanya kepada Rasulullah s.a.w:”Ya Rasulullah! Bagaimana pendapat anda tentang mentera ?” Jawab baginda:”Peragakanlah (bacalah) menteramu itu di hadapanku. Mentera tidak ada salahnya selama tidak mengandungi syirik.” Maksudnya disini ialah, definisi perubatan Islam adalah melaksanakan amalan perubatan berdasarkan paradigma, nilai dan tatacara yang tidak bercanggahan dengan al-Quran dan al-Sunnah. Ramai di kalangan umat Islam terkeliru dengan istilah perubatan sehingga terjebak ke dalam dunia syirik. Islam telah memberikan panduan yang jelas bahawa semua ilmu perubatan yang mengandungi sihir (jampi mentera yang melanggar syariat), bercampur dengan amalan-amalan haram (bersemah – sembelihan korban sebagai jamu) dan amalan-amalan berdamping dengan makhluk halus yang diyakini berkuasa menentukan kesembuhan penyakit adalah syirik serta amat dilarang dalam Islam. Islam meletakkan bahawa apa-apa perubatan sekalipun sama ada tradisional mahupun perubatan moden semuanya hendaklah bersandarkan kepada hukum bahawa Allah adalah Maha Berkuasa dalam menetapkan penyembuhan sesuatu penyakit. Segala macam bahan yang digunakan dalam proses perawatan tidak kira sama ada menggunakan teknologi perubatan yang telah dipermodenkan mahupun secara terapi tradisional adalah sekadar alat semata-mata. Dalam perkataan lain, segala kaedah dan ubatan yang digunakan hanyalah sebagai 'al-asbab' dan kita wajib percaya bahawa makhluk tidak berkuasa ke atas sesuatu melainkan segalanya terletak pada ketentuan dan keizinan Allah S.W.T jua. Jika kita risau jodoh kita lambat, janganlah kita mencuba untuk mencari kaedah yang menyumbang kepada syirik. Iaitu dengan mandi bunga, mandi buang sial atau segala macam mandi. Sebab jika kita percaya pada 'sial' dan bencana dan mengaitkannya dengan sesuatu perkara, maka kita telah syirik. Nabi juga menyebut tentang hal orang yang mengaitkan sesuatu sial atau bencana dengan sesuatu perkara " At-Tiyaratu Syirkun" (ertinya : Seungguhnya mempercayai sial itu adalah syirik). Kawan2 sekalian, syirik adalah dosa yang paling besar. Jadi, bersabarlah dan janganlah berputus asa jika jodoh kita tidak kesampaian. Berdoalah agar dipertemukan dengan jodoh yang lain dan yang baik. Untuk mendapat jodoh yang baik, kita hendaklah baik. Seperti dalil di dalam Al-Quran - " Perempuan yang jahat adalah untuk lelaki yang jahat...dan lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik...." (An-Nur : 26) dan juga firman Allah dalan surah An-Nur ayat 3 - "Penzina lelaki tiada akan berkahwin kecuali dgn penzina wanita atau orang kafir.." Fikir2kan lah, adakah kita mahukan jodoh dan zuriat yang baik atau yang tidak baik. Sebab setiap perlakuan kita akan melambangkan masa depan kita.

Sekian. Wassalam.

*Sumber rujukan Hadith adalah dari JAKIM dan Ust Zaharuddin.

Thursday, July 10, 2008

Kesenangan dan Kesusahan.

Assalamualaikum W.B.T.

Esok adalah hari terakhir aku bekerja di sini. Aku akan mengambil cuti selama seminggu untuk merehatkan diri. Kalau diikutkan, aku malas nak cuti-cuti ni.....sebab bila aku cuti, aku akan jadi bosan dan akan teringatkan benda-benda yang aku sendiri taknak ingat. Tapi aku bernasib baik sebab aku ada plan yang nak dibuat pada hari cuti aku ini nanti. Syukur la sebab aku masih ada kesempatan untuk membuat apa yang aku sepatutnya lakukan dahulu. Semasa aku senang dulu, banyak wang dan masa yang telah aku bazirkan pada orang dan tempat yang tidak sepatutnya. Kesal jugak aku rasakan bila aku fikirkan balik apa yang aku buat masa 'zaman jahiliah' aku dulu. Tapi aku tetap bersyukur sebab aku masih diberi peluang untuk memperbaiki diri aku dan kembali ke pangkal jalan. Dulu aku sudah jauh tersasar dan menyimpang dari jalan yang sepatutnya aku jalani. Berkat doa dari keluarga, sahabat karib dan kerana kesedaran dirilah yang membuatkan aku tersentak dari kegelapan dan kegembiraan sementara duniawi. Jadi aku harap, kepada mereka-mereka yang masih dilamun kegembiraan duniawi ini, segeralah insaf dan kembali kepangkal jalan......janganlah sombong dan takbur atas apa yang dimiliki. Sebab semua yang kita miliki ini datangnya dari Allah dan tidak akan kekal selamanya......bila sampai saat ajal kita nanti, hanya amalan kita didunia sahaja yang akan dibawa. Janganlah jadi seperti kacang lupakan kulit.........dan janganlah bertangguh-tangguh, sebab mereka yang suka bertangguh itu adalah mereka yang dari kalangan orang-orang yang rugi. Jika ada kesenangan, gunakanlah untuk kebaikkan dan bukan untuk kerosakkan......dan janganlah digunakan untuk kearah kemaksiatan. Sesungguhnya kecelakaan yang menunggu mereka yang berbuat maksiat adalah berat dan besar.

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:” Sesungguhnya tujuh petala langit dan bumi sama mengutuk orang yang selalu berzina dan bau kemaluan pelacur di dalam neraka dapat mengganggu ahli neraka kerana sangat busuknya. ”

Riwayat al-Bazzar


Huraian :-

i) Di antara sifat orang-orang mukmin yang sebenar adalah menjaga kemaluannya dari perbuatan zina kerana zina adalah termasuk dalam kategori dosa-dosa besar (al-kaba'ir) di samping menyekutukan Allah, meminum minuman keras, berjudi, mencuri dan membunuh.
ii) "Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk." (Al-Israa': 32) Larangan zina yang digunakan di dalam al-Quran ini iaitu ''Janganlah kamu mendekati zina, bukan ''Janganlah melakukan zina'' mempunyai makna yang sangat mendalam iaitu bukan hanya perzinaan sahaja dilarang, tetapi segala-gala yang menjadi pintu ke arah itu adalah dilarang sama sekali seperti memandang aurat wanita, mendengar perkara yang boleh menaikkan nafsu seperti kelunakan suara (rayuan atau pujukan), bergaul bebas antara lelaki dan wanita, berdua-duaan dengan orang yang bukan muhrim dan sebagainya.
iii) Etika berpakaian juga harus dititikberatkan di mana pakaian seorang muslimah itu wajib memenuhi fungsi dasarnya iaitu menghindarkan seseorang dari dorongan berahi kerana jika aurat tidak ditutup dengan sempurna ia akan mengundang berlakunya kejadian rogol atau perbuatan zina yang boleh merosakkan maruah individu yang terlibat.
iv) Hari ini seakan menjadi “trend”, kebanyakan pakaian yang dipakai oleh golongan muda (ada juga yang telah berumur) terlalu pendek, ketat dan nipis Fenomena seperti ini patut dicegah demi kesejahteraan seluruh masyarakat.
v) Segala-saluran yang dikira boleh membawa manusia kepada perzinaan seperti rumah-rumah pelacuran, disko-disko, rumah-rumah urut dan sebagainya hendaklah dicegah ditutup keseluruhannya. Jika tidak akan berlakulah perkara-perkara yang tidak diingini.


Sunday, July 6, 2008

Vc Perpisahan.

Perpisahan - Chapter 2.

Ini adalah petikan dari sebuah blog yang betul-betul memberi kesan pada aku.....dan blog ini dari seseorang yang aku kenal dan aku sayang.....iaitu adik aku sendiri....

Baca dan hayatilah apa yang dikarang olehnya ini.

Mati...

Assalamualaikum....

Harga minyak naik... Harga barang2 pun naik... Ingatkan berat badan jer naik time cuti2 nih... Aper nak jadi ngan dunia nih... Malas nak citer pasal benda nih sebab, rasenye dah berjuta-juta blog kat internet nih mesti cakap bende yg same...

So, saya nak citer pasal something yg kiter akan, sedang and pernah hadapi nyer... Cinta. Tapi saya xnak cakap pasal ayat2 power, how to get him/her to like you or to forget about a person... Saya akan bercerita pasal break up, clash or perpisahan.

Ada macam2 sebab perkara ini berlaku. Saya xnak citer sebab kadang2 alasan nyer sangat lah x masuk akal. Tapi ada juga yang dapat bersama semula, bagus laa. Tapi bagaimana kalau dah xleh nak rapat, nak dekat, nak say hi, or even to mention the name?

Ok... Sekiranya kiter break up sebab kiter marah, geram or benci kiter still akan ingat akan si dia. Percaya la, cinta dan benci dipisahkan dengan garisan yang sangat halus. Bak kater orang, kalo macam nih kiter still have the chance to get back together. Maybe not as lovers but as a friend at least.

Biler kiter benci or marah kat seseorang, lame2 benda tuh akan reda. Seteruk maner pun kiter benci, kite leh luper benda tuh. But yes, it takes time to heal. How long? It depends on you and that person. Forget and forgive.

Tapi, macam maner kalo punca kiter break up is the feeling is gone? We force ourself to want her but the feeling just wasnt there. He/she still loves you. Care for you. Break up for a reason that is so unfair to that person.

Can time heal? Kiter ingat dengan berpisah nih, mungkin kiter akan dapat perasaan yang sangat indah semasa kiter bersamer dengan si dia... Tapi ia x pernah hadir. Walaupun kiter merenung kembali kisah2 lame, perasaan itu x pernah hadir.

Lebih memeritkan lagi, perasaan Cinta itu tidak ader untuk sesaper lagi. Hati kiter dah mati...

That is why I dont believe in love with a human. Yes, Im talking about myself. It happen to me. I tried to fight and meet new people, but that feeling was never there. I force myself to open up, do crazy things and sacrifice things that is so important to me but it wasnt there.

Perhaps, Im not trying hard enough. I still believe love exist in me, perhaps, I didnt find the right person yet. Perhaps, I didnt aware of my surroundings, open my eyes a little wider.

Perhaps, love was never meant to be mine...

Sekian...

Wassalamualaikum w.b.t.
posted by Fazwan Diza @ 10:54 PM

Kehidupan.

In-Team & Nazrey Raihan
Kehidupan
Kesenangan yang datang
Tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam
Datangnya siang
Oleh itu waktu senang
Jangan lupa daratan
Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa
Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali
Ujian adalah tarbiah dari Allah
Apakah kitakan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari Tuhan
Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa
Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada Tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali
Ujian adalah tarbiah dari Allah
Apakah kitakan sabar ataupun sebaliknya
Ujian adalah tarbiah dari Allah(Allah...)
Apakah kitakan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan adalah nikmat dari tuhan...

Saturday, July 5, 2008

Kembara Di Tanah Gersang

5 Julai 2008-13.00am

Pulang.

Tatkala manusia sedang mencari rezeki,
Tatkala manusia sedang mencari erti kehidupan,
Ada yang lupa dan alpa pada perkara penting lain,
Lupa pada tujuan sebenar kita di bumi ini.

Kerosakan dan kehancuran semakin berleluasa,
Malu dan segan pada hukum Allah semakin pudar,
Apatah lagi malu pada manusia lain di sekeliling,
Hatinya penuh benci dan dendam.

Kehancuran diri diletakkan pada orang lain,
Diri sendiri yang dihancurkan, orang lain yang disalahkan,
Akal menjadi semakin cetek, nafsu semakin beraja,
Al-Quran dan Sunnah tidak lagi menjadi pegangan.

Dendam si anak yatim piatu yang ditinggalkan orang tua menjadi asas hidup,
Dendam si isteri yang dizalimi menjadi teras hidup,
Dendam si perawan yang dikhianati menjadi petunjuk hidup,
Kesusahan yang menimpa ditangisi sehingga putus harapan pada Allah.

Kesenangan yang diterima, lupa untuk disyukuri,
Berbelanja sesuka hati dan bersuka ria menjadi cara untuk meraikannya,
Hingga lupa akan kesusahan yang dulu dan yang bakal mendatang,
Maksiat menjadi tunjang asas kehidupan hingga hatinya hitam.

Gunakanlah kesempatan yang masih diberi Allah agar kita tidak menyesal,
Masa yang diberikan janganlah disiakan kerana ia tidak akan kembali,
Esok dan lusa mungkin sudah tidak ada lagi,
Hanya soal jawab disana sahaja yang akan dihadapi.

Gunakanlah masa yang masih ada ini dengan sebaiknya,
Sebelum nyawa bercerai dari badan,
Kerana sesal dan insaf pada waktu itu sudah tidak berguna lagi,
Mohon keampunan dan berharaplah pada yang Esa,
Agar diterima taubat dan diampunkan segala dosa,
Semoga hidup sentiasa bercahaya dan jelas.

*Ini adalah luahan hati aku pada hari ini.....aku luahkan untuk mengingati diri aku dan juga sahabat lain yang membacanya. Aku luahkan dalam bentuk puisi agar kita dapat berfikir sendiri. Bukan niat untuk menyindir, tapi hanyalah untuk menasihati saudara sesama kita. Semakin kita degil dan bertangguh....semakin itulah kita semakin jauh dan semakin hitamlah hati kita. Tanyalah pada diri sendiri, adakah kita sempat untuk bertaubat dan berubah suatu hari nanti jika kita bertangguh2 ? Sampai bila baru kita hendak sedar yang segalanya hanyalah duniawi sahaja? Tiada yang kekal selamanya selain dari Allah.....yang cantik akan menjadi buruk, yang kaya menjadi miskin, yang sihat menjadi sakit yang muda menjadi tua, yang lapang menjadi sempit dan yang paling utama yang hidup pasti akan mati. Dibawah ini aku sertakan lagu dari ustaz Akhil hayy untuk dijadikan selingan dan teladan untuk semua dan juga diri aku.

Wassalam....



Kembara Di Tanah Gersang
Akhil Hayy

Kembara berjalan bersendirian
Mencari jalan pulang
Bilakah masanya embunkan menjelma
Di tanah gersang yang membakar

Alangkah pedihnya nasib kembara
Ditengah khatulistiwa
Tak siapa yang dapat menghilangkan dahaga
Namun tetap ia bertahan

( korus )
Kami semua senasib dengan mu
Wahai kembara di tanah gersang
Mencari kebahgian dalam hidup
Menempuh berbagi rintangan yang ada
Namun bahgia masih impian

Kau masih berjalan dibawah sinar
Bulan bintang yang membimbing mu
Suatu hari kau kan bertemu
Sungai mengalir di taman indah
Nanti di suatu masa.

Tuesday, July 1, 2008

Ikhlas Dariku...

1 Julai 2008 - 9.36am

Pada permulaan bulan Julai ini, kita mulakan dengan lagu nasyid dari Ustaz Akhil Hayy yang bertajuk Ikhlas Dariku. Semoga bait-bait lirik dalam lagu ini dapat menjadi petunjuk dan pedoman untuk mereka yang beriman.

*Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “ Sesiapa yang ada sebarang kesalahan dengan saudaranya maka hendaklah diselesaikan sekarang, kerana sesungguhnya di sana (di akhirat) tiada lagi wang ringgit untuk dibuat bayaran, (yang ada hanyalah) diambil hasanah (kebaikan) yang ada padanya, kalau dia tidak mempunyai kebaikan, diambil keburukan orang itu lalu diletakkan ke atasnya.”

Riwayat Bukhari.


Ikhlas Dariku
Akhil Hayy

Aku bukan seperti engkau sangkakan
pura-pura di dalam berjuang
Aku tidak pandai
menyulam rahsia
juga tak pandai
bermadah pujangga

Jika ada benci di hati
oh katakanlah padaku..
relaku terima walau kutukan
asalkan aqidah terjaga..
kerana tidak sanggup lagi..
mempermainkan dustur Ilahi..
hakikat hati tak terluka
walau zahirnya ada yang ketawa..

Tuhan,ku mohonkan keampunan
keterlanjuranyang berulang kali
teman,kita patrikan di sini
berakhir sebuah lamunan duniawi
terima syukur taufiq Ilahi..

Aku bukan seperti engkau sangkakan
pura-pura di dalam berjuang
Aku tidak pandai
menyulam rahsia
juga tak pandai
bermadah pujangga

Jika ada benci di hati
oh katakanlah padaku..
relaku terima walau kutukan
asalkan aqidah terjaga..
kerana tidak sanggup lagi..
mempermainkan dustur Ilahi..
hakikat hati tak terluka
walau zahirnya ada yang ketawa..

Tuhan,ku mohonkan keampunan
keterlanjuranyang berulang kali
teman,kita patrikan di sini
berakhir sebuah lamunan duniawi
terima syukur taufiq Ilahi..