ARKIB : 03/10/2008
Sebahagian daripada keluarga generasi Dukut Maharajo yang berkumpul sempena Hari Raya Aidilfitri di Kampung Kepayang Fair Park, Ipoh, Perak, kelmarin.
IPOH 2 Okt. - Seramai 700 orang dari lima generasi keluarga Dukut Maharajo berkumpul di Kampung Seri Kepayang, Fair Park, Ipoh di sini untuk sama-sama menyambut Hari Raya Aidilfitri semalam.
Antara yang hadir itu termasuk sanak saudara yang datang dari Sudan, England, Australia, Brunei dan Indonesia untuk berkumpul di rumah moyang mereka yang pernah tinggal di sini.
Yang paling tua hadir dalam majlis penyatuan semula keluarga Dukut itu ialah Mailan Abdul Manas Ahmad Dukut yang kini berusia 97 tahun, namun beliau hanya terlantar dan tidak boleh bercakap.
Salah seorang cucu Dukut, Zaira Tak berkata, keluarga mereka telah mengadakan majlis penyatuan keluarga itu sejak tahun 1992.
''Oleh kerana perlu membuat perancangan untuk menganjurkan majlis ini, kita hanya boleh melakukan majlis penyatuan keluarga ini setahun sekali sempena hari raya," katanya.
Katanya, pada tahun ini pihaknya membuat perancangan sebelum ketibaan bulan Ramadan lagi.
''Kita menjemput saudara mara dan sahabat handai melalui e-mel serta jemputan biasa untuk memastikan mereka hadir ke majlis ini," katanya.
Katanya, bagi memastikan majlis itu berjalan lancar, sebuah jawatankuasa turut ditubuhkan yang diketuai oleh salah seorang cucu Dukut, Mukhtar Mahmud.
Dukut berasal dari Sumatera dan berpindah ke Chemor, Ipoh ketika berusia 18 tahun pada tahun 1880-an.
Ketika berada di sini, Dukut berkahwin dengan Halijah Imam Awang, anak kepada tokoh agama Kelantan, Imam Awang.
Dukut meninggal dunia pada tahun 1940-an tetapi cucu-cucunya dan sanak saudaranya terus mengingatinya sehingga kini.
*Keluargaku yang tercinta, harap dapat terus bersatu dan terus maju untuk bangsa dan agama.
** Lihat Utusan Malaysia, Berita Harian dan The Star 3/10/2008.
*** Utusan Malaysia
"Dia telah mensyari'atkan bagi kamu tentang agama apa yang telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa yaitu: Tegakkanlah agama dan janganlah kamu berpecah belah tentangnya. Amat berat bagi orang-orang musyrik agama yang kamu seru mereka kepadanya. Allah menarik kepada agama itu orang yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepada (agama)-Nya orang yang kembali (kepada-Nya)." (42:13)
NuffNang
Nuffnang
Translate
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Sebolehnya sila tinggalkan nama anda, sekadar nama samaran pun dah cukup agar orang lain senang menyebut nama anda. Terlalu banyak anynomous (tanpa nama) menyukarkan perbincangan. Sila jaga tatasusila anda semasa memberikan komen. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kerosakan yang berlaku terhadap penggunaan maklumat di dalam blog ini.