NuffNang

Nuffnang

Translate


Monday, November 10, 2008

Maksiat - Gaduh, mabuk lawan Shuffle

KUALA LUMPUR: Tarian Shuffle sepatutnya menjadi aktiviti sihat di kalangan remaja kerana selain mempamerkan kemahiran tarian kaki, ia juga baik untuk membina stamina dan kesihatan jantung.

Bagaimanapun, di kawasan siar kaki di Bukit Bintang di sini, lain pula jadinya apabila segelintir kumpulan remaja penggemar tarian berasal Ireland itu menjadikannya sebagai lesen untuk pergaulan bebas, minum arak dan bergaduh sesama sendiri.

Difahamkan, tarian itu yang popular di Australia selepas dilakukan beberapa pengubahsuaian mengikut peredaran zaman, kini begitu cepat merebak dan menambat hati remaja Melayu termasuk murid sekolah rendah sehinggakan mereka tidak segan silu menari sama ada di kawasan awam atau sekolah.

Ia juga menenggelamkan kegilaan golongan itu terhadap budaya skinhead dan punk menyebabkannya menjadi buah mulut di kalangan remaja kota sehinggakan sekitar Bukit Bintang tidak ubah seperti tapak pesta apabila golongan berusia 13 hingga 19 tahun berkumpul menyaksikan beberapa kumpulan mempersembahkan kemahiran tarian Shuffle.

Seorang remaja dikenali sebagai Daniel yang berkunjung saban minggu ke situ, mendakwa bagaimanapun terdapat beberapa kumpulan Shuffler yang tidak sebulu dan gemar bergaduh sesama mereka. Selanjutnya....


Assalamualaikum Warahmatullah.

Ini adalah satu lagi kerosakkan yang berlaku di muka bumi Allah. Kerosakkan yang nyata dan tidak dapat di bendung lagi. Mereka ini adalah penyambung warisan negara dan juga pelapis yang akan mendokong cita-cita pemimpin negara kita. Tetapi apa yang terjadi ialah mereka ini menjadi seperti sampah yang seronok dilihat oleh segelintir masyarakat lain. Maafkan saya jika saya terkasar bahasa dan terlalu mengikut perasaan. Tetapi saya tidak boleh bersabar lagi kerana berdasarkan kepada keadaan yang terjadi pada masyarakat melayu sekarang ini yang semakin teruk dan bertambah teruk. Siapa yang hendak dipersalahkan? Ibu bapa? Guru? Sebenarnya diri sendirilah yang hendak dipersalahkan. Bila keluar perihal remaja di suratkhabar, sibuklah mempersalahkan orang lain. Sebenarnya sikap tidak ambil kisah dan pentingkan diri sendirilah yang telah membuatkan keadaan semakin teruk dan semakin membimbangkan.

Ibu bapa sepatutnya memainkan peranan utama di rumah dan juga di luar rumah. Mereka juga sepatutnya memberikan anak-anak mereka ilmu berkaitan dunia. Bukannya memanjakan anak mereka dengan wang, sehinggakan tidak mengambil tahu apa yang anak mereka lakukan dengan wang itu. Sebenarnya tidak perlu lagi saya terangkan peranan ibu bapa dan guru kepada remaja masa sekarang ini. Sepatutnya semua sudah tahu peranan masing-masing terhadap anugerah Allah ini. Mereka yang membiarkan anak mereka bebas tanpa sekatan adalah punca kepada kerosakkan akhlak remaja masa sekarang. Kita lihatlah remaja masa dulu dan sekarang, yang mana satu lebih teruk dan yang mana satu lebih kritikal. Keadaan sekarang semakin maju dan moden, remaja pula semakin rosak. Jadi fikirlah, kepada remaja seperti inikah yang hendak kita wariskan negara kita ini? Orang melayu semakin ditindas dan semakin mundur. Kontrak sosial pula semakin berani dicabar oleh bangsa lain. Sedarlah wahai remaja, janganlah ingat yang anda semua sentiasa senang dan mewah. Jika tidak kerana usaha dan perjuangan umat yang terdahulu, adakah anda semua dapat kecapi apa yang anda nikmati sekarang ini?

Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Sebolehnya sila tinggalkan nama anda, sekadar nama samaran pun dah cukup agar orang lain senang menyebut nama anda. Terlalu banyak anynomous (tanpa nama) menyukarkan perbincangan. Sila jaga tatasusila anda semasa memberikan komen. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kerosakan yang berlaku terhadap penggunaan maklumat di dalam blog ini.