NuffNang

Nuffnang

Translate


Friday, February 13, 2009

Perjalanan.

Perjalanan.


Jalan….kenapa aku berjalan….

Saban hari aku berjalan mencari sesuatu…

Dalam berjalan, aku memerhatikan gelagat manusia

Dalam berjalan aku mempelajari gelagat tabiat manusia

Aku fikirkan aku yang lalai dan leka

Rupa-rupanya mereka lebih lalai dan leka dari aku

Jalan….kenapa aku berjalan…

Dahulu aku berjalan tanpa tujuan yang pasti…

Sekarang aku berjalan dengan matlamat dan harapan

Aku dikejutkan dengan kondisi yang selama ini aku rasakan selesa

Rupa-rupanya ianya hanyalah tipu daya dan kehancuran belaka

Mereka tidak sedar akan kehancuran yang bakal menjelma

Mereka tidak sedar yang sedikit demi sedikit mereka terheret

Ke dalam lembah kebinasaan atas sebab tangan mereka sendiri

Jalan…..kenapa aku berjalan….

Dalam suasana kegelapan yang menyelubungi diri mereka

Mereka alpa dan terus leka, menolak kebenaran dan mendakap kebatilan

Bangsa yang dulu megah dan berkuasa, rupanya hanyalah seketika

Mereka terjerat dalam alunan kebinasaan mereka sendiri

Mereka binasa dalam jerat yang mereka bina tanpa sedar

Jalan….kenapa aku berjalan….

Dahulu aku sentiasa bersinar bak artis

Sekarang aku pula yang menyinari mereka yang dalam kegelapan

Menarik mereka yang hanyut ke tepian

Memberikan mereka nyawa baru yang lebih baik

Yang telah lama ada tetapi mereka tidak menyedarinya

Jalan….kenapa aku masih lagi berjalan…

Walaupun letih dan di uji dengan bermacam ujian

Tapi aku tetap tidak mengalah dan lesu

Biar bermacam halangan, aku tetap akan berjalan

Berjalan untuk satu tujuan…

Berjalan untuk satu matlamat…

Iaitu menyedarkan minda yang tidur

Bangun untuk berjalan bersama aku.

4 comments:

  1. PERKHIDMATAN DAN PENERANGAN

    TEKNIK BUNUH IBLIS, SYAITAN, JIN, BUNIAN, KHANNAS, QARIN, DJIBT, THOGHUT DAN YANG SEKUTU DENGANNYA SECARA FIZIKAL, ZAHIR, BATIN DAN BATIN DALAM BATIN.

    TUJUAN:

    1. MELINDUNGI DIRI DAN IMAN DARI GANGGUAN, MEBELASAH SERTA MEMUKUL, MEMOTONG DAN JUGA MEMBUNUH MAKHLUK TERSEBUT

    2. MELINDUNGI DARI GODAAN DAN TIPU DAYA YANG KASAR SERTA HALUS OLEH MAKHLUK HALUS

    3. MENYELESAIKAN MASALAH HISTERIA, SIHIR, PUKAU, SANTAU, ILMU GUNA-GUNA, KENA TINDIH/HIMPIT DAN BANYAK LAGI

    4. MENGUBAT JIWA KOSONG

    5. MENGALAHKAN KEJAHATAN MANUSIA

    HASIL
    1. JIWA TENTERAM DAN TENANG
    2. HILANG PERASAAN WAS-WAS
    3. SEMBAHYANG KHUSYUK
    4. PERASAAN SUKA KEBAIKAN BENCI MAKSIAT
    5. DAN BANYAK LAGI

    INSYAALLAH ANDA DAN KELUARGA BOLEH MELAKUKANNYA SENDIRI

    *LAIN-LAIN PERKHIDMATAN

    1. BERSIH RUMAH BERHANTU
    2. BERSIH KAWASAN/TANAH BERHANTU
    *TIDAK TERMASUK TANAH KUBUR*


    BERMINAT HUBUNGI:
    ISMAIL
    (pakar bunuh makhluk halus)
    019-3619305
    http://ilmuhaq.multiply.com
    email: ilmuhaq@yahoo.com.my

    ReplyDelete
  2. wah agak bermakna
    ayat2 nih
    huhu
    ya INSYA'ALLAH ana sudi kenalkan
    erm tp bleh ana kenal siapa di sana
    dulu
    salam ukhuwah
    and di mana ana nak terangkan
    erm
    ada no kontak or ym ker

    http://syabab-uridu-khilafah.com

    ReplyDelete
  3. salam akhi syukran kerana anta betul berminat

    erm
    ok INSYA'ALLAH
    kalau bbukan ana sahabt ana akan datang berjumpa denngan anta

    ReplyDelete
  4. ungkapan anda sangat bermakna..
    cuma yg merasai saja yg akan faham..
    berjalanlh anda di bumi yg gersang..
    mencari2 hati emas ;)

    ReplyDelete

Sebolehnya sila tinggalkan nama anda, sekadar nama samaran pun dah cukup agar orang lain senang menyebut nama anda. Terlalu banyak anynomous (tanpa nama) menyukarkan perbincangan. Sila jaga tatasusila anda semasa memberikan komen. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kerosakan yang berlaku terhadap penggunaan maklumat di dalam blog ini.