Memikirkan sejenak.....
Apa yang aku fikirkan?
Berjalan sebentar.....
Kemana hendak ku berjalan?
Sebenarnya ada banyak jalan yang boleh ku lalui,
Tetapi yang mana satukah jalan yang boleh menerangi aku?
Kenapa mesti selalu ada persoalan?
Sudah satu hari aku berjalan di bumi Allah ini,
Dalam satu hari ini juga aku melihat alam ciptaan Allah,
Dalam satu hari ini juga aku melihat manusia yang bermacam jenis,
Dalam satu hari ini juga aku dapat mengenal jenis-jenis manusia ini,
Ada yang bersemangat dan ada yang lesu,
Tapi itulah yang aku dapati dalam satu hari ini.
Sudah satu hari aku berjalan di bumi Allah ini,
Sudah banyak kerosakkan yang aku lihat didalam satu hari ini,
Bila diajak untuk bersama membina sejahtera,
Mereka berdolak-dalik memberi alasan,
Ibarat tong kosong yang kuat berbunyi apabila diketuk,
Tetapi sebenarnya kosong tak bermakna,
Badan besar dan tegap lagak bak samseng,
Tetapi kecut apabila diajak berjuang,
Muka cantik bak bidadari,
Tetapi rela memelihara yang sementara dari membina yang kekal,
Bergaya dan segak bak seorang ilmuan,
Tetapi rela menyimpan pengetahuan untuk diri sendiri,
Inilah dia penyakit cintakan dunia, bencikan kematian.
Sedarlah wahai sahabatku, apa yang dikejar takkan menyelamatkan kamu,
Harta yang dikumpul hanya mengundang kebencian yang Esa,
Tiada yang baik tetapi keburukan yang menanti,
Berhentilah merasakan diri serba mencukupi,
Petunjuk sudah lama diberi,
Berkorbanlah untuk mencari sejahtera,
Walaupun hanya untuk satu hari.
"Dia telah mensyari'atkan bagi kamu tentang agama apa yang telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa yaitu: Tegakkanlah agama dan janganlah kamu berpecah belah tentangnya. Amat berat bagi orang-orang musyrik agama yang kamu seru mereka kepadanya. Allah menarik kepada agama itu orang yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepada (agama)-Nya orang yang kembali (kepada-Nya)." (42:13)
NuffNang
Nuffnang
Translate
Tuesday, March 10, 2009
Monday, March 9, 2009
Jiran kita di Malaysia.
Seringkali kita melihat atau mendengar di mana-mana sahaja media cetak dan elektronik pada waktu sekarang ini penuh dengan berita jenayah, penindasan, penzinaan, maksiat, demonstrasi dan lain-lain lagi berita yang tidak sedap. Apa sudah jadi dengan negara kita? Cuba kita lihat dalam skop yang lebih kecil seperti kawasan setempat kita, apa sudah jadi? Rata-rata masyarakat mahukan keamanan dan kesejahteraan. Tapi yang berlaku adalah sebaliknya bahkan kadang-kala lebih teruk lagi. Kenapa?
Ada ketikanya kita menyangkakan kita tidak akan diancam penjenayah, tapi yang berlaku adalah disebaliknya. Diri yang sentiasa berdoa agar diselamatkan dari bala yang menimpa orang lain, tapi tetap terjadi pada diri sendiri. Kenapa? terlalu banyak persoalan dan terlalu banyak pertikaian yang berlegar di minda kita.
Masyarakat melayu memang terkenal dengan tradisinya yang memang menitikberatkan kasih sayang sesama mereka. Bergotong-royong dan bertolak ansur amatlah banyak dilihat di mana-mana sahaja kawasan di negara kita. Ada ketikanya jika jirang tetangga melihat anak jirannya itu melakukan suatu kesalahan, mereka akan menegur anak jiran tersebut. Begitu erat dan kuat hubungan sesama melayu pada masa ini. Tetapi, di manakah sering kita melihat keadaan seperti ini sekarang? Di bandar? Amat sedikit sekali. Di kampung? Ya, masih banyak lagi amalan seperti ini.
Pada masa sekarang ini di bandar-bandar besar, tiada lagi jiran-jirang yang mengambil tahu atau mengambil berat tentang jirang mereka sendiri. Jika ditegur, akan di marahi pula oleh jirannya. Jadi sifat berdiam diri menjadi langkah yang terbaik untuk mereka yang hidup di bandar ini. Jika ada yang masih mengamalkan budaya ini, saya ucapkan tahniah dan teruskan juga, kerana inilah budaya Islam yang sebenar. Ada banyak hadis yang boleh kita rujuk dan kita jadikan amalan untuk kita.
1. "Jibril a.s. sentiasa mengingatiku tentang jiran sehingga aku menyangka bahawa mereka boleh mewarisi harta pusaka".
2. "Tidak sempurna iman seseorang apabila tidur dalam keadaan kekenyangan sedangkan jirang berada dalam kelaparan sedang ia mengetahuinya".
3. "Kamu tidak boleh masuk syurga selagi kamu tidak beriman, dan kamu tidak dianggap beriman selagi tidak berkasih sayang sesama kamu...".
Ini adalah beberapa hadis dari Nabi S.A.W dan jelaslah bahawa mengambil berat mengenai jiran amatlah penting.
Pada masa sekarang ini juga, jiran tetangga tidak lagi menegur anak jiran yang melakukan kemungkaran. Konsep 'jaga tepi kain sendiri' menjadi lebih penting dan menjadi amalan yang wajib lebih dari hadis dari Nabi Muhammad S.A.W. Mereka pada masa kini menjadi orang pentingkan diri, harta sendiri dan keselamatan sendiri. Padahal jika mereka mengambil berat tentang jiran, kehidupan mereka akan lebih tenteram dan selamat. Inilah yang dinamakan oleh baginda Nabi Muhammad S.A.W iaitu penyakit wahn (wahan) iaitu 'cintakan dunia dan bencikan kematian'. Konsep 'kubur masing-masing' juga semakin menjadi-jadi pada masa sekarang.
Sebenarnya, jika kita hidup berpandukan Al-Quran dan Hadis, hidup pasti akan menjadi lebih sejahtera. Dari pandangan saya, tidak ada cara lain untuk menerapkan nilai murni kedalam jiwa orang melayu pada masa sekarang melainkan dengan kembali kepada ajaran Islam yang sebenar. Kenapa saya gunakan perkataan 'orang melayu' dan tidak 'orang Islam' ? Ini kerana keadaan orang Islam kita yang berapa nak Islam inilah yang menyebabkan saya menggunakan perkataan tersebut. Sebenarnya perkara ini sudah lama pun berlaku, bahkan pada zaman Rasulullah dahulu juga sudah berlaku. Sayidina Umar al-Khattab r.a pernah menyatakan, "Kita suatu bangsa yang dimuliakan oleh Allah apabila kita berpegang pada ajaran Islam, akan tetapi sekiranya kita mencari kemuliaan dengan selain daripada ajaran Islam, Allah akan menghina kita".
Apa yang saya dapat simpulkan disini ialah, berpegang kepada ajaran Islam ialah menerapkan dan mengambil segala ajaran Islam dari Allah S.W.T ke dalam hidup kita. Bukannya sedikit atau separuh, tapi semua. Dengan cara ini, orang Islam yang tak berapa nak Islam itu akan menjadi Muslimin dan Muslimah yang sejati.
Wassalam.
Sunday, March 8, 2009
Malaysia kita....apa sudah jadi?
Assalamualaikum semua.
Sungguh lama rasanya saya tidak menulis di dalam blog ini. Sebenarnya dalam hati saya ini mempunyai terlalu banyak perkara yang hendak di kongsikan bersama. Bermula dengan kisah saudara kita di Palestine, di Iraq, di Afghanistan dan di mana-mana sahaja tempat di muka bumi ini yang umat Islamnya tertindas. Tetapi bila difikirkan kembali, kenapa hendak sibuk-sibuk dengan keadaan di luar sana, sedangkan di negara kita sendiri pun kita tak terjaga. Negeri Perak pada masa sekarang ni pun dah macam apa ntah. Macam citer P.Ramlee pun ada, citer Laksamana Do Re Mi, yang Sultan dan menterinya semua berteduh bawah pokok dan bersidang bawah pokok. Hahahaha....kelaka betul la derang ni. Saya kat sini bukan nak sokong memana pihak, tapi lihatlah keadaan mereka tu...macam BUDAK-BUDAK!!
Dulu salahkan khir toyo, menteri besar terengganu serta tajol rosli sebab tak dapat lepaskan jawatan mereka ketika BN kalah di tangan PR. Sekarang ni semua dah terbalik, PR plak yang berkelakuan seperti itu. Mengata orang, padahal mereka pun sama jer. Semuanya adalah berpunca dari satu sebab, iaitu kuasa. Kuasa ini dapat membutakan mata hati seseorang manusia. Buktinya dah banyak, dan kejadian di Perak ini adalah satu bukti yang jelas. Kalaupun mereka hendak mempertahankan kebenaran, dan mereka ini dipihak yang benar, kenapa tak nyatakan kemana 3 DUN mereka itu pergi? naper nak senyapkan jer? banyak persoalan kan? itulah politik, bergaduh sesama mereka, rakyat juga yang teraniaya.
Mereka lupa akan asal usul mereka dan mereka dari rumpun melayu. Semuanya angkuh dengan fahaman mereka sendiri dan tidak mahu mengaku kesalahan mereka sendiri. Masing-masing dengan agenda mereka sendiri, tetapi menggunakan alasan untuk rakyat untuk mencapai agenda mereka. Inilah yang dikatakan politik bodoh dan rakyat yang mengikutnya juga adalah rakyat bodoh. Mengikuti sesuatu tanpa menyelidik asal usul sesuatu agenda dan menerima bulat-bulat segala apa yang dikatakan oleh orang-orang politik ini. Perkara seperti ini akan menyebabkan orang melayu semakin berpecah dan kerajaan semakin goyah dan sekaligus akan menampakkan Malaysia ini adalah negara yang tidak aman di mata antarabangsa. Memperlihatkan kebodohan rakyat Malaysia itu sendiri di kaca mata dunia.
Kepada para pembaca sekalian, anda semua berpelajaran dan mempunyai akal. Sampai bila keadaan ini akan berkekalan dan sampai bila ia harus berlanjutan. Marilah kita bersama-sama bersatu kembali dan lupakan sahaja pergaduhan kerana fahaman politik masing-masing. Ini akan menampakkan orang melayu ini lemah dan mudah di provok oleh benda yang remeh. Kalau la ada wakil rakyat yang membaca petikan saya ini, saya cabar mereka untuk mengikut saranan saya ini jika mereka ini betul-betul sayangkan negara mereka ini terutama sekali bangsa melayu kita ini.

Subscribe to:
Posts (Atom)