NuffNang

Nuffnang

Translate


Wednesday, April 8, 2009

Membenci Bapa?

Assalamualaikum semua.

Sukanya saya untuk memberikan satu hadis pada anda semua :-

Dari Abu Hurairah, Katanya Rasulullah S.A.W bersabda : "Janganlah kamu membenci bapakmu. Siapa yang benci kepada bapaknya, maka dia kafir."

Riwayat Shahih Muslim.

Hadis ini terang-terang mengatakan tentang akibat bagi mereka yang membenci bapa mereka sendiri. Hadis ini turut di sokong oleh firman dari Allah S.W.T :-

Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa, karib-kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh, dan teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri,

Surah An-Nisa' Ayat 36.

Bayangkan jika kita dibenci oleh kawan baik kita sendiri, pasti kita akan merasa serba salah dan serba tidak kena, atau jika kita dibenci oleh Ibu dan bapa kita, pasti kita akan merasa tersiksa dan tertekan kerana orang yang melahirkan kita dan membesarkan kita membenci kita. Tetapi bayangkan pula yang membenci kita ini adalah Allah. Apa perasaan anda semua? Jika anda semua tidak merasakan apa-apa, pasti ada sesuatu yang tidak kena dengan Iman anda, atau adakah anda ini benar-benar Islam? Kepada mereka yang tidak mendapat apa-apa kebaikkan dari bapa mereka, adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk berdoa supaya bapa mereka berubah supaya menjadi lebih bertanggungjawab. Bukan dengan bertegang lidah atau mengeluarkan kata-kata kesat kepada bapa anda sendiri! Islam tidak mengajar kita supaya membenci umat yang lain, terutama sekali umat yang mempunyai pertalian darah dengan kita sendiri!

Jika inilah yang dikatakan di dalam hadis dan di dalam Al-Quran, apa yang hendak diperkatakan lagi? Nerakalah tempat kembali orang-orang yang ingkar dengan ayat Allah ini. Dah tahu? tapi kenapa buat juga? Rasa sempat nak bertaubat? Rasa dah cukup hebat? Nak bertangguh? Suka hatilah, sebab apa yang anda buat semua itu, tidak sedikit pun mendatangkan kebaikkan kepada diri sendiri.

Firman Allah S.W.T :-

Katakanlah: "Marilah kubacakan apa yang diharamkan atas kamu oleh Tuhanmu yaitu: janganlah kamu mempersekutukan sesuatu dengan Dia, berbuat baiklah terhadap kedua orang ibu bapa, dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu karena takut kemiskinan, Kami akan memberi rezki kepadamu dan kepada mereka, dan janganlah kamu mendekati perbuatan-perbuatan yang keji, baik yang nampak di antaranya maupun yang tersembunyi, dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan sesuatu (sebab) yang benar." Demikian itu yang diperintahkan kepadamu supaya kamu memahami(nya).

Surah Al- An'aam, Ayat 151.

Kalau dah menjadi haram jika kita tidak berbuat baik kepada ibu bapa kita, jadi tak payah la nak susah-susah hendak bersolat dan membuat amal kebajikan. Sudah pastilah ianya tidak akan diterima oleh Allah. Kenapa saya berkata demikian? Siapa saya? Pasti soalan itu berlegar di fikiran anda semua. Anda fikirlah sendiri, apakah dia benda yang haram di sisi Islam? Kita ambil la contoh binatang, dan contoh yang terdekat ialah Babi. Babi tu haram kan? Sungguh-sungguh haram kan? Bukan main-main tau haramnya tu. Kalau dah haram tu, nak dekat lagi ke? Sama la seperti dengan membenci Bapa kita, haram membenci bapa dan kalau kita buat juga, samalah juga dengan kita memegang babi itu sendiri. Bila dah terpalit dan tidak disamak untuk disucikan kotoran itu, segala amal kita tidak akan diterima. Faham? Jadi tak payah la kita nak susah-susahkan fikiran kita, sebab ianya berkenaan dengan logik akal. Hanya orang yang berakal dan ambil pelajaran dari Al-Quran saja yang akan mendapat keberuntungan.

Jadi fikirlah semua, anda hendak rugi atau untung? nak untung? mari la ke syurga, nak rugi? pegi lah ke neraka jahannam. Tepuklah dada, tanyalah iman. Sesungguhnya iman itu adalah sesuatu yang tidak dapat diwarisi.

Wassalam.

2 comments:

  1. babi dan anjing diciptakan bersebab ;)

    hanya org yg mengambil pelajaran je yg nmpak dan fhm ;)

    semua org marah bila disamakan dgn babi or anjing. tp bila Allah dh umpamakan dia seperti babi or anjing, maka memang betul la dia seperti binatang2 itu ;).

    ReplyDelete
  2. salam..ya,kita tidak seharusnya mmbnci ibu bapa kita walau betapa buruk atau teruknya perangainya..sama ada peminum arak atau yg lain2..

    ReplyDelete

Sebolehnya sila tinggalkan nama anda, sekadar nama samaran pun dah cukup agar orang lain senang menyebut nama anda. Terlalu banyak anynomous (tanpa nama) menyukarkan perbincangan. Sila jaga tatasusila anda semasa memberikan komen. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kerosakan yang berlaku terhadap penggunaan maklumat di dalam blog ini.