NuffNang

Nuffnang

Translate


Thursday, July 30, 2009

Terjaga Kembali.

Ketika mentari menyinar pagi,
Manusia berpusu-pusu mencari sesuap nasi,
Meredah kesesakan belantara batu,
Hingga lupa pada yang memayungi diri,
Lupa pada yang sedia untuk membakar,

Keris dihunus dengan hati yang membara,
Tetapi tumpul dan tiada bermata,
Harimau mengaum menggegar alam,
Tetapi sayang, tiada bertaring,
Lebih berkata-kata dari perbuat,

Bangunlah segera anak-anak melayu,
Usah leka dibuai umpanan musuh,
Robohkan dinding yang mengurung fikiran,
Agar semua kembali bersatu,
Ibarat bangunan yang berdiri kukuh,

Angin api kita padamkan,
Agar tanah air tenteram dan aman,
Janganlah berhenti wahai anak-anak bangsaku,
Teruskan berjuang tanpa sempadan,
Agar pewaris dapat menikmati hidup selesa.

*Ini adalah sajak untuk menyedarkan orang melayu. Kalau sajak ini pun nak dikatakan sebagai perkauman seperti mana yang Tun Dr. M perjuangkan di dalam blog beliau, buktikan pada saya yang anda semua yang bukan melayu ini tidak perkauman. Kepada orang melayu, jadilah rakyat yang kuat, supaya kita menjadi bangsa memimpin semula seperti zaman nenek moyang kita dulu. Kerana tempat kita adalah di atas, bukannya di bawah.

No comments:

Post a Comment

Sebolehnya sila tinggalkan nama anda, sekadar nama samaran pun dah cukup agar orang lain senang menyebut nama anda. Terlalu banyak anynomous (tanpa nama) menyukarkan perbincangan. Sila jaga tatasusila anda semasa memberikan komen. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kerosakan yang berlaku terhadap penggunaan maklumat di dalam blog ini.