NuffNang

Nuffnang

Translate


Wednesday, September 16, 2009

Buat rakan-rakanku sekalian.

Assalamualaikum semua.

Lagi 3 hari la, seluruh umat Islam di Malaysia akan menyambut ketibaan 1 Syawal dan menandakan berakhirnya bulan Ramadhan. Sudah banyak ujian yang kita lalui semasa kita berpuasa sama ada ujian kepada telinga, mata atau hati kita. Tetapi, cuba kita tanya pada diri kita sendiri, apa yang kita dapat selama kita berpuasa selama sebulan ini? Tanya juga kepada diri kita sendiri, kenapa pada bulan puasa ini masih ramai yang masih berbuat dosa seolah-olah diri kebal dari azab Allah? Di manakah silapnya? Apabila tiba hari raya, sambutan yang dibuat seolah-olah sudah berpuasa selama 1000 tahun, kononnya untuk menyambut kemenangan. Tetapi kemenangan apa? kemenangan siapa?


Pada zaman baginda Nabi Muhammad s.a.w, baginda hanya menyambut sekali sahaja syawal, iaitu pada ketika kemenangan umat Islam di tanah arab. Tetapi pada kali ini, kemenangan apa yang kita kecapi dan raikan ini? Hanya kemenangan menahan lapar dan dahaga serta nafsu? Itu sahajakah kemenangan kita? Jika dilihat pada keadaan dan dunia kita sekarang, dimanakah kedudukan Islam pada masa sekarang. Adakah di atas atau di bawah? Adakah ini keadaan yang di kehendakiNya? Segala macam kerosakkan dan kehancuran telah berlaku, umut Islam dibunuh dan diseksa sesuka hati. Kemungkaran berlaku di mana-mana sahaja. Pada saya ianya amatlah memalukan kerana tiada apa yang hendak dibanggakan oleh umat Islam pada masa kini kecuali jumlah kematian umat Islam yang semakin meningkat tinggi.

Pada kali ini, ingin saya tekankan pada rakan-rakanku sekalian terutama sekali pada kaum wanita supaya tolonglah menjaga kehormatan masing-masing. Apa guna puasa anda jika maruah anda tidak dijaga? Pada yang pernah mempunyai sejarah hitam, adakah anda semua mahu sejarah itu berulang kembali? Mungkin ada diantara kawan-kawan anda yang tahu tentang sejarah silam anda dan anda mahu insaf. Tapi apa gunanya semua azam anda itu jika anda masih lagi tidak berubah atau kembali kepada perangai lama anda? Jagalah aurat dan maruah anda semua, kerana aurat anda itulah maruah anda yang sebenarnya. Kepada yang sudah mula terbuka hati anda untuk bertudung, bawalah nilai sebuah tudung itu dengan sepatutnya. Janganlah membuat perkara yang terkutuk kerana kelak ia akan memberi tempias kepada muslimah lain yang bertudung dan mungkin suatu hari nanti, rakan-rakan anda yang lain tidak akan mempercayai dan tidak menghormati anda lagi jika anda ingin berubah. Akhir kata, setiap kali Ramadhan berakhir, muhasabahlah diri anda semua kembali. Saya juga ingin mengucapkan selamat Aidilfitri kepada semua, jika ada salah dan silap dariku wahai rakan-rakanku harap dapat dimaafkan zahir dan batin.

Wassalam...

Thursday, September 10, 2009

Malaysia Vs, Indon ??

Assalamualaikum semua,

Hari ini kita akan bercerita mengenai perbalahan diantara Malaysia dan Indonesia. Semuanya ini bermula daripada sejenis tarian iaitu tarian Pandet. Saya pun tidak tahu sangat mengenai tarian ini dan kepentingan tarian ini sampai sanggup berbunuh malah tak mustahil akan mengakibatkan perang. Tapi apa yang saya faham ialah, tarian itu adalah tarian tradisional dari Indonesia dan tidak hairanlah mereka semua menjadi marah. Tetapi kenapa rakyat mereka sahaja yang bertindak? kenapa tidak golongan menteri di indonesia? bukankah mereka sepatutnya melindungi adat dan budaya mereka? atau adakah mereka ini hanya bermuka-muka dengan negara kita?

Hari ini sahaja ada 3 tajuk utama mengenai perbalahan ini di suratkhabar berita harian. Ini belum lagi di suratkhabar-suratkhabar lain. Berikut adalah tajuk-tajuk utama di berita harian :-

1) 'Kes ugutan bukan pendirian masyarakat Indonesia'.

2) Pelajar kita risaukan geng buluh runcing.

3) Jakarta jamin rakyat Malaysia dilindungi.


Jakarta memberi jaminan yang rakyat kita akan dilindungi. Mereka juga berkata yang budaya ugut bukan budaya mereka. Persoalannya sekarang, adakah rakyat kita akan dilindungi dengan adil dan tidak berat sebelah? Sebab saya berkata begini ialah, yang menjaga rakyat Malaysia di sana nanti sudah tentulah polis indonesia. Adakah mereka akan menjalankan tugas mereka dengan adil? Persoalan yang kedua ialah, adakah mereka akan menjaga rakyat kita sebagaimana mereka menjaga rakyat mereka ketika rusuhan agama dan tunjuk perasaan dinegara mereka di mana banyak pertumpahan darah berlaku? Anda boleh lihat video rusuhan ini di mana-mana sahaja media elektronik terutama sekali di youtube. Amat mengerikan sekali di mana polis indonesia pun gagal untuk menghalang perusuh terus mengganas menetak dan menikam seorang rakyat indonesia juga. Inikah perlindungan dan kemampuan mereka yang mereka katakan? Bagaimana mereka hendak melindungi rakyat kita sedangkan mereka sendiri gagal untuk melindungi rakyat mereka sendiri?

Saya rasa, lebih baik kita tempatkan tentera atau polis kita sendiri di sana. Kita lebih percayakan rakyat kita sendiri dari rakyat dan bangsa lain. Hatta rakyat mereka di negara kita pun kita susah hendak percayakan mereka. Wahai pemimpin negara Malaysia, janganlah mengambil sikap lepas tangan sahaja. Janganlah sehingga ada rakyat Malaysia terkorban di sana, barulah kita hendak mengambil tindakan. Janganlah nanti, berlaku perang antara Malaysia dan Indonesia, barulah tindakan diambil. Jadi, jika ada orang yang bertanya kepada saya adakah kita perlu risau mengenai hal ini? Jawapan saya, Ya! kita perlu risau dan perlu bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan yang akan berlaku. Janganlah leka dan bersiap siagalah kita sentiasa seperti kata perbahasa 'sediakan payung sebelum hujan'.

Wassalam.

Wednesday, September 9, 2009

Halalkah Gaji Kakitangan Awam ? : Pendapatan Kerajaan Bercampur. (www.zaharuddin.net )

Assalamualaikum semua,

Dibawah ini saya adalah sebuah artikel dari web ustaz Zaharuddin yang amat menarik perhatian saya. Saranan saya, bacalah artikel ini dan fahamkan kemudian fikirlah sendiri. Jika ada sebarang pendapat, kemukakanlah di akhir artikel ini.

Soalan

Betul kah pendapatan kerajaan dibahagi kepada dua akaun? mana buktinya?.Adakah Kastam Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan sebagainya telah asingkan cukai halal dan haram. Jika demikian, bagaimana boleh dikatakan gaji kakitangan awam datang dari akaun yang halal. ?


gaji oh gaji

JAWAPAN UZAR :

Sebarang bukti saudara perlulah mengusahakannya sendiri. Saya juga tiada sebarang bukti, namun bagi saya bukti pembahagian akaun telah dibuat bukanlah satu perkara asas dalam hal ini, ( sebaliknya yang asas adalah mengapa sesebuah kerajaan itu ingin meluluskan sesuatu industri yang haram seperti judi dan lain-lain) . Adapun dalam konteks soalan ini, kita sedang memberikan fokus kepada pendapatan kerajaan yang TELAH PUN bercampur.

Perlu kita fahami bahawa wang atau ‘fiat money' atau duit kertas itu tidak menjadi haram kerana sifat fizikalnya. Ia bukannya seperti najis yang boleh merebak ke bahagian lain apabila bercampur. Apa yang haram adalah cara perolehannya dan bukan fizikalnya.

Justeru itu, oleh kerana sememangnya terdapat perolehan kerajaan dari sumber cukai yang halal dan haram (dari sudut SHariah dan bukan dari sudut undang-undang), tanpa pengasingan akaun, sudah tentu percampuran halal dan haram akan berlaku, namun ingin saya tegaskan bahawa cara perolehan yang haram dan dari sumber haram hanya akan dipertanggungjawabkan ke atas bahu individu berwajib seperti pegawai terbabit (pelaksana) dan pemimpin yang membuat dasar.

Adapun, kakitangan awam yang bekerja di bidang yang halal seperti guru, pegawai kementerian, pensyarah di IPTA, Jabatan Agama, Mufti, Qadhi, Jurutera, Akauntan dan ramai lagi, gaji mereka adalah halal. selagi mana KERJA YANG DILAKUKAN HALAL. Walaupun gaji mereka keluar dari kantung Negara yang bercampur dari hasil halal dan haram, duit dari sumber haram tadi tidak akan memberi kesan haram kepada gaji mereka.

Dosa haram adalah bersifat maknawi atau hukmi atau spiritual yang akan melekat di hati individu terbabit sahaja. Ia tidak berpindah kepada orang yang tidak berkaitan secara fizikal (iaitu apabila wang kertas itu berpindah ke tangan orang lain).

Selain itu, jika wujud orang yang ingin bersikap terlalu keras dan 'strict' tidak bertempat sehingga ingin mendakwa semua gaji kakitangan awam adalah haram kerana wujudnya percampuran, maka saya nasihatkannya untuk melihat dirinya sendiri terlebih dahulu. Dimanakah ia bekerja, jika ia bekerja di sebuah syarikat maka mungkin percampuran pendapatan syarikat juga akan berlaku kerana sebahagian besar modal syarikat juga datang dari sumber haram iaitu pinjaman bank riba dan pengurusan juga banyak yang mendapatkan kontrak secara rasuah dan lain-lain lagi. Justeru boleh dikatakan bahawa sebahagian pendapatan syarikat adalah haram.

Jika ia mengatakan "saya bekerja sendiri" maka ia tetap akan menghadapi situasi yang sama iaitu pembelinya menggunakan wang yang bercampur dari sumber haram dan halal.

Perlu diingat bahawa dalam sebuah negara Islam yang hakiki, adalah harus atau DIBENARKAN bagi pemerintah sesebuah negara Islam untuk membenarkan penduduk bukan Islam dalama negaranya menjual arak kepada sesama mereka DENGAN SYARAT ia diiktiraf oleh agama mereka. Dari sudut percukaian pula, adalah DIBENARKAN atau harus pihak kerajaan Islam tadi menerima cukai hasil perniagaan arak tadi memandangkan ia dikutip menurut peruntukan hukum Islam yang sohih. Harta tersebut boleh digunakan untuk maslahat awam termasuk membayar gaji kakitangan awam tanpa sebarang masalah.

KESIMPULAN

semua kakitangan awam jangan bimbang dengan gaji mereka selagi mana mereka melakukan kerja-kerja dan tugasan yang halal. Adapun setiap pelaksanaan perintah oleh orang atasan yag bercanggah dengan Islam akan menjadikan sebahagian gaji mereka haram dan syubhah. Manakala beban dosa dari tugasan haram tadi pula akan ditanggung oleh setiap orang atasan yang membuat keputusan termasuklah setiap individu yang menyokong.

Adapun, jika anda ingin membaca dalil-dalil kepada jawapan yang saya utarakan ini. Anda bolehlah membaca dengan faham artikel berikut.

Maksud saya ‘faham'kan kerana anda perlu mengaitkan dalil itu dengan kerajaan yang bercampur pendapatannya.

Sekian,

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Sunday, September 6, 2009

Seksyen 23....Apa sudah jadi?

Assalamualaikum semua.

Pada hari ini, saya tergerak hendak bercerita mengenai krisis di seksyen 23 Shah Alam. Sebenarnya sudah lama saya berdiam diri mengenai hal ini, tapi pada hari ini saya sudah tidak boleh hendak duduk membisu sahaja. Sebagai seorang rakyat Malaysia, ingin saya meluahkan apa yang terbuku dihati supaya dapat memberikan serba sedikit petunjuk dan kesedaran kepada yang tidak mengetahui. Saya juga tidak mahu menyalahkan sesiapa pun di dalam penulisan saya pada kali ini, kerana saya hendak semuanya berfikir sendiri. Sebelum saya memulakan cerita saya ini, ingin saya katakan apa yang akan saya ceritakan ini banyak berkait rapat dengan 'Kontrak Sosial' dan 'Perlembagaan Persekutuan' negara Malaysia kita.

Kontrak sosial ialah satu persetujuan diantara orang melayu dan juga british. Ia bukanlah perjanjian diantara orang melayu dan orang bukan melayu yang kebanyakkan dari kita ketahui. Betulkan tanggapan anda semua itu dahulu sebelum memulakan apa-apa perbicaraan atau apa-apa tindakan. 4 perkara untuk orang melayu dan 1 sahaja untuk orang bukan melayu iaitu pendatang di tanah melayu pada masa itu. Didalam Perlembagaan Persekutuan pula ada disebut dibawah perkara 3(1) iaitu, Agama Islam ialah agama Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman damai di mana-mana bahagian persekutuan. Ini sudah cukup untuk dijadikan sebagai petunjuk kepada penduduk Islam seksyen 23 untuk menuntut hak mereka.

Satu lagi isu ialah apabila kaum hindu ini berkata, mereka sudah banyak bertolak ansur mengenai Azan yang dilaungkan sebanyak 5 kali sehari. Apa ni? Apa semua ini? Mereka ni tidak tahu ke yang mereka semua ini duduk di kawasan yang majoritinya adalah penduduk Islam? Ini menunjukkan yang mereka sudah lupa daratan, sudah pandai meminta-minta perkara yang tidak masuk akal. Inilah akibatnya yang akan terjadi jika kaum yang bukan melayu ini memerintah Malaysia. Nampak sangat yang mereka semua ini hanya berlakon baik didepan orang melayu, tetapi apabila mereka mendapat peluang, mereka akan menunjukkan belang mereka sebenar. Jadi perkara seperti inikah yang kita hendak wahai saudara Islamku? Keadaan seperti di Singapura? di Denmark? di negara barat dan eropah lain? di mana azan tidak boleh dilaungkan dan umat Islam ditindas?

Didalam perkara 3(2) juga ada disebut kedudukan Sultan sebagai ketua Agama Islam. Jadi, Sultan harus memainkan peranan yang lebih demi memelihara kedudukan dan hak orang melayu. Tapi apakan daya, mahkamah lebih berkuasa dari kuasa Sultan pada masa sekarang. Kesian sungguh rasanya kerana matlamat Malayan Union dahulu iaitu ingin menghapuskan kuasa raja-raja sudah hampir tercapai. Inilah kesan kepada kita semua jika pemimpin pun tidak kuat, gila kuasa dan hanya memikirkan keselesaan sendiri sahaja.

Kesimpulannya ialah, kita sebagai orang melayu haruslah lebih peka dan celik terhadap apa juga keadaan. Sebelum itu, kita hendaklah menjadi rakyat yang berilmu dan banyak membaca. Tahu dulu apa hak kita sebelum kita bersuara. Kuat dan perkasakan orang melayu dahulu sebelum kita bertindak. Biarlah kita menjadi kaum yang memimpin dan bukanlah kaum yang di pimpin. Janganlah apabila sudah dipijak, barulah kita hendak bertindak dan bersuara.

Wassalam...