NuffNang

Nuffnang

Translate


Thursday, September 10, 2009

Malaysia Vs, Indon ??

Assalamualaikum semua,

Hari ini kita akan bercerita mengenai perbalahan diantara Malaysia dan Indonesia. Semuanya ini bermula daripada sejenis tarian iaitu tarian Pandet. Saya pun tidak tahu sangat mengenai tarian ini dan kepentingan tarian ini sampai sanggup berbunuh malah tak mustahil akan mengakibatkan perang. Tapi apa yang saya faham ialah, tarian itu adalah tarian tradisional dari Indonesia dan tidak hairanlah mereka semua menjadi marah. Tetapi kenapa rakyat mereka sahaja yang bertindak? kenapa tidak golongan menteri di indonesia? bukankah mereka sepatutnya melindungi adat dan budaya mereka? atau adakah mereka ini hanya bermuka-muka dengan negara kita?

Hari ini sahaja ada 3 tajuk utama mengenai perbalahan ini di suratkhabar berita harian. Ini belum lagi di suratkhabar-suratkhabar lain. Berikut adalah tajuk-tajuk utama di berita harian :-

1) 'Kes ugutan bukan pendirian masyarakat Indonesia'.

2) Pelajar kita risaukan geng buluh runcing.

3) Jakarta jamin rakyat Malaysia dilindungi.


Jakarta memberi jaminan yang rakyat kita akan dilindungi. Mereka juga berkata yang budaya ugut bukan budaya mereka. Persoalannya sekarang, adakah rakyat kita akan dilindungi dengan adil dan tidak berat sebelah? Sebab saya berkata begini ialah, yang menjaga rakyat Malaysia di sana nanti sudah tentulah polis indonesia. Adakah mereka akan menjalankan tugas mereka dengan adil? Persoalan yang kedua ialah, adakah mereka akan menjaga rakyat kita sebagaimana mereka menjaga rakyat mereka ketika rusuhan agama dan tunjuk perasaan dinegara mereka di mana banyak pertumpahan darah berlaku? Anda boleh lihat video rusuhan ini di mana-mana sahaja media elektronik terutama sekali di youtube. Amat mengerikan sekali di mana polis indonesia pun gagal untuk menghalang perusuh terus mengganas menetak dan menikam seorang rakyat indonesia juga. Inikah perlindungan dan kemampuan mereka yang mereka katakan? Bagaimana mereka hendak melindungi rakyat kita sedangkan mereka sendiri gagal untuk melindungi rakyat mereka sendiri?

Saya rasa, lebih baik kita tempatkan tentera atau polis kita sendiri di sana. Kita lebih percayakan rakyat kita sendiri dari rakyat dan bangsa lain. Hatta rakyat mereka di negara kita pun kita susah hendak percayakan mereka. Wahai pemimpin negara Malaysia, janganlah mengambil sikap lepas tangan sahaja. Janganlah sehingga ada rakyat Malaysia terkorban di sana, barulah kita hendak mengambil tindakan. Janganlah nanti, berlaku perang antara Malaysia dan Indonesia, barulah tindakan diambil. Jadi, jika ada orang yang bertanya kepada saya adakah kita perlu risau mengenai hal ini? Jawapan saya, Ya! kita perlu risau dan perlu bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan yang akan berlaku. Janganlah leka dan bersiap siagalah kita sentiasa seperti kata perbahasa 'sediakan payung sebelum hujan'.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Sebolehnya sila tinggalkan nama anda, sekadar nama samaran pun dah cukup agar orang lain senang menyebut nama anda. Terlalu banyak anynomous (tanpa nama) menyukarkan perbincangan. Sila jaga tatasusila anda semasa memberikan komen. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kerosakan yang berlaku terhadap penggunaan maklumat di dalam blog ini.