Assalamualaikum Wbt.
Kali ini saya akan bercerita mengenai belajar menerima kenyataan apabila kita gagal dalam bercinta. Pada suatu ketika dahulu pernah ada seorang sahabat yang mengatakan kepada saya yang dia tidak akan berasa kecewa apabila dia ditinggalkan kekasih. Alasannya ialah, dia sudah banyak kali bercinta dan dia sudah boleh belajar dari kegagalan yang lepas. Tetapi, yang sebenarnya ialah dia amat-amat kecewa juga apabila ada seorang kekasih yang dia betul-betul cinta telah meninggalkannya. Dia mula membuat perkara-perkara yang bodoh dan yang boleh merosakkan akidahnya.
Kepada sidang pembaca sekalian, sebenarnya kita harus bersedia dalam apa juga kemungkinan yang bakal terjadi. Kita hendaklah menyediakan tilam yang empuk agar suatu hari nanti apabila kita terjatuh, sakitnya tidaklah begitu terasa. Sebagai contoh apabila kita kecewa dalam satu-satu hal, janganlah kita duduk bersendirian kerana ianya akan menambah lagi kemurungan yang dialami. Selalulah kita bersama-sama dengan sahabat-sahabat kita dan lebih baik lagi jika kita menyertai aktiviti yang dilakukan oleh sahabat-sabahat kita itu. Tetapi haruslah diingat, carilah sahabat yang baik dan bukannya yang menghancurkan kita. Sahabat yang baik adalah sahabat yang berani mengatakan tidak kepada kesalahan yang bakal kita lakukan. Bagi yang kurang mempunyai kawan, penuhilah aktiviti anda dengan aktiviti yang berfaedah seperti menghadiri program ilmu atau program yang membina motivasi dan akidah diri. Memuhasabah diri juga merupakan salah satu cara yang terbaik juga.
Akhir sekali, solat jugalah yang menjadi ibu kepada segala penawar kedukaan. Tetapi solat yang berkesan adalah solat yang benar-benar dilakukan mengikut syariat sahaja. Jika solat yang dilakukan sebagai contoh, tidak memahami sepatah apa pun yang dibaca, solat yang dibuat kerana mengikuti orang kebanyakkan, sudah pasti solat itu tidak akan terkesan dan tidak akan memberi ketenangan kepada kita. Lakukanlah setiap kerja itu kerana Allah kerana sudah pasti apa datang ujian dariNya, kita akan dapat menerima segala kegagalan itu dengan tenang. Barulah kita akan menjadi lebih berani untuk menghadapi kenyataan.
Wassalam.
"Dia telah mensyari'atkan bagi kamu tentang agama apa yang telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa yaitu: Tegakkanlah agama dan janganlah kamu berpecah belah tentangnya. Amat berat bagi orang-orang musyrik agama yang kamu seru mereka kepadanya. Allah menarik kepada agama itu orang yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepada (agama)-Nya orang yang kembali (kepada-Nya)." (42:13)
No comments:
Post a Comment
Sebolehnya sila tinggalkan nama anda, sekadar nama samaran pun dah cukup agar orang lain senang menyebut nama anda. Terlalu banyak anynomous (tanpa nama) menyukarkan perbincangan. Sila jaga tatasusila anda semasa memberikan komen. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kerosakan yang berlaku terhadap penggunaan maklumat di dalam blog ini.