Firman Allah SWT yang bermaksud : "Ada di antara manusia yang membantah akan perkara-perkara yang berhubung dengan Allah dengan tidak berdasarkan ilmu pengetahuan, dan ia (hanya) menuruti tiap-tiap syaitan yang telah sebati dalam jiwanya."
(Al-Haj : 3)
(Al-Haj : 3)
Berdasarkan firman Allah itu, mari kita lihat pula kata-kata artis mengenai tajuk penulisan saya pada kali ini iaitu 'Orang melayu suka berhibur?'
Jamal Abdillah : "Saya taknak komen"
Tomok : "Saya tak setuju jika konsert itu diharamkan. Kalau berlaku perkara tak baik pun, atas tanggungjawab diri sendiri. Salahkan ibu bapa merekalah kerana tak kawal anak-anak mereka."
Yuna : "Konsert ini bagus untuk memperkenalkan artis. Tapi kalau tiada konsert bagaimana dengan nasib artis?"
Ini pula adalah pandangan daripada pengunjung sebuah konsert hiburan tersebut :
Norhidayah Mohamad (17) : "Saya tak setuju konsert ini diharamkan. Kita datang ke sini nak tengok konsert."
Zuraidah Zainal (17) : "Kami sekadar berhibur. Kalau ada yang buat tak baik, takkanlah konsert nak diharamkan"
Mohd Labim (29) : "Tidak semua orang buat perkara tak baik datang ke sini. Orang muda je. Saya datang dengan keluarga. Konsert ini kemuncak dalam karnival *** *****, kalau ditiadakan tak menariklah."
-Milennia Muslim-
Berdasarkan kepada semua testimoni atau pandangan ini, dapatkah anda kaitkan dengan firman Allah di permulaan penulisan saya tadi? Maka benarlah kata-kata Allah. Fenomena orang melayu yang suka berhibur ini sudah lali dalam masyarakat kita. Mahu atau tidak, kita harus akui yang ianya terdiri daripada orang melayu majoritinya. Pada tahun lepas iaitu tahun 2009, seramai 1.1 juta orang telah menghadiri konsert ini. Paling mengejutkan saya ialah, 99% dari pengunjung tersebut terdiri daripada orang melayu sahaja!! Jikalau ini boleh dimasukkan ke dalam rekod dunia untuk kaum yang paling suka berpesta, sudah pasti ianya sudah dimasukkan.
Apa sahaja alasan yang mereka gunakan seperti melepaskan tekanan, suka-suka atau berhibur dengan berhemat, sebenarnya ianya adalah penggalak dan permulaan kepada aktiviti yang tidak bermoral. Walaupun tidak semuanya datang untuk membuat perkara tidak baik, tetapi niatnya adalah tetap untuk berhibur. Nak buat konsert ikut syarak? macam mana? pisahkan antara lelaki dan perempuan? boleh ke? kalau boleh, kenapa tidak dilakukan sahaja? Ini semua kerana mereka yang mempunyai kuasa ini hanya sekadar melepas batuk di tangga sahaja. Cakap tapi tak buat, hanya pandai menunding jari sahaja. Pada hal mereka mempunyai pengikut yang ramai dan boleh melakukan sesuatu jika kemungkaran berlaku. Tetapi mereka lebih suka tidak menyusahkan diri sendiri dari menjejaskan periuk nasi mereka sendiri.
Anda semua tidak nampak apa yang saya nampak. Kalau ada yang nampak, baguslah. Hiburan yang disajikan kepada kita ini hanyalah untuk melalaikan kita dari mengerjakan apa yang haq. Tatkala orang melayu sedang berhibur, kaum lain pula bertungkus lumus untuk mencari peluang untuk menjatuhkan orang melayu. Saya rasa anda semua pasti sedar akan fenomena ini. Parti politik juga nampak dan tahu akan kejadian ini. Tetapi semuanya dinafikan oleh sikap pentingkan diri sendiri oleh pemimpin politik terutama sekali pemimpin PAS. Alangkah cetek dan degilnya pemikiran mereka ini.
Biar saya bentangkan sedikit fakta mengenai sebuah kawasan yang kita jarang dengar di media massa suatu ketika dahulu iaitu di Darfur :
2003 - bermulanya konflik peperangan antara puak di Darfur.
4.7 juta - rakyat di Darfur hidup dalam kacau bilau.
16,370 - anggota NGO terdapat di Darfur untuk memberi bantuan dan sokongan.
16.1% - penduduk Darfur yang mati akibat pergaduhan baru-baru ini dikatakan berpunca daripada kekurangan makanan.
300,000 - setakat ini dipercayai mati akibat peperangan dan kelaparan.
6 juta - kanak-kanak juga turut menjadi mangsa konflik di Darfur.
3.4 juta - pula menerima berbagai bantuan daripada PBB dan NGO.
2.7 juta - dari mereka terpaksa dipindahkan ke bahagian yang lebih selamat.
16 agensi - pemberi bantuan diarah tutup dan diusir dari Sudan.
3.7 juta lebih - dianggarkan tidak akan menerima bantuan makanan, bekalan air minum dan perkhidmatan kesihatan berikutan keputusan itu.
26 - dipercayai mati baru-baru ini akibat dari pergaduhan antara dua puak yang berpunca daripada kecurian ternakan.
Bilangan kematian yang direkodkan setakat ini - Tidak diketahui dan semakin meningkat.
Ini adalah apa yang terjadi di negara lain, tetapi adakah kita fikir kita akan terselamat jika kita lalai terhadap tanggungjawab kita? Berhentilah dari berhibur. Tumpukan kepada dalam memperkasakan kaum melayu kita. Hiburan itu setakat di dunia sahaja dan tidak dapat kita bawa ke kubur. Pada yang suka bersukan, teruskan bersukan tetapi janganlah sampai melalaikan. Bersukanlah untuk kesihatan tubuh badan untuk digunakan kearah kebaikkan.
No comments:
Post a Comment
Sebolehnya sila tinggalkan nama anda, sekadar nama samaran pun dah cukup agar orang lain senang menyebut nama anda. Terlalu banyak anynomous (tanpa nama) menyukarkan perbincangan. Sila jaga tatasusila anda semasa memberikan komen. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kerosakan yang berlaku terhadap penggunaan maklumat di dalam blog ini.