NuffNang

Nuffnang

Translate


Sunday, August 15, 2010

Provokasi ke atas Islam.

Assalamualaikum.

Jika kita baca semua akhbar dan juga artikel di majalah mengenai Islam, majoritinya adalah amat indah dan aman. Maksud saya, tidak ada satu pun akhbar yang menerangkan mengenai keadaan sebenar Islam di dunia pada masa sekarang. Tidak ada yang menerangkan yang Islam ditindas dan dipijak di serata dunia. Tidak ada juga yang menerangkan mengenai Islam di perbodohkan di negara sendiri. Seperti yang kita lihat pada masa sekarang ini, Islam secara terang-terangan telah di perbodohkan oleh golongan yang sepatutnya menjadi guru atau penyampai ajaran Allah. Ada yang mempermainkan hukum hudud Allah dan ada yang menggunakan hukum Allah untuk menghalalkan benda yang haram. Apa sudah jadi? Kepada siapa lagi yang harus kita percaya lagi jika tidak kepada golongan yang berilmu ini?

Sebelum itu, untuk pengetahuan anda semua, maksud Alim ialah Orang yang berilmu kerana Alim adalah dari perkataan arab yang bermaksud ilmu (sila rujuk Al-Quran masing-masing) dan Ulama membawa maksud Orang-orang yang berilmu. Ini kerana orang kita sangat suka menggunakan perkataan dari bangsa lain tanpa mengkaji maksud perkataan itu dan ada juga yang terus mengubah maksud ayat tersebut. Kononnya perkataan itu maksudnya berlainan di tempat lain.

Saya dan beberapa orang sahabat telah membuat beberapa siri kajian di beberapa buah forum yang terpilih. Beberapa siri povokasi yang telah kami jalankan dan hasilnya amatlah mengejutkan. Sebelum itu hendak saya terangkan terlebih dahulu, tujuan provokasi ini adalah untuk menguji sejauh mana kesedaran umat Islam terhadap agama Islam ini sendiri. Sejauh mana sayangnya mereka kepada agama Allah ini atau mereka lebih sayangkan 'Alim' 'Ulama' itu sendiri?

Setakat ini Alhamdulillah kerana masih ramai lagi yang mempunyai kesedaran terhadap agama Islam ini. Apabila kami memprovok mereka di dalam forum dan di facebook, topik itu tidak semena-mena menjadi 'hot' dan tidak dapat di kawal lagi. Ini masih lagi bagus pada kiraan kami tetapi sayangnya semuanya hanyalah sekadar hangat-hangat tahi ayam.

Kami juga telah menggunakan nama tokoh Islam di Malaysia seperti Tuan Guru Nik Aziz di dalam kajian kami. Hasilnya amat memberangsangkan dan amat mengejutkan kerana apabila sesuatu topik itu ada menyebut nama tok guru tersebut, dengan tidak di sangka-sangka pengunjung lama web tersebut menjadi seperti 'gila isim.' Pada kami ianya adalah sesuatu yang amat menyedihkan dan amatlah tidak dibanggakan. Ini kerana mereka semua lebih mengikut tokoh tersebut dari apa yang hendak di sampaikan oleh tokoh itu, Mereka menjadi begitu fanatik seolah-oleh memuja tokoh tersebut tanpa memikirkan impak yang bakal menjelma. Seperti firman Allah yang membawa maksud :

Dan apabila dikatakan kepada mereka: "ikutilah apa yang telah diturunkan Allah," mereka menjawab : "(Tidak), tetapi kami hanya mengikuti apa yang telah kami dapati dari (perbuatan) nenek moyang kami". "(Apakah mereka akan mengikuti juga), walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui sesutu apapun dan tidak mendapat petunjuk?" (2:170)

Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah). (6:116)

Sungguh pun tidak semua yang sebegitu, tetapi begitu ramai yang telah pun menjadi begitu.Apa yang terjadi pada masa sekarang telah pun terjadi pada masa dahulu. Dimana setelah kewafatan Baginda Rasululah SAW, telah timbul golongan murtad yang terlalu ramai yang terpaksa diperangi oleh Khalifah selepas Baginda SAW iaitu Khalifah Saidina Abu Bakar. Ini kerana ramai yang tidak percaya dan tidak boleh menerima pemergian Baginda sehingga menyebabkan mereka menjadi murtad. Inilah akibatnya kepada mereka yang terlalu taksub kepada pemimpin atau golongan yang tertentu.

Sepatutnya apa yang harus kita ikut adalah Al-Quran, kerana itu sahajalah mukjizat Allah yang masih ada pada kita. Golongan bijak pandai ini pula adalah sebagai guru yang akan menyampaikan apa yang ada di dalam Al-Quran. Ini kerana mereka lebih tahu dari kita dan kerana itulah mereka ini di gelar orang bijak pandai. Tetapi ada golongan ini yang menggunakan kebijaksaan mereka untuk mengeluarkan fatwa yang mengelirukan orang ramai. Sehebat mana pun mereka, jika mereka benar, mereka sepatutnya melakukan dakwah dengan berkesan dan tanpa putus asa untuk mengembalikan orang Islam ke jalan yang sepatutnya.

Islam sudah mula berpecah belah dan lemah apabila wujudnya Mahzab. Sebenarnya Islam itu satu kerana Allah itu satu, Agama Allah itu satu dan Umat Allah ini sepatutnya satu juga.

Dia telah mensyari'atkan bagi kamu tentang agama apa yang telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa yaitu: Tegakkanlah agama dan janganlah kamu berpecah belah tentangnya. Amat berat bagi orang-orang musyrik agama yang kamu seru mereka kepadanya. Allah menarik kepada agama itu orang yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepada (agama)-Nya orang yang kembali (kepada-Nya). (42:13)

Jadi janganlah berpecah-belah kerana ianya amatlah dituntut oleh Allah. Tetapi jika diikutkan dengan keadaan pada masa sekarang ini, masih ada yang berpecah belah. Yang sebelah sini mengatakan sana sesat dan yang sebelah sana mengatakan sini pula sesat. Tetapi yang sebenarnya siapakah yang sesat. Tepuk dada, tanyalah selera.

2 comments:

  1. biasa la...tgk la tragedi di suatu tempat tu. semua naik setan bila pemimpin mereka hendak di tangkap.

    ReplyDelete
  2. sesat dah derang ni.

    ReplyDelete

Sebolehnya sila tinggalkan nama anda, sekadar nama samaran pun dah cukup agar orang lain senang menyebut nama anda. Terlalu banyak anynomous (tanpa nama) menyukarkan perbincangan. Sila jaga tatasusila anda semasa memberikan komen. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kerosakan yang berlaku terhadap penggunaan maklumat di dalam blog ini.