Pada sebelum tahun 1990an, Al-Quran yang ada di negara kita ini hanyalah sekadar buku yang dibaca, diletakkan di atas para, dan ada yang hanya di baca tetapi tidak difahami. Bila ianya diletakkan di atas para atau almari yang tertinggi, jadilah ia senaskah lagi buku yang berdebu atau lebih enak digelarkan sebagai suci dalam debu kerana Al-Quran itu sesuatu yang suci, tetapi berdebu. Pada masa itu juga, banyak hukum-hukum yang ada di dalam Al-Quran tidak di kaji dan diteliti sepenuhnya. Hanya sarjana yang pernah belajar di Universiti-universiti di tanah arab sahaja yang tahu mengenainya. Jika mereka menyebut sesuatu yang diluar pengetahuan seseorang, mereka mungkin akan digelar sebagai pembawa ajaran sesat. Ini terjadi disebabkan Al-Quran pada masa itu tidak mempunyai terjemahan. Malah, tiada pihak yang tampil untuk membuat terjemahan ke atas Al-Quran ke dalam bahasa kita.
"Dia telah mensyari'atkan bagi kamu tentang agama apa yang telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa yaitu: Tegakkanlah agama dan janganlah kamu berpecah belah tentangnya. Amat berat bagi orang-orang musyrik agama yang kamu seru mereka kepadanya. Allah menarik kepada agama itu orang yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepada (agama)-Nya orang yang kembali (kepada-Nya)." (42:13)