NuffNang

Nuffnang

Translate


Monday, May 2, 2011

Al-Quran Menakhoda Zaman. (Part 1)

Pada sebelum tahun 1990an, Al-Quran yang ada di negara kita ini hanyalah sekadar buku yang dibaca, diletakkan di atas para, dan ada yang hanya di baca tetapi tidak difahami. Bila ianya diletakkan di atas para atau almari yang tertinggi, jadilah ia senaskah lagi buku yang berdebu atau lebih enak digelarkan sebagai suci dalam debu kerana Al-Quran itu sesuatu yang suci, tetapi berdebu. Pada masa itu juga, banyak hukum-hukum yang ada di dalam Al-Quran tidak di kaji dan diteliti sepenuhnya. Hanya sarjana yang pernah belajar di Universiti-universiti di tanah arab sahaja yang tahu mengenainya. Jika mereka menyebut sesuatu yang diluar pengetahuan seseorang, mereka mungkin akan digelar sebagai pembawa ajaran sesat. Ini terjadi disebabkan Al-Quran pada masa itu tidak mempunyai terjemahan. Malah, tiada pihak yang tampil untuk membuat terjemahan ke atas Al-Quran ke dalam bahasa kita.


Pada awal tahun 1990an sebelum beliau jatuh sakit lumpuh pada tahun 1996, beliau telah datang ke Malaysia dengan membawa Al-Quran terjemahan pertama masuk ke negara kita. Beliau juga telah membuat beberapa siri lawatan ke Malaysia dengan tujuan untuk berdakwah. Beliau juga pernah di anugerahkan King Faisal International Award pada tahun 1986 kerana kegigihan beliau menegakkan kebenaran Islam. Pada tahun 2005, beliau telah pulang ke Rahmatullah kerana sakit angin ahmar yang beliau hidapi. Berikut adalah serba sedikit sejarah mengenai Sheikh Ahmad Deedat dan terjemahan Al-Quran yang telah dibawa oleh beliau.


Kemudian barulah ada beberapa pihak yang bertanggungjawab menterjemahkan Al-Quran kepada bahasa Malaysia. Kerana sebelum ini, kebanyakkan Al-Quran terjemahan dibawa daripada negara Indonesia. Pada pandangan penulis, Al-Quran dari Indonesia lebih bagus di baca kerana ianya telah di terjemahkan oleh 10 orang yang berkaliber dan mereka jugalah yang telah bertanggungjawab membawa Al-Quran terjemahan tersebut untuk di syurakan di Arab Saudi mengenai makna dan maksud di dalam Al-Quran tersebut agar ianya tidak lari dari maksud Al-Quran yang sebenar.

Disebabkan itulah pada masa sekarang, apabila kita menyebut mengenai hukum-hukum Islam yang tidak pernah di dengari, ianya tidaklah terlalu pelik dan tidaklah pula di gelar sebagai pembawa ajaran sesat. Ini kerana minda kita telah sedikit terbuka untuk menerima sesuatu yang haq ini. Tetapi ada buruknya juga, iaitu Al-Quran telah digunakan oleh sesetengah pihak untuk menghalalkan sesuatu tujuan dan kepentingan peribadi semata-mata. Pihak yang berilmu Al-Quran atau  Alim Al-Quran ini juga menjadi takbur dan tidak mahu mengaku kesalahan mereka sendiri. Mereka menjadi amat kebal dan tidak boleh diusik kerana takut dikeluarkan fatwa-fatwa yang akan menjadikan usaha murni sesuatu pihak untuk menegur pihak yang lain menjadi usaha yang buruk.

Al-Quran ini adalah satu-satunya wahyu dari Allah untuk kita jadikan panduan dan ikutan sepanjang zaman. Bukannya untuk dijadikan alat 'pendinding' diri dari dikecam atau dijadikan senjata menghalalkan sesuatu tindakan. Ianya juga bukan untuk di putar belit dan di songsangkan untuk menjadi mainan sesetengah pihak. Bagi pihak yang kurang ilmunya di dalam Al-Quran pula dituduh kafir dan di perbodohkan oleh Ulama Al-Quran tersebut. Adakah ini yang diajarkan oleh Allah di dalam Al-Quran? Adakah ini yang telah dipelajari oleh mereka di dalam Al-Quran?

Adalah menjadi sesuatu yang memalukan jika ada orang yang menggunakan Al-Quran untuk memecah-belahkan sesuatu umat. Inilah yang dikatakan Allah di dalam Al-Quran pada ayat ke-107 di dalam surah At Taubah yang bermaksud :

Dan (di antara orang-orang munafik itu) ada orang-orang yang mendirikan masjid untuk menimbulkan kemudharatan (pada orang-orang mukmin), untuk kekafiran dan untuk memecah belah antara orang-orang mukmin serta menunggu kedatangan orang-orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sejak dahulu. Mereka Sesungguhnya bersumpah: "Kami tidak menghendaki selain kebaikan." Dan Allah menjadi saksi bahwa sesungguhnya mereka itu adalah pendusta (dalam sumpahnya). (9:107)

Pada masa sekarang, sudah ramai orang mula menunjukkan taring mereka demi kepentingan kaum mereka sendiri. Pada orang Islam pula, mereka lebih suka bergaduh sesama sendiri dari memelihara nasib kaum Melayu dan Islam. Mereka menggunakan ayat-ayat Allah tersebut demi menghalalkan apa saja bentuk perbuatan mereka. Bukan ini yang Allah mahu wahai pembaca sekalian. Allah mahukan kita semua bersatu. Jika ada yang mengatakan dengan berpolitik sahajalah Islam dapat ditegakkan, pada pandangan saya ianya salah sama sekali. Sebab ianya pernah dilakukan oleh Baginda Rasullullah SAW pada suatu ketika dahulu dan ianya tidak berhasil. Lalu Baginda Rasullullah SAW meniggalkan segala jawatan yang disandang olehnya pada ketika itu iaitu sebagai Hakim dan meninggalkan gelaran yang diperolehinya ketika itu iaitu gelaran Al-Amin. Harta dan kemewahan dunia telah ditinggalkan segalanya dan Baginda telah pergi mengasingkan dirinya ke gua Hira'.

Mengikut kepada apa yang telah diceritakan di dalam Al-Quran, inilah yang telah dilakukan oleh Baginda Rasullullah SAW semasa di awal perjuangan dalam menegakkan Islam. Jika kita hendak berkata yang kita ini mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW, mengapa kita tidak mengikut sunnah Nabi Muhammad yang ini? Mengapa perlu di peralatkan Islam dan ayat-ayat Allah di pentas politik? Mengapa? Mengapa!? Adakah untuk tujuan riak? Membangga diri? Allah telah berjanji di dalam beberapa wahyunya jika kita mengikut apa saja suruhannya, kita pasti akan berjaya. Nabi Muhammad SAW telah mengikutinya dan telah berjaya menaikkan nama Islam semula. Mengapa tidak kita? Mengapa kita mengaku mengikut Sunnah Nabi tapi pada hakikatnya tidak?

Pada artikel saya yang lepas, saya ada memberi satu rahsia untuk berjaya yang sudah sekian lama ada di dalam Al-Quran, tetapi ianya sama ada tidak disedari atau tidak di ketahui oleh Ahli-ahli kitab kita ataupun sengaja di sorokkan kerana kepentingan diri masing-masing. Sayang sungguh jika ianya tidak diketahui dan malang sungguh jika ianya telah di sembunyikan. Apa-apa pun, kita hendaklah sedar, Islam tidak akan tertegak dengan politik dan tidak akan tertegak dengan demokrasi yang kita ada sekarang. Buatlah sebanyak mana cara dan halalkan sebanyak mana perbuatan sekali pun ianya tetap tidak akan berjaya. Seperti firman Allah yang bermaksud :

Dan jika kamu (tetap) dalam keraguan tentang Al Quran yang Kami wahyukan kepada hamba Kami (Muhammad), buatlah satu surat (saja) yang semisal Al Quran itu dan ajaklah penolong-penolongmu selain Allah, jika kamu orang-orang yang benar. 

Maka jika kamu tidak dapat membuat(nya) - dan pasti kamu tidak akan dapat membuat(nya), peliharalah dirimu dari neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu, yang disediakan bagi orang-orang kafir.


Surah Al-Baqarah ayat 23-24.


Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin ? 


Surah Al-Maa'idah ayat 50.


Saranan saya kepada mereka-mereka yang masih lembut hatinya dan masih boleh menerima teguran, walaupun teguran itu dari orang yang bukan dari golongan bangsawan atau dari golongan ilmuwan, kajilah semula maksud sebenar Al-Quran ini diturunkan. Berpatah baliklah kita semua ke asal dan pelajari maksud 'Bismillahhirrahmannirrahim' yang sebenar. Akhir kata dari saya, tiada malunya kita berpatah balik ke asal jika kita jauh menyimpang. Tiada malunya kita jika kita mengaku kesilapan kita dan tiada ruginya kita jika kita melepaskan apa saja darjat yang kita ada sekarang, jika kita yakin dengan Al-Quran. Biarlah Al-Quran menjadi panduan kita sepanjang zaman, jangan disekat kepenggunaannya yang sebenar. Percayalah kepada Al-Quran kerana ianya adalah satu-satunya mukjizat Allah yang masih ada pada kita sehingga ke hari ini sampai ke akhir zaman.


Firman Allah SWT:

Tidaklah mungkin Al Quran ini dibuat oleh selain Allah; akan tetapi (Al Quran itu) membenarkan kitab-kitab yang sebelumnya dan menjelaskan hukum-hukum yang telah ditetapkannya, tidak ada keraguan di dalamnya, (diturunkan) dari Tuhan semesta alam. 

Surah Yunus ayat 37.

No comments:

Post a Comment

Sebolehnya sila tinggalkan nama anda, sekadar nama samaran pun dah cukup agar orang lain senang menyebut nama anda. Terlalu banyak anynomous (tanpa nama) menyukarkan perbincangan. Sila jaga tatasusila anda semasa memberikan komen. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kerosakan yang berlaku terhadap penggunaan maklumat di dalam blog ini.