NuffNang

Nuffnang

Translate


Tuesday, March 13, 2012

Mengapa kebanyakkan perempuan suka pada lelaki jahat?


Sekarang ni aku nak cerita pasal perempuan. Aku rasa benda ni dah ramai yang tahu dan ramai yang dah selalu bercerita. Tapi aku semua orang mesti pening dengan hal ni dan tak ramai yang tahu mengapa benda ni terjadi. Aku sendiri pun sampai sekarang tak tahu mengapa ada perempuan suka pada lelaki yang jahat. Aku cakap jahat sebab kalau dah masuk bab zina dan maksiat tu kira jahat la kan. Cuma aku kurang pasti, mengapa perempuan suka pada lelaki jahat? Ada orang boleh tolong jawabkan tak?

Pada pandangan aku la, lelaki jahat ni romantik. Pandai ambil hati perempuan, pandai memujuk, pandai bagi kejutan dan macam-macam lagilah pandainyer. Tetapi tidakkah itu lebih menjurus kepada perlakuan maksiat? Yer la, kalau dah memujuk tu mesti la ada pegang-pegang dan mesti ada guna ayat-ayat cinta yang boleh mencairkan Iman kan? Ok la, kalau ada yang tak pegang-pegang pun mesti ada yang gesel-gesel la kan? Walaupun mungkin ada yang akan menafikan perkara ni, tapi kita di dalam Islam di larang sama sekali membuat perbuatan yang menghampiri zina.

Saturday, March 10, 2012

Baju terbelah nampak dada, tapi sebut pasal dosa dan pahala. Murahnya Agama Islam pada masa sekarang.

Pada pandangan aku la, masa sekarang ni semua orang beragama Islam tahu yang mana dosa dan yang mana pahala. Hatta kaki botol dan penzina pun tahu yang arak dan zina tu haram di sisi agama. Tapi kenapa ramai juga yang buat?

Kalau kita lihat pada laman sosial yang paling popular sekarang iaitu Facebook, ramai perempuan seksi atau yang tidak menutup aurat bercakap tentang dosa. Ada juga perempuan yang kita kenal yang sikapnya yang suka mengumpat, tapi suka mengeluarkan post mengenai dosa mengumpat dan apa-apa juga post tentang agama. Hipokrit kan? Aku tak kata ianya tidak bagus, mungkin bagus bagi memuhasabah diri. Tapi sampai bila nak muhasabah diri kalau diri tu tak juga berubah?