NuffNang

Nuffnang

Translate


Saturday, September 15, 2012

Video penghinaan Nabi Muhammad. Sentap??

Assalamualaikum...

Sekarang ni kecoh pasal video yang menghina Nabi Muhammad sehinggakan hampir seluruh umat Islam sedunia merusuh. Aku dah tengok dah video tu, geram pun geram la gak. Tapi tkde la sampai aku nak membunuh semua mat saleh yang ada kat Malaysia ni. Takde la plak aku nak kecoh2 menyalak macam anjing kat dalam facebook. Takde la aku nak provok orang Islam lain atas dasar politik. Please la...jangan la berperangai macam budak2. Kelak nanti akan menjatuhkan maruah diri yang tak seberapa tu.

Nabi Muhammad SAW adalah Nabi junjungan kita. Kita wajib mempertahankan maruah Baginda dan juga sahabat Baginda. Memang musuh Islam akan mencari peluang untuk mencuit sentiviti umat Islam. Tapi kita ada cara kita yang sepatutnya digunakan untuk menangani hal ini dari berlaku.

Bagi aku la, biarlah mereka hina apa pun, buatlah apa pun, tetapi sebenarnya ia sedikit pun mencacatkan Baginda. Walaupun banyak mana pun hinaan yang dilemparkan pada agama kita tetapi ianya tidak sedikit pun menggoyahkan Islam. Islam tetap Islam, Allah tetap yang satu. Jadi kenapa kita perlu sentap?

Syurga Allah tidak akan runtuh dek kerana hinaan dan cercaan manusia. Islam tidak akan jatuh kerana hinaan tetapi Islam akan jatuh kerana umat Islam itu sendiri. Berhentilah membuat kerja yang sia-sia. Kita majukan diri, kuasai ekonomi dan menjadi raja dunia dengan khilafah sebagai sistem pemerintahan. Negara sendiri pun dikuasai orang lain, masakan kita hendak menentang yahudi di negara orang lain. Sedarlah sendiri, jangan buatkan kita menjadi sama seperti mereka. Kita bukan mereka, dan kita lebih baik dari mereka.

No comments:

Post a Comment

Sebolehnya sila tinggalkan nama anda, sekadar nama samaran pun dah cukup agar orang lain senang menyebut nama anda. Terlalu banyak anynomous (tanpa nama) menyukarkan perbincangan. Sila jaga tatasusila anda semasa memberikan komen. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kerosakan yang berlaku terhadap penggunaan maklumat di dalam blog ini.