NuffNang

Nuffnang

Translate


Saturday, January 26, 2013

Anwar juga terlibat dalam Projek IC di Sabah?

 

Ok, ini pula adalah siri kedua dari terbitan blogger tunfaisal dan sambungan daripada blogger Double-Y. Aku tak tau la pula ada sangkut paut anwar dan projek IC ni. Kalau betul dia ada terlibat masa jadi TPM dulu, memang dia patut disepina sekali untuk di panggil ke RCI tersebut. Tapi macam biasalah, balaci PR ni memang akan bangkit menafikan perkara tersebut. Agaknya dah minum air tapak kaki anwar kut, sebab tu puak-puak ni jadi jumud. Ok lah, mari kita baca siri kedua RCI ini.

#RCISabah: Anwar wajar di`ISA'kan kerana beri IC, kerakyatan?




#RCISabah : Azmin Ali Gelabah Kerana Buku Lest We Forget 'Projek IC' Kaitkan Anwar Ibrahim

http://yuseriyusoff.blogspot.com/2013/01/rcisabah-azmin-ali-gelabah-kerana-buku.html?utm_medium=twitter&utm_source=twitterfeed

Sambung dari artikel sebelum [SINI]
Sebagaimana saya katakan dalam artikel sebelum bahawa pusingan pertama pendengaran awam Suruhanjaya di Raja (RCI) di Mahkamah Tinggi Sabah sepanjang 5 hari dengan keterangan dari 29 orang saksi, ianya telah menimbulkan lebih banyak persoalan.
Reaksi gelabah Azmin Ali yang cuba 'menyingkirkan' nama Anwar Ibrahim dalam 'Projek IC' juga menimbulkan tanya-tanya. Menurut Azmin Ali ada pihak yang akan mengaitkan Anwar Ibrahim dalam projek tersebut walaupun keterangan dari 29 orang saksi sepanjang pusing pertama RCI, tiada seorang pun mengaitkan Anwar Ibrahim.
Pihak manakah yang dimaksudkan oleh Azmin Ali akan mengaitkan Anwar Ibrahim dalam 'projek IC' tersebut?
Untuk menjawab persoalan ini, kita perlu menyusuri kronologi 'Projek IC' walaupun sehingga ke hari ini tiada satu senarai nama dan nombor IC yang dituduh dipalsukan dikemukakan sebagai bukti.
Jangan Kita Lupa 'Gagasan Sabah Baru'


Kita tidak boleh menafikan bahawa sekitar pada tahun 1994 gabungan Tun M dan Anwar Ibrahim telah memberi janji 'Gagasan Sabah Baru' dan dicetuskan dalam manifesto BN semasa Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Sabah 1994.
Lim Kit Siang mengkritik Anwar Ibrahim dan BN pada 15 Februari 1994 kerana memberi janji dan harapan palsu kepada rakyat negeri Sabah antara janji yang dipertikaikan oleh Kit Siang adalah 'BN akan membasmi kemiskinan di Sabah dalam masa 6 tahun.
Melalui manifesto 'Gagasan Sabah Baru' dan peranan Anwar Ibrahim, Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sabah 1994 menyaksikan BN merampas kuasa dari PBS setelah 4 penggal berkuasa - apabila beberapa ADUN mereka bertindak melompat ke dalam BN dan ada yang menubuhkan parti sendiri.
Untuk rekod sebelum itu dalam tahun 1990 - PBS telah memenangi 25 kerusi, manakala BN 23 kerusi, selepas itu PBS meninggalkan BN dengan menyertai Gagasan Rakyat yang dianggotai oleh Semangat 46 dan DAP.
Selepas insiden lompat-melompat, PBS hanya tinggal 3 orang wakil rakyat iaitu Maxismus Ongkili, Joseph Pairin dan Datu Amirkahar Tun Datu Mustapha.
Dalam keadaan ini Pairin tiada pilihan selain melepaskan jawatan sebagai Ketua Menteri pada 17 Mac 1994 di mana ia menggemparkan rakyat Sabah.
Tahun 1990 hingga 1994 merupakan tahun yang dikatakan wujudnya 'Projek IC' untuk memenangkan BN di Sabah oleh beberapa saksi yang memberi keterangan dalam prosiding RCI.
Individu yang memainkan peranan penting dalam kejayaan BN dalam Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri di Sabah tahun 1994 adalah Anwar Ibrahim.
Adakah Azmin Ali tahu bahawa Anwar Ibrahim antara individu yang berperanan dalam 'Projek IC' kerana umum mengetahui betapa kuatnya pengaruh Anwar Ibrahim waktu itu.maka tidak hairanlah awal-awal lagi Azmin Ali tampil menyatakan ada pihak akan mengaitkan Anwar Ibrahim?
Persoalan ini wajar ditimbulkan lebih-lebih lagi Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak mencabar Anwar Ibrahim memberitahu kebenaran tentang pendatang tanpa izin kepada RCI :
"beliau (Anwar) seorang amat berkuasa dan tahu apa yang berlaku di Sabah". -Datuk Seri Salleh Said Keruak
PBS Kaitkan Anwar Ibrahim 
Siapakah yang mengaitkan Anwar Ibrahim dalam 'Projek IC', adakah ia benar-benar berlaku atas restu pemimpin kerajaan atau ia sekadar teori yang dimainkan oleh pembangkang?
Selain Mutalib, Dr. Cheong Eng Leong (bekas pemimpin PBS kini AJK PKR)merupakan individu yang mensensasikan teori 'Projek IC' ini dengan mengatakan ia wujud untuk menangkan UMNO di Sabah melalui buku Lest We Forget yang dihasilkan sekitar 2006, menariknya antara individu yang dikatakan terlibat dalam 'Projek IC' adalah Anwar Ibrahim sendiri.
Hal ini turut dilaporkan Malaysiakini bertarikh 21 Mei 2011 - malah Anwar Ibrahim dalam kenyataan tersebut berkata tiada sebab untuk kita halang individu yang telah tinggal 20-30 tahun dari diberi kerakyatan :
Melalui laporan malaysiakini di atas, bukankah menunjukkan Anwar Ibrahim juga dikaitkan dengan 'Projek IC' yang mana isu ini beliau jadikan sebagai modal untuk menghentam kerajaan?
Pada awalnya Anwar Ibrahim percaya bahawa kerajaan tidak akan menubuhkan atau menyiasat sepenuhnya hal ini kerana melibatkan Kementerian Dalam Negeri. Tetapi jangkaan Anwar Ibrahim nampaknya meleset, ternyata PM benar-benar mahu satu siasatan menyeluruh dalam kes 'Projek IC'.
Mungkin kerana terlalu prihatin dengan kehendak rakyat terutama anak Sabah, lebih-lebih lagi hasil inkuiri yang pernah dijalankan pada Februari 1997 oleh Jawatankuasa Terpilih Parlimen ke atas sejumlah penjawat awam yang ditahan bawah ISA tidak pernah didedahkan kepada umum.
Maka PM DS Najib Tun Razak bertindak drastik menubuhkan RCI sekaligus menepati konsep tranformasi yang dilaungkan.
Tahun 1997 merupakan era Anwar Ibrahim masih berkuasa sebagai Timbalan Perdana Menteri, waktu itu juga inkuiri tersebut menyaksikan keengganan pegawai JPN untuk hadir beri keterangan.
Satu lagi persoalan timbul, kenapa ketika Anwar Ibrahim berkuasa hasil inkuiri yang dijalankan tahun 1997 tidak didedahkan kepada umum?
Adakah puak pembangkang sedar perkara ini?
Bukan sekali, bukan dua kali bahkan sudah berkali-kali 'Projek IC' timbul. Bermula 'Projek IC 60an, Projek IC 80 an hinggalah Projek IC 90 an' tiada satu bukti atau senarai nama yang dikemukakan.
Sebaliknya peristiwa dan kisah 'Projek IC' ini berkisar kepada 'hear-say' sebagaimana saya katakan sebelum ini, isu ini hanya menjadi panas setiap kali tibanya Pilihan Raya Umum. 
Satu paparan dari tahun 2008 menjelang Pilihan Raya Umum saya pertontonkan kepada saudara.
Sebagai penutup untuk episod ini, jika pembangkang mendesak Tun Mahathir disepina supaya hadir memberi keterangan berhubung isu ini.
Wajarlah Anwar Ibrahim juga turut disepina kerana beliau merupakan pencatur kemenangan Pilihan Raya Undangan Negeri Sabah tahun 1994.
Lebih-lebih lagi namanya turut dikaitkan dalam buku Lest We Forget.


tun faisal dot com: #RCISabah: Anwar wajar di`ISA'kan kerana beri IC, ...: #RCISabah : Azmin Ali Gelabah Kerana Buku Lest We Forget 'Projek IC' Kaitkan Anwar Ibrahim http://yuseriyusoff.blogspot.com/20...

Double - Y: #RCISabah : Azmin Ali Gelabah, Antara Fakta Yang Tidak Disiarkan Media PR @HishammuddinH2O

Sekarang ni kecoh pasal isu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Sabah yang sememangnya isu yang amat dinantikan oleh semua penduduk Malaysia terutama sekali Pakatan Rakyat dan juga rakyat Sabah. Tapi apa-apa pun, mari kita baca sendiri apa yang sedang berlaku dan isu yang dimainkan oleh media fitnah PR termasuklah Malaysiakini, Sabahkini, Harakah dan Malaysian Insider. Saya petik berita ini dari portal blogger yuseriyusoff atau lebih dikenali sebagai Double Y. Silalah baca.....enjoy!!



Isu 'Projek IC' mungkin asing bagi rakyat di semenanjung, namun kisah-kisah dan cerita tentang wujudnya aktiviti pemberian kerakyatan kepada warga asing untuk mengundi UMNO/BN sepanjang pemerintahan Tun Mahathir Mohammed telah lama diperkatakan oleh rakyat Sabah.
Pelbagai kisah muncul, ada yang mengatakan seramai 40,000 warga asing diberikan kerakyatan, ada juga yang mengatakan jumlah tersebut mencecah berjuta warga asing di Sabah.
Disebabkan pelbagai andaian, persepsi dan cerita yang meniti di bibir rakyat Sabah ini sejak sekian lama. PM memutuskan untuk menubuhkan Suruhanjaya di Raja (RCI
) yang diumumkan pada 11 Ogos tahun lepas untuk menyelesaikan sepenuhnya masalah pendatang tanpa izin di Sabah.
Usaha murni dan ikhlas DS Najib Tun Razak membuktikan kerajaan begitu komited untuk menyelesaikan masalah yang membelenggu rakyat Sabah dan ia semakin serius apabila ada pihak yang menerbitkan buku menceritakan wujudkan aktiviti pemberian kerakyatan melibatkan kepimpinan tertinggi kerajaan pada masa itu.
Tetapi apabila meneliti kebanyakkan buku yang ditulis oleh penulis bernama Mutalib,  ia berkisar cakap-cakap mulut beberapa bekas pegawai kerajaan tanpa disokong oleh bukti atau dokumen yang kukuh.
Pendengaran prosiding pertama RCI yang berakhir pada 18 Januari menyaksikan beberapa saksi dipanggil yang mana pelbagai pengakuan telah dicatitkan.

Walaupun baru sessi pertama prosiding, pembangkang terlebih dahulu dilihat menjadi hakim dalam prosiding tersebut dengan menjatuhkan pelbagai hukuman ke atas mantan PM Tun Mahathir Mohammed.
Terma-terma yang digunakan pula telah menimbulkan salah faham masyarakat serta menimbulkan persepsi buruk terhadap jabatan-jabatan kerajaan seperti JPN, SPR dan MKN.

Pusingan Pertama Prosiding - Lebih Banyak Persoalan Dari Jawapan

Sepanjang 5 hari pendengaran pertama prosiding RCI seramai 29 orang saksi telah dipanggil, pelbagai keterangan telah direkodkan, pun ia menimbulkan lebih banyak persoalan serta keraguan berbanding jawapan yang diinginkan oleh rakyat Malaysia terutama sekali anak Sabah.

Ia masih berkisar kepada cakap mulut tanpa bukti nyata, malah angka-angka yang dikemukakan oleh saksi menyaksikan banyak percanggahan sehingga menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai.

Selain keterangan yang meragukan dan dilihat bias untuk mempersalahkan kerajaan, peranan media yang melaporkan isu RCI juga dilihat berat sebelah kerana tidak mengemukakan fakta yang tepat dari segi keterangan setiap saksi.

Sebaliknya media pembangkang dilihat lebih tertarik dengan keterangan daripada lima tahanan ISA berbanding keterangan bekas pegawai kerajaan serta kakitangan JPN walaupun mereka memberikan keterangan berdasarkan rekod semasa.

Antara yang dihebohkan media pembangkang adalah keterangan daripada Nasir Sungip iaitu adik kepada Shaari Sungip dengan empat lagi bekas tahanan ISA iaitu Ramli Bin Kamaruddin, Zulkifli Abdul Jalil, Asri Bin Sidup @ Jumaat, Yaakob Bin Damsah.


Lima saksi ini adalah individu berpangkat tinggi JPN yang terlibat dengan 'Skim Cepat Kaya' dalam mengeluarkan IC Biru kepada rakyat asing sehingga ditahan dan di bawah ISA kerana menjejaskan keselamatan negara  sekitar tahun 1995.

Dari segi keterangan lima individu ini, ia dilihat konsisten di mana setiap daripada mereka mendakwa menerima arahan daripada SPR untuk memberi kad pengenalan bagi membolehkan warga asing ini mengundi.

Kewujudan 'Projek IC' kononnya membolehkan warga asing mengundi ini dikatakan dijalankan sekitar tahun 1992-1995 dengan nama 'Ops Durian Buruk' itu melibatkan Pengarah SPR pada waktu itu yang menyerahkan 16,000 nama untuk dikategorikan sebagai 'pengundi Islam'.

Menurut Nasir Sungip 'Projek IC' ini dijalankan sekitar tahun 1992-1995 melibatkan 16,000 rakyat asing dari Filipina dan Indonesia, jika ia berlaku sekitar tahun 1992-1995 ia bakal menimbulkan banyak persoalan.

Keterangan daripada Nasir Sungip :


Keterangan daripada Yakup Damsah :



Berdasarkan keterangan ini, ia jelas menimbulkan keraguan serta lebih banyak persoalan. Kerana jika benar 'Projek IC' untuk membolehkan rakyat asing mengundi BN berlaku sekitar 1990-1995 ini bermakna ia berlaku selepas 20 tahun ketibaan pelarian Filipina ke Sabah.

Bagi menyokong hujah bahawa pemberian kerakyatan kepada pelarian Filipina berlaku selepas 20 tahun keberadaan mereka di Sabah kita perlu meneliti keterangan saksi ke-4 (SP4) iaitu Dr. Mokhtar Yassin Bin Ajam.

SP4 Dr. Mokhtar Yassin memberitahu bahawa sekitar tahun 1970 an, kerajaan negeri Sabah berhadapan dengan masalah kebanjiran pelarian Filipina sehingga kerajaan memutuskan untuk menubuhkan Unit Penempatan Khusus untuk menguruskan kebajikan pelarian.

Dalam keterangan saksi SP4 juga, Suruhanjaya dimaklumkan sebelum wujudkan Penempatan Khsus untuk menguruskan masalah pelarian sekitar 1972-1976 terdapat agensi seperti UNHCR dan Palang Merah turut terlibat dalam menguruskan masalah pelarian.

Selepas itu kita perlu merujuk kepada keterangan saksi ke-5 (SP5) Dato Suhaimi, Pengarah Pasukan Tugas Khas (Task Force) iaitu sebuah pasukan yang ditubuhkan oleh MKN pada 4 April 1989 atas permintaan kerajaan Negeri Sabah bertujuan mengurus, mengenal pasti, menjaga kebajikan selain menahan dan mengusir pendatang asing di Sabah.

Dalam keterangan Dato Suhaimi, saksi memberitahu bahawa berdasarkan rekod Task Force seramai 446,173 pendatang asing telah diusir dari Sabah sejak tahun 1990 hingga kini.

Bukankah angka itu menunjukkan kerajaan komited mengatasi masalah kebanjiran pendatang asing di Sabah?

Jika benar dakwaan Nasir Sungip dan bekas Ketua Pengarah JPN Yaakup Damsah  bahawa pada tahun 1992-1995 seramai 16,000 dokumen kerakyatan diberikan kepada pelarian asing dari Filipina antaranya bekas pejuang Moro sebagaimana disensasikan media pembangkang.

Bermakna pelarian-pelarian ini diberikan kerakyatan selepas 20 tahun mereka tiba dan tinggal di Malaysia. Itu pun bukan semua daripada mereka  berstatus warganegara sebaliknya status mereka hanyalah penduduk tetap.


Perkara yang tidak digembar-gemburkan media PR

Walaupun prosiding RCI di Mahkamah Tinggi Sabah baru selesai pusing pertama, media PR bijak memainkan peranan mereka dengan mensensasikan kenyataan yang dilihat memberi keuntungan kepada mereka.

Sebagai contoh malaysiakini hanya menghebahkan kenyataan dua orang dari India yang kononnya mendapat kerakyatan selepas dua tahun tiba di Sabah, tetapi tidak mengembar-gemburkan kenyataan daripada bekas pejuang Moro.

Malah pengusiran seramai lebih 400,000 warga asing sejak tahun 1990 hingga sekarang juga tidak dihebahkan media-media pro pembangkang.

Kenapa agaknya laporan media pro pembangkang agak bias dalam melaporkan prosiding laporan RCI?

Perkara yang disensasikan Malaysiakini :


Perkara yang tidak disensasikan oleh media PR :



Bukankah jelas media-media PR bias dan berat sebelah dalam melaporkan isu dan perkembangan terkini prosiding Suruhanjaya di Raja berhubung 'Projek IC' di Sabah?

Adakah laporan bias ini bertujuan membangkitkan sentimen kebencian kepada kerajaan di kalangan rakyat Sabah memandangkan Sabah dianggap 'undi simpanan tetap' untuk kerajaan BN?

Malah media pro pembangkang juga tidak melaporkan tentang keterangan saksi antarabangsa iaitu saksi ke-20 (SP20) Paul Alan Vernon yang juga merupakan Country Director United Nation High Commisioner Refugees (UNHCR).

Dalam keterangan SP20, saksi memberitahu beliau yang mula berkhidmat sejak tahun 1977 -1989 memuji langkah Malaysia menjaga kebajikan pelarian walaupun negara Malaysia tidak menandatangani Perjanjian Geneva dalam isu orang-orang pelarian.

Akhir sekali, jika pelarian Filipina hatta pejuang Moro sekalipun tidak layak diberikan kerakyatan walaupun 20 tahun menetap di negara ini, adilkah jika saya mengatakan Lim Kit Siang dan anak beranaknya juga tidak layak memegang status warganegara.

Ini berdasarkan keturunan mereka berasal dari Tanah Besar China yang dapat kerakyatan atas ehsan orang Melayu melalui prinsip 'Jus Soli'?

Isu 'Projek IC' bukan perkara baru yang ditimbulkan oleh pembangkang. Ia telah berlarutan bertahun lamanya. Ironinya isu 'Projek IC' akan disensasikan setiap kali menjelang Pilihan Raya Umum.

Kesimpulannya sepanjang pusingan pertama RCI yang ditubuhkan atas niat murni kerajaan untuk membantu rakyat Sabah menyelesaikan kemelut serta persoalan yang timbul di kalangan warga Sabah telah menimbulkan lebih banyak persoalan berbanding jawapan.

Keterangan saksi terutama bekas tahanan ISA pula dilihat lebih ke arah mempersalahkan pihak kerajaan di atas tindakan mereka yang melakukan aktiviti haram pemberian dokumen kepada warga asing.

Pendek kata, keterangan mereka tidak ubah seperti peranan yang pembangkang berikan kepada individu seperti Bala yang menuduh keterlibatan PM dalam pembunuhan Altantuya.

'Projek IC' Sabah dilihat satu lagi sentimen pembangkang untuk membangkitkan kebencian rakyat Sabah kepada kerajaan pemerintah, maka tidak hairanlah apabila pembangkang dilihat mendahului RCI dengan menjatuhkan hukuman kepada kerajaan walaupun Suruhanjaya di Raja yang ditubuhkan baru saja selesai mendengar keterangan dari 29 saksi.

Kenapa agaknya awal-awal lagi Azmin Ali dilihat cuba 'menyelamatkan' Anwar Ibrahim dari dikaitkan dalam isu ini.

Kenapa Azmin 'Eskrem' Ali begitu gelabah?



Jeng...jeng...jeng...

Bersambung...

Double - Y: #RCISabah : Azmin Ali Gelabah, Antara Fakta Yang T...: Isu 'Projek IC' mungkin asing bagi rakyat di semenanjung, namun kisah-kisah dan cerita tentang wujudnya aktiviti pemberian kerakyatan ke...