Isu 'Projek IC' mungkin asing bagi rakyat di semenanjung, namun kisah-kisah dan cerita tentang wujudnya aktiviti pemberian kerakyatan kepada warga asing untuk mengundi UMNO/BN sepanjang pemerintahan Tun Mahathir Mohammed telah lama diperkatakan oleh rakyat Sabah.Pelbagai kisah muncul, ada yang mengatakan seramai 40,000 warga asing diberikan kerakyatan, ada juga yang mengatakan jumlah tersebut mencecah berjuta warga asing di Sabah.
Disebabkan pelbagai andaian, persepsi dan cerita yang meniti di bibir rakyat Sabah ini sejak sekian lama. PM memutuskan untuk menubuhkan Suruhanjaya di Raja (RCI) yang diumumkan pada 11 Ogos tahun lepas untuk menyelesaikan sepenuhnya masalah pendatang tanpa izin di Sabah.Usaha murni dan ikhlas DS Najib Tun Razak membuktikan kerajaan begitu komited untuk menyelesaikan masalah yang membelenggu rakyat Sabah dan ia semakin serius apabila ada pihak yang menerbitkan buku menceritakan wujudkan aktiviti pemberian kerakyatan melibatkan kepimpinan tertinggi kerajaan pada masa itu.Tetapi apabila meneliti kebanyakkan buku yang ditulis oleh penulis bernama Mutalib, ia berkisar cakap-cakap mulut beberapa bekas pegawai kerajaan tanpa disokong oleh bukti atau dokumen yang kukuh.Terma-terma yang digunakan pula telah menimbulkan salah faham masyarakat serta menimbulkan persepsi buruk terhadap jabatan-jabatan kerajaan seperti JPN, SPR dan MKN.Pendengaran prosiding pertama RCI yang berakhir pada 18 Januari menyaksikan beberapa saksi dipanggil yang mana pelbagai pengakuan telah dicatitkan.
Walaupun baru sessi pertama prosiding, pembangkang terlebih dahulu dilihat menjadi hakim dalam prosiding tersebut dengan menjatuhkan pelbagai hukuman ke atas mantan PM Tun Mahathir Mohammed.
Pusingan Pertama Prosiding - Lebih Banyak Persoalan Dari Jawapan
Sepanjang 5 hari pendengaran pertama prosiding RCI seramai 29 orang saksi telah dipanggil, pelbagai keterangan telah direkodkan, pun ia menimbulkan lebih banyak persoalan serta keraguan berbanding jawapan yang diinginkan oleh rakyat Malaysia terutama sekali anak Sabah.
Ia masih berkisar kepada cakap mulut tanpa bukti nyata, malah angka-angka yang dikemukakan oleh saksi menyaksikan banyak percanggahan sehingga menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai.
Selain keterangan yang meragukan dan dilihat bias untuk mempersalahkan kerajaan, peranan media yang melaporkan isu RCI juga dilihat berat sebelah kerana tidak mengemukakan fakta yang tepat dari segi keterangan setiap saksi.
Sebaliknya media pembangkang dilihat lebih tertarik dengan keterangan daripada lima tahanan ISA berbanding keterangan bekas pegawai kerajaan serta kakitangan JPN walaupun mereka memberikan keterangan berdasarkan rekod semasa.
Antara yang dihebohkan media pembangkang adalah keterangan daripada Nasir Sungip iaitu adik kepada Shaari Sungip dengan empat lagi bekas tahanan ISA iaitu Ramli Bin Kamaruddin, Zulkifli Abdul Jalil, Asri Bin Sidup @ Jumaat, Yaakob Bin Damsah.
Lima saksi ini adalah individu berpangkat tinggi JPN yang terlibat dengan 'Skim Cepat Kaya' dalam mengeluarkan IC Biru kepada rakyat asing sehingga ditahan dan di bawah ISA kerana menjejaskan keselamatan negara sekitar tahun 1995.
Dari segi keterangan lima individu ini, ia dilihat konsisten di mana setiap daripada mereka mendakwa menerima arahan daripada SPR untuk memberi kad pengenalan bagi membolehkan warga asing ini mengundi.
Kewujudan 'Projek IC' kononnya membolehkan warga asing mengundi ini dikatakan dijalankan sekitar tahun 1992-1995 dengan nama 'Ops Durian Buruk' itu melibatkan Pengarah SPR pada waktu itu yang menyerahkan 16,000 nama untuk dikategorikan sebagai 'pengundi Islam'.
Menurut Nasir Sungip 'Projek IC' ini dijalankan sekitar tahun 1992-1995 melibatkan 16,000 rakyat asing dari Filipina dan Indonesia, jika ia berlaku sekitar tahun 1992-1995 ia bakal menimbulkan banyak persoalan.
Keterangan daripada Nasir Sungip :
Keterangan daripada Yakup Damsah :
Berdasarkan keterangan ini, ia jelas menimbulkan keraguan serta lebih banyak persoalan. Kerana jika benar 'Projek IC' untuk membolehkan rakyat asing mengundi BN berlaku sekitar 1990-1995 ini bermakna ia berlaku selepas 20 tahun ketibaan pelarian Filipina ke Sabah.
Bagi menyokong hujah bahawa pemberian kerakyatan kepada pelarian Filipina berlaku selepas 20 tahun keberadaan mereka di Sabah kita perlu meneliti keterangan saksi ke-4 (SP4) iaitu Dr. Mokhtar Yassin Bin Ajam.
SP4 Dr. Mokhtar Yassin memberitahu bahawa sekitar tahun 1970 an, kerajaan negeri Sabah berhadapan dengan masalah kebanjiran pelarian Filipina sehingga kerajaan memutuskan untuk menubuhkan Unit Penempatan Khusus untuk menguruskan kebajikan pelarian.
Dalam keterangan saksi SP4 juga, Suruhanjaya dimaklumkan sebelum wujudkan Penempatan Khsus untuk menguruskan masalah pelarian sekitar 1972-1976 terdapat agensi seperti UNHCR dan Palang Merah turut terlibat dalam menguruskan masalah pelarian.
Selepas itu kita perlu merujuk kepada keterangan saksi ke-5 (SP5) Dato Suhaimi, Pengarah Pasukan Tugas Khas (Task Force) iaitu sebuah pasukan yang ditubuhkan oleh MKN pada 4 April 1989 atas permintaan kerajaan Negeri Sabah bertujuan mengurus, mengenal pasti, menjaga kebajikan selain menahan dan mengusir pendatang asing di Sabah.
Dalam keterangan Dato Suhaimi, saksi memberitahu bahawa berdasarkan rekod Task Force seramai 446,173 pendatang asing telah diusir dari Sabah sejak tahun 1990 hingga kini.
Bukankah angka itu menunjukkan kerajaan komited mengatasi masalah kebanjiran pendatang asing di Sabah?
Jika benar dakwaan Nasir Sungip dan bekas Ketua Pengarah JPN Yaakup Damsah bahawa pada tahun 1992-1995 seramai 16,000 dokumen kerakyatan diberikan kepada pelarian asing dari Filipina antaranya bekas pejuang Moro sebagaimana disensasikan media pembangkang.
Bermakna pelarian-pelarian ini diberikan kerakyatan selepas 20 tahun mereka tiba dan tinggal di Malaysia. Itu pun bukan semua daripada mereka berstatus warganegara sebaliknya status mereka hanyalah penduduk tetap.
Perkara yang tidak digembar-gemburkan media PR
Walaupun prosiding RCI di Mahkamah Tinggi Sabah baru selesai pusing pertama, media PR bijak memainkan peranan mereka dengan mensensasikan kenyataan yang dilihat memberi keuntungan kepada mereka.
Sebagai contoh malaysiakini hanya menghebahkan kenyataan dua orang dari India yang kononnya mendapat kerakyatan selepas dua tahun tiba di Sabah, tetapi tidak mengembar-gemburkan kenyataan daripada bekas pejuang Moro.
Malah pengusiran seramai lebih 400,000 warga asing sejak tahun 1990 hingga sekarang juga tidak dihebahkan media-media pro pembangkang.
Kenapa agaknya laporan media pro pembangkang agak bias dalam melaporkan prosiding laporan RCI?
Perkara yang disensasikan Malaysiakini :
Perkara yang tidak disensasikan oleh media PR :
Bukankah jelas media-media PR bias dan berat sebelah dalam melaporkan isu dan perkembangan terkini prosiding Suruhanjaya di Raja berhubung 'Projek IC' di Sabah?
Adakah laporan bias ini bertujuan membangkitkan sentimen kebencian kepada kerajaan di kalangan rakyat Sabah memandangkan Sabah dianggap 'undi simpanan tetap' untuk kerajaan BN?
Malah media pro pembangkang juga tidak melaporkan tentang keterangan saksi antarabangsa iaitu saksi ke-20 (SP20) Paul Alan Vernon yang juga merupakan Country Director United Nation High Commisioner Refugees (UNHCR).
Dalam keterangan SP20, saksi memberitahu beliau yang mula berkhidmat sejak tahun 1977 -1989 memuji langkah Malaysia menjaga kebajikan pelarian walaupun negara Malaysia tidak menandatangani Perjanjian Geneva dalam isu orang-orang pelarian.
Akhir sekali, jika pelarian Filipina hatta pejuang Moro sekalipun tidak layak diberikan kerakyatan walaupun 20 tahun menetap di negara ini, adilkah jika saya mengatakan Lim Kit Siang dan anak beranaknya juga tidak layak memegang status warganegara.
Ini berdasarkan keturunan mereka berasal dari Tanah Besar China yang dapat kerakyatan atas ehsan orang Melayu melalui prinsip 'Jus Soli'?
Isu 'Projek IC' bukan perkara baru yang ditimbulkan oleh pembangkang. Ia telah berlarutan bertahun lamanya. Ironinya isu 'Projek IC' akan disensasikan setiap kali menjelang Pilihan Raya Umum.
Kesimpulannya sepanjang pusingan pertama RCI yang ditubuhkan atas niat murni kerajaan untuk membantu rakyat Sabah menyelesaikan kemelut serta persoalan yang timbul di kalangan warga Sabah telah menimbulkan lebih banyak persoalan berbanding jawapan.
Keterangan saksi terutama bekas tahanan ISA pula dilihat lebih ke arah mempersalahkan pihak kerajaan di atas tindakan mereka yang melakukan aktiviti haram pemberian dokumen kepada warga asing.
Pendek kata, keterangan mereka tidak ubah seperti peranan yang pembangkang berikan kepada individu seperti Bala yang menuduh keterlibatan PM dalam pembunuhan Altantuya.
'Projek IC' Sabah dilihat satu lagi sentimen pembangkang untuk membangkitkan kebencian rakyat Sabah kepada kerajaan pemerintah, maka tidak hairanlah apabila pembangkang dilihat mendahului RCI dengan menjatuhkan hukuman kepada kerajaan walaupun Suruhanjaya di Raja yang ditubuhkan baru saja selesai mendengar keterangan dari 29 saksi.
Kenapa agaknya awal-awal lagi Azmin Ali dilihat cuba 'menyelamatkan' Anwar Ibrahim dari dikaitkan dalam isu ini.
Kenapa Azmin 'Eskrem' Ali begitu gelabah?
Jeng...jeng...jeng...
Bersambung...
Double - Y: #RCISabah : Azmin Ali Gelabah, Antara Fakta Yang T...: Isu 'Projek IC' mungkin asing bagi rakyat di semenanjung, namun kisah-kisah dan cerita tentang wujudnya aktiviti pemberian kerakyatan ke...
No comments:
Post a Comment
Sebolehnya sila tinggalkan nama anda, sekadar nama samaran pun dah cukup agar orang lain senang menyebut nama anda. Terlalu banyak anynomous (tanpa nama) menyukarkan perbincangan. Sila jaga tatasusila anda semasa memberikan komen. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kerosakan yang berlaku terhadap penggunaan maklumat di dalam blog ini.