Tersentuhnya baca artikel nih..... Just to share with all of you, hari
Ahad lepas, saya pergi ke majlis ilmu yg disampaikan oleh Ustaz Zahazan
Mohamed (Ustaz yang selalu bagi tafsir Al Quran setiap hari Isnin -
Jumaat di radio IKIM). Ustaz Zahazan bagi tau, ada tiga benda yang kita
pandang akan mendapat pahala. Yang pertama, wajah ibubapa kita, yang
kedua, Ka'abah dan yang ketiga, orang2 yg mua'lim.
Subhanallah! senangnya nak dapat pahala dengan hanya memandang wajah mak
bapak kita. Selagi ada kesempatan, selagi ada hayat ibu bapa kita dan
selagi kita masih bernafas lagi, pandanglah wajah mak ayah kita. Itulah
wajah2 yang mengasihi kita seikhlas, sepenuh hati dan dengan penuh
kasih sayang tanpa mengharap apa-apa balasan.
Aku dengan Mak tidak rapat. Mungkin sebab semasa aku kecil aku ni
tomboy, tak reti meleseh dan aku suka membawa diri. I was a middle child
and often found refuge in books ? if I wasn't up the tree or down in the
drain.
Aku tidak pernah ingat if aku pernah merajuk atau kecil hati semasa
kecil. Mak, was from the old school, kalau aku nakal atau menggelenyor(
satu lagi perkataan Johor tak reti duduk diam / hyperactive ), zass
akan dicubitnya peha aku.
To show you just how hyperactive I was as a child :-aku pernah patah
kedua-dua tangan aku before the age of six (different arms,different
times) sebab jatuh kerusi dan basikal. Nak jadi orang circus,
agaknya.Jari aku pun pernah tersepit kat pintu kereta, aku pernah
pengsan sebab jatuh basikal semasa konvoi dengan kawan-kawan hingga
dihantar pulang oleh a good Samaritan.
But, bila AKU marah ? aku pancit kereta bapa aku ! THAT I remember, and
I was only five ! Kelam kabut orang tua tu lari ke luar rumah bila dia
dengar bunyi tayar kereta go ssssssss?..but, dia tak marah kat aku. Apa
lagi pukul aku. I was 5, remember? bukannya tahu apa lagi? (hhmmm..
sounds familiar? Macam what my Brood is doing to me. What goes around
COMES
around!)
Walaupun Mak was not demonstrative of her affections, aku tahu dia amat
menyayangi anak-anaknya. Mungkin sebab dia sudah masak dengan perangai
anak-anak dia yang dare devil, dia tidak mudah melatah dan sentiasa
cool.Mungkin aku mewarisi sikap ini dari dia di dalam menghadapi kerenah
anak-anak.
Disebabkan aku tomboy, maka seharusnya lah aku tidak suka
perkara-perkara yang berkaitan dengan kewanitaan seperti memasak,
menjahit,mekap, fesyen dan sewaktu dengannya. Mak relax jer. Tak de nak
berleter kat aku suruh masuk dapur or pakai pakaian yang feminine.
Namun aku mula belajar memasak bila aku di Form One .itu pun masak
jemput-jemput (cekodok to some of you). Aku bukan belajar dengan Mak
tetapi dari rakan Girl Guides aku. Semasa camping, aku "heran"
kawan-kawan sebaya aku terrer memasak . hatta hanya memasak sardin,
lempeng dan jemput-jemput. Bila aku perhatikan mereka dan di rumah, aku
cuba buat sendiri. Mak hanya bertanya : Ko belajar masak ni kat mana?
Aku dengan bangganya menjawap " kat camping laa. Tulah Mak tak bagi kita
pergi camping, kita belajar macam-macam kat situ "
Mak was a housewife. Dia pandai memasak dan menjahit traits di
mana,alas, tidak dapat diwarisi oleh anak perempuannya. Menjahit, I
mean.Memasak tu, boleh lah setakat nak bagi orang makan.Mak tidak pernah
menyuruh aku masuk dapur. if she needs help, dia akan tanya aku dulu,
"kau tengah buat apa tu?" which, all of the time I was reading.
"Membaca" I would reply, and that was the end of it. Mak tidak akan
menganggu aku bila aku membaca.
Di waktu aku kecil, there were no washing machine , but we had a
washerwoman yang datang tiap-tiap pagi untuk membasuh baju di rumah
kami.When Mak had a baby, my Dad would arrange for a relative to stay
with us to help with housework and cooking. I was too young (in their
eyes) to be burdened with the housework. Aku cuma main dan belajar aje.
I stayed home until Form Five before I left for KL to continue my
studies and subsequently working. Bila my Dad hantar aku ke bas stand
untuk ke KL to start my job, he said, " Bila kau ada masa cuti, balik
jengok Mak.Kalau ada duit lebih, bagi kat Mak sikit. Aku ni tak apa,
tapi Mak tu, kau telefon-telefon lah dia "
When I had my first gaji ,aku bawak Mak shopping. Serupalah macam iklan
BCB tu. " Ambik, ambik SEMUA".Mak tersenyum aje.
In subsequent years, aku akan membelikan Mak handbag, tudung, kain dan
barang-barang yang dia suka. Since I was travelling in my job that
time,aku sentiasa akan belikan souvenirs for her from wherever I went.
Aku tahu Mak bangga dengan pemberian aku sebab aku pernah dengar
Makcik-Makcik kat kampung during kenduri admiring her bag, her tudung
and she proudly announced, " ni anak aku bagi ni ".
Semasa aku bersalinkan Abang , Mak helped care for me and the baby
sampai habis pantang. Aku , habuk pun tak reti jaga budak.
But, umur Mak tak lama.
A few month selepas Abang dilahirkan, Mak was diagnosed with
cancer.Malignant melanoma. Mak was brought to KL for treatment because
the type cancer was rare in Malaysia .
Four months after Mak was first diagnosed, we were summoned by the
doctor. The prognosis was not good. The cancer has spread to the lungs.
"How long does she has, doctor ? "
"Four months." the good doctor said quietly.
My sister and me were stumped. Both my parents were out in the ward, we
were in one of the rooms.
"Maybe you would like to take her home, because old people would prefer
to die at home. "
DIE ?????
Bila kami keluar dari bilik doctor, my sister went to talk with my
Dad,while I went to see Mak.
"Apa doctor cakap?" Mak tanya.
How, just HOW do you tell your mother that her days are numbered? I was
not the touchy, feely type. I never hugged my mother. Salam and kiss her
hands yes, but never hugged. But, at that moment ? I really, really
wanted to hug her tight and tell her how much I loved her.
But, I didn't. Mak would suspect something amiss if I do that.
"Er, doctor cakap kalau Mak nak balik rumah, boleh."
She was happy. She missed home and all the cucu. Kids were not allowed
in the ward, and all her cucu were under 12 (at that time).
"Bila kena datang sini lagi?" Mak tanya lagi.
"Nanti doctor bagitahu"
We never told her of what the doctor said. We never knew if our Dad ever
did, because we never talked about death. Neither did she.
Four months.
How can you tell your mother how much you love her. How can you SHOW her
what she meant to you in FOUR months.How can you make her happy in the
last four months of her life?The dreaded months passed quickly. Four
months came and she is still alive, albeit weaker and by then, bed
ridden. All my siblings take turns to come and care for her.
Di sinilah aku nampak betapa mulianya seorang ibu yang disayangi dan
disanjung oleh anak-anak. Pepatah mengatakan seorang ibu boleh menjaga
sepuluh anak, but sepuluh anak belum tentu boleh jaga seorang ibu. My
Dad sering mengingatkan, "setitis air mata ibu jatuh kerana hatinya
terguris, boleh mengoncang tiang Arasy "
I felt very blessed that Mak dapat merasai kasih sayang dari kami semua
especially di akhir hayatnya..
The day came two months later.
Mak was having trouble breathing my my Dad call us the children at 5
am.Bapak aku kata Mak nazak.Aku tengok nafas Mak shallow but she was
still conscious. Mak kata, kaki dia sejuk. Aku picit dan gosok kaki Mak.
My sisters duduk di kiri kanan Mak. Everybody is doing something for
Mak.
Bahagianya Mak aku tengok, di saat-saat akhirnya dikelilingi oleh
anak-anak.
Then azan subuh berkumandang. My Dad ajak Mak bersolat subuh. Kami
pakaikan Mak wuduk dan telekung. We watched our parents menunaikan solat
jemaah untuk kali yang terakhir dengan linangan air mata.
Selepas subuh, kami membaca Yaasiin. My Dad suruh Mak ikut dia mengucap
syahadah. As I was seating di tepi kepala Mak, aku pangku Mak dan
bisikkan di telinga Mak, "Mak, ikut saya ye. Ucap syahadah"
Mak ikut.
Aku peluk Mak dan bisikkan " Mak, ampunkan dosa saya dan halalkan air
susu Mak"
Mak menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 59 tahun dan
dikelilingi suami, sebahagian anak-anak dan cucu-cucu.
I was a young mother when Mak passed away. Abang only a year
old.Walaupun zaman aku berbeza dengan zaman Mak tetapi foundationnya
tetap sama.
Kasih sayang. Keikhlasan. Tanggungjawap.
Tiga factor yang pada aku amat penting di dalam peranan seorang
ibu.Kasih sayang yang tidak berbelah bagi (unconditional love),
keikhlasan hati sebagai ibu terhadap anak-anak dan tanggungjawap yang
diberikan Tuhan kepada amanahnya.
To me these three basic foundation aku cuba terapkan sebaik mungkin
sambil gunakan ilmu keibubapaan yang aku pelajari dan perhatikan
bersesuaian dengan zaman dan keadaan. Pengalaman aku sebagai anak juga
banyak membantu di dalam peranan aku sebagai ibu. I am not a perfect
person, what more a perfect parent. I have always enjoyed my childhood
and would love my children to have the same happiness as I did.
But, God has His plans for me and my Brood. All the dugaan that He gave
has made us stronger and more appreciative of what we STILL have.EACH
OTHER.
In any relationship, the essence of trust is not in its bind, but in its
bond. So hold the hand of the person whom you love rather than expecting
them to hold yours.
This story has been quote from Zuraini Ibrahim.
No comments:
Post a Comment
Sebolehnya sila tinggalkan nama anda, sekadar nama samaran pun dah cukup agar orang lain senang menyebut nama anda. Terlalu banyak anynomous (tanpa nama) menyukarkan perbincangan. Sila jaga tatasusila anda semasa memberikan komen. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kerosakan yang berlaku terhadap penggunaan maklumat di dalam blog ini.