NuffNang

Nuffnang

Translate


Wednesday, May 7, 2008

Luruskan Hatiku Agar Lahir Batinku Selari.

Luruskan hatiku Tuhan,
Agar perjalanan hidupku menjadi lurus,
Pimpinlah aku Tuhan agar aku tidak tersesat jalan,
Berilah aku hidayah dan taufik agar ilmu dan
amalku sejalan,
Lahir dan batinku selari tidak membohongi satu sama lain,

Tuhan,aku takut ilmu dan amalan tidak selari,
Seolah2 aku menipu diriku sendiri,
Jadikanlah aku dapat amalkan ilmuku itu lahir dan
batin,
Agar ilmuku tidak jadi bala kepadaku diakhirat
nanti,

Samakanlah lahir dan batinku TUhan,
Baik didalam baik diluar,
Agar baik itu berlaku luar dan dalam,
Agar aku terhindar dari sifat munafik,

Jauhkanlah aku daripada sifat pura2,
Dihadapan orang buat2 baik dibelakang orang bersifat munafik,
Padahal Engkau melihat disebarang tempat lahir dan
batin,
Mengapa pula dibelakang orang,
Seolah2 Engkau tidak nampak.

Kerana itulah aku harap rasakan didalam hatiku
Engkau mengawasi,
Mendengar, melihat, berkuasa dan mengetahui,
Agar aku sentiasa takut dengan Engkau disebarang
keadaan,
Itulah caranya aku membenteng diriku daripada cuai dan lalai.

No comments:

Post a Comment

Sebolehnya sila tinggalkan nama anda, sekadar nama samaran pun dah cukup agar orang lain senang menyebut nama anda. Terlalu banyak anynomous (tanpa nama) menyukarkan perbincangan. Sila jaga tatasusila anda semasa memberikan komen. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kerosakan yang berlaku terhadap penggunaan maklumat di dalam blog ini.