Assalamualaikum.
Pada sabtu yang lepas, ibu negara telah digemparkan dengan perhimpunan anti-ISA. Pada hari kejadian tersebut, masyarakat peniaga telah mengalami kerugian anggaran sebanyak RM10 juta. Dari kejadian ini dapatlah kita simpulkan yang ianya adalah satu tindakan bodoh. Yang paling menyedihkan lagi, majoriti tangkapan yang dibuat oleh polis ialah orang melayu. Syabas orang melayu yang ditangkap tersebut. Sekali lagi anda membuktikan kebodohan dan betapa bangangnya rakyat melayu kita.
Apa yang paling saya risaukan disini ialah, golongan pelajar yang terlibat dalam demonstrasi tersebut. Sudah la masyarakat digemparkan dengan gejala sosial yang tidak berkesudahan. Ditambah lagi dengan masalah yang lain. Sedih, marah, dan macam-macam lagi perasaan yang ada dalam dada saya ini. Sedih kerana golongan ini diperalat dan marah kerana betapa bodohnya mereka ini sehingga berjaya diperalatkan orang lain.
Jika kita perhatikan betul-betul pada perhimpunan tersebut, berapa ramaikah orang cina dan india yang ada di perhimpunan tersebut? Siapakah yang dapat memberikan angka yg tepat kepada saya?
Persoalannya sekarang, siapakah yang beria-ia dalam demonstrasi tersebut? Tidakkah mereka sedar, kerana ISA lah negara kita, terutama sekali orang melayu ini selamat? Siapakah dalang sebenar perhimpunan haram yang berlaku di negara kita ini? Pelajar yang tertangkap ini, apa pula masa depan mereka? Perlukah mereka diberi keampunan? Pada saya, buang saja mereka, kerana tidak memikirkan akibatnya dari perbuatan mereka itu. Akhir kata dari saya, janganlah diperalatkan oleh pihak lain. Jadilah tuan kepada diri sendiri.
Wasalam.
"Dia telah mensyari'atkan bagi kamu tentang agama apa yang telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa yaitu: Tegakkanlah agama dan janganlah kamu berpecah belah tentangnya. Amat berat bagi orang-orang musyrik agama yang kamu seru mereka kepadanya. Allah menarik kepada agama itu orang yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepada (agama)-Nya orang yang kembali (kepada-Nya)." (42:13)
NuffNang
Nuffnang
Translate
Friday, August 7, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Sebolehnya sila tinggalkan nama anda, sekadar nama samaran pun dah cukup agar orang lain senang menyebut nama anda. Terlalu banyak anynomous (tanpa nama) menyukarkan perbincangan. Sila jaga tatasusila anda semasa memberikan komen. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kerosakan yang berlaku terhadap penggunaan maklumat di dalam blog ini.