NuffNang

Nuffnang

Translate


Tuesday, August 25, 2009

Kecantikan manusia di bulan Ramadhan.

Assalamualaikum semua,

Hari ini saya hendak bercerita mengenai kecantikan kaum lelaki dan wanita pada bulan Ramadhan. Kawan perempuan saya pernah berkata kepada kawan perempuan saya yang lain yang dia suka lelaki yang hensem sahaja. Kawan lelaki saya juga pernah mengatakan kepada kawan lelaki saya yang lain yang dia sukakan perempuan yang cantik sahaja. Ada juga yang tidak kisah dengan pasangan masing-masing dan menerima seadanya. Tetapi ada juga yang kisah dengan pasangan mereka, walaupun pasangan mereka hanya menunjukkan sedikit keburukannya sahaja, terus hati menjadi pudar. Kenapa ini terjadi? Di manakah silapnya? Ketika saya hendak menulis artikel ini, saya ada juga terfikir akan baik dan buruknya. Yang baiknya, saya harap artikel ini dapat mengubah presepsi seseorang agar berfikiran lebih terbuka. Yang buruknya ialah, jika saya salah memberikan pendapat contohnya seperti jika saya menyebelahi golongan yang cantik, saya akan dikatakan berat sebelah. Tetapi saya akan luahkan juga pendapat saya ini terutama sekali pada kaum wanita, kerana mereka inilah yang selalu memberi dan mendapat dosa kerana kecantikan mereka.

Apa ada pada kecantikan itu? Semua orang tahu yang kecantikan itu tidak akan kekal, tetapi ada juga orang yang tidak mahu menerima hakikat itu, lalu mencuba bermacam-macam cara untuk kekal cantik. Tetapi, tahukah mereka adakah diri mereka itu cantik? Adakah mereka itu cuma syok sendiri sahaja? Ataupun sekadar kepuasan diri? Untuk apa cantik dan kacak itu jika hanya banyak memberikan masalah? Kita nak cari lelaki yang cantik, tapi sedarkah kita adakah kita ini cantik? Adakah bila berpasangan, kecantikan itu yang membuatkan kita jatuh cinta? Sebenarnya, apabila kita memilih pasangan hanya berdasarkan rupa semata-mata, nescaya kita tidak akan bahagia. Kerana Islam menyuruh kita lebih mengutamakan agama seseorang itu bagi lebih menjamin kebahagiaan ke akhir hayat.

Sebenarnya kecantikan itu adalah anugerah dari Allah kepada setiap manusia. Setiap ciptaanNya cantik dan sempurna. Jadi janganlah kita berbangga sangat dengan kecantikan yang ada pada kita kerana semuanya adalah pinjaman semata-mata. Mereka yang riak dan berbangga dengan kecantikan mereka, pasti akan menerima padah. Pada saya, kecantikan seseorang wanita itu terletak pada hati mereka. Tiada guna kecantikan rupa seseorang itu jika seseorang itu mempunyai hati yang busuk. Selain dari itu, ada juga golongan yang meletakkan diri mereka di paras kecantikan yang melampaui batas. Sehinggakan mereka meletakkan batas di mana hanya lelaki yang kacak sahaja boleh menjadi pasangan mereka. Golongan itu mempunyai kelas mereka yang tersendiri dan mereka ini bolehlah saya gelarkan sebagai golongan yang tidak sedarkan diri dan melampaui batas. Mereka sanggup memperdayakan orang lain untuk kepentingan mereka sendiri dan tanpa mereka sedari, mereka sendiri yang terpedaya dan rugi.
Jadi, siapa yang tipu siapa dan siapa yang memperdaya siapa dan siapa yang rugi. Jawapan saya, dua-dua rugi dan dua-dua bodoh kerana mereka hanya menempah tempat di neraka jahannam sahaja.

Apa yang dapat saya simpulkan disini ialah, mereka yang kurang cantik pada pandangan mata mereka yang cantik ini juga berhak untuk mendapat apa yang semua orang yang cantik. Kerana bagi saya, semua manusia itu cantik dan kacak. Hanya hati sahaja yang membezakan kecantikan kita semua. Inilah yang saya cuba sampaikan iaitu, di bulan Ramadhan yang mulia ini, berhentilah membuat dosa, nescaya kita akan menyambung tabiat kita yang baik ini selamanya. Bermula dari bulan Ramadhan dan seterusnya pada bulan-bulan yang berikutnya sehinggalah ke akhir hayat kita. Sedarlah kawan-kawanku sekalian, di bulan Ramadhan inilah kita dapat mengetahui kecantikan hati seseorang manusia itu. Buktinya, adakah kita menghormati bulan Ramadhan ini atau tidak, itu saja buktinya.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Sebolehnya sila tinggalkan nama anda, sekadar nama samaran pun dah cukup agar orang lain senang menyebut nama anda. Terlalu banyak anynomous (tanpa nama) menyukarkan perbincangan. Sila jaga tatasusila anda semasa memberikan komen. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kerosakan yang berlaku terhadap penggunaan maklumat di dalam blog ini.