NuffNang

Nuffnang

Translate


Friday, October 30, 2009

Kawajipan bersalam-salaman sesama Islam.

Assalamualaikum semua.

Pada hari ini saya hendak bercerita tentang kejadian semalam yang sangat-sangat menarik pada saya yang terjadi semalam. Selepas waktu kerja, saya seperti biasa pergi minum-minum bersama rakan-rakan sepejabat. Saya pada masa itu ada membawa seorang kawan pejabat saya untuk minum bersama. Semasa rakan-rakan saya tiba, salah seorang rakan saya yang tidak tahu apa salahnya tidak mahu bersalaman dengan rakan baru yang saya bawa itu atas alasan sebab dah kenal. Boleh ke macam tu? Sedangkan ada satu hadis yang mengatakan nilai-nilai murni di dalam Islam dan ianya adalah memberi salam.

Abdullah Ibnu Umar r.a menceritakan bahawa seorang lelaki berkata kepada nabi SAW : “ Manakah amalan Islam yang paling baik? Nabi menjawab; “Engkau memberikan makanan kepada orang-orang miskin dan engkau mengucapkan salam kepada orang yang telah engkau kenal dan kepada orang yang belum engkau kenal.”

(al-Bukhari dan Muslim )


Paling saya hairan ialah kelakuannya seolah-olah amat meluat kepada saya dan rakan baru yang saya bawa itu. Padahal saya rasa saya tidak ada membuat apa-apa perkara yang melanggar batas sebagai seorang Islam. Kami juga bukannya berpakaian yang tidak menutup aurat atau berpelukan atau berdua-duaan. Kalau ada pun salah dari kami, tegurlah saya dan saya sedia berubah demi kebaikkan diri dan orang sekeliling saya. Saya rasa, perkara ini tentu ada yang terjadi kepada semua orang. Kalau tidak sekali, pasti ada banyak kali yang terjadi pada anda. Sedangkan ciri kesempurnaan iman juga ada menyebut yang memberi salam adalah salah satu daripada ciri-ciri kesempuraan iman.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:” Tidak sempurna iman seseorang hamba sehingga dia memiliki tiga sifat iaitu: menafkahkan harta tanpa kedekut, berlaku adil terhadap diri dan memberi salam kepada orang lain.”

(Riwayat Ahmad)

Jadi, kepada sahabat-sahabatku yang lain, tegur dan berilah salam kepada sesiapa sahaja yang anda kenal atau tidak kenal. Janganlah jadikan alasan 'tidak biasa' atau 'tidak boleh' untuk tidak memberi salam. Antara lelaki dan antara perempuan, ada cara dan adabnya untuk memberi dan menjawab salam. Kalau tidak boleh, bolehkan la kerana ianya bukanlah satu penyakit atau cacat kekal. Tetapi haruslah mengikut adab yang betul yang telah ditetapkan oleh Islam. Apa guna segala amal yang kita lakukan jika perkara yang sekecil ini pun tidak dapat kita lakukan. Tepuk dada, tanyalah selera.

Wassalam.

Wednesday, October 28, 2009

Tidak kuat Iman kerana rakan?

Assalamualaikum semua.

Pada suatu hari sedang saya melayari internet, saya ternampak sebuah laman web yang memaparkan gambar dan biodata kawan lama saya. Saya mula rasa terkejut apabila saya melihat gambar kawan lama saya yang sudah lain daripada yang lain. Saya pun menghantar e-mail kepadanya untuk bertanyakan khabarnya. Jawapan yang saya terima agak baik setelah lama tidak berjumpa. Saya mula bertanyakan kepadanya tentang gambar yang agak terdedah di dalam laman web tersebut. Dia terus meminta maaf kepada saya dan terus berjanji kepada saya untuk menukar gambar tersebut.

Setelah itu, saya pun bertanya kepada dia kenapa dia meletakkan gambar sedemikian. Dia mengakui yang dia tersilap dan lalai kerana situasi yang memaksa dia. Dia akui yang dia semakin lalai akan tanggungjawab dia sebagai muslimah di bumi Allah ini. Saya mula bertanya, apa yang menyebabkan dia menjadi lalai? Dia menjawab keadaan dia bersama teman-teman yang membuatkan dia menjadi lalai.

Daripada kisah dia, saya dapat simpulkan yang Iman kita sememangnya tidak kuat dan nipis. Sesiapa sahaja boleh dipengaruhi oleh keadaan sekeliling sehinggakan orang itu boleh menjadi lalai. Sebagai contoh, seseorang itu akan terjerumus kelembah hitam semula jika tidak betul cara pergaulannya atau memilih kawan yang salah. Jika kita lihat keadaan di sekolah, di pejabat atau di sekeliling kita secara amnya, terlalu sedikit orang yang menegur jika terdapat kemungkaran yang terjadi di hadapan matanya. Kita ambil satu contoh lagi, jika ada seseorang yang hendak berubah ke arah kebaikkan seperti memakai tudung, tetapi di sekelilingnya terdiri daripada kawan-kawan yang menjahanamkan, maka tidak mustahil orang itu akan kembali kepada asalnya iaitu tidak menutup aurat.

Oleh itu, berwaspadalah dalam memilih kawan. Sebab kawan dapat memberi impak yang besar kepada kehidupan kita. Kita sebagai manusia sangat suka mengikut sesuatu yang menyeronokkan kita walaupun ianya adalah satu perkara yang salah dan berdosa. Sepatutnya sebagai kawan kepada seseorang yang hendak berubah kepada kebaikkan, kawan tersebut sepatutnya memberikan sokongan dan bukan hendak melemahkan niat baik seseorang itu. Apakah maknanya kawan jika kebaikkan itu sering menjadi mainan untuk mereka. Ada yang mengatakan itu bukan salah mereka kerana mereka tidak pernah mengajar atau mengajak orang untuk melakukan kejahatan. Tidak! Pada saya, walaupun orang itu tidak mengajar atau mengajak orang lain melakukan kejahatan tetapi mereka tetap menjadi punca utama kepada kesesatan orang lain kerana pengaruh mereka.

Apa yang dapat saya simpulkan disini, orang yang baik tidak akan mencari orang yang jahat sebagai kawan melainkan untuk kebaikkan dan orang yang jahat tidak akan mencari orang yang baik sebagai kawan melainkan untuk berubah menjadi baik atau merosakkan kawannya itu. Jadi, perhatikanlah kawan-kawan kita dan nilailah sendiri adakah mereka patut menjadi kawan kita jika mereka asyik melakukan dosa dan tidak mencegah kepada kemungkaran.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:”Sesungguhnya apabila manusia melihat manusia lain melakukan kezaliman lalu dia tidak melarangnya, (maka dikhuatiri Allah akan menimpakan azab-Nya secara umum tanpa ada yang terselamat sama ada yang melakukan kezaliman atau yang melihatnya tanpa mencegahnya."

Abu Daud dan at-Tirmidzi

Kepada kawan saya itu, kuatkanlah iman dan teruskanlah bersabar untuk kebaikkan diri anda sendiri. Pilihlah kawan yang baik atau janganlah terlalu rapat kepada mereka sementara anda membina kekuatan iman anda. Kemudian tarbiyahlah mereka dengan cara yang bijaksana agar mereka sedar. Janganlah takut kehilangan kawan kerana tiadalah ruginya jika tidak berkawan dengan orang seperti itu.

Seorang lelaki bertanya:“ Wahai Rasulullah sesungguhnya aku mempunyai beberapa orang kerabat, yang hubungan aku erat dengan mereka tetapi mereka memutuskannya. Aku berbuat baik kepada mereka tetapi mereka berperangai buruk kepadaku, aku bersabar mengahadapi sikap mereka itu tetapi mereka menganggap sikapku itu adalah bodoh.” Kemudian baginda menjawab,” Sekiranya benar sepertimana yang engkau katakan itu maka seolah-olah engkau menyuap mereka dengan abu yang panas, sedangkan engkau sentiasa mendapat pertolongan daripada Allah Taala selama mana engkau berada di dalam kebenaran atas perkara yang demikian itu”.

Riwayat Muslim


Wassalam.

Tuesday, October 27, 2009

Ajaran Sesat - Kenapa Awie Melenting?

Assalamualaikum.

Pada 26hb dan 27hb oktober 2009, saya bergitu tertarik dengan satu artikel di akhbar Harian Metro yang bertajuk 'Halal zina, arak' dan 'Jangan sibuk!'. Pada mulanya saya tidak begitu tertarik dengan artikel 'Halal zina, arak' (26/10/09) tersebut, kerana pada saya perkara sebegitu memang sudah begitu berleluasa dan amat dasyat sekali di negara kita. Tetapi pada hari ini (27/10/09) apabila saya membaca akhbar harian metro, artikel bertajuk 'Jangan sibuk!' itu telah membuatkan saya betul-betul berminat untuk mengikuti perkembangan kes tersebut. Yang mengejutkan saya ialah kenyataan dari Ahmad Azhar Othman atau lebih dikenali dengan nama komersil duniawi iaitu awie yang memperlekehkan kredibiliti Akhil Hayy sebagai penceramah bebas.

Pada saya, saya menyokong penuh kenyataan Akhil Hayy kerana beliau bercakap berdasarkan pengalaman beliau semasa bertemu dengan anggota kumpulan ajaran sesat tersebut. Beliau juga tidak menyebut mana-mana nama yang terlibat dalam ajaran sesat tersebut. Tetapi kenapa awie hendak melenting? Adakah kerana beliau terlibat dengan kumpulan ajaran sesat tersebut? Ataupun dia hanya melenting kerana dendam lama atau saja untuk suka-suka? Seperti yang awie sendiri sebut di dalam akhbar itu, kita sebagai manusia wajib mengingat-mengingati sesama manusia untuk kebaikkan. Tetapi kenapa dia menyuruh Akhil Hayy untuk jangan menyibuk? Jika dia mempertikai kredibiliti Akhil Hayy kerana masalah yang menimpa dirinya suatu ketika dahulu, sekurang-kurangnya dia adalah seorang yang mempunya ilmu agama yang tinggi dan sentiasa memperbaiki dirinya! Kalau diberi pilihan antara awie dan Akhil Hayy, siapa awie itu? apa yang dia tahu pasal agama? setakat tahu saja ke, tapi tidak berbuat apa-apa? Perbezaan antara awie dan Akhil Hayy adalah seperti bumi dan langit. Kalau nak diikutkan siapa yang lebih berhak menegur, Akhil Hayy yang lebih layak menegur sesiapa saja yang dia hendak berbanding awie.

Kalau tak tahan kena tegur, ubahlah diri tu kepada yang lebih baik. Pada saya, hampir kesemua artis yang ada di negara kita ini telah jatuh kelembah kegelapan dan terpesong akidahnya. Kalau nak diberikan statistik dari segi angka, 99% artis Malaysia terdedah kepada risiko sesat dan terpesong. Kesemua artis-artis ini adalah calon-calon pasti neraka jahannam yang dijanji Allah. Jadi adalah tanggungjawab Akhil Hayy untuk menegur dan meneruskan dakwah beliau. Adalah menjadi tanggungjawab awie untuk mendengar dan menerima dengan baik teguran Akhil Hayy itu jika benar beliau adalah anggota ajaran sesat itu. Jika tidak, tidak perlulah melenting dengan kenyataan akhbar dari Akhil Hayy itu. Jika ada silap di dalam diri, hijrahkan diri untuk menjadi lebih baik. Pembaikan diri kita bukannya hanya sekali, tapi haruslah berlaku setiap masa dan setiap hari.

Wassalam.

Thursday, October 22, 2009

Persengketaan di kalangan teman.

Assalamualaikum semua.

Pada hari ini, tergerak hati saya untuk meluahkan tentang persengketaan diantara teman. Sebenarnya saya hendak meluaskan lagi skop penulisan saya ini, tapi saya kecilkan skop saya kerana situasi keadaan ditempat memerlukan saya berbuat demikian. Di mana-mana kita berada, sudah pastinya kita melihat situasi di mana teman karib tiba-tiba menjadi musuh dalam sekelip mata. Disebabkan kerana hal yang kecil, persengketaan merebak menjadi permusuhan yang tiada penghujungnya. Ada juga persengketaan yang tercetus kerana perasaan marah yang terpendam lama itu meletup. Ada juga yang tercetus kerana tanpa sebab yang munasabah. Sebenarnya tidak kira apa pun puncanya, persengketaan sesama teman tidak harus terjadi sama sekali. Persahabatan yang dijalin bertahun-tahun terputus begitu sahaja. Paling menyedihkan lagi ialah apabila ada sebelah pihak yang sanggup merendahkan diri untuk menjalinkan semula perhubungan itu disambut dengan dingin seolah-olah tiada ruang untuk berbaik dan bermaafan.

Perasaan ego dan sombong hanya akan mengundang padah kepada diri sendiri. Lebih buruk lagi jika persengketaan itu turut melibatkan orang disekeliling yang tidak tahu menahu perkara yang sebenar. Yang menyedihkan lagi, orang luar turut sama melibatkan diri di dalam sengketa tanpa usul periksa. Mereka berpakat untuk turut memusuhi orang-orang yang baik dengan musuh mereka. Apabila perkara ini berlarutan, akibatnya amatlah besar kerana ia boleh mengakibatkan permusuhan yang amat besar kelak. Sebab itulah Allah menyuruh kita memeriksa setiap berita yang kita terima itu dengan teliti. Seperti dalam firman Allah :-

"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." (49:6)

Jika ada diantara kita yang bersalah, hendaklah kita segera meminta maaf kepada orang tersebut. Janganlah kita berasa belagak dan malu sehinggakan kita tidak mahu meminta maaf dan memberi maaf. Sesuailah dengan firman Allah yang bermaksud :-

"Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan si penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun." (2:263)

(Dikatakan kepada mereka): "Masuklah kamu ke pintu-pintu neraka Jahannam, sedang kamu kekal di dalamnya. Maka itulah seburuk-buruk tempat bagi orang-orang yang sombong ." (40:76)

Jika terjadi persengketaan seperti ini, ambillah orang tengah sebagai pendamai dan janganlah dibiarkan persengketaan itu berlarutan kerana permusuhan itu adalah sesuatu yang dibenci oleh Allah. Jika Allah sudah membenci, apa gunanya lagi kita hidup didunia ini? Dimana kita hendak pergi lagi? Kerana semua yang ada pada kita adalah milik Allah. Apabila Allah sudah membenci apa guna amal yang kita lakukan selama ini? Siapa kita hendak berlagak dan sombong kepada Allah dan segala makhluk ciptaanNya?

Sahabat pembaca sekalian, kita semua hidup dalam satu komuniti. Apa-apa yang berlaku antara kita dan orang disekeliling kita boleh kita selesaikan. Janganlah kerana satu hal yang kecil, habis persahabatan yang dibina dan hancur segala kenangan yang dikecapi. Jika tidak boleh hidup bermasyarakat, pergilah dari negara ini dan buatlah negara sendiri dan hiduplah seorang diri. Kadang-kala mulut juga boleh menjadi punca kepada persengketaan. Jadi kepada yang mempunyai mulut yang tidak boleh dikawal, belajarlah untuk mengawalnya. Ucapkanlah perkataan yang baik-baik kepada orang disekeliling kita dan jika tidak boleh juga, cubalah berpuasa kerana itulah cara yang sebaik-baiknya. Kadangkala apa yang kita ucapkan itu hanyalah gurauan semata-mata. Tapi gurauan itu mungkin terlalu kasar kepada sesetengah individu. Jika kita tidak mahu orang menyakiti hati kita, janganlah kita menyakiti hati orang lain dengan kata-kata yang pedas. Yang paling utama ialah, hormatilah orang yang lebih tua dari kita. Fikirlah dan muhasabahlah diri kita sendiri, siapakah kita yang sebenarnya.

Wassalam...

Tuesday, October 13, 2009

'Penderhaka' Negara ingin bertaubat?

Call to restore citizenship of stranded ex-Malaysians.

KUALA LUMPUR: The government has been urged to restore citizenship to the stateless Malaysians in Britain if they are victims of circumstances.
Bar Council Human Rights Committee chairman Edmund Bon said if the British government did not want to take them, then the best solution would be for the Malaysian government to give them back their citizenship."If they are willing to apply for Malaysian citizenship and can prove that they were born here and were Malaysian citizens before, then the government should take them back." A lawyer, Latifah Koya, said it was strange that the people had renounced their citizenships without getting any confirmation from the British government on their application for new citizenship."We also have cases of people migrating to Australia and usually they don't renounce their citizenship until they know for sure or have confirmation of getting new citizenship." She said if the people were ill-advised by shady lawyers, then they should lodge a police report against them."This doesn't look like a normal application, but more like a syndicate."She said the Malaysian government could choose to take back the people as the constitution protects citizens from being stateless.In July this year, more than 100 Malaysian British Overseas Citizens (BOCs) staged a march in London as part of their campaign to lobby for British citizenship.They are mostly from Penang and Malacca who had given up their Malaysian citizenship but later found themselves stateless as they are not entitled to British nationality.It is estimated that there are about 500 BOCs in Britain who are in this situation after being misled into giving up their Malaysian passports as a route towards acquiring British citizenship.These former Malaysians acquired BOC status by virtue of being born in Penang and Malacca before 1983 following an amendment to the British Nationality Act, which created a residual BOC category.


** Berita ini dipetik daripada New Straits Times pada 13/10/2009. Ini adalah pandangan peribadi dari saya. Pada saya, tidak kiralah mereka itu diperdaya atau tidak, tetapi mereka tetap pengkhianat negara! Mereka dengan mudahnya diperdaya untuk melucutkan kewarganegaraan mereka tanpa berfikir panjang. Ini bermakna rukun negara yang ke-2 iaitu 'KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA' itu telah di ingkari mereka. Jadi dimanakah kewajaran untuk mengembalikan kewarganegaraan mereka seperti saranan dari Edmund Bon tersebut? Jika ianya adalah sindiket, pada saya ianya tetap satu penghinaan dan pengkhianatan kepada negara. Begitu mudah mereka mengoyakkan passport mereka seolah-olah tiada rasa kekesalan kepada mereka. Akibatnya, mereka umpama rakyat yang tiada negara atau 'stateless'.

Saya menyokong saranan Pensyarah Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajaran Polisi, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam yang mengatakan mereka yang telah membuang kerakyatan negara ini perlu melalui prosedur yang sama dengan warga asing lain. Syarat ketat ini perlu kerana ketaatan, kejujuran dan keikhlasan mereka kepada negara Malaysia sudah ternyata sudah tiada. Pada zaman Rasulullah dahulu, mereka yang tidak taat kepada negara merupakan musuh negara dan patut dihukum bunuh. Pada saya, biarkanlah mereka sendiri yang membuat permohonan dan tidak perlulah kerajaan Malaysia mengotorkan tangan mereka kerana hal-hal remeh sebegini. Kalau nak, mohon sahajalah dan kalau tidak mahu, tidak perlulah memohon kewarganegaraan negara Malaysia.

Berkenaan dengan kursus kenegaraan yang harus diberikan kepada mereka, saya sarankan supaya tempoh mereka di kem tersebut dilanjutkan selama 3 bulan sama seperti latihan PLKN. Modul latihan pula hendaklah berlainan dari kursus kenegaraan yang lain kerana mereka ini adalah terdiri dari kes-kes 'istimewa'. Saya juga ingin menyarankan yang mereka wajib menyertai pasukan sukarelawan selama 10 tahun demi untuk membuktikan kesetiaan mereka kepada negara. Kepada rakyat dan warganegara Malaysia yang lain, hendaklah sentiasa taat kepada raja dan negara kita, kerana disinilah tanah tumpah air kita.

Wassalam...

Friday, October 9, 2009

Isu bantuan kemanusiaan ke Padang Indonesia.

Assalamualaikum semua,

Apa yang hendak saya luahkan hari ini ialah isu bantuan kemanusiaan ke Padang. Sebenarnya sudah lama saya hendak meluahkan isi hati saya kedalam blog ini. Tetapi rasa simpati dan tidak sampai hati membatasi segala-galanya. Pada hari ini, saya terpaksa meluahkannya juga kerana tidak tahan mendengar cakap-cakap yang telah meroboh dinding kesabaran saya. Cakap-cakap yang saya dengar ialah, mengenai dengan sepasukan ahli BENDERA yang seramai 1,500 orang cuba memasuki negara untuk melancarkan 'perang' terhadap Malaysia.

Apa yang mengganggu fikiran saya pada ketika ini ialah, adakah kerajaan Indonesia bersungguh-sungguh untuk menangani isu ini? jika ya, kenapa persatuan tidak berdaftar ini tidak ditangkap atau diambil tindakan? Adakah tiada undang-undang yang membolehkan mereka ini didakwa? Jika di Malaysia, pertubuhan yang tidak berdaftar ini dipanggil sebagai pertubuhan haram dan akan diambil tindakan undang-undang. Bagaimanakah struktur undang-undang di Indonesia pula? Adakah mereka bersikap berat sebelah?

Jika difikirkan balik, dimanakah kesungguhan pihak pemerintah Indonesia dalam menangani isu ini? Berbalik pada isu tarian padet dan isu batik, kerajaan Indonesia menyuruh seluruh rakyat mereka memakai baju batik untuk meraikan kemenangan mereka kerana berjaya menyenaraikan warisan mereka di dalam Warisan Budaya Bernilai oleh organisasi Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Tindakan mereka itu menyemarakkan lagi api kebencian di kalangan rakyat mereka terhadap rakyat Malaysia. Sudahlah pesawat bantuan kita pun dilontar dengan batu. Jadi berbaloikah kita membantu mereka?

Jadi fikirkanlah wahai para pembaca yang budiman. Walaupun blog ini tidak memberikan apa-apa kesan pun kepada kedua-dua kerajaan. Tetapi sedikit sebanyak, kita tahu di mana kita berada dan di mana mereka berada.

Wassalam.

Monday, October 5, 2009

Program Pengukuhan Ukwah Pelajar di Puncak Perdana Fakulti Pengurusan Maklumat Tahun 2009.

Assalamualaikum semua,

Pada 3hb September 2009, Fakulti Pengurusan Maklumat UiTM dengan jayanya telah mengunjurkan satu aktiviti berbentuk Ilmiah kepada pelajar-pelajar e-Pjj Fakulti Pengajian Maklumat UiTM. Program ini di ilhamkan oleh pelajar-pelajar group A kepada Pn. Che Zainab selaku ketua koordinator program ijazah sarjana muda pengurusan maklumat. Majlis ini dihadiri oleh dekan fakulti, mantan dekan, ketua program e-Pjj dan juga pensyarah-pensyarah fakulti pengurusan maklumat.

Majlis ini juga di meriahkan dengan kehadiran beberapa tetamu kehormat dan juga beberapa orang alumni yang sudi berkongsi pengalaman semasa berada di UiTM dan juga semasa berada di alam pekerjaan dengan kelayakan diri masing-masing. Sangat banyak ilmu dan pengalaman yang dapat dikongsi bersama ketika di dalam majlis tersebut.

Matlamat majlis ini adalah untuk memberikan maklumat dan hala tuju pelajar apabila sudah menamatkan pengajian di UiTM serta memberikan semangat kepada pelajar untuk terus mengejar ilmu selepas tamat belajar di peringkat ijazah. Sesungguhnya ilmu di dunia ini amatlah banyak dan amatlah luas. Tetapi janganlah kita lupa pula pada ilmu yang haq iaitu ilmu agama. Ilmu Allah ini amatlah dan buktinya dalam surah Al Kahfi ayat 109 :

Katakanlah: Sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)." (18:109)

Segala yang ada didunia ini adalah meliputi segala pengetahuan tentang ilmu Allah. Jadi kita wajiblah mempelajarinya dengan bersungguh-sungguh. Bagi saya, zaman sekarang ini adalah zaman untuk kita menuju kebijaksanaan dan kita sebagai orang melayu amatlah jauh ketinggalan dari bangsa lain. Orang kita malas hendak menulis dan membaca dari bangsa lain. Segala terbitan buku kebanyakkannya adalah dari kaum lain dan bukannya dari kalangan orang melayu. Orang melayu lebih sukakan hiburan yang melalaikan sahaja. Buktinya dari surah Al Hadiid dalam ayat yang ke 20 :

Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah- megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.

Inilah buktinya yang dunia ini hanyalah sesuatu yang melalaikan sahaja. Ayat ini bukannya bermaksud untuk kita melupakan kehidupan di dunia semata-mata. Tapi menyuruh kita agar sentiasa berwaspada dengan perangkap dunia yang di reka oleh yahudi dan orang kafir untuk menyesatkan kita.

Jadi marilah kita semua menuntut ilmu sebanyak yang mungkin untuk digunakan dalam setiap kehidupan kita didunia. Biarlah kita menjadi bangsa yang memimpin dan bukannya dipimpin. Perkasakan diri kita dengan segala apa yang terdaya untuk kemajuan bangsa melayu dan bumiputera serta negara.