Assalamualaikum semua,
Pada 3hb September 2009, Fakulti Pengurusan Maklumat UiTM dengan jayanya telah mengunjurkan satu aktiviti berbentuk Ilmiah kepada pelajar-pelajar e-Pjj Fakulti Pengajian Maklumat UiTM. Program ini di ilhamkan oleh pelajar-pelajar group A kepada Pn. Che Zainab selaku ketua koordinator program ijazah sarjana muda pengurusan maklumat. Majlis ini dihadiri oleh dekan fakulti, mantan dekan, ketua program e-Pjj dan juga pensyarah-pensyarah fakulti pengurusan maklumat.
Majlis ini juga di meriahkan dengan kehadiran beberapa tetamu kehormat dan juga beberapa orang alumni yang sudi berkongsi pengalaman semasa berada di UiTM dan juga semasa berada di alam pekerjaan dengan kelayakan diri masing-masing. Sangat banyak ilmu dan pengalaman yang dapat dikongsi bersama ketika di dalam majlis tersebut.
Matlamat majlis ini adalah untuk memberikan maklumat dan hala tuju pelajar apabila sudah menamatkan pengajian di UiTM serta memberikan semangat kepada pelajar untuk terus mengejar ilmu selepas tamat belajar di peringkat ijazah. Sesungguhnya ilmu di dunia ini amatlah banyak dan amatlah luas. Tetapi janganlah kita lupa pula pada ilmu yang haq iaitu ilmu agama. Ilmu Allah ini amatlah dan buktinya dalam surah Al Kahfi ayat 109 :
Katakanlah: Sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)." (18:109)
Segala yang ada didunia ini adalah meliputi segala pengetahuan tentang ilmu Allah. Jadi kita wajiblah mempelajarinya dengan bersungguh-sungguh. Bagi saya, zaman sekarang ini adalah zaman untuk kita menuju kebijaksanaan dan kita sebagai orang melayu amatlah jauh ketinggalan dari bangsa lain. Orang kita malas hendak menulis dan membaca dari bangsa lain. Segala terbitan buku kebanyakkannya adalah dari kaum lain dan bukannya dari kalangan orang melayu. Orang melayu lebih sukakan hiburan yang melalaikan sahaja. Buktinya dari surah Al Hadiid dalam ayat yang ke 20 :
Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah- megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.
Inilah buktinya yang dunia ini hanyalah sesuatu yang melalaikan sahaja. Ayat ini bukannya bermaksud untuk kita melupakan kehidupan di dunia semata-mata. Tapi menyuruh kita agar sentiasa berwaspada dengan perangkap dunia yang di reka oleh yahudi dan orang kafir untuk menyesatkan kita.
Jadi marilah kita semua menuntut ilmu sebanyak yang mungkin untuk digunakan dalam setiap kehidupan kita didunia. Biarlah kita menjadi bangsa yang memimpin dan bukannya dipimpin. Perkasakan diri kita dengan segala apa yang terdaya untuk kemajuan bangsa melayu dan bumiputera serta negara.
"Dia telah mensyari'atkan bagi kamu tentang agama apa yang telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa yaitu: Tegakkanlah agama dan janganlah kamu berpecah belah tentangnya. Amat berat bagi orang-orang musyrik agama yang kamu seru mereka kepadanya. Allah menarik kepada agama itu orang yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepada (agama)-Nya orang yang kembali (kepada-Nya)." (42:13)
NuffNang
Nuffnang
Translate
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Sebolehnya sila tinggalkan nama anda, sekadar nama samaran pun dah cukup agar orang lain senang menyebut nama anda. Terlalu banyak anynomous (tanpa nama) menyukarkan perbincangan. Sila jaga tatasusila anda semasa memberikan komen. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kerosakan yang berlaku terhadap penggunaan maklumat di dalam blog ini.