NuffNang

Nuffnang

Translate


Friday, October 30, 2009

Kawajipan bersalam-salaman sesama Islam.

Assalamualaikum semua.

Pada hari ini saya hendak bercerita tentang kejadian semalam yang sangat-sangat menarik pada saya yang terjadi semalam. Selepas waktu kerja, saya seperti biasa pergi minum-minum bersama rakan-rakan sepejabat. Saya pada masa itu ada membawa seorang kawan pejabat saya untuk minum bersama. Semasa rakan-rakan saya tiba, salah seorang rakan saya yang tidak tahu apa salahnya tidak mahu bersalaman dengan rakan baru yang saya bawa itu atas alasan sebab dah kenal. Boleh ke macam tu? Sedangkan ada satu hadis yang mengatakan nilai-nilai murni di dalam Islam dan ianya adalah memberi salam.

Abdullah Ibnu Umar r.a menceritakan bahawa seorang lelaki berkata kepada nabi SAW : “ Manakah amalan Islam yang paling baik? Nabi menjawab; “Engkau memberikan makanan kepada orang-orang miskin dan engkau mengucapkan salam kepada orang yang telah engkau kenal dan kepada orang yang belum engkau kenal.”

(al-Bukhari dan Muslim )


Paling saya hairan ialah kelakuannya seolah-olah amat meluat kepada saya dan rakan baru yang saya bawa itu. Padahal saya rasa saya tidak ada membuat apa-apa perkara yang melanggar batas sebagai seorang Islam. Kami juga bukannya berpakaian yang tidak menutup aurat atau berpelukan atau berdua-duaan. Kalau ada pun salah dari kami, tegurlah saya dan saya sedia berubah demi kebaikkan diri dan orang sekeliling saya. Saya rasa, perkara ini tentu ada yang terjadi kepada semua orang. Kalau tidak sekali, pasti ada banyak kali yang terjadi pada anda. Sedangkan ciri kesempurnaan iman juga ada menyebut yang memberi salam adalah salah satu daripada ciri-ciri kesempuraan iman.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:” Tidak sempurna iman seseorang hamba sehingga dia memiliki tiga sifat iaitu: menafkahkan harta tanpa kedekut, berlaku adil terhadap diri dan memberi salam kepada orang lain.”

(Riwayat Ahmad)

Jadi, kepada sahabat-sahabatku yang lain, tegur dan berilah salam kepada sesiapa sahaja yang anda kenal atau tidak kenal. Janganlah jadikan alasan 'tidak biasa' atau 'tidak boleh' untuk tidak memberi salam. Antara lelaki dan antara perempuan, ada cara dan adabnya untuk memberi dan menjawab salam. Kalau tidak boleh, bolehkan la kerana ianya bukanlah satu penyakit atau cacat kekal. Tetapi haruslah mengikut adab yang betul yang telah ditetapkan oleh Islam. Apa guna segala amal yang kita lakukan jika perkara yang sekecil ini pun tidak dapat kita lakukan. Tepuk dada, tanyalah selera.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Sebolehnya sila tinggalkan nama anda, sekadar nama samaran pun dah cukup agar orang lain senang menyebut nama anda. Terlalu banyak anynomous (tanpa nama) menyukarkan perbincangan. Sila jaga tatasusila anda semasa memberikan komen. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kerosakan yang berlaku terhadap penggunaan maklumat di dalam blog ini.