Hati Kertas.
Seharian aku memikirkan, kenapa? kenapa? dan kenapa?
Terlalu banyak persoalan di benakku,
Huru-hara masyarakat yang tahu tetapi buat-buat tak tahu,
Pura-pura sibuk dan menyibuk,
Semuanya untuk kepentingan diri sendiri,
Semuanya tidak ikhlas bertaqwa,
Hampir sahaja negara ini musnah kerana kejahilan diri.
Seharian aku memikirkan, siapa? siapa? dan siapa?
Mencari-cari aku dalam kebingungan,
Siapakah yang bersalah dan siapakah yang harus disalahkan,
Kenapa ada yang sudah tahu, tapi buat-buat tidak tahu?
Adakah tiada rasa kasihan terhadap diri dan negara?
Adakah kepentingan sendiri menjadi keutamaan?
Atau adakah duit yang dikejar sehingga terlupa pada anak bangsa.
Dimanakah hati waja yang cintakan negara?
Dimanakah laungan semangat kenegaraan yang dilafazkan?
Dimanakah bai'ah yang dilafazkan didalam rukun negara?
Dimanakah bai'ah yang kita lafazkan lima kali sehari?
Adakah hati waja pejuang kemerdekaan dulu sudah hilang?
Hilang di mamah masa dan yang tinggal hanyalah hati kertas,
Mudah remuk apabila digertak, mudah berkecai apabila ditengking.
Sedarlah wahai anak-anak melayu,
Usahlah leka dek permainan dunia,
Janganlah terus tenggelam dengan perhiasan yang sementara,
Usahlah jadi seperti anjing yang hanya menjelirkan lidahnya,
Usah juga menjadi keldai yang dipandang hina,
Jadilah harimau Malaysia yang dulu dihormati dan digeruni,
Jadilah orang yang boleh berkata-kata disertakan dengan perbuatan,
Kekalkanlah hati waja itu supaya ianya berterusan ke akhir hayat.
No comments:
Post a Comment
Sebolehnya sila tinggalkan nama anda, sekadar nama samaran pun dah cukup agar orang lain senang menyebut nama anda. Terlalu banyak anynomous (tanpa nama) menyukarkan perbincangan. Sila jaga tatasusila anda semasa memberikan komen. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kerosakan yang berlaku terhadap penggunaan maklumat di dalam blog ini.